Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2022 Pengiktirafan Guru Luar Biasa


 Hiii korang, bertemu lagi kita. 


Alhamdulillah, tak terlambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar cikgu. Apapun bidang ataupun pelajaran yang diajar sesungguhnya tanpa insan yang bergelar cikgu, tidak mampu kita berdiri sebagai apa-apa pun yang kita jadi hari ini. Terima kasih cikgu kerana bersabar dengan 1001 macam kerenah dan peel anak muridnya. Jasa kalian amat kami semua hargai.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 | Pengiktirafan Guru Luar Biasa Bagi menghargai jasa dan peranan para guru yang 'luar biasa' di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutamanya dalam meningkatkan kecemerlangan akademik dan mewujudkan akses kepada pendidikan anak murid, baru-baru ini McDonald's Malaysia telah mengumumkan 25 penerima anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 sempena sambutan Hari Guru tahun ini. 
Tahniah cikgu-cikgu semua. Anda sememngnya hebat



25 Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's diumumkan sempena sambutan Hari Guru Peringkat KebangsaanAnugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 | Anugerah Tahunan Guru Inspirasi McDonald's MalaysiaAnugerah yang memasuki tahun ke-6 penganjurannya ini, sebenarnya telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan bermula 10 Mac hingga 2 April 2022 yang lalu. Terdapat lebih peningkatan pencalonan berbanding sebelum ini. Tetapi daripada keseluruhan pencalonan yang diterima, hanya 25 pemenang telah berjaya dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara



“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan. Setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,” kata Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia



Dengan didikan dan asuhan guru, semua murid mampu berkembang sebagai individu yang seimbang dan memenuhi potensi diri mereka. Walaupun menghadapi situasi sukar 2 tahun kebelakangan ini dengan sekatan pandemik yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran normal murid. Namun, kisah yang diperolehi hasil pembacaan berdasarkan pencalonan diterima sejak bermulanya pandemik menunjukkan betapa kukuhnya semangat kemanusiaan dan para guru yang menjadi pemacu utama sistem pendidikan negara. 





Jadi, semasa kita memasuki fasa peralihan endemik usahlah kita lupa semangat serba boleh yang terpahat dalam diri para guru, penyesuaian yang dilakukan dan daya tahan yang ditunjukkan mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka terutamanya ketika melalui masa-masa yang tidak menentu. Itulah detik yang cukup mengharukan dan membanggakan sebenarnya.



Hadiah Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022  Setiap pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 dan sebuah trofi. Ianya telah disampaikan oleh YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan yang merupakan tetamu kehormat majlis tersebut.

Pemilihan Pemenang & Penghargaan PencalonanSejak dilaksanakan dan diperkenalkan pada tahun 2017, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah disampaikan kepada 131 guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, memotivasi dan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan negara. Mereka telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald’s, pegawai KPM dan juga pihak media. 
Pencalon untuk pemenang anugerah ini juga sebenarnya turut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan. Untuk ikuti kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun ini boleh klik https://www.anugerahguruinspirasimcd.com/bm/view_nominate.

McDonald’s Malaysia meraikan Sambutan Hari GuruSempena meraikan Hari Guru juga, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Justeru kru restoran McDonald’s akan meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi. 
Selain itu, McDonald’s Malaysia telah mengagihkan baucar hidangan percuma kepada guru di seluruh negara sebagai tanda penghargaan buat sumbangan mereka kepada masyarakat. Sempena sambutan Hari Guru, baucar tersebut akan diedarkan kepada 500,000 guru yang bertugas di sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan. Baucar hidangan percuma ini boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald's berdekatan 16 Mei hingga 30 Jun 2022.


25 Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 Bil.
Nama Guru
Sekolah
1
Encik Chan Chin Ho
SMK Durian Tunggal
2
Mdm Tan Wei Kuan
SJKC Chong Cheng
3
Puan Siti Ainulmursyida binti Shamsudin
SMK Orkid Desa
4
Encik Muhammad Suffi bin Yusof
SK Pangkalan TLDM
5
Encik Mohammad Noor Azlan bin Idris
SMK Syed Abu Bakar
6
Encik Tiew Feilix
SJKC Kwang Hwa
7
Puan Nur Afizan binti Mohd Zainon
SMK Dato' Bijaya Setia
8
Encik Awang Mohammad bin Awang Yahya
SK Semayan Pulau Banggi
9
Encik Norhailmi bin Abdul Mutalib
SMK Jerlun
10
Encik Rohaidee bin Mustafa
SK Tun Syed Ahmad Shahabudin
11
Puan Angela binti Joseph
SMK Mutiara
12
Encik Noreriffin Bin Norazaman
SMK Lailatul Shahreen
13
Puan Jasleen binti Mohamed Razali
SK Gong Nangka
14
Encik Ishak bin Hassan
SK Bandar Raub
15
Encik Lerry David
KV Keningau
16
Encik Hafizi Fazli bin Bakar
SMK Kemabong
17
Encik Mohana Ram a/l Murugiah
Methodist Girl's School
18
Encik HJ Khairu Rasid bin Mohamad
SMK Tan Sri Jaafar Albar
19
Encik Zulbaseri bin Husain
SK Parang Putting
20
Encik Maheswaran a/l Muniandy
SK Putrajaya Presint 9(1)
21
Encik Huzaire bin Haji Ahmad
SK (F) Mempaga 2
22
Encik Kelimin anak Lidam
SK Long Moh
23
Mohamad Zain bin Md Sevan
SK (F) Pasir Besar
24
Puan Aznida binti Abdul Aziz
Kolej Tingkatan Enam, Petaling Jaya
25
Puan Siti Rahimah binti Hamat @ Mamat
IPG Dato' Razali Ismail
Apapun tahniah sekali lagi kepada kesemua 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 ini. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ciktie.com/2022/05/korang-bertemu-lagi-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Mama Papa Selebriti Mewarnai Anugerah Pa Ma Gala 2022 Pastinya Memberi Inspirasi

20 Mama Papa Selebriti Mewarnai Anugerah Pa Ma Gala 2022 Pastinya Memberi Inspirasi

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 143 hits
Pa Ma Gala 2022 kembali lagi Program anugerah digital ini memberi penghargaan kepada barisan selebriti yang yang bukan hanya mempunyai pengaruh kuat di media sosial tetapi juga menjadi inspirasi buat ibu ayah milenial di luar sana Uniknya u...
Saksikan Merdeka Award 2022 Inspirasi Indonesia 30 Juni 2022

Saksikan Merdeka Award 2022 Inspirasi Indonesia 30 Juni 2022

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 215 hits
Merdeka com konsisten memberikan apresiasi ini sebagai bentuk dukungan pers bagi orang orang hebat yang mencurahkan hati dan pikirannya untuk Indonesia
Kenapa Perlu Teruskan Juga Idea Luar Biasa Anda Sekalipun Pakar Kata Itu Idea Gila

Kenapa Perlu Teruskan Juga Idea Luar Biasa Anda Sekalipun Pakar Kata Itu Idea Gila

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 225 hits
Anda mungkin pernah ada idea luar biasa Idea luar biasa itu anda ceritakan pada seorang kawan yang bijak dan banyak pengalaman Sebaik saja dia mendengarnya dia terus gelak terbahak bahak Kemudian dia berikan pendapatnya yang penuh dengan lo...
Kawin Dgn Erra Je Boleh Isteri Awie Bg Pass Luar Biasa

Kawin Dgn Erra Je Boleh Isteri Awie Bg Pass Luar Biasa

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 236 hits
Menerusi satu klip dimana temu bual bersama penanyi dan pelakon yang dikenali ramai iaitu Awie dan Erra Fazira mendapat perhatian ramai setelah Awie memberi satu kenyataan yang mengejutkn semua pihak Keakraban Erra Fazira dan Awie sememangn...
Jawatan Kosong Guru Kafa Pulau Pinang Sesi 2 2022

Jawatan Kosong Guru Kafa Pulau Pinang Sesi 2 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 458 hits
JAWATAN KOSONG GURU KAFA PULAU PINANG SESI 2 2022 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengalu alukan individu yang berkelayakan bagi memohon kekosongan jawatan Guru KAFA Pulau Pinang bagi sesi kedua tahun 2022 ini Berikut dikongsikan...
Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 188 hits
Ahsan Hendra Sapa Penggemar di Ajang Indonesia Open 2022 Perhelatan Indonesia Open 2022 yang berlangsung mulai Selasa hingga Minggu diwarnai acara jumpa penggemar dengan idola atlet bulu tangkis
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Nostalgia Bedak Sejuk

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort

Dua Lelaki Warga Asing Empat Lari 70 Meter Sahaja

Bekas Pemain Import Liga M Antara Ditahan Dalam Op Kutip