Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual



Artikel dan keseluruhan portal media asing “Asia Sentinel” yang sebelum ini terkenal sebagai penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) kini telah disekat oleh kerajaan Madani – termasuk artikel terbaharunya yang ditulis oleh bekas ketua pengarang Hong Kong Standard serta penulis Asia Wall Street Journal dan Newsweek.
Rasanya artikel tersebut telah langgar undang-undang 4R Madani iaitu – Race, Religion, Royalty dan Rawther.
Oleh kerana kerajaan Madani telah menyekat akses terhadap artikel ini, maka saya kongsikan terjemahan penuh artikel tersebut di sini.
Buat kali ketiga dalam kerjaya politiknya yang panjang, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim sekali lagi terjerat dalam dakwaan salah laku seksual yang berkemungkinan besar mencalarkan reputasinya, walaupun mungkin tidak menggugat kedudukannya sebagai perdana menteri.
Kali ini, kerosakan bukan sekadar berpunca daripada tuduhan itu sendiri, tetapi juga daripada percubaan beliau dan kerajaan pimpinannya untuk mengelak daripada berhadapan masalah ini secara terbuka.
Walaupun amat memalukan, situasi politik semasa mungkin menghalang isu ini daripada menyebabkan kejatuhannya.
Pakar politik berpendapat, pengundi sederhana di negara ini lebih bimbang terhadap kemungkinan kerajaan pimpinan Parti Islam se-Malaysia (PAS) jika kerajaan Anwar tumbang dan pilihan raya terpaksa diadakan.
Kes ini yang hangat diperkatakan dalam arena politik Malaysia sejak beberapa minggu lalu, melibatkan seorang pembantu penyelidik muda bernama Mohammed Yusoff Rawther yang mendakwa Anwar telah memanggilnya ke rumah beliau pada 10 Oktober 2018 di Segambut, Kuala Lumpur, kononnya untuk menghantar teks ucapan.
Anwar ketika itu baru beberapa bulan menerima pengampunan diraja daripada tuduhan seksual sebelum ini dan telah kembali ke Parlimen.
Menurut saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar didakwa cuba mencium Yusoff, membuka seluarnya serta menyuruh Yusoff memegang kemaluannya, meraba punggung Yusoff dan merayu, “Tolonglah Yusoff, bl0wj0b sikit je.”
Pelbagai pelukan, cubaan mencium dan pujukan berlaku sebelum Yusoff berjaya melarikan diri.
Namun, sebelum sempat lari, Anwar dikatakan memberitahu Rawther bahawa, “Lambat-laun kamu akan terima juga. Aku akan jadi Perdana Menteri suatu hari nanti, kau tahu kan.”
Pada masa itu, Anwar berusia 72 tahun manakala Yusoff baru berusia 26 tahun. Walaupun trauma, Yusoff terus bekerja di pejabat Anwar sehingga 5 Mei 2019 apabila beliau didakwa telah dipukul teruk oleh setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, sehingga terpaksa menerima rawatan hospital.
Yusoff menganggap serangan itu sebagai “mesej keras” kerana menolak gangguan seksual Anwar.
Yusoff kemudiannya meletakkan jawatan dan pada 12 Julai 2019 membuat laporan polis terhadap Anwar. Beliau turut memberi keterangan rasmi kepada polis dan secara sukarela menjalani ujian poligraf yang beliau lulus.
Anwar pula enggan menjalani ujian tersebut, sambil mendakwa kes itu tidak berasas dan konspirasi musuh politiknya. Tommy Thomas, Peguam Negara pada masa itu, enggan mendakwa Anwar atas alasan kekurangan bukti.
Yusoff tidak mengalah, beliau membuat akuan bersumpah pada 11 November 2019 dan menyaman Anwar atas dakwaan gangguan psikologi, trauma serius, hilang maruah dan kerosakan reputasi.
Sebelum ini, dua kali Anwar pernah menghadapi tuduhan seksual dan beliau berjaya menggambarkan tuduhan-tuduhan tersebut sebagai konspirasi politik.
Namun kali ini, situasinya lebih rumit, bukan kerana tuduhan Yusoff lebih kuat secara perundangan, tetapi kerana kejadian-kejadian yang menimpa Yusoff selepas tuduhan dibuat.
Berbeza dengan kes-kes terdahulu, Yusoff bukan dilihat sebagai “orang yang ditanam” oleh musuh politik kerana beliau disyorkan bekerja dengan Anwar oleh sekutu rapat Anwar sendiri iaitu Allahyarham S. Mohamad Idris, seorang tokoh reformasi terkemuka.
Selain daripada dakwaan serangan fizikal oleh Farhash (yang dinafikan Farhash sambil beliau memfailkan saman fitnah), Yusoff pada 6 September tahun lalu telah ditahan oleh polis dari Cawangan Khas Malaysia sebaik sahaja keluar dari kondominium beliau.
Keretanya digeledah, hanya seminggu selepas beliau mengemukakan senarai saksi untuk saman terhadap Anwar.
Polis mendakwa menemui dua pistol tiruan dan 305 gram ganja dalam kereta itu, menyebabkan beliau didakwa atas kesalahan mengedar dadah serta memiliki senjata tiruan.
Yusoff kemudian ditahan secara bersendirian selama sembilan bulan di kawasan pesalah hukuman mati di Penjara Sungai Buloh, sambil terus bertegas beliau telah difitnah.
Anwar pula cuba menggunakan kekebalan undang-undang sebagai Perdana Menteri untuk menolak saman Yusoff, namun Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dengan alasan kekebalan sedemikian tidak wujud dalam perlembagaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudiannya campur tangan, menangguhkan perbicaraan sementara menunggu cabaran perlembagaan selesai.
Pengkritik Anwar menuduh beliau kini cuba menggunakan mahkamah yang sebelum ini bebas, sama seperti yang dilakukan Mahathir Mohamad dan Najib Razak dahulu.
Apabila Yusoff akhirnya dibicarakan dua minggu lalu atas tuduhan memiliki senjata dan dadah, pihak pendakwa dimalukan apabila Hakim Mahkamah Tinggi Jamil Hussin membebaskan Yusoff tanpa perlu pembelaan kerana pendakwa gagal membuktikan kes.
Ini jelas memberi indikasi bahawa ganja dan senjata palsu tersebut mungkin telah sengaja ditanam.
Namun, pihak pendakwa telah membuat rayuan terhadap keputusan pembebasan tersebut ke Mahkamah Rayuan.
Kes ini amat memalukan buat Anwar, Cawangan Khas, serta pihak-pihak lain yang berkaitan. Walaupun tiada bukti fizikal kukuh terhadap dakwaan serangan seksual yang kebanyakannya dalam bentuk rayuan dan pujukan, ramai yang percaya Anwar terlibat dalam tindakan susulan untuk mengenakan Yusoff termasuk tahanan selama sembilan bulan dalam penjara.
Tindakan Anwar yang cuba berlindung di sebalik kekebalan undang-undang turut menambah persoalan terhadap kredibilitinya.
Menurut seorang peguam yang enggan namanya disebut, “Anwar kali ini tak boleh lagi kata ia konspirasi kerajaan terhadap dirinya kerana sekarang dialah kerajaan.
Kenapa rakyat biasa sanggup membuat tuduhan sebegini dan menghadapi risiko tahanan bersendirian berbulan-bulan?
Ini bukan orang politik, ini cuma rakyat biasa yang telah diganggu. Ia nampak seperti kuasa negara digunakan untuk menutup mulut pengadu, tapi untuk apa?
Tiada bukti, tiada saksi, semuanya dilakukan dengan amat buruk sekali. Jelas Anwar tidak mahu kes ini dibicarakan secara terbuka.”
Selepas dibebaskan daripada tuduhan dadah dan senjata, Yusoff menegaskan bahawa pembebasannya adalah kemenangan untuk semua rakyat Malaysia, dan beliau akan tetap meneruskan saman terhadap Anwar.
Walaupun kes ini mungkin tidak kukuh sepenuhnya dari segi bukti fizikal, ia pasti akan terus menghantui Anwar, terutamanya pada saat popularitinya semakin menurun akibat isu-isu lain.
Sumber : Eric See To- Lim Sian See
The post Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2025/06/28/anwar-gagal-kawal-kes-serangan-seksual/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Serangan Seksual Dah Jadi Kes Sivil

Serangan Seksual Dah Jadi Kes Sivil

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 110 hits
Che IbrahimSepanjang yang ambo ingat kes kes yang melibatkan seksual adalah satu kes jenayah samada atas nama rogol seks luar tabie mencabul gangguan seksual atau lain lain lagi Namun dalam kes Yusoff Rawther vs DSAI ini setelah gagal dalam...
Dipecat Uitm Kes Gangguan Seksual Pensyarah Buat Hal Lagi

Dipecat Uitm Kes Gangguan Seksual Pensyarah Buat Hal Lagi

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 127 hits
Zeanaaima Mohd YusofPETALING JAYA Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara yang didakwa kerana melakukan gangguan seksual pada 2024 sekali lagi berdepan tuduhan sama membabitkan pelajar sebuah kolej di Negeri Sembilan Mei lalu Sumber membe...
Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 125 hits
Kes bunuh pelajar di Cyberjaya cetus kemarahan warganet Laporan BH Online pagi tadi KUALA LUMPUR Kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial dengan majoriti warganet mempersoalkan...
Polis Tahan Tiga Suspek Kes Kematian Pelajar Universiti Di Cyberjaya

Polis Tahan Tiga Suspek Kes Kematian Pelajar Universiti Di Cyberjaya

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 141 hits
Malaysiakini nbsp Polis menahan tiga suspek dalam siasatan kes kematian seorang pelajar universiti di kondominium di Cyberjaya Ketua Polis Daerah Sepang Norhizam Bahaman berkata seorang lelaki dan dua wanita berumur antara 19 dan 20 tahun m...
Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 185 hits
Kes bunuh pelajar universiti 3 suspek direman 7 hari TIGA suspek kes bunuh pelajar wanita di Cyberjaya direman tujuh hari di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini FOTO Samadi Ahmad Sepang Tiga suspek kes pembunuhan seorang pelajar universiti swas...
Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights Jkkp Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor

Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights Jkkp Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 115 hits
SHAH ALAM Keadaan tanah di bawah paip yang lemah dan tidak menyokong sepenuhnya struktur paip merupakan punca bagi insiden kebocoran dan kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights di sini pada 1 April lalu Menurut Pengarah Jabatan Kes...
Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 171 hits
KUANTAN Satu jawatankuasa khas antara polis dan pihak Laluan Rel Pantai Timur ditubuhkan bagi menangani kes kecurian kabel di sepanjang laluan itu di Pahang Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata perbincangan telah dilakukan be...
Hiburan Duit Rm80 000 Hasil Jual Toyota Vellfire Disonglap Staf Syarikat Pu Riz Menang Kes Di Mahkamah

Hiburan Duit Rm80 000 Hasil Jual Toyota Vellfire Disonglap Staf Syarikat Pu Riz Menang Kes Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 154 hits
Pendakwah terkenal PU Riz bersyukur akhirnya kes saman yang difailkan terhadap sebuah syarikat berhubung penjualan kereta Toyota Vellfire miliknya akhirnya selesai di mahkamah semalam Menurut laporan seorang kakitangan syarikat itu didakwa ...
Pengkhianat Pkr Dan Bon 10juta Zuraidah Kes Rasuah Melibatkan Ismail Rm1

Pengkhianat Pkr Dan Bon 10juta Zuraidah Kes Rasuah Melibatkan Ismail Rm1

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 106 hits
Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam safehouse yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dilucutkan hak Ketua Pesuruhjaya Suruhanj...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Psychology Of Brand Names

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Academic Redirect Anger Over Preacher Pair Not At Agc

Malaysia S Leviathan Anwar S Pact For Order

Pm S Announcement Shows Comprehensive Effort To Address Rising Cost Of Living Says Fahmi

Pengalaman Guna Toyyibpay

Cara Penebusan Mudah Cepat

Gubahan Hantaran Nikah