Antara Timing Chain Dan Timing Belt Yang Manakah Lebih Bagus
Selalunya orang akan membandingkan beberapa spesifikasi kereta sebelum membuat pembelian. Antaranya soalan yang ditanya; Enjin berapa cc? Brek jenis apakah yang digunakan? Apakah jenis transmisi yang digunakan? Adakah ia didatangkan dengan AEB yang menyeluruh? Bagi sesetengah orang, macam-macam jenis spesifikasi lagi yang dilihatnya. Kali ini, kami akan bincangkan tentang timing belt dan timing chain.
Antara Timing Chain Dan Timing Belt, Yang Manakah Lebih Bagus?
Credit Pic : SUMBER
Timing chain atau timing belt digunakan untuk membuat pusingan camshaft dan crankshaft bergerak sama dengan harmoni. Kebanyakan enjin sekarang menggunakan konfigurasi Overhead Cam (OHC). Oleh itu, belt dan chain diperlukan untuk menghubungkan crankshaft dengan camshaft. Enjin yang menggunakan konfigurasi push rod juga memerlukan timing belt atau timing chain (lebih pendek).
Antara Timing Chain Dan Timing Belt, Yang Manakah Lebih Bagus?
Ada yang berpendapat timing chain lebih bagus kerana ia tahan lebih lama. Ada pula yang mengatakan timing belt lebih bagus kerana ia lebih murah untuk diganti dan juga lebih senyap. Tapi malangnya, anda tak boleh pilih nak timing belt atau timing chain apabila hendak membeli kereta. Kalau nak yang spesifik, anda perlu pilih kereta lain.
Contohnya antara Perodua Myvi dan Proton Iriz. Myvi didatangkan dengan timing chain, manakala Iriz pula dengan timing belt. Adakah ini akan bermaksud kehebatan kedua-dua kereta ini berada pada tahap berbeza? Adakah salah satu daripada kereta ini lebih murah untuk dijaga berbanding dengan yang satu lagi?
Jom kita jawab beberapa soalan untuk fahami perkara ini dengan lebih mendalam lagi.
S: Apa itu timing belt?
J: Timing belt ialah satu belt getah yang dipacu oleh crankshaft dan memacu camshaft.
S: Apa itu timing chain?
J: Timing chain ialah satu rantai yang dipacu oleh crankshaft dan memacu camshaft.
S: Mana satu yang lebih bagus – timing chain atau timing belt?
J: Timing chain lebih kuat berbanding timing belt. Timing chain juga tahan lebih lama. Manakala timing belt pula lebih senyap berbanding timing chain dan ia lebih mudah dan murah untuk diganti.
S: Adakah timing chain lebih mahal daripada timing belt?
J: Ya. Selalunya tak banyak beza dari segi harga. Penukaran timing chain juga memerlukan penukaran beberapa gear memandangkan gigi gear juga telah haus. Walaubagaimanapun, chain/rantai tidak perlu ditukar sekerap timing belt.
S: Adakah timing chain lebih tahan lama berbanding timing belt?
J: Ya.
S: Dah tu, kenapa pembuat kereta guna timing belt?
J: Ia lebih murah dan boleh berfungsi dengan baik. Dengan penjagaan yang sempurna, hampir semua kereta boleh hidup lebih lama daripada pemiliknya
S: Adakah timing chain lebih sukar untuk diganti berbanding timing belt?
J: Ya. Timing chain perlu dilincirkan oleh minyak enjin. Oleh itu, ia diletakkan di dalam perumah yang lebih tertutup. Ini bermaksud ia lebih rumit dan susah untuk mengganti timing chain. Timing belt selalunya hanya ditutup oleh penutup plastik yang lebih mudah dibuka apabila membuat kerja-kerja maintenance. Timing belt boleh diakses hanya dengan membuka penutup plastiknya. Timing belt tidak memerlukan pelincir
S: Adakah penggunaan timing chain atau timing belt akan memberi kesan pada penggunaan bahan api atau minyak?
J: Tidak.
S: Kalau kereta saya gunakan timing chain, adakah ini bermaksud prestasinya akan jadi lebih baik?
J: Tidak.
S: Adakah timing chain boleh haus?
J: Ya – gigi gear dan jejaring gegancu (sprocket). Gigi gear lama-kelamaan akan haus dan rantai/chain tersebut akan meregang dan menjadi lebih longgar dan panjang. Anda akan terpaksa ganti juga nanti. Walaubagaimanapun, tiada tempoh masa yang ditetapkan bagi setiap kali timing chain perlu diganti.
Selalunya, lampu amaran enjin akan menyala apabila timing chain sudah renggang yang boleh merosakkan enjin. Tutup enjin kereta anda jika ini berlaku. Regangan rantai ini akan menyebabkannya terlepas dari gigi gear dan menggangu sinkroni antara omboh (piston) dan injap (valve). Kekasaran boleh dirasai apabila kereta berhenti atau pegun.
S: Adakah timing belt boleh haus?
J: Ya. Inilah sebabnya mengapa ia perlu diganti pada lebih kurang setiap 100,000 km. Timing belt yang tidak terjaga boleh putus dan menyebabkan kerosakan teruk pada enjin (terutamanya enjin interference). Timing belt juga boleh tergelincir/terlepas disebabkan oleh gigi yang haus.
S: Apakah implikasi dan kesan daripada timing belt yang rosak atau timing chain yang longgar?
J: Jika timing belt terputus, injap dan omboh anda mungkin berlanggar antara satu sama lain.
Inilah perkara yang terjadi pada enjin interference yang lebih efisien dan kompak rekaannya. Timing belt lebih mudah terputus. Tapi, selalunya jika anda sering menggantikannya tepat pada masanya, masalah ini tidak sepatutnya terjadi.
S: Adakah kereta berprestasi tinggi gunakan timing chain ataupun timing belt?
J: Antara dua. RB26DETT yang lebih lama menggunakan timing belt. VR38DETT yang lebih baru menggunakan timing chain.
Beberapa jenis kereta seperti Ferrari Enzo tidak menggunakan timing belt mahupun timing chain. Sebaliknya, ia menggunakan sekumpulan timing gear untuk mengharmonikan pergerakan injap dengan pusingan enjin. Timing gear lebih bising berbanding timing chain.
Secara Ringkasnya :
Timing chain tahan lebih lama berbanding timing belt, tapi ia lebih mahal sedikit.
Tiada kelebihan prestasi atau kecekapan petrol antara kedua-dua jenis ini.
Kos yang lebih rendah adalah sebab utama bagi penggunaan timing belt pada kereta. Ia berfungsi baik-baik saja.
Timing chain boleh meregang lama-kelamaan dan menyebabkannya terlepas dari gigi gear.
Gigi timing belt boleh haus dan terlepas. Timing belt juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk putus.
Kegagalan timing belt atau timing chain boleh merosakkan enjin dengan teruk.
Kelebihan timing belt ialah bunyinya lebih senyap.
Apa jua sistem timing yang digunakan pada kereta anda, sila lakukan pemeriksaan dan servis yang kerap untuk memastikan timing belt atau chain kereta anda berfungsi dengan baik.
SUMBER
Baca Juga : Cara Menjual Barang Tanpa Perlu Simpan Stok (DropshipTerbaik)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dakcaii.blogspot.com/2020/08/antara-timing-chain-dan-timing-belt.html