Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights Jkkp Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor




SHAH ALAM: Keadaan tanah di bawah paip yang lemah dan tidak menyokong sepenuhnya struktur paip merupakan punca bagi insiden kebocoran dan kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, di sini pada 1 April lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), Husdin Che Amat, hasil siasatan mendapati paip gas tersebut memenuhi semua spesifikasi teknikal yang ditetapkan, namun bahagian bawah paip didapati tidak disokong sepenuhnya oleh tanah dan satu keadaan yang menyebabkan paip berada dalam keadaan unsupported segment di atas tanah yang lembut dan lembap.
“Keadaan ini menyebabkan pergerakan berulang pada paip (cyclic loading), menghasilkan tekanan berulang (stress lines) dan garis keletihan (fatigue striations) yang akhirnya membawa kepada kegagalan fizikal (physical failure).
"Kegagalan paip ini bukan berpunca daripada sebarang aktiviti pembinaan di permukaan tanah, sebaliknya disebabkan oleh kelemahan struktur tanah di bawah paip itu sendiri yang tidak mampu menampung berat dan tekanan paip dalam jangka masa panjang,” katanya dalam sidang media berhubung laporan siasatan insiden kebakaran saluran paip gas Putra Heights di Bangunan SUK Selangor, di sini hari ini.
Dalam pada itu, siasatan menyeluruh selama hampir tiga bulan telah dijalankan oleh JKKP dengan kerjasama agensi-agensi teknikal termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Siasatan dilakukan di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022) dan Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984.
Proses ini turut melibatkan pemeriksaan visual di lokasi kejadian, pengukuran dan semakan ke atas komponen paip gas, serta pengambilan sampel untuk dianalisis di makmal.
Malah, JKKP menegaskan bahawa keselamatan awam adalah keutamaan dan pihaknya akan terus memantau serta memperkemas aspek keselamatan infrastruktur kritikal bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
"Kejadian yang berlaku sekitar jam 8.08 pagi itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan awam, malah turut merosakkan infrastruktur serta menyebabkan gangguan bekalan gas dan elektrik di beberapa kawasan sekitar.
"Kesimpulannya, insiden yang berlaku berpunca daripada faktor geoteknikal dan bukannya kecuaian teknikal atau pelanggaran garis panduan pembinaan," ujar Husdin.
Insiden kebakaran berkenaan telah mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.
Turut hadir di sidang media berkenaan ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/06/laporan-siasatan-kes-letupan-gas-putra.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 248 hits
CYBERJAYA Siasatan berhubung kebakaran paip gas di Putra Heights Subang Jaya pada 1 April lepas dilakukan dengan penuh bebas serta telus tanpa campur tangan Kerajaan Negeri Selangor kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari Beliau berkat...
Letupan Paip Gas Putra Heights Tak Puas Hati Hasil Siasatan Diklasifikasikan Nfa Penduduk Desak Buat Semakan Semula

Letupan Paip Gas Putra Heights Tak Puas Hati Hasil Siasatan Diklasifikasikan Nfa Penduduk Desak Buat Semakan Semula

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 210 hits
Melalui laporan Astro Awani Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru meluahkan rasa tidak puas hati dengan hasil siasatan daripada pihak berkuasa mengenai letupan paip gas di Putra Heights yang diklasifikasikan sebagai Tiada ...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 351 hits
SHAH ALAM Polis mengesahkan tiada sebarang unsur khianat dikesan dalam siasatan insiden letupan gas yang menggemparkan penduduk Putra Heights Subang Jaya pada 1 April lalu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil siasatan ...
Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 333 hits
Melalui laporan Malaysia Gazette pihak Jawatankuasa Siasatan Letupan Paip Gas Putra Heights memaklumkan insiden melibatkan Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru yang berlaku pada 1 April itu tidak mempunyai sebarang unsur jenaya...
Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 354 hits
MCA has called for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim to recommend with His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia s consent to establish a Royal Commission of Inquiry to probe the Putra Heights gas pipeline blaze on April 1 This is a...
Opposition Reps To Raise Putra Heights Blast In State Assembly Says Azmin

Opposition Reps To Raise Putra Heights Blast In State Assembly Says Azmin

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 203 hits
The PN chief whip says the existing report on the incident fails to answer key questions Perikatan Nasional chief whip Azmin Ali called for a free and thorough investigation into the Putra Heights gas pipeline explosion PETALING JAYA Opposi...
Jennie Bp Menang Kes Saman Terhadap Lelaki Dakwa Dirinya Bapa Kandung

Jennie Bp Menang Kes Saman Terhadap Lelaki Dakwa Dirinya Bapa Kandung

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 264 hits
BLACKPINK telah memenangi kes mahkamah terhadap seorang lelaki yang secara palsu mendakwa dirinya bapa kandung Jennie dan menerbitkan sebuah buku berdasarkan dakwaan itu Artikel Berkaitan Terbaur Mahkamah Korea Selatan memutuskan bahawa tud...
Shifting Soil Cause Of Putra Heights Explosion Dosh

Shifting Soil Cause Of Putra Heights Explosion Dosh

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 242 hits
The pipe involved in the Putra Heights explosion was not fully supported by the soil around it due to cyclic loading causing a weakness in the welded joint that broke apart and started the fire The Occupational Safety and Health Department ...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest