Anugerah Bintang Popular Zul Ariffin Remy Ishak Dan Zizan Razak Tidak Tersenarai


KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pengelola majlis Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34 mengesahkan undian diperoleh tiga calon artis awal ABP34 dalam kategori solo menerusi pencalonan Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Versatil Popular tidak akan dikira dan tidak disenaraikan pada tangga lima teratas.



Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABP34, Shamshul Azree Samshir berkata ia juga merangkumi undian seorang calon kategori YouTuber Popular, yang mengumumkan menarik diri sebelum ini.
Menurut Shamshul, sebagai acara hiburan berprestij yang mementingkan integriti dan legasi dicipta lebih tiga dekad lalu, ABP mahu terus memberi mandat kepada peminat untuk menentukan artis mana yang layak bergelar Bintang Paling Popular.
Pun begitu, katanya, undian diperoleh tiga artis untuk kategori atas talian iaitu Gandingan Serasi Drama Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular, tetap diambil kira atas faktor pencalonan adalah mengikut watak gandingan yang dibawa calon dalam drama atau filem, selain mahu berlaku adil kepada pasangan atau pelakon yang digandingkan dalam karya dipertandingkan.
“Tiga artis solo itu adalah Zizan Razak yang tersenarai dalam calon awal kategori utama Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Versatil Popular dan kategori online Gandingan Serasi Filem Popular; Zul Ariffin (kategori utama Pelakon TV Lelaki Popular.
“Selain itu, Zul juga mendapat dua pencalonan dalam kategori online Gandingan Serasi Drama Popular) serta Remy Ishak (kategori utama Pelakon TV Lelaki Popular dan kategori online Gandingan Serasi Drama Popular).
“Calon kategori Artis YouTuber Popular yang turut menyatakan hasrat menarik diri daripada pencalonan awal ABPBH 34 ialah Zukie Mohamad,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Baca Juga : Azzam Shah dan Sheryl Shazwani Selamat Bertunang
Selain itu, kata Shamshul, pihaknya menghargai keutuhan, kesetiaan dan sokongan peminat terhadap penggiat seni walaupun industri kreatif tempatan dilihat agak sepi sejak pandemik Covid-19 melanda, 18 bulan lalu.
“Tidak keterlaluan jika dianggap peminat adalah penyelamat kepada kelangsungan dunia hiburan yang perlahan-lahan bangkit semula susulan kelonggaran diberi kerajaan kepada penggiat industri kreatif, baru-baru ini.
“Sehubungan itu, ABP mahu terus menyemarakkan industri kreatif dengan menyantuni sokongan diberi peminat terhadap penggiat seni termasuk artis yang tercalon dalam pusingan awal dan akhir ABP34,” katanya.
Shamshul juga berkata, ABP turut memperakui bakat dan sumbangan anak seni yang menepati syarat ditetapkan Jawatankuasa Penjurian ABP34 untuk dicalonkan dalam kategori utama dan online acara anugerah ini saban tahun.
“Sehubungan itu, ABP berharap usaha menyemarakkan industri kreatif pada era pandemik ini, dan lebih penting memberi peluang pekerjaan kepada petugas belakang tabir sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran edisi ke-34 ABP ini dapat diteruskan atas semangat kekitaan sesuai dengan tema tahun ini #KITABERSAMA.
“Kami juga ambil maklum mengenai sebab-sebab penarikan diri mereka, dan akan mengambil langkah-langkah penambahbaikkan yang sesuai bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, demi memastikan acara tahunan ini mampu menyumbang dengan lebih efektif dalam memartabatkan lagi industri kreatif tanah air,” katanya.
Pada malam kemuncak ABP34, sebanyak 14 kategori utama dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular.
Selain itu, kategori lain termasuk Penyampai Radio Popular, Watak Animasi Popular, enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular.
Undian untuk kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular mula dibuka hari ini.
Sumber - Utusan Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.papaglamz.com/2021/10/anugerah-bintang-popular-abp34-zul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Nama Tiada Dalam Top 5 Abpbh34 Undian Awal Zul Ariffin Remy Dan Zizan Terbatal

Hiburan Nama Tiada Dalam Top 5 Abpbh34 Undian Awal Zul Ariffin Remy Dan Zizan Terbatal

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 284 hits
Sebelum ini beberapa selebriti popular tempatan telah menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 34 Antara nama yang telah berundur adalah seperti Zul Ariffin Remy Ishak Zizan Raz...
Hiburan Alami Tekanan Darah Tinggi Zul Ariffin Dikejarkan Ke Hospital

Hiburan Alami Tekanan Darah Tinggi Zul Ariffin Dikejarkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 267 hits
Pelakon terkenal Zul Ariffin dilaporkan telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya Selangor kerana diserang tekanan darah tinggi pada petang semalam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara tersebut dimaklumkan pengurus perib...
Zizan Razak Pula Umum Tarik Diri Abpbh34 Bagi Peluang Pada Bakat Baharu

Zizan Razak Pula Umum Tarik Diri Abpbh34 Bagi Peluang Pada Bakat Baharu

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 248 hits
Pelakon pelawak dan penyanyi Zizan Razak menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk edisi ke 34 tahun ini Bagi peluang pada bakat baharuZizan 37 membuat pengumuman itu menerusi satu kenyataan yang dimuat na...
Movie Penunggang Agama 2 Lakonan Zul Ariffin Nasir Bilal Khan

Movie Penunggang Agama 2 Lakonan Zul Ariffin Nasir Bilal Khan

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 872 hits
Tonton Penunggang Agama 2 sebuah filem seram thriller arahan Syafiq Yusof akan datang 19 Oktober di Astro First saluran 480 JUDUL PENUNGGANG AGAMA 2TARIKH TAYANGAN 19 Oktober 2021RANGKAIAN Astro First 480PENGARAH Syafiq YusofPRODUKSI Skop P...
Hiburan Remy Ishak Umum Tarik Diri Dari Abpbh Ke 34

Hiburan Remy Ishak Umum Tarik Diri Dari Abpbh Ke 34

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 227 hits
Sebelum ini kita dimaklumkan tentang penarikan diri pelakon popular Zul Ariffin untuk menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 34 Nampaknya apa yang dilakukan Zul ini turut diikuti pelakon Remy Ishak atas sebab sebab tertentu ART...
Sudahsudah Lah Tu Kongsi Pandangan Tentangv4ksin Netizen Meiuatminta Zul Yahya Stop

Sudahsudah Lah Tu Kongsi Pandangan Tentangv4ksin Netizen Meiuatminta Zul Yahya Stop

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 235 hits
Pelakon Zul Yahya menerima pelbagai kec4man daripada netizen apabila memuat naik sebuah posting di Instagram mengenai pandangannya yang dipercayai berkaitan pengambilan v4ksin
Lirik Ujian Cinta Zul Afrizal

Lirik Ujian Cinta Zul Afrizal

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 313 hits
janganlah kau tangisihapuslah air matamudoakanlah dirikulekas kembali kepadamukukah pergi merantaudemi cita cita kudoakanlah dirikulekas kembali meminangmuhanya dirimu cinta matikuhanya dirimu bintang hatikubismilah kumelangkah demi cinta k...
Zul Afrizal Ujian Cinta Chord

Zul Afrizal Ujian Cinta Chord

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 322 hits
Em C D Em C D Em Emjanganlah kau tangisi Em Bhapuslah air matamu Bdoakanlah diriku C D Emlekas kembali kepadamu Emku kan pergi merantau Em Bdemi cita citaku Bdoakanlah diriku C D Emlekas kembali meminangmu Am Emhanya dirimu cinta matiku Am ...
Diva Popular 2

Diva Popular 2

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 288 hits
Drama bersiri Diva Popular 2 telah menemui penonton melalui slot Dramedi bermula 25 September 2021 menggantikan drama Penghulu Interim Drama terbitan Rumah Karya Citra arahan Rashid Sibir ini diteruskan lagi sebanyak 13 episod nbsp Masih me...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord