Antara Kuasa Eksekutif Mpn




Apa jua yang diputuskan sekalipun pada MMI biarlah ada HORMATnya

Sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang disifatkan gagal sewajarnya Mahiaddin perlu berhati-hati dengan kata-kata atau apa jua ungkapan sekalipun kerana satu kesilapan sahaja akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan sedia ada

Jangan jadikan rasa ego dan bongkak sehingga keluarnya ungkapan MPN ada kuasa penuh laksana dasar kecuali kewangan kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan malah akan wujud spekulasi bahawa Perdana Menteri hari ini dikuasai oleh bayang hitam dari belakang

Jangan sampai rakyat muak dengan kehendak politik riak kerana bumi Malaysia sudah merana selama hampir 2 tahun ini akibat kegagalan para pemimpin bersifat amfibia

Pada MMI apa jua yang dirancang atau apa juga perancangan sekalipun ianya mestilah berbalik kepada jemaah menteri khususnya Perdana Menteri untuk dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya

Jangan main hentam kromo kerana tindakan sembrono tanpa melalui hiraki pentabiran hanya akan menyebabkan impak negatif yang boleh menyebabkan rakyat menjadi mangsa

MMI kongsikan untuk kita sama-sama fahamkan apa yang dimaksudkan sebagai KUASA EKSEKUTIF PERSEKUTUAN

RAMAI yang keliru siapakah sebenarnya memegang kuasa eksekutif bagi Persekutuan. Ada yang mengatakan Perdana Menteri mempunyai kuasa eksekutif yang paling tinggi kerana beliau dipilih oleh rakyat berdasarkan amalan demokrasi di Malaysia. Tidak kurang juga yang mengatakan ‘pemerintah’ tertinggi adalah Perlembagaan Persekutuan kerana ia dokumen undang-undang yang tertinggi dalam negara

Ruangan kali ini akan meneliti dari aspek Perlembagaan berkaitan perkara ini. Kita perlu merujuk kepada Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 39 tersebut berbunyi:
“Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.”
Pembacaan teliti kepada Perkara 39 di atas akan merungkaikan beberapa isu dan pemahaman yang jelas iaitu:
1. Kuasa eksekutif atau pemerintahan bagi Persekutuan adalah dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong;
2. Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan, kuasa tersebut boleh dijalankan oleh
(a) Yang di-Pertuan Agong sendiri;
(b) Jemaah Menteri; atau
(c) Mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri

3. Parlimen boleh memberikan fungsi eksekutif tersebut kepada orang lain jika undang-undang dibuat sedemikian

Oleh itu, sangat jelas dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan eksekutif atau pemerintah sebenar Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong. Cuma dalam menjalankan kuasa tersebut, ia boleh dijalankan oleh Agong sendiri, Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa melalui undang-undang oleh Jemaah Menteri. Pada masa yang sama jika Parlimen membuat undang-undang memberikan fungsi eksekutif ini kepada orang lain, maka fungsi tersebut boleh berpindah kepada orang lain

Mungkin kita sudah lazim menyedari kuasa eksekutif yang dijalankan oleh Jemaah Menteri sehingga kita membentuk persepsi bahawa Jemaah Menterilah yang mempunyai kuasa tertinggi sehingga mengabaikan peruntukan Perkara 39

Berbalik kepada Perkara 39, sebenarnya kuasa eksekutif itu boleh dijalankan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan orang lain melalui undang-undang

Undang-undang
Walau apa pun kuasa tersebut, ia mestilah tertakluk kepada undang-undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan sebagaimana tercatat dalam Perkara 39. Namun, kita perlu juga melihat kepada persoalan yang mungkin timbul dalam Perkara 40 yang menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri

Ironinya, Perkara 39 mengatakan Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan kuasa eksekutifnya sendiri tetapi Perkara 40 memperuntukkan Yang di- Pertuan Agong hendaklah bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri

Bagi mengharmonikan kedua-dua peruntukan Perlembagaan ini, saya berpendapat jika Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa eksekutifnya sendiri menurut Perkara 39, maka Perkara 40 tidaklah terpakai. Perkara 40 terpakai jika fungsi eksekutif itu dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri

Bagaimanapun, persoalan sebegini masih belum diuji tafsirannya di mahkamah setakat ini. Jika persoalan sebegini dijawab secara afirmatif oleh mahkamah, ia merupakan titik tolak baharu dalam era pemerintahan di Malaysia yang selama ini hanya bergantung kepada Jemaah Menteri yang kebanyakannya terdiri dalam kalangan ahli politik

Perkara 39 juga tidak menjelaskan secara tuntas sama ada Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan kuasa eksekutifnya secara sebahagian sahaja ataupun perlu menjalankannya secara keseluruhan menurut Perkara 39 tersebut

Di sini tidak timbul persoalan berkaitan penolakan atau menggugat demokrasi kerana ia dibenarkan oleh Perlembagaan. Walaupun Kanun Keseksaan ada menyatakan kesalahan melakukan tindakan yang menggugat demokrasi, demokrasi itu sendiri tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan

Semua isu ini hanya boleh diselesaikan oleh Mahkamah Persekutuan yang merupakan badan yang paling berautoritatif dalam memberikan tafsiran kepada Perlembagaan Persekutuan

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
sumber https://www.sinarharian.com.my/article/87662/KOLUMNIS/Kuasa-eksekutif-Persekutuan
MMI nak ingatkan apa jua yang terbaik untuk rakyat dan negara laksanakanlah dengan sebaik-baiknya cuma apa yang rakyat mahukan jangan lagi ada sifat bodoh sombong sebab sifat sebegitu hanya menyebabkan rakyat menjadi mangsa

Tolong hormat hiraki

MMI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mahamissa.blogspot.com/2021/09/antara-kuasa-eksekutif-mpn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mpn Ada Kuasa Penuh Laksana Dasar Muhyiddin

Mpn Ada Kuasa Penuh Laksana Dasar Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 204 hits
MPN ada kuasa penuh laksana dasar Muhyiddin Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi kuasa penuh kepada Majlis Pemulihan Negara untuk terus melaksanakan setiap dasarnya dalam usaha memulihkan negara susulan penularan Covid 19 Pengerusi M...
Kuasa Kesenangan Buat Ahli Politik Lupa Daratan Kata Shahrir

Kuasa Kesenangan Buat Ahli Politik Lupa Daratan Kata Shahrir

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 301 hits
Shahrir Samad berkata pada PRU14 pengundi memilih kuasa dari khidmat dan kesan daripada pilihan itu ditanggung oleh rakyat keseluruhan dan negara PETALING JAYA Ahli politik boleh menjadi lupa daratan apabila mempunyai kuasa serta diberi kes...
Malaysia Mungkin Tidak Selesa Australia Miliki Kapal Selam Kuasa Nuklear

Malaysia Mungkin Tidak Selesa Australia Miliki Kapal Selam Kuasa Nuklear

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 328 hits
Thomas Daniel berkata perikatan Aukus yang termeterai antara tiga negara itu menunjukkan komitmen Amerika Syarikat di Asia Pasifik Beberapa anggota tentera berdiri di atas kapal selam USS Oklahoma City ketika kembali ke pangkalan tentera la...
Menu Hari Ini Ikut Kuasa Veto Sa

Menu Hari Ini Ikut Kuasa Veto Sa

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 340 hits
Assalamualaikum Selamat hari Sabtu uolls ya allah best betul tido hari ni buat oerangai lepas sembahyang subuh SA sambung tido malam tadi lambat tido sebab tgok citer MANN hindustan kan memang berlamaan la kalau tengok dh banyak kali tengok...
Mesin Potong Rumput Kuasa Bateri Agak Menarik Dan Sesuai Untuk Wanita

Mesin Potong Rumput Kuasa Bateri Agak Menarik Dan Sesuai Untuk Wanita

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 294 hits
Rumah yang memiliki halaman berumput patut miliki mesin rumput kuasa bateri ini kerana ia sangatlah berguna dan kos penyelenggaraan juga rendah Perbandingan antara mesin menggunakan petrol dan bateri kemenangan masih pada mesin jenis petrol...
Sabah Kuat Kuasa Sop Lengkap Vaksin Mulai 21 Sept

Sabah Kuat Kuasa Sop Lengkap Vaksin Mulai 21 Sept

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 326 hits
Gambar Hiasan KOTA KINABALU Kerajaan Sabah melanjutkan tempoh untuk mula menguatkuasakan sepenuhnya prosedur operasi standard lengkap vaksin Covid 19 dalam sektor perdagangan dan pengedaran selama seminggu lagi kepada 21 September ini Juruc...
Salah Guna Kuasa Sprm Tangkap 3 Pegawai Sendiri

Salah Guna Kuasa Sprm Tangkap 3 Pegawai Sendiri

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 329 hits
Salah guna kuasa SPRM tangkap tiga pegawai sendiri SPRM sahkan 3 pegawai disiasat kes salah guna kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan telah menahan tiga pegawai kannannya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah gu...
Kuasa Saya Jelas Azhar Isu Batal Minta Kor Ming Ketuai Sidang Parlimen

Kuasa Saya Jelas Azhar Isu Batal Minta Kor Ming Ketuai Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 177 hits
AGENDA DAILY Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun menjelaskan beliau tidak ditekan mana mana pihak untuk membatalkan permintaan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming daripada mengetuai sidang semalam Speaker Dewan Rakyat Datuk Azh...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia

Hukum Membeli Perangkat Lunak Komputer Bajakan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Kasih Tak Minta

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Dalami Erti Pengorbanan Pesan Sultan Pahang Tengku Ampuan Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha

Kemalangan Maut Empat Beradik Bapa Tak Sangka Terima Video Terakhir Lepas Itu Terus Senyap

Salam Aidiladha Mulakan Korban Daripada Diri Sendiri