Rafizi Tetap Bersama Anwar



wfauzdin NS
Malam tadi, di dalam program anjuran ARK (Akademi Keadilan) “Kerajaan Baharu” – Adakah Naratifnya Baharu?, yang telah diadakan di Hotel Swiss Garden, Jalan Pudu, KL , Presiden Keadilan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah ditanya oleh salah seorang peserta forum tentang Sdr Rafizi Ramli yang dilihat seolah-olah terpinggir dan menyepikan diri setelah banyak membantu PH di dalam kempen memenangi PRU14 yang lalu.
Anwar telah memberikan jawapan bahawa Sdr Rafizi sekarang adalah Naib Presiden Keadilan, beliau berhak untuk melaksanakan tugasnya di mana-mana sekalipun dan beliau selaku Presiden akan menyokongnya. Meskipun para hadirin mahukan Anwar menjawab atau mengulas panjang lebar sedikit tentang Sdr Rafizi, namun melihat kepada waktu yang terhad untuk Anwar menjawab beberapa soalan lain, jawapan pendek Anwar itu sudah cukup memberikan isyarat jelas bahawa sokongan dan kepercayaan Anwar terhadap Rafizi masih utuh.
Ramai tertanya-tanya, mengapa Sdr Rafizi dilihat “menyepi”? Adakah beliau merajuk? Sebenarnya beliau tidak menyepi, beliau masih memberikan pandangannya samada melalui twitter mahupun FB pagenya. Tiada sebab untuk beliau merajuk kerana beliau sejak awal lagi sewaktu di dalam kempen PRU14 yang lalu telah menyatakan hasrat untuk berehat agak lama selepas PRU14 bagi menumpukan kepada banyak kes mahkamah yang dihadapinya. Apatah lagi, setelah PRU14 yang lalu beliau kerap mengalami masalah kesihatan. Mungkin akibat terlalu kuat bekerja siang dan malam sebelum ini menjadikan kesihatannya sedikit terjejas, maka selepas PRU14 yang lalu, itulah waktu yang sesuai untuk beliau berehat bersama keluarga.
Namun demikian, sebagai pejuang politik, bercuti atau berehat tidaklah sama dengan percutian orang biasa. Tangannya masih bisa menulis untuk menyatakan sesuatu perkara dan isu khususnya berkaitan politik. INVOKE masih berfungsi walaupun tidak serancak sewaktu berkempen dahulu. INVOKE kini berperanan lebih kepada memantau aras sokongan rakyat kepada kerajaan PH dari semasa ke semasa. Bahkan, Sdr Rafizi turut turun membantu kempen PH di PRK di Port Dickson dan di Rantau. Waktu itu, beliau berkeadaan kurang sihat dan cergas sepenuhnya, namun tetap turun membantu kempen.
Benar, Sdr Rafizi kadangkala berbeza pendapat dengan Anwar. Beliau tidak mahu melihat Anwar dikelilingi oleh pengampu-pengampu yang bakal merosakkannya. Itu sahaja tujuan Rafizi. Anwar pula ada pandangannya sendiri dan ini dihormati oleh Rafizi. Walaupun berbeza sedikit sebanyak, Rafizi tidak pernah biadab dan kurang ajar terhadap bosnya itu. Rafizi tahu adab dan akhlak. Tidak seperti beberapa pimpinan parti yang lain, bila telah berjawatan dan berkedudukan, pantang ditegur oleh Anwar, terus sombong, ego dan biadab.
Marilah kita bersama berdoa agar Sdr Rafizi dianugerahkan kesihatan yang baik dan diberikan keringanan dan kemenangan di dalam kes-kes mahkamah yang bakal dihadapinya tidak beberapa lama lagi. Rakyat mendambakan susuk tubuh anak muda ini kembali aktif di persada politik tanahair di samping Anwar Ibrahim dan membantu Anwar membangunkan negara ini sebaik sahaja Anwar ditabalkan sebagai PM ke 8 nanti, InsyaAllah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/25255

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Beri Kebebasan Penuh Kepada Rafizi Dan Sentiasa Memberikan Sokongan Kepadanya

Anwar Beri Kebebasan Penuh Kepada Rafizi Dan Sentiasa Memberikan Sokongan Kepadanya

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 298 hits
Baru baru ini di dalam program anjuran ARK Kerajaan Baharu Adakah Naratifnya Baharu yang telah diadakan di Hotel Swiss Garden Jalan Pudu KL Presiden Keadilan YB Dato Seri Anwar Ibrahim telah ditanya oleh salah seorang peserta forum tentang ...
Menteri Disaran Dapatkan Petua Turun Harga Minyak Daripada Anwar Dan Rafizi

Menteri Disaran Dapatkan Petua Turun Harga Minyak Daripada Anwar Dan Rafizi

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 483 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ditempelak kerana tidak menguasai ilmu menurunkan harga minyak kepada RM1 50 seliter seperti yang pernah dijanjikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli sebelum ini meskipun mereka...
Bahas Bajet Tiada Rafizi Anwar Tampil Dengan Perbahasan Yang Bermutu

Bahas Bajet Tiada Rafizi Anwar Tampil Dengan Perbahasan Yang Bermutu

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 330 hits
Sewaktu rejim Umno Bn membentangkan Bajet mereka di antara tokoh hebat dari kalangan Pembangkang yang dinantikan untuk membahaskan bajet berkenaan adalah Sdr waktu itu adalah MP Pandan Beliau memiliki ketajaman berfikir dan berhujah yang ba...
Anwar Ibrahim Dan Perjuangan Rakyat

Anwar Ibrahim Dan Perjuangan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 448 hits
Dalam Tazkirah Nurul Anwar Anwar Ibrahim menceritakan 2 kisah yang menarik Ia dikaitkan dengan bangsa yang bermaruah dan gagah adalah bangsa yang mempunyai roh perjuangan Beliau menceritakan ketika di awal gerakan reformasi dahulu beliau be...
Umat Islam Perlu Ke Depan Pecah Benteng Perkauman Kata Anwar

Umat Islam Perlu Ke Depan Pecah Benteng Perkauman Kata Anwar

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 310 hits
Umat Islam perlu ke depan pecah benteng perkauman kata Anwar Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Oct 2019 11 3
Being A Hero For Malays Is Okay But Don T Sow Racial Discord Says Anwar

Being A Hero For Malays Is Okay But Don T Sow Racial Discord Says Anwar

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 509 hits
PKR president Anwar Ibrahim said becoming a hero for the Malay community must not come at the expense of dividing the nation and stirring racial disharmony in the country As a country we can celebrate or divide but we must choose If we want...
No Point Being Hero Of Malays If It Leads To Division Says Anwar

No Point Being Hero Of Malays If It Leads To Division Says Anwar

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 412 hits
PKR president Anwar Ibrahim says all the poor irrespective of race must be given a helping hand SHAH ALAM PKR president Anwar Ibrahim said it would not be a problem for him to become a hero for the Malay community adding that he knew what n...
Report Ex Pkr Deputy President Claims Azmin Sought To Exit Party Over Tensions With Anwar

Report Ex Pkr Deputy President Claims Azmin Sought To Exit Party Over Tensions With Anwar

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 403 hits
Datuk Seri Azmin Ali came close to leaving PKR at the height of his strained relationship with party president Datuk Seri Anwar Ibrahim former deputy president Syed Husin Ali claimed Syed Husin told Malaysiakini in an interview that the inc...
Pertarungan Anwar Mahathir Berterusan Siapa Mula Serang Pula

Pertarungan Anwar Mahathir Berterusan Siapa Mula Serang Pula

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 282 hits
Gendang Perang Dah Berbunyi Beranikah Anwar Lakukan Serangan Mampukah Dr Mahathir Bertahan Posted by SnapShot at 10 09 2019Kehadiran Azmin di Kongres Melayu malah turut duduk sebaris dengan pemimpin pemimpin utama parti politik Melayu semas...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Affordable Cars Dominate Market As Consumers Downtrade Amid Economic Pressures

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Hipodontia Kehilangan Gigi Secara Genetik Yang Tidak Disedari

Psychology Of Brand Names

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Exciting Ios 26 Beta Revelation Surprising New Name Emerges For Apple S Homepad

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia