Tiada Kerjasama Dengan Umno Anthony Loke




KAJANG – Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar perlu membawa cadangan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan UMNO kepada pengetahuan Majlis Presiden jika perkara itu benar-benar wujud

Namun, setakat ini perkara itu belum timbul lagi, kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Tetapi, menurutnya, sekiranya perkara itu benar, perlu ada garisan merah yang perlu dipegang oleh PH dalam membentuk kerjasama dengan UMNO.
“Setakat ini belum timbul lagi (kerjasama dengan UMNO dibangkitkan dalam Majlis PH) sebab kalau ada, kena bincang dan dilaporkan pada Majlis Presiden PH.

“Kita sudah menyatakan secara jelas dan prinsip kita boleh ada kerjasama untuk menarik sokongan pelbagai pihak tapi ada garisan merah yang perlu dibuat,” jelasnya kepada media selepas menjadi tetamu Program bual bicara MintaTV: Bicara tokoh bertajuk ‘Malaysia Di mana dan Ke mana kita’ anjuran Majlis Profesor Negara (MPN), semalam.
Antara syaratnya ialah tidak boleh memasukkan pemimpin kleptokrat yang disabitkan kesalahan dari segi rasuah dan sebagainya.
”Ada garis merah disitu dan saya cukup yakin ia difahami oleh Anwar,” tambah beliau lagi.
Ditanya mengenai sekiranya berlaku kerjasama antara UMNO, PKR dan DAP, Anthony berkata, percaturan di atas kertas tidak sama seperti percaturan politik sebenar pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kelak.
Jelasnya, segala kemungkinan boleh berlaku pada PRU15 kali ini tetapi biar pengundi yang membuat keputusan mereka.
“Politik ini perlu ada penerimaan daripada penyokong dan pengundi. Tetapi DAP telah memutuskan tidak ada kerjasama dengan UMNO pada PRU15. Begitu juga UMNO kata No DAP.
“Kita kembalikan mandat kepada rakyat. Biar rakyat buat keputusan dan kita lihat bagaimana keputusan itu. Yang paling penting bagi PH, kita boleh membentuk kerajaan. Itu keputusan yang paling ideal.
“Tapi kalau tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan apakah ada ruang untuk bekerjasama, itu kena lihat keputusan PRU15,” katanya lagi.

Dalam pada itu, kata Anthony, DAP akan menggerakkan satu petisyen mendesak agar sidang Dewan Rakyat dibuka semula.
Usaha ke arah itu telah digerakkan bagi mendapatkan tandatangan 220 Ahli Parlimen untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Hari Raya Aidilfitri.

Jelasnya, usaha untuk mendapat tandatangan daripada Ahli-ahli Parlimen bukan sahaja di pihak PH tetapi sesiapa sahaja.
Kalau ada Ahli Parlimen UMNO sanggup tandatangan, pun alu-alukan,” katanya lagi.
Pada 24 Februari lalu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat perdana menteri.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada 3 Mac berkata, kerajaan memutuskan masih tiada keperluan lagi untuk mengadakan sidang Parlimen ketika tempoh darurat.
Katanya, Jemaah Menteri membuat keputusan tersebut setelah mengambil kira beberapa faktor merangkumi aspek perundangan dan kesihatan. – MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/tiada-kerjasama-dengan-umno-harap-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resolusi Ph Beri Harapan Kerjasama Dengan Umno

Resolusi Ph Beri Harapan Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 296 hits
BORHAN AHMADPara pemerhati politik berpendapat Resolusi Port Dickson yang dicapai Pakatan Harapan ketika pemukiman mereka yang berakhir semalam memberikan harapan kepada Umno bahawa mereka mempunyai alternatif lain selepas dibuli oleh Perik...
Muafakat Nasional Berkecai Umno Di Racun Oleh Pemimpin Sendiri Cederakan Kerjasama

Muafakat Nasional Berkecai Umno Di Racun Oleh Pemimpin Sendiri Cederakan Kerjasama

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 429 hits
KUALA LUMPUR Kerjasama gelap yang cuba dijalin oleh beberapa pemimpin UMNO dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan parti itu tidak lagi dipercayai oleh kawan dan diperalatkan oleh lawan Malah menurut bekas Setiausaha Agung Barisan Nasio...
Tajuddin Beri Bayangan Umno Kerjasama Dengan Dap Jika Dap Jadi Parti Serdehana

Tajuddin Beri Bayangan Umno Kerjasama Dengan Dap Jika Dap Jadi Parti Serdehana

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 356 hits
PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tidak mustahil Umno menjalin kerjasama dengan DAP pada masa depan sekiranya parti itu membawa politik kesederhanaan yang boleh membantu memperkukuhkan kestabilan n...
Ahli Perlu Tahu Kerjasama Gelap Yang Dijalin Bersama Anwar Akan Menenggelamkan Bahtera Umno

Ahli Perlu Tahu Kerjasama Gelap Yang Dijalin Bersama Anwar Akan Menenggelamkan Bahtera Umno

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 315 hits
TAN Sri Annuar Musa berkata sejak berakhirnya PAU 2020 Ahad lalu satu demi satu berita negatif menghimpit UMNO baik dalaman maupun luaran Menurut beliau tinjauan dalam kalangan rakyat biasa jelas tidak berpihak pada pimpinan parti Dalaman p...
Kerjasama Dap Apa Rasional Tajuddin Ungkit Keputusan Pau2020 Kb Umno

Kerjasama Dap Apa Rasional Tajuddin Ungkit Keputusan Pau2020 Kb Umno

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Tindakan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengungkit keputusan No DAP No Anwar No Bersatu dengan membayangkan kerjasama dengan parti itu menimbulkan pelbagai persoalan kepada ahli UMNO Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor Dat...
Terpulang Kepada Umno Kerjasama Dengan Dap Atau Tak

Terpulang Kepada Umno Kerjasama Dengan Dap Atau Tak

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 389 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak menolak bahawa Umno boleh menjalinkan hubungan dengan DAP memandangkan parti itu sekian lama bekerjasama dengan MCA Katanya MCA yang bersama sama Umno dalam BN juga pernah dilihat melampau sua...
Ika Umno Kerjasama Pas Kenapa Mic Tak Boleh Kerjasama Bersatu Soal Mic

Ika Umno Kerjasama Pas Kenapa Mic Tak Boleh Kerjasama Bersatu Soal Mic

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 434 hits
Presiden MIC SA Vigneswaran hari ini menegaskan parti itu berhak menentukan keputusan sendiri berhubung kerjasama politik demi kepentingan masyarakat India Dia mengulangi pendirian MIC yang akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional y...
Umno Boleh Kerjasama Tapi Ikut Konsep Kita Kata Hadi

Umno Boleh Kerjasama Tapi Ikut Konsep Kita Kata Hadi

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 434 hits
puteradaily comHARAPAN untuk menyelamatkan Muafakat Nasional masih ada jika UMNO bersetuju dengan konsep kerjasama yang berasaskan untuk menyatukan dan bukannya memecah belah ummah Bercakap kepada pemberita di Marang Presiden Pas Datuk Seri...
Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 638 hits
With 200 000 taking part in the Umno elections it would be just as risky as a general election say analysts PETALING JAYA Political analysts have decried the selfish attitude reeking of a double standard of Umno politicians calling for earl...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia