Anuar Zain Berjinak Dalam Perniagaan






Anuar Zain akan berada di Star Vendor Fest pada 25 Mei kelak.

Hampir 30 tahun bergelar anak seni, penyanyi popular Anuar Zain tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti dia akan melakukan sesuatu yang di luar bidang profesionnya, memandangkan dia tidak suka memberi fokus terhadap banyak perkara dalam satu masa.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perasaan ingin tahu terhadap dunia perniagaan mula terdetik dalam fikiran pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain itu. Kecenderungan tersebut bertambah kuat apabila kakaknya, Ziana Zain sudah memiliki produk sendiri.

Akhirnya, pada hujung tahun lalu, pelantun lagu Andainya Takdir itu memberanikan diri mengeluarkan produk penjagaan wajah yang diberi nama Allevier Serum sebagai percubaan sulung dalam dunia perniagaan.

Ditemui pada sidang akhbar Star Vendors Fest baru-baru ini, percubaan mengusahakan produk penjagaan wajah diputuskan berkait rapat dengan dirinya yang mementingkan penjagaan wajah. Pada masa sama, dia mahu mendorong kaum lelaki untuk tidak berasa kekok mengambil berat terhadap kesihatan kulit muka mereka.

KOSMO!: Apakah yang membuatkan anda memulakan langkah pertama dalam dunia perniagaan?

ANUAR: Sejujurnya, keputusan tersebut didorong sifat ingin tahu saya setelah lebih 30 tahun hanya tahu menyanyi. Saya tidak pernah mencuba sesuatu yang baharu, jadi saya tertanya-tanya apa perasaan melakukan perkara berbeza selain daripada mengadakan persembahan. Saya lihat kebanyakan artis zaman sekarang tampil dengan produk sendiri, jadi saya fikir mungkin saya juga boleh mencuba.

Jadi, apa pula yang membuatkan anda memutuskan produk penjagaan wajah sebagai percubaan pertama dalam perniagaan?

Produk saya diberi nama Allevier Serum iaitu serum yang membantu menjaga dan mengekalkan kelembapan kulit, sekali gus memastikan sentiasa tampak segar. Sebagai seorang artis, saya perlu sentiasa menjaga penampilan, maka serum ini sangat membantu. Bagi saya, impresi pertama itu angat penting. Menjadi lelaki tidak bermakna boleh culas soal penjagaan kulit wajah.

Adakah anda juga ingin mendorong agar kaum lelaki juga lebih teliti dengan penjagaan wajah?

Ya. Sebabnya, dahulu saya juga segan untuk membeli barangan penjagaan muka secara terang-terangan dan sering meminta orang lain yang belikan.

Kemudian, apabila tiba pada satu tahap, saya terfikir sampai bila perlu ada perasaan begitu. Apa salahnya jika saya mementingkan penjagaan wajah. Jadi saya mahu tekankan, lelaki juga perlu ambil berat soal ini.

Ini kali pertama anda menyertai festival atau karnival jualan raya seperti Star Vendors Fest, bagaimanakah persediaan anda?

Saya agak gementar. Saya tahu, kebiasaannya pada karnival seperti ini, artis akan beraksi dengan kecoh dan riuh. Saya hanya akan menjadi diri sendiri dan cuba menjual produk itu sebaik mungkin.

Saya akan berada di Star Vendor Fest pada 25 Mei nanti. Sesiapa yang membeli serum saya akan berpeluang beramah mesra dengan saya.

Boleh kongsikan perkembangan terkini kerjaya seni anda?

Sekarang saya masih dalam proses mencari material untuk album terbaharu yang mungkin akan dilancarkan pertengahan tahun hadapan. Baru-baru ini, saya mulai jatuh cinta dengan irama balada lagu-lagu dari Korea Selatan dan mahu menyelitkan elemen itu dalam single baharu nanti. Jadi, jika ada mana-mana komposer yang mahu tawarkan lagu sebegitu kepada saya, silakan kerana saya sedang menanti.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/anuar-zain-berjinak-dalam-perniagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menceburi Bidang Perniagaan Yang Baru Dalam Kehidupan

Menceburi Bidang Perniagaan Yang Baru Dalam Kehidupan

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 601 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera lama dah tak menulis di sini seperti biasa blog ini menjadi tempat untuk pelbagai eksperimen di jalankan Namun disebabkan ada perkara yang ingin dicapai akan kembali aktif menulis di sini Sekarang ni dala...
9 Daripada 10 Pintu Rezeki Datangnya Daripada Perniagaan

9 Daripada 10 Pintu Rezeki Datangnya Daripada Perniagaan

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1357 hits
9 Daripada 10 Pintu Rezeki Datangnya Daripada Perniagaan Ada orang keje kuat tak kaya ada orang keje sikit kaya kenapa Jawapanya senang je 9 daripada punca rezeki datang daripada berniaga Apa maksudnya Jika anda berniaga anda dapat sembilan...
Apa Punya Bengap Hampir Semua Perniagaan Tabung Haji Rugi

Apa Punya Bengap Hampir Semua Perniagaan Tabung Haji Rugi

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 553 hits
Beberapa wakil rakyat PH mendakwa mereka diberi taklimat bahawa Lembaga Tabung Haji mengalami kerugian tambahan sebanyak RM10 bilion pada tahun kewangan 2017 namun ia tidak dinyatakan dalam laporan badan tersebut Anggota Parlimen Johor Bahr...
Bagaimana Eddie Memulakan Perniagaan Tanpa Modal

Bagaimana Eddie Memulakan Perniagaan Tanpa Modal

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 358 hits
Bagaimana Eddie Memulakan Perniagaan Tanpa Modal Mendengar kisah pasangan suami isteri ini tentunya ia memberikan inspirasi kepada sesiapa yang mahu memulakan perniagaan Ini kerana bagi sesetengah perniagaan ia memerlukan modal yang banyak ...
Nabila Razali Ceburi Perniagaan Tudung

Nabila Razali Ceburi Perniagaan Tudung

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 724 hits
Salah satu koleksi selendang sifon yang dikeluarkan Nabaela Scarf Penyanyi dan pelakon Nabila Razali melangkah setapak dalam melebarkan sayap kariernya apabila menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan koleksi tudung Nabaela Scarf Nabi...
Pregnant Pun Tak Boleh Comot2 Nanti Husband Tak Kenal Mana Bibik Mana Bini Shima Anuar

Pregnant Pun Tak Boleh Comot2 Nanti Husband Tak Kenal Mana Bibik Mana Bini Shima Anuar

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 500 hits
Pelakon cantik Shima Anuar yang kini sedang sarat mengandung anak kedua sempat memberi pesanan kepada semua ibu mengandung di laman Instagram miliknya Melalui satu gambatr yang dimuatnaik Shima berpesan supaya si isteri tidak boleh comot co...
Kenapa Mahu Sangat Iktiraf Uec Anuar Ahmad

Kenapa Mahu Sangat Iktiraf Uec Anuar Ahmad

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 351 hits
SIJIL Peperiksaan Bersepadu kembali menjadi isu apabila Peguam Negara Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan yang mendahului kerajaan apabila bersetuju mengiktiraf sijil UEC untuk kelayakan menduduki Sijil Amalan Guaman Kenyataannya menimbulka...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0