Anwar Didakwa Punca Ramai Mp Pkr Keluar Parti


 



March 15, 2021 7Keputusan tiga Ahli Parlimen meninggalkan PKR didakwa didorong oleh rasa kecewa yang mendalam terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia selepas Anwar didakwa membawa amalan politik pecah belah, nepotisme dan kronisme hingga menjerumuskan parti itu ke jurang kehancuran.
Demikian dakwa 10 bekas Ahli Parlimen PKR termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Selain itu, mereka turut mendakwa Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution tidak memiliki kedudukan moral untuk menjuarai hujah berhubung tindakan melompat parti.
“Beliau telah beberapa kali menjadi juara melompat dari UMNO ke PKR, kemudian dari PKR ke Pas dan seterusnya, dari Pas kembali ke PKR.
“Berbanding dengan Datuk Dr Xavier Jayakumar yang merupakan Naib Presiden PKR yang terpilih, kedudukan Saifuddin dalam parti adalah lemah kerana hanya sebagai seorang yang dilantik. Saifuddin tidak mempunyai legitimasi dan keabsahan dan kita fahami dia bersuara bagi pihak Anwar dalam situasi begini.
“Sekiranya Saifuddin jujur dan ikhlas tentang kedaulatan undang-undang dan perjuangan melawan rasuah, mengapa dia terus menerus diam membisu tentang kes rasuah yang melibatkan seorang tokoh ternama kepimpinan Perikatan Harapan (PH) yang tiba-tiba digugurkan tatkala perbicaraan sedang berjalan lancar?
“Suatu yang amat mengecewakan dan menggusarkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan masyarakat awam,” dakwa mereka.
Selain Mohamed Azmin, Zuraida dan Saifuddin, tujuh lagi yang mengeluarkan kenyataan bersama itu ialah Datuk Mohd Rashid Hasnon, Datuk Kamarudin Jaffar, Datuk Mansor Othman, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Datuk Ali Biju, Datuk Willie Mongin dan Jonathan Yasin.
Mereka berkata demikian sebagai mengulas keputusan tiga Ahli Parlimen PKR, Larry Sng (Julau), Steven Choong (Tebrau) dan Dr Xavier (Kuala Langat) keluar daripada parti itu.
Mengulas lanjut, mereka berkata tuduhan bahawa Perikatan Nasional (PN) menggunakan sogokan dan intimidasi untuk meraih sokongan Ahli Parlimen Pakatan Harapan adalah tidak berasas sama sekali.
“Ahli-Ahli Parlimen ini melakukan penilaian objektif dan menyedari bahawa kerajaan PN telah mengambil tindakan yang bertanggungjawab dalam menangani wabak tersebut dengan menyalurkan sejumlah RM320 bilion untuk kepentingan rakyat dan mencerdaskan ekonomi.
“Tuduhan-tuduhan ini merupakan serangan terhadap integriti SPRM dan polis. Kami memandang serius tuduhan menghasut secara terang-terang ini yang boleh menjejaskan kredibiliti institusi penguatkuasaan dan meminta tindakan undang-undang segera terhadap mereka,” kata mereka.
Mereka pada masa sama turut meminta pemimpin dan ahli PKR memikirkan mengapa begitu ramai pemimpin tertinggi PKR dan anggota yang lama berkhidmat telah keluar parti.
“PKR, di bawah pimpinan dan kerangka sekarang, tidak lagi mampu memperjuangkan prinsip keadilan dan kesejahteraan bagi rakyat. PKR telah tercabut dari prinsip dan tidak lagi berada di landasan moral untuk memimpin.
“Biarpun pahit, tetapi hakikatnya adalah kepimpinan Anwar Ibrahim ditolak oleh sebahagian besar anggota partinya sendiri kerana PKR telah kehilangan idealisme dan tergelincir dari landasan perjuangan.
“Ini sangat malang kerana kita tahu bahawa ada pemimpin dan anggota PKR yang berpegang teguh pada prinsip dan idealisme disisihkan bahkan menjadi mangsa kuasa di tangan presiden.
“Sepatutnya mereka perlu tabah dalam perjuangan untuk terus mencapai cita-cita murni, tetapi perakus dan pengkianat telah merampas agenda reformasi untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni mereka,” dakwa mereka.
Justeru, mereka menyifatkan kini tiba masa untuk bertindak tegas dan terus bersama kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/anwar-didakwa-punca-ramai-mp-pkr-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Sarawak Keluar Pkr Mesej Kepada Anwar Kata Penganalisis

