Antara Perbuatan Hamba Dan Takdir Allah



Soalan:
Setiap apa yang berlaku adalah kehendak dan takdir Allah. Katakan A membunuh B. Sebanyak mana kehendak A membunuh B dan sebanyak mana ia berlaku kerana kehendak Allah? Sekiranya Allah telah menetapkan pembunuhan itu tetap berlaku sejak azali lagi?

Jawapan:
Secara prinsipnya segala yang berlaku di alam ini tidak ada yang terlepas dari Qadha dan Qadar Allah SWT. Ia berlaku sebagaimana yang telah ditetapkan terlebih dahulu di azali. Allah SWT berfirman:

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّـهِ يَسِيرٌ 
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah SWT.” (Surah Al-Hadid:22)

Di sini ada baiknya kami bawakan hadis berhubung dengan Qadha dan Qadar.

عن عبدالله بن عباس: كنتُ خلفَ رسولِ اللهِ صلّى اللهُ عليه وسلَّمَ يومًا قال يا غلامُ، إني أعلِّمُك كلماتٍ: احفَظِ اللهَ يحفَظْك، احفَظِ اللهَ تجِدْه تُجاهَك، إذا سألتَ فاسألِ اللهَ، وإذا استعنْتَ فاستعِنْ باللهِ، واعلمْ أنَّ الأمةَ لو اجتمعتْ على أن ينفعوك بشيءٍ، لم ينفعوك إلا بشيءٍ قد كتبه اللهُ لك، وإنِ اجتمعوا على أن يضُرُّوك بشيءٍ لم يضُروك إلا بشيءٍ قد كتبه اللهُ عليك
Daripada Abdullah bin Abbas RA, katanya: “Suatu hari aku menunggang di belakang Nabi SAW (membonceng).” Kata Baginda: “Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimah; peliharalah Allah, nescaya dia akan memeliharamu, peliharalah Allah, nescaya kau akan dapati Dia di hadapanmu. Jika engkau meminta sesuatu, maka mintalah kepada-Nya. Jika engkau memohon pertolongan, mohonlah dari-Nya. Ketahuilah, sekiranya umat ini berhimpun untuk memberikan manfaat kepadamu, mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu melainkan perkara itu telah tertulis untukmu. Dan jika mereka berhimpun untuk mendatangkan kemudharatan kepadamu, kemudharatan itu tidak akan menimpa ke atasmu, melainkan ianya sememangnya telah tertulis terdahulu akan berlaku ke atasmu. Telah terangkat Qalam dari catitan dan telah kering suhuf (lembaran).” [Riwayat Imam Tirmizi (2516)]

Imam Nawawi dalam syarah Sahih Muslim membawakan komentar berikut:

Al-Khatthabi berkata: “Ramai orang menyangka bahawa makna Qadha dan Qadar adalah paksaan Allah SWT terhadap hamba-Nya ke atas apa yang telah ditentukan dan ditakdirkan oleh-Nya. Perkara ini tidak seperti yang mereka sangkakan. Tetapi makna Qadar ialah, Allah SWT memberitahu tentang ilmu-Nya mendahului apa yang akan diusahakan oleh seseorang hamba dan berlakunya perbuatan tersebut seperti yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dan menjadikan perbuatan-perbuatan manusia itu baik ataupun buruk.” (Rujuk: Syarah al-Nawawi ala  Muslim, 1/155)

Ini adalah pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Berbeza dengan pegangan Jabariah yang mengatakan semua perbuatan manusia sama ada yang diusahakannya atau di luar usahanya, semuanya dengan ketentuan dan takdir Allah SWT, manusia tidak campur tangan langsung dalam hal ini, sebagaimana yang disebut oleh Al-Syahristani:

“Segala perbuatan manusia berlaku mengikut ketentuan dan kehendak Allah SWT, kerana yang melakukan segala perbuatan manusia pada hakikatnya ialah Allah SWT. Manusia sedikit pun tidak ada kuasa di atas perbuatannya sendiri, sehinggakan iman seseorang dan kufurnya pun ketentuan dan kehendak Allah.” (Rujuk: Al-Milal Wa Al-Nihal, 1/87)

Di samping itu perlu kita memhami sifat ‘Iradah Takwiniyah dan ‘Iradah Tasyri’iyah’ bagi Allah SWT.

Yang dimaksudkan dengan Iradah Takwiniyah (kehendak Allah dalam menjadikan sesuatu) ialah, Allah SWT menentukan sesuatu terlebih dahulu dengan Iradah-Nya sebelum ianya berlaku dan Allah SWT telah mengetahuinya terlebih dahulu. Berbeza dengan pandangan sebahagian ahli falasafah yang mengatakan Allah mengetahui sesuatu itu hanya apabila telah berlaku.

إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَاهُ أَن نَّقُولَ لَهُ كُن فَيَكُون 
“Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: 'Jadilah engkau!', maka menjadilah ia.” (Surah Al-Nahl: 38)

Segala kejadian yang berlaku di alam ini tertakluk di bawah Iradah Takwiniyah. Tidak mungkin Allah SWT menentukan sesuatu kalau Dia tidak mengetahuinya terlebih dahulu.

Sementara yang dimaksudkan dengan Iradah Tasyri’iyah ialah, kehendak Allah SWT dalam menentukan dengan kehendak-Nya hukum-hukum syara’ yang wajib dipatuhi oleh setiap mukallaf. Oleh kerana itu, setiap muslim wajib menundukkan dirinya kepada Iradah Tasyri’iyah Allah SWT ini untuk mendapat balasan yang baik dari-Nya dan mendapat keredhaan-Nya, sebagaimana firman-Nya:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ 
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah Al-Zalzalah: 7)

Daripada beberapa dalil al-Quran dan hadis, jelaslah bagi kita bahawa perbuatan manusia itu disandarkan kepadanya apabila kita lihat dari aspek ikhtiar dan usaha manusia itu sendiri dengan kuasa yang ada padanya. Dalam hal ini manusia akan dipertanggungjawabkan ke atas perbuatannya. Akan tetapi bila dilihat dari aspek keberhasilan berlakuknya perbuatan itu, maka itu adalah takdir dan ketentuan Allah SWT.

Kesimpulan

Kesimpulan dari persoalan ini ialah, manusia tidak boleh menyandarkan segala perbuatannya kepada Allah SWT secara semata-mata, kerana terdapat perbezaan antara perbuatan yang boleh diusaha dan dikhtiarkan oleh manausia yang disebut ‘Ikhtiari’(اختياري) dan manusia dipertanggungjawabkan ke atasnya, seperti membunuh, minum arak berjudi dan lain-lain.

Satu lagi perbuatan manusia yang tidak dapat diusahakan oleh manusia dan tidak dipertanggungjawabkan ke atasnya yang disebut ‘Ijbari’(إجباري), seperti bersin, menguap, mengantuk dan lain-lain. Tetapi rahmat Allah SWT begitu luas telah mengurniakan akal kepada manusia untuk mengetahui mana yang hak dan mana yang bathil serta dapat menerima suruhan-Nya lalu mematuhi-Nya dan Allah SWT memberinya pahala. Begitu juga manusia dengan akalnya dapat mengetahui larangan-larangan Allah SWT kemudian meninggalkannya dan Allah SWT memberinya pahala.

Semoga kita dapat menggunakan akal kita untuk menerima kebenaran dan mengikutinya dengan penuh kepatuhan.

Wallahu a'lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/antara-perbuatan-hamba-dan-takdir-allah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Allah Swt Menerima Doa Hamba Nya

Cara Allah Swt Menerima Doa Hamba Nya

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 416 hits
Soalan Bagaimanakah cara Allah SWT menerima doa kita Jawapan Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan ...
Tiba Tiba Ada Seorang Hamba Allah Yang Baik Hati Letak Duit Dekat Wiper Kereta Untuk Renew Roadtax

Tiba Tiba Ada Seorang Hamba Allah Yang Baik Hati Letak Duit Dekat Wiper Kereta Untuk Renew Roadtax

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 561 hits
Tidak ramai yang bernasib baik apabila secara tiba tiba di tolong oleh orang yang tidak dikenali disaat anda benar benar memerlukan Begitu yang terjadi kepada seorang pengguna Facebook Nur Aqeela Mohamed Redzuan yang menceritakan pengalaman...
Mendebat Lgbt Yang Katanya Takdir Dari Allah Ustadz Abdul Somad

Mendebat Lgbt Yang Katanya Takdir Dari Allah Ustadz Abdul Somad

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 265 hits
Video kajian Islam kali ini membahas tentang klaim LGBT yang mengaku itu takdir dari Allah Padahal sejatinya LGBT itu penyakit yang menular Semakin lama bergaul dengan orang semacam itu maka lama lama tertular Oleh karena itu salah jika mer...
Cukup 7 Kali Baca Surah Ini Selesai Solat Dijamin Allah Melepaskan Kesusahanmu

Cukup 7 Kali Baca Surah Ini Selesai Solat Dijamin Allah Melepaskan Kesusahanmu

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 821 hits
Dijamin Allah akan melepaskan kesusahanmu dan melancarkan rezekimu Hidup dirundung kesusahan disempitkan rezeki sudahkah Menyemak diri anda Mungkin ada yang salah dalam hidupmu ada yang kurang yang belum kamu lakukan sudahkah selalu membaca...
Golongan Manusia Yang Mendapat Pertolongan Allah Di Akhirat Kelak Rileks Media

Golongan Manusia Yang Mendapat Pertolongan Allah Di Akhirat Kelak Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 367 hits
Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka iaitu seorang mujahid fi sabilillah seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya Untuk siapa saja yang menikah den...
Allah Masih Sayang Dibuang Ibu Dalam Mangkuk Tandas Bayi Lelaki Ini Berjaya Diselamatkan

Allah Masih Sayang Dibuang Ibu Dalam Mangkuk Tandas Bayi Lelaki Ini Berjaya Diselamatkan

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 417 hits
Akhirnya wanita berusia 20 tahun diberkas polis selepas dipercayai membuang bayinya dalam mangkuk tandas di Hospital Selayang dekat sini petang semalam Wanita berusia 20 tahun itu ditahan selepas ada saksi melihat perbuatannya cuba membuang...
Bila Allah Menduga Mengapa Tiada Seorang Pun Yang Memahami Kita Rileks Media

Bila Allah Menduga Mengapa Tiada Seorang Pun Yang Memahami Kita Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 354 hits
Kekadang tu kita rasa Argh kenapa tiada seorang pun yang boleh memahami aku Kenapa aku dilabel dan terlabel Kenapa aku itu kenapa aku ini Lantas kita tak senang duduk giat mencari sumber pengaduan kita mengadu sana sini perihal ujian dan du...
Ribut Hujan Lebat Di Putrajaya Adalah Amaran Allah Kerana Anjur Demo Pro Lgbt Kata Netizens Muslim

Ribut Hujan Lebat Di Putrajaya Adalah Amaran Allah Kerana Anjur Demo Pro Lgbt Kata Netizens Muslim

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 626 hits
SEMASA Tinjauan mendapati rata rata pengguna muslim di sosial media berpendapat hujan lebat dan ribut di Putrajaya pada petang sabtu adalah disebabkan oleh penganjuran demo pro LGBT Demo itu sebenarnya demo yang dianjurkan bagi mempertahank...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab