Pelajar Melayu Pintar Terima Lima Anugerah Dalam Majlis Graduasi Smjk


Pelajar Melayu pintar, terima lima anugerah dalam majlis graduasi SMJK. Ahmad Khidir Ahmad Nazri berjaya membuktikan kemampuan dirinya apabila menerima lima anugerah dalam majlis graduasi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee di Georgetown, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.
Pelajar Melayu Pintar, Terima Lima Anugerah Dalam Majlis Graduasi SMJK Majlis itu menyaksikan Ahmad Khidir, 17, membawa pulang Anugerah Tokoh Pelajar, Timbalan Ketua Pengawas, tempat pertama dalam kelas, tempat pertama dalam tingkatan aliran sastera serta markah tertinggi Bahasa Melayu dan juga Pendidikan Islam.
Kejayaan itu menjadikan Ahmad Khidir sebagai salah seorang daripada tiga pelajar Melayu di sekolah berkenaan berpeluang menaiki pentas bagi menerima anugerah kerana kecemerlangan dalam akademik.
Menurut Ahmad Khidir, dia amat bersyukur dengan penghargaan diterima daripada pihak sekolah dan mengakui bukan mudah untuk meraih kejayaan itu.
“Memang susah nak berada di tahap ini kerana pelajar Melayu di sekolah ini cuma 30 orang saja dan kami perlu bersaing dengan rakan lain.
“Tapi, saya bersyukur kerana mendapat 7A dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek BM (A+) BI (A), Pendidikan Islam (A+) Sejarah (A-) Matematik (A-) Sains (A) dan Ekonomi (A), manakala B untuk Akaun serta Mandarin. Sasaran saya tentunya 9A+ dalam SPM nanti,” katanya. 
Bercerita lanjut, Ahmad Khidir berkata, dia tidak mempunyai asas dalam bahasa Mandarin namun ibunya, Fudla Yusof, 55, bersungguh-sungguh apabila menghantarnya ke tadika dan sekolah aliran Cina kerana mahu kelainan berbanding adik-beradik lain.
“Saya anak bongsu daripada enam beradik dan satu-satunya yang dihantar ke sekolah aliran Cina.

“Susah awalnya sebab tak ada asas dan dulu malu nak bercakap dengan jiran dalam bahasa Mandarin, tapi lama-kelamaan bertambah yakin.
“Alhamdulillah, saya dapat nombor satu dalam kelas ketika tahun empat. Kemudian cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sampai dapat masuk sekolah sekarang yang tersenarai antara sekolah terkemuka dan pernah lima kali juga dapat tempat pertama dalam kelas sewaktu di tingkatan tiga, empat serta lima,” katanya.
Berkongsi tip pembelajarannya, Ahmad Khidir berkata, dia menyediakan jadual belajar dengan memperuntukkan mengulangkaji dua subjek dalam sehari.
“Tempoh ulangkaji bagi satu subjek adalah dua jam 30 minit dengan 15 minit waktu rehat bagi setiap sesi.
“Saya cuba fleksibelkan masa kerana tak nak tertekan dan ada juga belajar secara berkumpulan, yang mana saya ajar mereka (pelajar Cina) Bahasa Melayu dengan Sejarah.
“Manakala, rakan ajar saya bahasa Mandarin, jadi kami saling membantu dengan belajar serta bersaing secara sihat tanpa ada isu pun,” katanya yang turut aktif dalam kokurikulum dengan menyandang jawatan Naib Pengerusi Kadet Polis, Kelab Pencegahan Jenayah, Lembaga Pengawas dan kumpulan koir selain aktif olahraga.
Menurut Ahmad Khidir, kejayaan baru-baru ini bukan kerana usahanya saja, tetapi berkat sokongan keluarga khususnya ibu bapa, pentadbir sekolah, guru dan rakan yang banyak membantunya.
“Terima kasih kepada mama yang menjaga, papa (Ahmad Nazri Noordin, 55) yang tak jemu tanya khabar saya, adik-beradik kerana kuatkan semangat, juga rakan sebab sentiasa teman sewaktu belajar.
“Tak ketinggalan juga buat pengetua, penolong kanan, guru dan ustaz yang mendidik dari sekolah rendah, menengah selain netizen kerana bagi ucapan tahniah juga semangat selepas video dimuat naik kakak (Siti Fatimah Azzahra, 22) mendapat tontonan ramai di TikTok.
“Terharu rasanya kerana ramai yang mendoakan dan saya doakan juga kejayaan semua terutama calon SPM lain. Jangan putus asa, sentiasa mencuba, ingat mereka yang bagi sokongan dan terus kuat,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Toreh Tangan Bila Stres, Trend Pelajar Sekolah & IPT, Gambarkan Masalah Kesihatan Mental Yang Serius
Lelaki Langgar Lari Pelajar Perempuan 13 Tahun, Pandu Myvi Redah Masuk Kawasan Sekolah
 
 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
 
The post Pelajar Melayu Pintar, Terima Lima Anugerah Dalam Majlis Graduasi SMJK appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pelajar-melayu-pintar-terima-lima-anugerah-dalam-majlis-graduasi-smjk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Dekad Dalam Industri Seni Jamal Abdillah Rasa Belum Layak Terima Biduan Negara

Lima Dekad Dalam Industri Seni Jamal Abdillah Rasa Belum Layak Terima Biduan Negara

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 184 hits
Meskipun sudah lima dekad dalam industri seni penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah berpendapat dirinya masih belum layak untuk menerima anugerah Biduan Negara Menurut laporan Berita Harian Jamal atau nama lengkapnya Jamal Ubaidillah Mohd ...
Saya Pesan Pada Isteri Jika Ada Yang Nak Bagi Anugerah Lepas Saya Dah Tiada Jangan Terima Allahyarham S Atan

Saya Pesan Pada Isteri Jika Ada Yang Nak Bagi Anugerah Lepas Saya Dah Tiada Jangan Terima Allahyarham S Atan

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 133 hits
Memetik temubual maestro muzik terkenal Allahyarham S Atan bersama sebuah akhbar Oktober lalu figura hebat itu ada memaklumkan satu permintaan kepada isterinya Memetik kata kata Allahyarham S Atan beliau melarang keluarganya untuk menerima ...
Sultan Pahang Tengku Ampuan Zahir Tahniah Kepada Siti Nurhaliza Terima Anugerah Biduan Negara 2024

Sultan Pahang Tengku Ampuan Zahir Tahniah Kepada Siti Nurhaliza Terima Anugerah Biduan Negara 2024

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 264 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin ...
Aktiviti Majlis Anugerah Usahawan Berjaya Tekun Nasional 2024 Ppim 29 11 2024

Aktiviti Majlis Anugerah Usahawan Berjaya Tekun Nasional 2024 Ppim 29 11 2024

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 180 hits
29 November 2024 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Anugerah Berjaya TEKUN Nasional 2024 di World Trade Centre Seramai 19 usahawan TEKUN Nasional menerima anugerah peringkat negeri dan peringkat kebangsaan
Pov Terima Scroll Graduasi Sentuh Hati Penonton

Pov Terima Scroll Graduasi Sentuh Hati Penonton

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 217 hits
Video tular di media sosial memaparkan seorang graduan merakam momen naik pentas konvokesyen menggunakan Ray Ban Meta Rakaman POV itu berjaya menarik perhatian netizen kerana kelainan dan keunikan sudut pandang pertama yang menangkap detik ...
Majlis Graduasi 2024 2025 Tremendous

Majlis Graduasi 2024 2025 Tremendous

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 250 hits
Majlis Graduasi 2024 2025 Tremendous Savanna Hill Resort 15 November 2024 mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic love followme beautiful blogofth...
Lima Telefon Pintar Terbaik Dari Infinix Malaysia Pada 2024

Lima Telefon Pintar Terbaik Dari Infinix Malaysia Pada 2024

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 283 hits
Dalam dunia teknologi yang pantas di mana telefon pintar hampir merupakan lanjutan daripada siapa kita mencari peranti sempurna yang sesuai dengan gaya hidup dan bajet anda boleh terasa seperti mencari jarum dalam timbunan jerami Infinix ya...
Rangkul Tokoh Pelajar Cemerlang Di Sekolah Cina Calon Spm Bolot 5 Anugerah

Rangkul Tokoh Pelajar Cemerlang Di Sekolah Cina Calon Spm Bolot 5 Anugerah

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 116 hits
Seorang pelajar lelaki Ahmad Khidir Ahmad Nazri menjadi inspirasi ramai apabila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang ketika majlis penganugerahan di salah sebuah sekolah cina Ahmad Khidir yang bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Keba...
Jenama Pilihan Pa Ma 2024 Kembali 20 Jenama Hebat Terima Anugerah Pelbagai Kategori Keibubapaan

Jenama Pilihan Pa Ma 2024 Kembali 20 Jenama Hebat Terima Anugerah Pelbagai Kategori Keibubapaan

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 236 hits
Tahun ini Pa Ma menyambut ulang tahun yang ke 24 dan sempena dengan itu telah mengumumkan penerima Anugerah Jenama Pilihan Pa Ma 2024 Anugerah berprestij ini diberikan kepada jenama jenama terbaik dalam pelbagai kategori yang berkaitan deng...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asian K Pop Stars As A Platform For Uniting New Talents Across Asia

Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Minuman Belgian Chocolate Choco Albab Rasa Kaya Khasiat Mantap

Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris

Beli Mata Wang Kripto Di Luno