Anwar Dan Anak Semua Bangsa


 
Oleh: Rosli Khan
‘Politik itu juga sastera. Dengan tidak menyintai sastera, anda cuma hidup sebagai haiwan yang sedikit cerdik.’ Pramoedya Ananta Toer (1925-2006).
Buku kedua dari novel tetralogi penulis terkenal Indonesia  Pramodya Ananta Toer, atau bisa dipanggil Pak Pram, bertajuk ‘Anak Semua Bangsa’.
Beliau adalah seorang sasterawan yang prolifik, pemikir bangsa dan penulis revolusioner yang tajam dan ditakuti dizamannya dahulu.
Walaupun dipenjara tanpa sebarang pembicaraan oleh Suharto dari tahun 1965, Pak Pram, yang disalahkan kerana beliau begitu kritis, menjadi banduan solitari yang terpanjang di pulau Buru, Indonesia.
Corak sastera politiknya yang berkesan, banyak berkisar tentang pengalaman beliau ditengah masyarakat bawahan yang ditindas.
Beliau bermula dalam penjajahan Belanda keatas Indonesia, diikuti zaman penaklukan Indonesia ditangan Jepun sepanjang perang dunia kedua, dan pemerintahan kukubesi Suharto dari tahun 1965.
Ketidaksamaan dalam kutipan cukai pertanian, polarisasi kaum, penindasan dan diskriminasi, menjadi tema utama dalam karya-karya Pak Pram.
Sastera Politik
Perjuangan politik Anwar Ibrahim juga hampir sama. Dia berjuang untuk kaum yang ditindas, bergerak untuk membasmi kemiskinan dan menolak kronisme yang berlarutan ditahun-tahun 1990an.
Dia mahukan politik keterbukaan dan bertanggungjawab (transparency dan accountability).
Anwar menyelit sastera politik dengan laungan transformasi untuk rakyat, terhadap pembubalan banyak legislasi kuno, seperti ISA, OSA, ASA dan berbagai lagi.

Legislasi-legislasi inilah yang digunapakai oleh pemerintahan kukubesi Mahathir dan kemudiannya, Najib, demi mengekang pembaharuan dan pengembangan minda rakyat.
Mereka berdua bukan saja memenjarakan Anwar tetapi juga menyekat segala pemikiran sastera politik yang akan memerdekakan minda rakyat dan negara, dalam erti kata yang sebenarnya.
Cengkaman inilah yang mahu dibebaskan Anwar.
Mungkin secara kebetulan atau secara disedari, konsep ‘Anak Semua Bangsa’ ini, juga menjadi piagam parti yang Anwar tubuhkan pada tahun 1998, selepas beliau disingkir dari Umno dan terpenjara.
Anak Semua Bangsa
Partinya, PKR, berbilang kaum, dan mencuba untuk memberi kesamaan dan nafas baru kepada semua kaum di Malaysia.
Wawasan Anwar ialah untuk melihat anak-anak dari berbagai kaum, keturunan, latar belakang dan sudut negara diberi peluang yang sama dalam segala sektor seperti pelajaran, bantuan kewangan dan kesihatan.  
Tema ‘Anak Semua Bangsa’ ini menjadi konsep utama dalam kempen Anwar pada PRU15 yang baru berlalu.
Menurut Anwar, disitulah terletaknya titik permulaan kepimpinan kepada sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Sememangnya keadaan di negara kita, agak terpisah dalam kesatuan. Ramai yang berpuak dan kurang memahami antara satu sama lain.
Dari awal persekolahan mereka dipisahkan mengikut kaum. Perasaan tertindas dan ditindas dirasai dan ditanami dalam perkauman.
Kaum minoriti berpendapat, kita sebenarnya tidak ada kesamaan.
Tidak hairanlah, politik tanpa sastera ini bergerak dan menuju kearah mono-rasial, mono-lingual dan mono-kultur yang amat membimbangkan.
Hal ini dimainkan pula oleh segolongan ahli politik yang kering dalam pemikiran, seperti Hadi dan Muhyudin, semata-mata untuk memancing undi.
Kesamaan dan Perlawanan
Seperti Pak Pram yang terpenjara selama lebih tiga dekad lamanya, Anwar berjuang diatas dasar kesamaan selama hampir 25 tahun, demi menegakkan idealismanya dan reformasi yang semakin pudar.  
Adalah amat sukar apabila politik lawan berkisar disekitar kapitalisma yang memanjang, kumpulan elit yang berpengaruh serta budaya dan sastera negara yang kian terpinggir.
Suatu masa lalu, Anwar dianggap seperti cuba untuk menghidupkan kembali unggun api yang telah hampir mati.
Dari sudut perlawanan, Hadi dari Pas berkempen diatas konsep rakan parti Anwar, DAP, sebagai parti komunis.
Ada persamaan sewaktu Suharto menuding jari kepada Pak Pram dipermulaan konsep ‘Order Baru’ di Indonesia dahulu.
Isu komunis inilah senjata yang memusnahkan pemerintahan zaman Sukarno dan melonjak naikkan Suharto.
Hampir keseluruhan pengikut berhaluan kiri disingkir dan juga dihapuskan oleh Suharto.
Rakan Hadi, Muhyudin pula menggunakan  konsep yang hampir sama, iaitu kad agama yang tidak keruan.
Agen yahudi kononnya akan menkristiankan penduduk Malaysia dengan maksud menjadikan ancaman kepada kepercayaan yang sedia ada. Satu dongeng yang tiada asas.
Inilah antara perbezaan besar dalam pemikiran Anwar, Hadi dan Muhyudin. Anda tentunya dapat bezakan antara ideologi dan polemik.
Mujurlah kita masih mempunyai media yang bebas. Pemikiran sebegini diberi ruang dan pilihan kepada rakyat.
Ia memisahkan para pemikir dari pengelamun. Yang serius dari yang badut. Yang memimpin dari pemimpin.
Agak malang bagi Hadi dan Muhyudin, konsep ‘Anak Semua Bangsa’ ini kembali hidup dan dipercayai ramai.
Konsep ini mulai mendapat tempat dihati kalangan ramai pengundi dan mesti dilebarkan kepada semua kaum.
Memerdekakan minda masyarakat mesti diteruskan.
Di sinilah bermulanya titik kepimpinan Anwar yang tergelincir dan disita hampir 25 tahun itu. – Rosli Khan – 25 Nov 2022






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/anwar-dan-anak-semua-bangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Anwar Yakin Anak Murid Tak Tarik Sokongan Sama Sebelum Ini

Adakah Anwar Yakin Anak Murid Tak Tarik Sokongan Sama Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 127 hits
agendaily com28 11 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim rakan baik sejak zaman Pemuda UMNO Pelbagai spekulasi berhubung kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasiona...
Sokongan Anak Muda Selamatkan Maruah Agama Bangsa Tanah Air

Sokongan Anak Muda Selamatkan Maruah Agama Bangsa Tanah Air

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 156 hits
agendaily com18 11 2022Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan tokoh paling dipercayai dalam kalangan 13 pemimpin politik negara Sokongan besar besaran anak muda kepada Perikatan Nasi...
Air Mata Isteri Anak Jatuh Bila Saksi Video Kenangan Anwar

Air Mata Isteri Anak Jatuh Bila Saksi Video Kenangan Anwar

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 204 hits
Air mata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah Anwar mengalir di kala menyaksikan video berdurasi 8 minit berkisar mengenai perjuangan reformasi dalam kenangan yang menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ket...
Cukup Enam Bulan Dah Boleh Makan Biar Anak Cuba Semua Makanan Jangan Pilih Pilih

Cukup Enam Bulan Dah Boleh Makan Biar Anak Cuba Semua Makanan Jangan Pilih Pilih

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 276 hits
Menanti anak berusia enam bulan sememangnya mendebarkan Mana tidaknya rasa teruja untuk menyuapkan makanan pejal bayi buat pertama kalinya membuatkan ibu rasa cemas bercampur teruja Ditambah rasa berdebar dengan penerimaan bayi menjadikan i...
Semua Gambaq Family Dia Mcm Tu Syatilla Melvin Kongsi Gelagat Lucu Anak No2 Bikin Ramai Dek4h

Semua Gambaq Family Dia Mcm Tu Syatilla Melvin Kongsi Gelagat Lucu Anak No2 Bikin Ramai Dek4h

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 262 hits
Kelmarin merupakan detik bersejarah bagi Syifa Melvin iaitu adik kepada pelakon Syatilla Melvin kerana telah diijabkabulkan dengan pilihan hatinya iaitu Safawi Rasid yang juga merupakan salah seorang pemain bola sepak terkenal
Portal Dakwa Anwar Akan Pilih Zahid Sebagai Tpm Balas Jasa Anak Murid

Portal Dakwa Anwar Akan Pilih Zahid Sebagai Tpm Balas Jasa Anak Murid

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 158 hits
agencaily com30 11 2022Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Istana Negara Laporan sebuah portal mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal menjadi pilihan cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya