Anugerah Sahsiah Terpuji Objetif Perekodan Melalui Ssdm
Bagi memupuk sahsiah yang baik dalam kalangan murid, Anugerah Sahsiah Terpuji diwujudkan bagi mengiktiraf murid yang menunjukkan sahsiah yang baik di sekolah.
Untuk memilih murid bagi anugerah ini, guru mestilah merekodkan perilaku murid menerusi Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
Menerusi sistem ini, rekod tingkah laku murid dapat direkodkan dengan sistematik dan akhirnya murid yang mempunyai tingkah laku atau sahsiah yang baik akan menerima anugerah ini.
Mengenai Anugerah Sahsiah Terpuji
Anugerah Sahsiah Terpuji merupakan program pembentukan sahsiah murid yang diwujudkan bagi mengiktiraf dan menghargai murid yang mempunyai amalan atau sahsiah yang baik di sekolah.
Anugerah ini juga sebagai mekanisme untuk membudayakan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid untuk meningkatkan status sahsiah diri.
Ini juga akan menyemai amalan baik dalam diri murid dan menjadi amalan walaupun selepas alam persekolahan.
Objektif Anugerah Sahsiah Terpuji
Objektif anugerah ini diwujudkan adalah untuk:
Membudayakan amalan baik di peringkat sekolah bagi melahirkan murid yang mempunyai sahsiah diri terpuji.
Memupuk semangat berlumba-lumba untuk berbuat baik dalam kalangan murid.
Mengurangkan murid yang akan melakukan salah laku di sekolah.
Senarai Amalan Baik
Senarai amalan baik yang menjadi kriteria yang diambil kira dalam penilaian anugerah ini adalah seperti berikut:
Sukarela membantu guru
Sukarela melapor kes salah laku
Membantu melaksanakan kerja-kerja landskap/taman
Membantu mengemas/menyusun atur bilik-bilik khas
Membersih kawasan/bilik khas
Kerja-kerja mengecat
Menyertai aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak sekolah
Aktiviti lain yang menzahirkan nilai murni
Status Sahsiah Murid
Penilaian dibuat berdasarkan status sahsiah murid
Status SahsiahKategori1-8Baik9-17Amat Baik18 ke atasTerpuji
Perekodan Dalam SSDM
Anugerah ini diberikan berdasarkan rekod murid di dalam SSDM hasil daripada penilaian guru terhadap murid tersebut.
SSDM pada asalnya dikenali sebagai Sistem Salahlaku Disiplin Murid tetapi ianya telah dinamakan semula kepada Sistem Sahsiah Diri Murid dengan penambahbaikan yang dilalukan.
Sistem ini adalah modul yang berada di bawah Modul Pengurusan Murid dan dihubungkan dengan APDM.
Fungsi utama sistem ini adalah:
Merekod kes-kes salahlaku atau perilaku baik murid.
Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah.
Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku dan amalan baik murid.
Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap.
Pengguna SSDM
Pengguna sistem ini adalah terdiri daripada:
Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)
Cara Login SSDM
Untuk login ke sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Layari laman web https://ssdm.moe.gov.my/.
Masukkan “ID Pengguna” dan “Kata Laluan.”
Buat perekodan murid.
Contoh Anugerah Sahsiah Terpuji
Contoh anugerah ini dilaksanakan di sekolah boleh dirujuk seperti di bawah:
Info Lanjut
Info lanjut, sila layari laman web SSDM iaitu https://ssdm.moe.gov.my.
Baca juga: Kit Duta Sahsiah KPM: Konsep, Tugas, Proses Pemilihan, Logo
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/anugerah-sahsiah-terpuji/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=anugerah-sahsiah-terpuji