Menceburi Bidang Perniagaan Yang Baru Dalam Kehidupan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
lama dah tak menulis di sini, seperti biasa, blog ini menjadi tempat untuk pelbagai eksperimen di jalankan. Namun disebabkan ada perkara yang ingin dicapai, akan kembali aktif menulis di sini.
Sekarang ni, dalam proses untuk menceburkan diri dalam perniagaan yang baru, namun perniagaan ini masih akan dijalankan menggunakan segala platform online. Kiranya walaupun skop perniagaan itu baru, tetapi masih tetap menggunakan skill dan pengalaman yang telah dibentuk sejak sekian lama.
Memilih perniagaan baru untuk mencapai impian
Antara sebab memilih perniagaan baru adalah untuk memastikan impian yang telah lama tersemat menjadi kenyataan. Bukan kata perniagaan yang sedang diusahakan sekarang ni tak boleh nak capai impian tersebut, namun dengan perniagaan baru, ianya akan menjadi batu loncatan yang lebih cepat.
Apabila kita ingin memilih sesuatu perniagaan yang baru, penting untuk kita lihat beberapa perkara. Perkara ini akan membantu kita meneruskan aktiviti dalam perniagaan itu dengan lebih lancar. Perkara pertama yang penting untuk dititikberatkan adalah, dengan siapa kita akan mengusahakan perniagaan tersebut.
Team atau pasukan yang akan bersama-sama mengusahakan perniagaan itu sangat penting untuk memastikan kita melakukan perkara yang betul. Kita perlu juga mempunyai guru atau cikgu yang akan memberi garis panduan bagaimana untuk menjalankan perniagaan itu dengan lebih baik.
Perniagaan yang boleh bertahan lama
Sekiranya mempunyai team yang baik, seterusnya penting untuk kita lihat, sejauh mana perniagaan itu akan bertahan lama. Sudah beberapa kali sebelum ini, mengusahakan perniagaan yang tidak dapat bertahan lama disebabkan pengurusan syarikat yang berubah-ubah atau polisi mereka yang tidak selari dengan apa yang kita ingin usahakan.
Di sini penting untuk kita membuat sedikit sebanyak selidikan mengenai syarikat yang ingin kita usahakan. Jika perniagaan itu berpaksikan syarikat yang kita sendiri uruskan, penting juga untuk melihat sejauh mana kemampuan syarikat kita itu untuk bertahan lama. Jika tidak mampu, lebih baik kita uruskan perniagaan bersama orang lain.
Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan juga penting untuk kita kenalpasti dan lihat. Hanya disebabkan ianya trend semasa, tidak bermakna kita perlu terus ceburkan diri. Perlu juga lihat sejauh mana ianya akan boleh kekal relevan dalam pasaran untuk 5 tahun, 10 tahun akan datang.
Pendapatan yang diinginkan
Ini antara perkara akhir yang akan dibuat semakan, sejauh mana perniagaan itu dapat menjana pendapatan yang diinginkan. Andai ianya banyak, berapa banyak? jika ianya sedikit, berapa sedikit? sebab banyak dan sedikit ini terlalu subjektif untuk setiap individu. Penting untuk kita kenalpasti perkara ini.
Paling perlu kita selami, adakah ianya selari dengan tuntutan agama, jika pendapatannya lebat, tapi ianya datang dari sumber yang boleh dipertikaikan, itu adalah perkara yang perlu kita elakkan. Hidup di dunia ini bukan hanya untuk mencari pendapatan semata, tetapi untuk mencari reda Tuhan.
Doakan semoga urusan untuk memilih perniagaan baru untuk diceburi dan diusahakan secara fokus ini akan dipermudahkan. Tiada yang datang bergolek, kita yang perlu usahakan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eizil.com/menceburi-bidang-perniagaan-yang-baru-dalam-kehidupan/