Anwar Buat Keputusan Sendiri Dalam Rancangan Terbarunya Kata Guan Eng



Di atas sebab itu kenapa pemimpin PH tidak bersama-sama ketika Anwar membuat pengumuman pada 23 September lepas. (Malaysia Now) – DAP akhirnya membuka mulut berhubung rancangan terbaru Anwar Ibrahim untuk merampas Putrajaya, mengatakan presiden PKR itu membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ini sebabnya mengapa beliau dan pemimpin-pemimpin PH lain tidak bersama-sama ketika Anwar membuat pengumuman pada 23 September lepas.
“Bukankah ia wajar dibuat pihak yang sesuai, berbanding Anwar seorang? Kita bimbang ini akan menjejaskan kewibawaannya, tetapi dia sangat yakin,” kata Lim dalam satu wawancara bersama Malaysiakini yang disiarkan hari ini.
“Dia membuat keputusan itu, dan sebab itu kami tidak berada bersama ketika pengumuman. Itu keputusannya sendiri.”
Lim berkata, Anwar turut dipersoalkan mengapa membuat pengumuman untuk menumbangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiga hari sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Lim turut mengecam kenyataan dikeluarkan PKR baru-baru ini yang menunjukkan parti pimpinan Anwar itu seolah-oleh memang bekerjasama dengan Umno.
Bekas menteri kewangan itu berkata, DAP sudah memberitahu Anwar kerjasama dengan Umno bukanlah satu pilihan.
“Kita berlawan dengan Umno. Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, di Kota Kinabalu, saya kata kita tak akan bersama dengan Umno di bawah pimpinannya, Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak,” katanya.
“Kita melawan mereka dalam pilihan raya. Kita bersatu dalam hasrat menyingkirkan kerajaan kleptokrat Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno, bagaimana kita boleh patah balik dan bekerjasama dengan mereka?”
Pada 21 Oktober, Zahid selaku presiden Umno menggesa “gencatan politik” seminggu selepas Biro Politik parti itu mempertimbangkan semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.
Dalam satu kenyataan melalui setiausaha agungnya selepas itu, Saifuddin Nasution Ismail mengatakan PKR menghormati keputusan Umno tetapi parti itu akan terus berusaha “ke arah mengembalikan mandat rakyat” bersama-sama ahli Parlimen yang mempunyai hasrat sama.
Kenyataan Zahid dikeluarkan beberapa hari selepas MalaysiaNow mendedahkan Zahid bersama Najib menulis secara sepihak kepada Yang di Pertuan Agong menyatakan sokongan terhadap rancangan Anwar untuk menumbangkan Muhyiddin.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini Lim menyifatkan kenyataan Saifuddin sebagai “tidak dijangka” dan tidak mencerminkan pendirian PH.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, ketika Anwar membuat pengumuman memiliki majoriti “kukuh dan meyakinkan” pada 23 September lalu, DAP difahamkan sokongan diperolehi termasuk daripada beberapa parti politik dan ahli Parlimen secara individu, tetapi bukan Umno.
“Pendirian kami dan PH jelas. Anda perlu tanya PKR tentang pendirian mereka,” katanya seperti dilaporkan portal itu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/23/anwar-buat-keputusan-sendiri-dalam-rancangan-terbarunya-kata-guan-eng/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Muhyiddin Pendek Akal Pentingkan Diri Sendiri Kata Anwar

Keputusan Muhyiddin Pendek Akal Pentingkan Diri Sendiri Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 274 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa untuk menimbang semula keputusan mencadangkan kepada Yang di Pertuan Agong untuk melaksanakan perintah darurat seperti yang dilaporkan agensi agensi berita ketika ini Presiden PKR Datuk Seri A...
Rakyat Dah Muak Dengan Kerajaan Yang Hanya Jaga Kepentingan Sendiri Guan Eng

Rakyat Dah Muak Dengan Kerajaan Yang Hanya Jaga Kepentingan Sendiri Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 239 hits
Pada 20 Oktober 2020oleh PENTADBIRPerdana Menteri Muhyiddin Yassin digesa menunjukkan kepimpinan tegas dengan satu kenyataan yang jelas dan tanpa ragu ragu bahawa tidak akan ada rombakan Kabinet Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata lan...
Guan Eng Dap Won T Follow If Anwar Steps Out Of Harapan Framework

Guan Eng Dap Won T Follow If Anwar Steps Out Of Harapan Framework

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 255 hits
With Umno for Prime Minister Muhyiddin Yassin s Perikatan Nasional government questions abound if it is game over for Anwar Ibrahim to be prime minister The PKR president has been contending for the PM s post since he was sacked from Umno a...
Kerajaan Muhyiddin Telah Jatuh Kata Anwar

Kerajaan Muhyiddin Telah Jatuh Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 260 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang Anwar berkata demikian melalui satu sidang akhbar khas sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perj...
Anwar Hanya Hantar Surat Syok Sendiri

Anwar Hanya Hantar Surat Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 489 hits
Agak penganalisis politik taraf prof dan pakar perlembagaan melenting tak kalau aku kata lagu tu Otai reformasi jangan marah Tanya saja
Bubar Parlimen Ada Bincang Tapi Tiada Keputusan Kata Najib

Bubar Parlimen Ada Bincang Tapi Tiada Keputusan Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 240 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 5 42 pmMesyuarat ahli parlimen BN yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam 1 petang tidak membuat sebarang keputusan tentang sama ada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu membubarkan Dewan Rakyat s...
Umno Akan Sokong Apa Saja Keputusan Zahid Kata Penganalisis

Umno Akan Sokong Apa Saja Keputusan Zahid Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 319 hits
Seorang penganalisis politik berkata Ahmad Zahid Hamidi mendapat sokongan kebanyakan cawangan dan bahagian Umno PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan mendapat sokongan partinya atas sebaran...
Muhyiddin Tak Boleh Cabar Keputusan Agong Kata Aziz Bari

Muhyiddin Tak Boleh Cabar Keputusan Agong Kata Aziz Bari

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 285 hits
IPOH Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh mencabar keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menolak pengisytiharan darurat seperti dicadangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional di...
Anwar Akan Hadap Agong 11 Pagi Kata Sumber

Anwar Akan Hadap Agong 11 Pagi Kata Sumber

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 309 hits
October 13 2020 8 33 AMAnwar Ibrahim tidak mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya pada sidang media 23 Sept lalu PETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim dijadualkan menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara pada 11 pagi ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba