Anthony Loke Dakwa Mca Dalang Bantahan Isu Pembelajaran Jawi Pada Masa Pentadbiran Ph


 

April 13, 2021 DAP mendakwa MCA telah memanipulasi pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular, sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat dan kumpulan tenaga pengajar ketika Pakatan Harapan mentadbir negara pada 2019.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke mendakwa MCA telah menggerakkan lembaga sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara pada 2019.
“Kenapa pada ketika tu menjadi isu besar? Tentangan besar?
“Ia sebab MCA yang mainkan isu ni di belakang mereka,” katanya ketika sesi wawancara disiarkan secara langsung yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara.
“Ketika itu mereka menggerakkan semua lembaga pengelola dan PIBG sekolah Cina, setiap sekolah Cina buat kain rentang, berdemo dan sebagainya.
“Kononnya boleh mengubah karakter sekolah Cina, kalau bahasa Jawi masuk,” katanya.
Loke berkata MCA kemudian berdiam diri selepas parti itu turut menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan setelah kejatuhan PH.
Dah tak jadi isu bila PH bukan k’jaan
“Hari ni, mereka dalam kerajaan, tak timbul isu tu… Saya nak tanya adakah tulisan Jawi tiga muka surat itu dah hilang dah dalam buku teks sekarang,” soalnya.
“Maksud saya ia ada dalam buku teks kan, tapi hari ni ia tak menjadi isu walaupun sudah dicetak dalam buku teks tu.
“Ia tak menjadi isu kepada sebahagian masyarakat Cina lagi, dan tak timbul lagi Dong Jiao Zong keluar buat demonstrasi.
“Satu tahun saya tak mendengar isu ini. Padahal semasa kita (PH) menjadi kerajaan, inilah dijadikan isu.
“Isu ini menjadi double-edge sword kepada kita – di sebelah pihak ada mengatakan kita tak menjaga Cina tetapi di sebelah pihak kata tengoklah kalau DAP dalam kerajaan (cuma) tiga muka surat (pelajaran tulisan) Jawi dilaksanakan,” jelasnya pada masa sama terdapat pihak yang menggunakan isu itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
Bagaimanapun menurut ahli parlimen Seremban itu lagi, isu itu tidak lagi dibangkitkan apabila PH tidak lagi menjadi kerajaan.
“Itu menunjukkan bahawa isu-isu seperti ini ada orang yang memainkan. Kalau tak ada pemain politik yang nak menghidupkan atau nak mainkan isu seperti ini, ia tak menjadi isu.
“Kebanyakan polemik dalam negara ini, isunya dimainkan oleh orang politik untuk kepentingan politik… Kalau kita berhujah dengan rasional – menerangkan dengan baik, tak ada masalah bagi saya. Isu seperti ini tak sepatutnya menjadi masalah kepada kita,” katanya.
Pada pertengahan tahun 2019, didapati bahawa kerajaan PH ketika itu bersetuju untuk meneruskan pelan pentadbiran sebelumnya untuk memperkenalkan seni khat atau kaligrafi Melayu ke dalam subjek Bahasa Malaysia tahun 4.
Keputusan itu mendapat bantahan sekeras-kerasnya dari beberapa pihak bukan Melayu, kerana percaya tindakan itu berkaitan dengan Islamisasi dan akan membebankan anak-anak mereka.
Menteri pendidikan ketika itu, Maszlee Malik pada mulanya enggan mengalah dengan keputusan yang dibuat, dengan menjelaskan bahawa khat adalah sebahagian daripada warisan Melayu dan pelajaran hanya melibatkan enam halaman di buku teks.
Akhirnya, kerajaan PH berdepan dengan tekanan dan beralih daripada pengenalan kepada khat kepada pengenalan kepada Jawi, yang hanya melibatkan tiga halaman.
Sekolah vernakular mempunyai pilihan untuk memilih mempelajari ketiga-tiga halaman tersebut melalui jumlah sokongan daripada ibu bapa.
Pada Julai lalu, Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin berkata kerajaan akan mengkaji semula perkara tersebut. – MK










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/anthony-loke-dakwa-mca-dalang-bantahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Accuses Mca Of Organising Protests Against Jawi Lesson In 2019

