Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2019


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 | Dengan sambutan dan maklumbalas yang cukup memberangsangkan pada tahun lalu, McDonald’s Malaysia terus memberi pengiktirafan kepada para guru dengan pelaksanaan anugerah tahunan iaitu Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s. Memasuki tahun ketiga ia dilaksanakan, McDonald’s mengajak orang ramai untuk mencalonkan guru-guru mereka mulai hari ini. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia. 
Calonkan CN sekarang sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2019 tau 
Calonkan Guru Inspirasi Anda Sekarang!
Anda rasa CN layak dianugerahkan sebagai Guru Inspirasi? Boleh je calonkan CN eh, guru inspirasi anda di www.mcdonalds.com.my mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2019


Video Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2018

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s ini telah menerima 3,000 pencalonan daripada rakyat Malaysia pada tahun lalu, manakala 1,000 pencalonan pada tahun 2017. Dari 3,000 pencalonan tahun lalu, 25 orang guru telah menerima anugerah ini dengan kisah-kisah inspirasi mereka dalam mendidik anak bangsa. Sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei 2019, McDonald’s berharap dapat menerima lebih banyak pencalonan, yang boleh terus memberi inspirasi kepada warga pendidik, ibubapa dan juga pelajar.
“Di McDonald’s, kami komited untuk mendekati dan menyumbang semula kepada masyarakat. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif yang menunjukkan komitmen kami dalam mewujudkan impak positif dalam komuniti di sekitar lokasi operasi kami,” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar ketika memberi ucapan semasa Majlis Perasmian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019.


“Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s dilaksanakan secara khusus untuk warga pendidik yang penuh dedikasi dalam mendidik generasi muda, dan pada masa sama membina asas yang kukuh untuk negara yang maju dimasa depan,” tambah Azmir.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's, mengiktiraf komitmen & dedikasi guru
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang melancarkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 berkata bahawa anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf kerja keras guru, malah komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan untuk memberi yang terbaik melangkaui pembelajaran di dalam kelas.
“Guru merupakan tulang belakang sistem pendidikan negara, dan guru yang melaksanakan amanah dan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki mereka, wajar menerima pengiktirafan istimewa kerana dedikasi sebeginilah yang mampu membentuk minda dan jati diri pelajar, seterusnya membina asas keperibadian diri yang kukuh seseorang pelajar,” tambah Dr Maszlee.

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan bersama Azmir Jaafar, ketika Majlis Perasmian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019.
“Saya berharap Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s mampu memberi dorongan kepada guru untuk melakukan yang terbaik samaada di dalam mahupun di luar kelas. Saya berharap sebagai anggota masyarakat, kita dapat terus menghargai jasa yang ditaburkan oleh guru dalam mewujudkan impak positif jangka panjang kepada para pelajar yang merupakan peneraju pucuk pimpinan negara pada masa hadapan.”


Hadiah wang tunai RM5000 kepada pemenang Guru Inspirasi & baucar hadiah RM200 kepada pencolon

Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200.
Antara penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahun lalu– Cikgu Mohd Azri Elias, Cikgu Wong Lieat Hiong dan Cikgu Romizal Amir bin Rosdi.


Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah:-

usaha meningkatkan pencapaian pelajarteknik pengajaran yang inovatiftindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar impak positif guru terhadap diri pelajar. 

Cikgu Mohd Azri Elias adalah salah seorang penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahun 2017
Cikgu Wong Lieat Hiong pula adalah salah seorang penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahun 2018.

Pemilihan pemenang akan dibuat dengan teliti oleh panel juri yang terdiri daripada wakil-wakil dari McDonald’s, Kementerian Pendidikan Malaysia dan media.


“Rakyat Malaysia secara kolektif telah berkongsi beribu-ribu kisah menarik mengenai guru mereka menerusi pencalonan yang dibuat sepanjang dua tahun lalu. Saya berharap semangat ini akan diteruskan lagi untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s pada tahun ini,” kata Azmir.YB Dr Maszlee bersama antara penerima anugerah Guru Inspirasi tahun 2017 & 2018 yang hadir ketika Majlis Perasmian  Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019.

Sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, McDonald’s juga akan menganjurkan seminar motivasi yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya di beberapa lokasi di seluruh negara. Ceramah motivasi ini akan disampaikan oleh penceramah motivasi terkenal Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Sambutan Hari Guru juga akan diadakan di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara sepanjang bulan April ini dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah permainan, sesi bergambar dan jamuan ringan untuk meraikan dedikasi guru-guru ini dalam mendidik generasi masa hadapan.


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cekgunorazimah.com/2019/03/anugerah-guru-inspirasi-mcdonalds-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Keputusan Calon Berjaya Ke Ukcg Dan Temu Duga Guru Interim Bahasa Inggeris 2019

Semakan Keputusan Calon Berjaya Ke Ukcg Dan Temu Duga Guru Interim Bahasa Inggeris 2019

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 1557 hits
Semakan Keputusan Calon Berjaya ke UKCG dan Temu Duga Guru Interim Bahasa Inggeris 2019 Pemakluman terkini berkaitan Guru Interim 2019 Mohon perhatian khususnya kepada individu yang telah membuat permohonan untuk menjawat jawatan Guru Inter...
Inspirasi Tren Desain Interior 2019

Inspirasi Tren Desain Interior 2019

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 332 hits
Selama 2018 beragam gaya dekorasi interior kian bermunculan sebagai ide untuk membuat ruangan ruangan dari hunian ataupun hotel kafe dan restoran menjadi lebih menyenangkan Mulai dari gaya minimalis ornamen ornamen artistik dan sebagainya p...
Permohonan Jawatan Guru Cemerlang Dan Pensyarah Cemerlang 2019 Dibuka Mulai 1 Mac Ini

Permohonan Jawatan Guru Cemerlang Dan Pensyarah Cemerlang 2019 Dibuka Mulai 1 Mac Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 2086 hits
Permohonan Jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang 2019 Dibuka Mulai 1 Mac Ini Pemakluman terkini daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan permohonan Guru Cemerlang Pensyarah Cemerlang bag...
Tempahan Hadiah Hari Guru Tahun 2019 Kini Sudah Di Buka

Tempahan Hadiah Hari Guru Tahun 2019 Kini Sudah Di Buka

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 2907 hits
Tempahan Hadiah Hari Guru 2019 sudah di buka Sekarang anda sudah boleh mula membuat tempahan Hadiah Hari Guru daripada kami Tempahan Hadiah hari Guru 2019 dibuka lebih awal supaya tak jadi macam peristiwa tahun lepas Dekat dekat nak hari gu...
Senarai Pencalonan Anugerah Dfkl 2019

Senarai Pencalonan Anugerah Dfkl 2019

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 471 hits
Drama Festival Kuala Lumpur 2019 kembali untuk edisi keenam dengan memperkenalkan tema baharu tahun ini iaitu Positif Selalu Anugerah DFKL 2019 bakal diadakan pada 7 April 2019 bagi mengiktiraf drama drama yang bersiaran sepanjang tahun 201...
Pengambilan Guru Dini Dan Guru Tahfiz Secara Interim Di Sekolah Sekolah Menengah Kpm Ambilan 2019

Pengambilan Guru Dini Dan Guru Tahfiz Secara Interim Di Sekolah Sekolah Menengah Kpm Ambilan 2019

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 739 hits
Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz Secara Interim Di Sekolah Sekolah Menengah KPM Ambilan 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan berpotensi berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Dini dan Guru Tahfiz s...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

Gaojing888 To 9 2568 888 Website 888 Gaojing888 Top 69 By Leif

Senarai Semua 17 Jenis Klasifikasi Perkhidmatan Sspa Penjawat Awam Terkini Pekeliling 2024

Live22 12 Aug 2568 Live22 Top 41 By Norma Likeslot123 Com

Biomedical Science University In Malaysia What To Consider

5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru

Resipi Somtam Betik Muda Pedas Masam Manis Memang Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Catatan Seorang Pemancing Tegar

Anak Yatim Yang Terbuang

We789 9 May We789 100 Top 95 By Kay

Boonlert1688 11 May Boonlert1688 Top 34 By Gwendolyn

Semangat Untuk Maju Harus Diteruskan

Majlis Nikah Nursahirah Binti Jahidin