Anwar Cadangkan Pertimbang Tahanan Rumah Najib Hanya Selepas Kes 1mdb Selesai



“Jika Agong meminta nasihat saya, saya akan berkata, Tuanku, lalui proses itu”
(Berita Harian) – Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri itu selesai.
Perdana Menteri menjelaskan demikian ketika wawancara dengan Bloomberg pada Forum Ekonomi Qatar (DEF) 2024 di Doha semalam, menegaskan beliau akan hanya mengesyorkan demikian jika pandangannya diminta oleh Seri Paduka.
Menegaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong tidak akan diketepikan, Anwar berkata: “Jika Agong meminta nasihat saya, saya akan berkata, Tuanku, lalui proses itu,” katanya dalam slot khas ‘In Conversation With the Prime Minister of Malaysia’ yang dikendalikan Ketua Koresponden Antarabangsa Asia Tenggara Bloomberg Television, Haslinda Amin sebagai moderator.
Anwar mengadakan lawatan kerja ke Qatar bagi menghadiri forum berkenaan sebelum meneruskan lawatan kerja rasmi dua hari ke Republik Kyrgyz mulai hari ini.
Perdana Menteri berpendirian, semua pihak harus menumpukan kepada prosiding kes 1MDB yang sedang berjalan, berbanding isu tahanan rumah untuk Najib seperti dibangkitkan mutakhir ini.
“Akhirnya Agong yang akan membuat keputusan. Saya sebagai Perdana Menteri tidak akan melangkaui (kuasa) Agong,” katanya.
Pada 1 April lalu, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Susulan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu.
Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO di Country Heights, Kajang, pada 30 Januari lalu.
Titah Adendum berkenaan supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.
 
The post Anwar cadangkan pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/05/15/anwar-cadangkan-pertimbang-tahanan-rumah-najib-hanya-selepas-kes-1mdb-selesai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laksana Segera Tahanan Rumah Jika Benar Wujud Titah Najib

Laksana Segera Tahanan Rumah Jika Benar Wujud Titah Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 249 hits
Datuk Seri Najib Razak tidak bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Yang di Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1Malaysia Development Berhad dihadapi bekas Pe...
Berbanding Bincang Soal Tahanan Rumah Najib Kabinet Lebih Perlu Iktiraf Pandangan Pmx Sebagai Pendirian Rasmi Kerajaan

Berbanding Bincang Soal Tahanan Rumah Najib Kabinet Lebih Perlu Iktiraf Pandangan Pmx Sebagai Pendirian Rasmi Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 285 hits
Susulan pandangan Anwar Ibrahim bahawa tahanan rumah kepada Najib Razak hanya patut dipertimbangkan selepas semua kes mahkamah berkaitan 1MDB yang sedang dihadapinya selesai Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan mungkin ...
Tiada Tahanan Rumah Untuk Najib Sebelum Pru16

Tiada Tahanan Rumah Untuk Najib Sebelum Pru16

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 184 hits
Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di Pertuan Agong hanya patut mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib Razak selepas kes 1MDB yang dihadapinya selesai menjalani perbicaraan di mahkamah Menegaskan beliau tidak akan sesekali mengenep...
Kes Jenayah Goldman Sachs Berhubung 1mdb Tamat

Kes Jenayah Goldman Sachs Berhubung 1mdb Tamat

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 192 hits
Goldman Sachs membantu menjual bon USD6 5 bilion untuk 1MDB mengutip fi kira kira USD600 juta NEW YORK Seorang hakim Amerika Syarikat pada Isnin secara rasmi menamatkan kes jenayah kerajaannya terhadap Goldman Sachs berhubung urusan kerja b...
Rumah Teres Dijual Di Nilai Negeri Sembilan Hanya Boleh Beli Balik Rumah Fl

Rumah Teres Dijual Di Nilai Negeri Sembilan Hanya Boleh Beli Balik Rumah Fl

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 220 hits
Saya menjual rumah teres di Nilai Negeri Sembilan Tetapi hanya dapat beli balik rumah flat di Shah Alam ni ya Keluasan rumah 753 kps ada 3 bilik tidur dan 1 bilik air Kredit Nur Baizura Jual rumah teres di Nilai Negeri Sembilan Tapi cuma da...
Tiada Tekanan Untuk Henti Bicara Kes Najib Pmx

Tiada Tekanan Untuk Henti Bicara Kes Najib Pmx

papar berkaitan - pada 19/5/2024 - jumlah : 150 hits
PERBICARAAN kes rasuah bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang dipenjarakan akan diteruskan kerana tiada tekanan daripada mana mana pihak untuk menghentikannya kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim lapor New Straits Times Anwar berkata w...
Pm Suggests For King To Consider Najib S House Arrest Bid After 1mdb Trial

Pm Suggests For King To Consider Najib S House Arrest Bid After 1mdb Trial

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 255 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim suggested that the Yang Di Pertuan Agong should only consider the house arrest bid of former premier Najib Abdul Razak after the conclusion of his ongoing 1MDB trial Anwar emphasised that as prime minister he wo...
No Restrictions On Najib S Statements During 1mdb Probe Says Witness

No Restrictions On Najib S Statements During 1mdb Probe Says Witness

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 276 hits
MACC investigating officer Nur Aida Arifin said the former prime minister was given a lot of leeway when his statements were recorded in 2015 and 2018 KUALA LUMPUR Former prime minister Najib Razak was given every opportunity to present his...
Sustainable Data Centre Framework Set For October Launch

Selingkuh Dengan Adik Ipar Demi Cinta Wanita Renjat Suami Sampai Mati

Galaxy Z Fold 7 Flip 7 Take Over Kl Here S What You Missed

Living Comfortably During Recovery The Hidden Value Of Modern Apartments Abroad

Honda New Hr V Is Giving Hybrid Cool With A Stylish Upgrade

Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Green Tech Rising Innovations For A Sustainable Future

Anwar Terlalu Kerap Bohong Sudah Tidak Layak Jadi Perdana Menteri Tun Mahathir


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak

Telatah Anak Zahirah Macwilson Inara Pujuk Isaac Raees Buatkan Netizen Teruja Video

Budak Kilat