Dap Accuses Mca Of Organising Protests Against Jawi Lesson In 2019

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 296 hits
The DAP has accused MCA of manipulating the issue over the introduction of Jawi script lesson in vernacular schools in 2019 when Pakatan Harapan was the ruling government Its organising secretary Anthony Loke claimed the MCA action had spar...
Pemuda Umno Dakwa Bersatu Pujuk Mca Dan Mic Keluar Bn

Pemuda Umno Dakwa Bersatu Pujuk Mca Dan Mic Keluar Bn

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 234 hits
April 1 2021 Seorang pemimpin Pemuda Umno mendakwa Bersatu secara rahsia cuba menarik MCA dan MIC untuk menyertai Perikatan Nasional Apabila kita telah bersama membentuk kerajaan PN pada satu ketika mereka menarik di belakang Umno Untuk men...
Mca Dakwa Dap Munafik

Mca Dakwa Dap Munafik

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 272 hits
April 13 2021 MCA menyifatkan ucapan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu sebagai membogelkan muka sebenar DAP Ini sedikit sebanyak telah membogelkan muka sebenar dan munafik DAP dan juga menyebabkan ramai pemimpin akar umb...
Filipina Kemuka Bantahan Baru Ke Atas China Dakwa Ceroboh Perairan

Filipina Kemuka Bantahan Baru Ke Atas China Dakwa Ceroboh Perairan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 278 hits
MANILA Filipina mengemukakan bantahan diplomatik baharu ke atas China pada Rabu mendakwa negara jiran itu melakukan penangkapan ikan secara haram dan membabitkan lebih 240 kapal di wilayah perairan negara Asia Tenggara itu Jabatan Hal Ehwal...
Effort To Oust Multiracial Dap Leaders In Party Polls Anthony Loke

Effort To Oust Multiracial Dap Leaders In Party Polls Anthony Loke

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 196 hits
DAP organising secretary Anthony Loke today admitted there was an effort to oust leaders who embraced the idea of DAP as a multiracial party in the upcoming party election This came after central committee member Ronnie Liu was criticised b...
Mca Dakwa Dap Bergantung Pada Provokasi Emosi Untuk Survival Politik

Mca Dakwa Dap Bergantung Pada Provokasi Emosi Untuk Survival Politik

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR 1 Ramadan 1442H Selasa Pergaduhan antara pemimpin DAP ketika ini mendedahkan kepura puraan dan warna sebenar parti itu dakwa Naib Presiden MCA Datuk Seri Ti Lian Ker Beliau mendakwa pergaduhan yang berlaku disebabkan rasa tidak...
Tiada Kerjasama Dengan Umno Anthony Loke

Tiada Kerjasama Dengan Umno Anthony Loke

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 228 hits
KAJANG Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar perlu membawa cadangan kerjasama Parti Keadilan Rakyat dengan UMNO kepada pengetahuan Majlis Presiden jika perkara itu benar benar wujud Namun setakat ini perkara itu belum timbul lagi kata S...
Lelaki Putus Cinta Naik Pelamin Berzikir Di Pejabat Jawi

Lelaki Putus Cinta Naik Pelamin Berzikir Di Pejabat Jawi

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 181 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang lelaki dilaporkan nekad meluru ke ruang majlis akad nikah di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan duduk di pelamin sambil berzikir serta mengaji dengan kuat hari ini Tindakannya itu yang dip...
Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily

Tahlil Misteri Di Surau Rnr

Lirik Lagu Dalam Sujudku Amira Othman

Impose Retirement Age On Politicians Too

Penutupan Laluan Sempena Sidang Kemuncak Asean 2025 Di Kuala Lumpur

Seriously Ds Azalina Please Let Them Rest


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wow Cantiknya Netizen Terpegun Tengok Wajah Fazura Tanpa Mekap

Amalkan Bacaan Doa Selepas Azan Doa Akan Dikabulkan

Lirik Lagu Seni Berdamai Dengan Takdir Naim Daniel Ustaz Adnin Roslan

Tindakan Drastik Exco Terengganu Isu 72 Unit Mykiosk Masih Kosong

Hazama Aku Bukan Narsisis Chord

Juyaya Mati Lisin Maya Gawai Chord