Anwar Dan Zahid


blogtunm.blogspot.com Tun M 1. Datuk Seri Anwar di dalam satu temu-ramah bersama Bloomberg News beberapa hari lalu menyatakan bahawa keputusan menarik balik 47 kes rasuah terhadap Zahid Hamidi adalah sepenuhnya keputusan Peguam Negara.
2. Dia kata kes-kes terhadap Zahid dilakukan secara tergesa-gesa. Di masa yang sama Anwar cuba kaitkan nasihat saya kepada Zahid supaya bubarkan UMNO dan apabila Zahid tidak mahu, maka dia dihadapkan dengan kes-kes rasuah tersebut.
3. Pertamanya, saya nak jawab mengenai tuduhan kes itu dibuat secara tergesa-gesa.
4. Kes terhadap Zahid telah diangkat oleh Peguam Negara ketika itu kerana ianya telah menjadi isu panas semasa kempen pilihanraya seperti mana kes Najib dan 1MDB.
5. Peguam Negara ketika itu telah membuat penyiasatan dan mendapati terdapat kes untuk mendakwa Zahid.
6. Maka kes itu dibawa ke mahkamah. Selama empat tahun dengan puluhan saksi serta bukti-bukti dibentang, Hakim Mahkamah Tinggi berpuas hati pendakwa telah berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Zahid dan dia di arah untuk mempertahankan diri.
7. Amatlah tidak logik untuk seorang Hakim Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa ada kes prima facie jika pendakwa gagal memberi bukti yang kukuh dan hujahan yang baik.
8. Bagi saya, setelah diserang bertubi-tubi, kenyataan Anwar bertujuan untuk mempertahan keputusan pendakwa yang menarik balik kes terhadap Zahid dan di masa yang sama membuat andaian ada unsur menganiaya Zahid.
9. Kerana itu dia cuba kaitkan isu saya menyuruh Zahid bubar UMNO dan kerana tidak mahu, maka dia dituduh dengan kes-kes itu.
10. Jika saya telah salah-guna kuasa dan mengarah Pendakwa ketika itu untuk tekan Zahid, kenapa tidak seorang pun Menteri-Menteri kabinet atau pemimpin-pemimpin parti Pakatan Harapan, termasuk Anwar, mempersoal Zahid dihadapkan ke mahkamah.
11. Ramai Menteri-Menteri di dalam kabinet saya adalah dari PH dan PKR, termasuk juga isteri Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri.
12. Kalau mereka kata tidak berani berkata apa-apa, ia agak lucu kerana apabila berkait dengan serah jawatan PM kepada Anwar, mereka lantang dan bersemangat.
13. Mungkin mereka lupa, kesemua mereka menyokong proses undang-undang yang dilakukan terhadap Zahid (dan Najib) kerana itu adalah mengikut Rule of Law serta bukti Kerajaan PH ketika itu berjuang melawan rasuah.
14. Kesangsian terhadap kes-kes rasuah yang dilakukan Zahid hanya timbul setelah Anwar berjaya menjadi PM dengan sokongan Zahid.
15. Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah mengenai saya suruh Zahid bubar UMNO.
16. Benar saya suruh Zahid bubar UMNO kerana saya yakin dia akan guna UMNO sebagai alat, sebagai bahan rundingan atau bargaining chip untuk mengelak dirinya dari didakwa atas kesalahan-kesalahan rasuahnya.
17. Saya percaya dia cuba guna UMNO semasa Tan Sri Muhyiddin jadi PM untuk gugurkan kes-kesnya dan apabila Muhyiddin tidak setuju, Zahid tarik balik sokongan UMNO sehingga kerajaan itu jatuh.
18. Selepas itu dia cuba menerusi Ismail Sabri tetapi Ismail Sabri tidak berani nak lakukan kerana pendapat awam amat kuat terhadap Zahid. Kerana itu Ismail Sabri dipaksa bubar parlimen dan adakan pilihanraya lebih cepat.
19. Hari ini terbukti jangkaan saya benar. Dia telah guna UMNO untuk memasti Anwar jadi Perdana Menteri walaupun semasa berkempen di dalam PRU 15 dia telah mendesak penyokong UMNO supaya menolak Anwar dan DAP.
20. Malahan sebelum itu, menurut seorang pemimpin dan tukang cakap UMNO Ahmad Maslan, Zahid telah bersumpah laknat tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Anwar dan DAP.
21. Saya tak berapa maklum apa maksud sumpah laknat kepada Zahid atau Ahmad Maslan, tetapi kefahaman saya ialah ianya bersumpah guna nama Allah dan sedia dilaknat jika sumpah itu di langgar.
22. Saya juga tak tahu jika sumpah laknat boleh ditarik balik kerana sepatutnya sebelum sumpah itu diungkap, orang yang melafazkannya sudah tekad dan tiada keraguan sama sekali dengan niatnya.
23. Yang jelas, kes-kes terhadap Zahid gugur dengan PM sekarang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogtunm.blogspot.com/2023/09/anwar-dan-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadiri Apec Tidak Bermakna Saya Pro Israel Kata Anwar

Hadiri Apec Tidak Bermakna Saya Pro Israel Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 108 hits
Hadiri Apec tidak bermakna saya pro Israel kata Anwar Dikemas kini 42 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Nov 2023 11 48AM
Ten Things Anwar Must Do To Avoid Being Toppled

Ten Things Anwar Must Do To Avoid Being Toppled

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 122 hits
Come Nov 24 Prime Minister Anwar Ibrahim will have reached a landmark one year as the 10th prime minister or PMX of Malaysia After the 15th general election when Pakatan Harapan failed to get a majority most Malaysians thought he would neve...
Mahfud Soal Putusan Pelanggaran Etik Anwar Usman Cs Reaksi Publik Akan Menentukan

Mahfud Soal Putusan Pelanggaran Etik Anwar Usman Cs Reaksi Publik Akan Menentukan

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 116 hits
Mahfud mengaku percaya kredibilitas Ketua MKMK Jimly Asshiddiqie dalam memutus dugaan pelanggaran etik Ketua MK Anwar Usman Cs
Peja Bermain Kayu Tiga Dengan Anwar Dakwa Chegu Bard

Peja Bermain Kayu Tiga Dengan Anwar Dakwa Chegu Bard

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 83 hits
HarapanDaily comBersatu Negeri Sembilan bergolak kembali Ahli jawatankuasa penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin menuduh pengerusi Bersatu negeri Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bermain kayu tiga dengan bersekongkol Perdana Menteri Datuk ...
Anwar Akui Pernah Beri Ucap Tama Da Am Program Li Tegaskan Pkr Bukan Ahli

Anwar Akui Pernah Beri Ucap Tama Da Am Program Li Tegaskan Pkr Bukan Ahli

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 192 hits
agendaily com07 11 2023Logo PKR sudah dibuang daripada laman web Liberal International PKR tidak pernah menjadi anggota pertubuhan antarabangsa Liberal International kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Kontroversi tercetus sebelum...
Mkmk Pecat Anwar Usman Dari Ketua Mk Tutup Peluang Ajukan Banding

Mkmk Pecat Anwar Usman Dari Ketua Mk Tutup Peluang Ajukan Banding

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 130 hits
Jika keputusannya adalah diberhentikan tidak dengan hormat maka ada peluang Anwar Usman mengajukan banding
Anwar S Ketuanan Melayu

Anwar S Ketuanan Melayu

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 74 hits
Not all Malays are equal Murray Hunter Ketuanan Melayu or Malay supremacy has been an unwritten component of government policy for the last 50 years Many had hoped that Ketuanan Melayu would be pronounced dead and buried when Anwar Ibrahim ...
Anwar Bohong Pkr Cuma Associate Tak Jadi Ahli Liberal International

Anwar Bohong Pkr Cuma Associate Tak Jadi Ahli Liberal International

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 132 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PKR tidak pernah menjadi anggota pertubuhan antarabangsa Liberal International Perdana Menteri juga Presiden PKR itu menyeru supaya isu tersebut tidak dipolitikkan Soal Liberal International Yang Berhorma...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Apa Motif Majlis Peguam Kenapa Kerajaan Takut Bertindak

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Ipt Flysiswa

Rukun Islam Jangan Ditambahkurangi Itu Namanya Dholalah Finnar

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Mata Wang Kripto Doge Jumaat 3 Mei 2024