Mp Sarawak Keluar Pkr Mesej Kepada Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 292 hits
Seorang penganalisis politik berkata peletakan jawatan seorang ahli Parlimen Sarawak daripada PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai mesra kerajaan adalah satu perkara yang tidak mengejutkan setelah pengumuman Istana Negara bahawa Parlimen...
Tiga Ahli Parlimen Pkr Tinggalkan Parti Kerana Kecewa Dengan Anwar

Tiga Ahli Parlimen Pkr Tinggalkan Parti Kerana Kecewa Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 278 hits
suaramerdeka com TINDAKAN tiga ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat Larry Sng Steven Choong dan Datuk Dr Xavier Jayakumar meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan terhadap kepimpinan Dato Seri Anwar IbrahimDalam satu kenyataan secara bers...
Sinar Pm Mp Pkr Ditarik Lompat Parti Sebelum Sidang Parlimen Anwar

Sinar Pm Mp Pkr Ditarik Lompat Parti Sebelum Sidang Parlimen Anwar

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 358 hits
SINAR PM 1 MARCH 2021 1 Sidang Parlimen kenapa Muhyiddin kunci mulut 2 Mahkamah Persekutuan putuskan Nurul Izzah PKR tak fitnah NFCorp 3 Lapor polis jika ada dakwaan potong barisan KPN 4 Macau Scam 31 polis bersekongkol dengan Addy Kanna di...
Terbaru Naib Presiden Pkr Keluar Parti Sokong Pn

Terbaru Naib Presiden Pkr Keluar Parti Sokong Pn

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 685 hits
MalaysiakiniNaib Presiden PKR Xavier Jayakumar mengumumkan keluar parti yang disertainya sejak tahun 1998 berkuat kuasa serta merta Ahli Parlimen Kuala Langat itu juga mengumumkan akan menjadi ahli parlimen bebas dan menyokong kerajaan Peri...
Akibat Disergah Sprm Naib Presiden Pkr Umum Letak Jawatan Dan Keluar Parti

Akibat Disergah Sprm Naib Presiden Pkr Umum Letak Jawatan Dan Keluar Parti

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 310 hits
March 13 2021 Naib Presiden PKR Xavier Jayakumar mengumumkan keluar parti yang disertainya sejak tahun 1998 berkuat kuasa serta merta Ahli Parlimen Kuala Langat itu juga mengumumkan akan menjadi ahli parlimen bebas dan menyokong kerajaan Pe...
Anwar Dakwa Lima Orang Ahli Parlimen Pkr Di Tawarkan Lompat Parti Dan Menyokong Pn

Anwar Dakwa Lima Orang Ahli Parlimen Pkr Di Tawarkan Lompat Parti Dan Menyokong Pn

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 315 hits
PETALING JAYA Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Srri Anwar Ibrahim hari ini menuduh Perikatan Nasional memancing lima Ahli Parlimen parti itu untuk keluar dan menyokong kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin Lima wakil rakyat itu adalah M Kar...
Punca Dr Xavier Jayakumar Keluar Pkr Tersebar

Punca Dr Xavier Jayakumar Keluar Pkr Tersebar

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 580 hits
Punca Dr Xavier Jayakumar Keluar PKR Tersebar MP PKR Sivarasa Rasiah mendakwa tindakan ahli parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar menyokong kerajaan PN kerana ditekan selepas siasatan terpilih oleh SPRM Adalah amat jelas Datuk Dr Xavier...
Anwar Claims Pkr Mp Duo Lured To Leave Before Parliament Reconvenes

Anwar Claims Pkr Mp Duo Lured To Leave Before Parliament Reconvenes

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 184 hits
PKR president Anwar Ibrahim has claimed that the latest defections of two PKR MPs were due to coercion threats or pressure from the Perikatan Nasional government under Prime Minister Muhyiddin Yassin The duo Julau MP Larry Sng and Tebrau MP...
Anwar To Hold Presser At 4 30pm This Follows Umno Pkr Weekend Talks

Anwar To Hold Presser At 4 30pm This Follows Umno Pkr Weekend Talks

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 260 hits
PKR president Anwar Ibrahim said there have been informal discussions between his party and Umno over possible cooperation for the 15th general election Anwar has now announced that he will hold a press conference today at 4 30pm at the Eas...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran