Anugerah Allah Bijaknya Neyney Usia Belum 3 Tahun Tapi Dah Pandai Mengira
Bukan biasa-biasa. Baru berusia 2 tahun lebih, anak kesayangan pelakon cantik Nora Danish dan suaminya Nedim membuatkan peminat dan pengikut tegar pasangan ini kagum dengan kebijaksanaan Neyney.
Sudah pandai mengira walaupun usia belum memasuki tiga tahun lagi. Bukan pengiraan biasa tetapi video yang dikongsikan oleh Nora dan Nedim di instagram itu menunjukkan kepintaran Mohamed Neqayl Nedim atau Neyney mengira dalam gandaan dan sudah semestinya sedikit masa lagi Neyney dapat menguasai sifir dengan baik. Kita sendiri pun agak lambat inikan pula kanak-kanak sekecil itu. Hebat!
Nora dan Nedim masing-masing berkongsi video hebat itu di instagram masing-masing. Pastinya terselit rasa penuh bangga melihat anak kecil ini cukup bijak. Ibu bapa mana yang tidak bangga kan?
“Kenapa pandai sangat anak mommy & daddy ni,” tulis Nora Danish ringkas di Instagram miliknya.
Ibu mana yang tidak rasa tersentuh melihat kebijaksanaan anak sendiri. Rasa terharu yang mendalam. Tahniah Neyney! Cukup membanggakan ibu dan bapanya.
View this post on Instagram
Kenapa pandai sangat anak mommy & daddy ni……
• • #mohamedneqaylnedim
#cintahatineno
A post shared by naOradaishi (@noradanish) on Sep 3, 2020 at 4:05am PDT
Dalam pada itu, Nedim atau lebih mesra dengan panggilan Boss Ned turut meluahkan rasa syukur itu di instagramnya.
“Syukur Alhamdulillah, Ya Allah for blessing NeNo with this little Neqayl,” tulis Nedim atau lebih mesra dipanggil Boss Ned.
View this post on Instagram
Syukur Alhamdulillah Ya Allah for blessing NeNo with this little Neqayl
. • He learnt it all by himself
. • #nnmysonmylifemygift #neqaylnanedim
#mathematics #2years5monthsold
A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned) on Sep 3, 2020 at 4:17am PDT
“So Brilliant”
Rata-rata teman selebriti dan peminat memuji kebijaksanaan Neqayl malah menjangkakan si kecil hebat ini bakal menjadi pakar matematik apabila besar nanti. Kita doakan.
“OMG So Brilliant”
“Budak darjah pun belum tentu pandai camni..anugerah Allah!
Begitu yang dikongsikan oleh peminat di instagram Nora dan Nedim. Semoga Neqayl terus membesar dengan sihat dan menjadi anak cemerlang dalam matematik.
Nora dan Nedim melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING
Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.
Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.
#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents
The post “Anugerah Allah..Bijaknya Neyney”, Usia Belum 3 Tahun Tapi Dah Pandai Mengira! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anugerah-allah-bijaknya-neyney-usia-belum-3-tahun-tapi-dah-pandai-mengira/