Pas Balas Cabaran Anwar Dengan Cabaran Baru


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 21, 2024 
Baru beberapa jam dicabar oleh Anwar Ibrahim, PAS hari ini bingkas menjawab berhubung usul undi tidak percaya yang dilontarkan perdana menteri malam tadi

Menurut PAS berdepan dengan usul undi tidak percaya dalam keadaan sekarang tidak menjadikan Anwar seorang anak jantan.

Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari berkata, semua ahli parlimen kerajaan diikat dengan perjanjian terlebih dulu semasa usul undi percaya dibawa ke Dewan Rakyat pada Dis 2022.

Dia merujuk kepada usul yang dibentangkan Fadillah Yusof dan Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Dis tahun berkenaan. Ia berlangsung kira-kira tiga minggu selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Usul berkenaan diluluskan secara undian suara majoriti.

Menurut Ahmad Fadhli jika Anwar benar-benar berani dan anak jantan, ahli parlimen Tambun itu disarankan untuk membebaskan semua ahli parlimen kerajaan daripada ikatan perjanjian.

"Beri mereka kebebasan mengundi mengikut pilihan sendiri. Nah, kita tengok adakah Datuk Seri masih kekal ataupun tersungkur!" katanya dalam kenyataan hari ini.

Malam tadi Anwar mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya kepadanya sebagai perdana menteri pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Persoal layanan speaker

Walaupun tidak menyatakan secara jelas, kata-kata Anwar itu dipercayai merujuk kepada usul Pemuda PAS dalam muktamar parti itu pada minggu lalu supaya dia meletakkan jawatan.

Presiden PKR itu turut menempelak gesaan tersebut sebagai tidak tahu hukum dan peraturan.

“Mahu main-main dengan kita, ada 30 orang (suruh) Anwar turun, negara apa? Sistem apa? Datang ke sini bagitahu suruh Anwar turun.

“Ingat negara dia? Tak ada ikut peraturan tak ada ikut hukum. Nak turunkan sila, saya bagi jaminan. Ada sidang parlimen pertengahan Oktober, bawa usul cepat, kalau lambat pun saya luluskan.

“Bawa usul undi tidak percaya kepada Anwar sebagai perdana menteri, tak payah jerit.

“Kamu itu turun dulu, banjir pun tak terurus, muka ini juga nak pergi tolong,” katanya ketika berucap di Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor.

Ahmad Fadhli turut menzahirkan kecurigaannya jika usul tersebut dibawa.

"Boleh sahaja usul tidak percaya dibawa ke parlimen, tetapi dengan speaker yang ada, adakah ia akan dilayan dengan adil?" katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/pas-balas-cabaran-anwar-dengan-cabaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sodomy Ex Pas Chief Fadzil Backed Anwar Son Reminds Party S Youth Wing

Sodomy Ex Pas Chief Fadzil Backed Anwar Son Reminds Party S Youth Wing

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 238 hits
A son of former PAS president Fadzil Noor has reminded the party s Youth wing that his late father and other former leaders staunchly supported Anwar Ibrahim throughout the prime minister s sodomy trials and subsequent incarcerations Amanah...
Kerajaan Kedah Ni Tak Lama Sebab Najib Dulu Pun Macam Tu Juga Pas Banjir Dia Baru Balik Main Golf Dengan Barrack Obama

Kerajaan Kedah Ni Tak Lama Sebab Najib Dulu Pun Macam Tu Juga Pas Banjir Dia Baru Balik Main Golf Dengan Barrack Obama

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 190 hits
Melancong ke luar negara sewaktu banjir besar melanda negeri mereka berguru dengan Najib dan Rosmah ke nim 1 MB Tganu2 MB Kedah
Pemuda Pas Lulus Usul Gesa Anwar Letak Jawatan

Pemuda Pas Lulus Usul Gesa Anwar Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 193 hits
malaysiakini comMUKTAMAR PAS l Pemuda PAS hari ini meluluskan usul bagi mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatannya atau diturunkan dengan kadar segera Usul tersebut dibawa dan dibentangkan perwakilan Pemuda PAS Kawasan Tam...
Anwar Bertemu Pegawai Tertinggi Jakim

Anwar Bertemu Pegawai Tertinggi Jakim

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 118 hits
Mengadakan pertemuan bersama pegawai tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hari ini untuk berbincang beberapa perkara terkait hal ehwal Islam di Malaysia Platform ini penting mengambil kira perkembangan mutakhir khususnya mengenai prosp...
Pascabanjir Kedah Kerajaan Umum Peruntukan Rm13 Juta Pm Anwar

Pascabanjir Kedah Kerajaan Umum Peruntukan Rm13 Juta Pm Anwar

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 210 hits
ALOR SETAR 21 Sept Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM13 juta untuk bantuan pascabanjir di Kedah kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau berkata peruntukan tersebut adalah untuk sumbangan pembersihan serta baik pulih...
Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang

Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

Cancel Culture Antara Keadilan Sosial Dan Pengadilan Massa Digital

Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

Perkongsian Empower Quran Global

Kembali Ke Realiti Kehidupan

Ambil Alih Tanggungjawab Mak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Pertama Raya Tanpa Dia

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Cornflakes Madu Resepi Mudah Bahan Bahan 5 Cawan Cornflakes 1 4 Cawan

China Balas Tarif Trump Dengan 125 Sindir Akan Jadi Bahan Jenaka

Ketua Pemuda Pas Pahang Dakwa Ahli Parlimen Dap Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam