Anwar Gesa K Jaan Dedah Rancangan Bendung Covid 19


MALAYSIAKINI


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mendedahkan rancangan untuk membendung penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.
"Jangkaan yang dilakukan Kementerian Kesihatan yang Malaysia akan berhadapan dengan kemungkinan 8,000 kes harian sangat membimbangkan.
"Kerajaan harus segera mendedahkan apa rencana mereka dan juga strategi bagi membendung penularan wabak ini tatkala sistem kesihatan sudah semakin tenat, serta rancangan bagaimana ekonomi kita harus terus bergerak saat ini," katanya dalam satu kenyataan media.
Penularan Covid-19 terus mencatatkan empat angka dengan 2,433 kes baru direkodkan semalam, manakala sebanyak 27,332 kes aktif direkodkan.
Kenyataan Anwar itu dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed turut disahkan positif virus itu dan menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.
Manakala Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Rina Harun disahkan positif pagi semalam dan dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh sejak pagi tadi.
Sambil mendoakan kesembuhan kepada kedua-dua menteri kabinet berkenaan, Anwar menyeru semua pihak memainkan peranan dalam membendung wabak Covid-19.
"Apa yang terutama adalah para pemimpin politik mesti tingkatkan disiplin dan keprihatinan kepada rakyat yang tidak menerima sebarang layanan istimewa ketimbang mereka yang berada di dalam kerajaan," kata Anwar sambil mengulangi penghargaan terhadap petugas barisan hadapan.
Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kebimbangannya terhadap kadar kematian akibat Covid-19 antara tahun ini dengan tahun lalu.
"Untuk sembilan bulan pertama pada 2020, kes kematian kurang daripada 100. Pada tahun ini, dalam tempoh sembilan hari, kita sudah mencatatkan sebanyak 71 kes kematian Covid-19.
"Kita amat bimbang dengan perkembangan ini dan semoga Allah melindungi kita semua," katanya.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka menyampaikan perutusan khas berhubung tindakan kerajaan bagi mengekang penularan wabak itu petang ini.
'Rakyat berhak tahu status jangkitan menteri'
Dalam kenyataan berasingan, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata rakyat Malaysia berhak tahu mengenai status Covid-19 semua menteri kabinet.
"Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui status jangkitan Covid-19 semua Menteri Kabinet dan maklumat ini perlu diberikan sepenuhnya secepat mungkin, memandangkan keadaan defisit kepercayaan yang dihadapi oleh para menteri dan pemimpin Perikatan Nasional dalam menguruskan wabak Covid-19 dalam negara kita," kata Kit Siang.
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen pula berkata kerajaan kini berhadapan masalah persepsi daripada orang ramai berhubung langkah membendung penularan Covid-19.
"Pertanyaan lanjut adalah bagaimana menteri-menteri ini dijangkiti? Apakah mereka menghadiri banyak acara awam? Apakah mereka tidak cukup berdisiplin untuk mematuhi SOP mereka sendiri? Sekiranya menteri gagal mematuhi SOP, maka orang ramai perlu tahu.
"Kerajaan harus menjelaskan secara telus bagaimana menteri-menteri ini dijangkiti, agar boleh meredakan spekulasi dan kebimbangan  masyarakat. Ini perlu dilakukan sekarang," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/anwar-gesa-kjaan-dedah-rancangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Dedah Umno Kerjasama Dgn Dap Amp Anwar Utk Bentuk Kerajaan Siap Sign Sd Sokongan Lagi

Annuar Musa Dedah Umno Kerjasama Dgn Dap Amp Anwar Utk Bentuk Kerajaan Siap Sign Sd Sokongan Lagi

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 354 hits
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa mendedahkan UMNO kini bersiap sedia untuk bekerjasama dengan DAP dan Anwar untuk membentuk kerajaan baru Beliau mengesahkan bahawa ahli parti itu telah bertemu dengan pemimpin DAP ...
Berhenti Berpolitik Anwar Bantu Kerajaan Tangani Covid 19 Faizal Azumu

Berhenti Berpolitik Anwar Bantu Kerajaan Tangani Covid 19 Faizal Azumu

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 232 hits
IPOH Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran berhenti bermain politik dan menangguhkan rancangan untuk menukar kerajaan sebaliknya berganding bahu bersama sama kerajaan membantu mencegah COVID 19 Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Da...
Kerajaan Pn Dicabar Dedah Strategi Perangi Covid

Kerajaan Pn Dicabar Dedah Strategi Perangi Covid

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 278 hits
Kerajaan Perikatan Nasional didesak mendedahkan segera strategi memerangi wabak Covid 19 yang semakin parah melanda negara Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jangkaan oleh Kementerian Kesihatan yang meramal Malaysia...
Jadi Batu Api Hasut Batal Darurat Pemuda Pas Gesa Ambil Tindakan Segera Terhadap Anwar

Jadi Batu Api Hasut Batal Darurat Pemuda Pas Gesa Ambil Tindakan Segera Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 228 hits
Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Anwar Ibrahim serta individu yang terus menanam keraguan serta mempertikai keputusan Yang di Pertuan Agong dalam mengekang penularan Covid 19 Ketua Penerangannya Nazir Ram...
Annuar Musa Dedah Surat Sokongan Pemimpin Umno Kepada Anwar Ibrahim

Annuar Musa Dedah Surat Sokongan Pemimpin Umno Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 296 hits
Astro AwaniJanuari 6 2021Annuar Musa menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional Foto Astro AWANIPUTRAJAYA Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri A...
Darurat Untuk Bendung Covid Atau Selamatkan Muhyiddin

Darurat Untuk Bendung Covid Atau Selamatkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 302 hits
Pengumuman PKP 2 0 dan pengisytiharan darurat telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Meskipun PKP 2 0 dianggap ada asasnya kerana kes positif Covid 19 yang mencanak namun apa kaitannya dengan pengisytiharan darurat Saya tid...
Agong Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021 Untuk Bendung Covid 19

Agong Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021 Untuk Bendung Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 304 hits
Agong isytihar darurat sehingga 1 Ogos 2021 untuk bendung Covid 19Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah p...
Anwar Gesa Mp Utus Warkah Pada Agong Batalkan Darurat

Anwar Gesa Mp Utus Warkah Pada Agong Batalkan Darurat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 301 hits
malaysiakini comDiterbitkan 14 Jan 2021 3 34 pmPresiden PKR Anwar Ibrahim meminta semua anggota parlimen mengutuskan warkah kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mung...
Mma Gesa Siasat Makmal Swasta Buat Ujian Covid 19 Pandu Lalu Tanpa Kelulusan

Mma Gesa Siasat Makmal Swasta Buat Ujian Covid 19 Pandu Lalu Tanpa Kelulusan

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 227 hits
PETALING JAYA Persatuan Perubatan Malaysia menggesa Kementerian Kesihatan menyiasat makmal swasta yang didakwa melakukan ujian Covid 19 pandu lalu amalan yang tidak digalakkan mengikut protokol Presiden MMA Dr Subramaniam Muniandy berkata m...
Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Strategies Needed To Counter Impending Geopolitical Challenges

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S

Salam Ramadhan Al Mubarak Dari Akifimtiyaz Com

Senarai Tempat Berbuka Puasa Dan Dinner Buffet 2025 Johor Bahru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Baki Boleh Tampung 50 Pelajar Kptm Asyraf Wajdi Dedah Che Ta Belum Lunas Hutang Mara

Polis Suruh Bawa Turun Dia Taknak Video Cik Epal Bergelut Nak Jumpa Anak Anak Namun Dihalang Jofliam Jadi Tumpuan

Penemuan Kapal Yg Hilang Selama Beabad Abad Di Jumpai Di Tengah Padang Pasir

Macc Must Act Impartially Says C4 After Reporter S Arrest

Give Fahmi The Boot For Failing Pas Member Urges Pm

Help Those In Need Say National Leaders In Ramadan Greetings