Malaysia Mungkin Tidak Selesa Australia Miliki Kapal Selam Kuasa Nuklear


Ahmad Mustakim Zulkifli Thomas Daniel berkata perikatan Aukus yang termeterai antara tiga negara itu menunjukkan komitmen Amerika Syarikat di Asia Pasifik.

Beberapa anggota tentera berdiri di atas kapal selam USS Oklahoma City ketika kembali ke pangkalan tentera laut AS di Guam pada 19 Ogos lalu. Australia adalah negara kedua selepas Britain yang memiliki teknologi nuklear kapal selam AS selepas Aukus termeterai.  Kemungkinan wujud “ketidakselesaan” di Malaysia susulan pengumuman perikatan pertahanan baru antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS) di mana Australia bakal memperolehi teknologi kapal selam berkuasa nuklear, kata seorang pakar.
Seorang penganalisis dari Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia Thomas Daniel berkata perikatan yang dinamakan sebagai Aukus adalah petunjuk serius berhubung komitmen AS di Asia Pasifik.
Bercakap kepada MalaysiaNow, beliau menyatakan perjanjian tersebut akan menyaksikan AS berkongsi beberapa teknologi ketenteraan paling sensitif miliknya dengan Australia.
Susulan itu, Australia akan menjadi negara kedua selepas Britain yang memiliki akses teknologi nuklear AS bagi kapal selam.
“Seperti kebanyakan negara-negara Asia Tenggara, Malaysia mungkin tidak selesa tentang bagaimana satu lagi perjanjian yang tertumpu kepada pertahanan melibatkan rakan dialog Asean hadir di rantau ini bakal mempengaruhi ketegangan serantau,” katanya dan menambah hubungan negara-negara di rantau ini sudahpun tegang.
Daniel merujuk kehadiran kuasa-kuasa besar di rantau ini, terutamanya di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian antara banyak negara.
China membina banyak pangkalan ketenteraan di beberapa pulau buatan di kawasan tersebut dan turut menuntut sebahagian besar wilayah maritim di sekelilingnya.
Tindakan Beijing itu menyebabkan ketidakselesaan antara negara-negara jirannya di Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Dalam pada itu, AS dan sekutunya, mengerahkan kapal perang dan aset ketenteraan lain sebagai tindak balas terhadap tindak-tanduk China di perairan tersebut.
Perikatan Aukus untuk mengukuhkan kemampuan ketenteraan dalam menghadapi persaingan yang semakin meningkat dengan China diumumkan pada 15 September.
Langkah itu mencetuskan reaksi tegas dari China yang menuduh AS memulakan persaingan senjata.
Wakil China ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa di Vienna, Wang Wun menyifatkan langkah itu sebagai “tindakan yang jelas mahu meningkatkan penggunaan nuklear”.
Ia juga mendapat reaksi balas dari Perancis yang kerugian selepas Canberra membatalkan perjanjian A$40 bilion dengannya bagi jualan kapal selam konvensional ke Australia.
Menteri Luar Negara Perancis Jean-Yves Le Drian menyatakan langkah tersebut sebagai “tikaman belakang” dari Australia.
Daniel berkata kapal selam yang ditawarkan di bawah Aukus akan menggunakan tenaga nuklear, tidak bersenjata, sambil menambah negara-negara lain di luar rantau itu sudah lama mengendalikan aset sedemikian di Asia Tenggara.
“Zon Bebas Nuklear Asia Tenggara belum ditandatangani oleh negara yang memiliki senjata nuklear,” tambahnya.
Setakat ini, enam negara memiliki kapal selam berkuasa nuklear: AS, UK, China, Rusia, Perancis dan India.
Perjanjian Aukus dijangka akan membolehkan Australia menerima lapan kapal selam jenis itu.
Australia menjadi anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan pakatan Five Eyes.
FDPA adalah kerjasama pertahanan yang turut melibatkan UK, New Zealand, Singapura dan Malaysia sementara Five Eyes adalah pakatan perkongsian risikan antara lima negara demokratik dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi terdiri daripada AS, UK, Kanada, Australia dan New Zealand.
Tidak seperti kedua-dua pakatan ini, kata Daniel, Aukus mempunyai tujuan khusus bagi menangani keselamatan dan pertahanan jangka panjang Australia.
Daniel menambah walaupun sebuah negara menjadi sekutu AS, ia bagaimanpun tidak menjamin kepercayaan Amerika ketika ia melibatkan teknologi pertahanan.
“Kapal selam Amerika adalah antara yang terbaik, dan teknologinya adalah antara rahsia yang paling dijaga,” katanya.
“AS hanya pernah berkongsi teknologi kapal selam dengan Britain sebelum ini, menunjukkan betapa pentingnya Aukus bagi Australia.”
Berhubung tindak balas dari China yang menyaksikan jurucakap kementerian luar negerinya Zhao Lijian mendesak ketiga-tiga negara yang memeterai Aukus itu meninggalkan “mentaliti Perang Dingin” mereka, Daniel berkata sebilangan besar kritikan akan menghala kepada Australia selepas laporan menunjukkan Canberra bertanggungjawab mengambil peranan utama dalam mengusulkan perjanjian tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak yakin Aukus mampu mendorong hubungan China dan Australia sampai ke tahap ia tidak akan berbaik semula.
Sementara itu, bagi Malaysia, Daniel berkata tidak banyak perkara yang dapat dilakukan berhubung perkembangan terbaru itu.
“Apa pun yang kita kata, ia tidak akan dapat ubah banyak hal.
“Namun realitinya, kita berada di tengah-tengah perubahan strategik tanpa hasil yang terus dapat dilihat atau pasti.
“Asean dan sekutu luarannya tahu bahawa Malaysia tidak dapat menawarkan alternatif serius atau dapat menangani perubahan keadaan tersebut dengan sebarang kepastian.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/malaysia-mungkin-tidak-selesa-australia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Global Aukus Kapal Selam Berteknologi Nuklear Australia

Awani Global Aukus Kapal Selam Berteknologi Nuklear Australia

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 170 hits
Perdana Menteri Australia mengumumkan pada 16 September lalu mengenai kerjasama tiga negara iaitu AUKUS untuk diplomatik keselamatan dan pertahanan di wilayah Indo Pasifik bagi menghadapi cabaran abad ke 21 Dr K S Balakrishnan berkongsi pan...
Hiburan Tuala Wanita Buat Tak Selesa Mungkin Bobble Jawapan Dicari Kaum Hawa

Hiburan Tuala Wanita Buat Tak Selesa Mungkin Bobble Jawapan Dicari Kaum Hawa

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 233 hits
Kebanyakan wanita pastinya mengalami masa yang sukar apabila datang haid kan Bukan sahaja segala simptom seperti pening kepala senggugut sakit belakang loya dan pelbagai lagi malah penggunaan tuala wanita yang tidak bersesuaian juga membuat...
Momen Korea Selatan Tembakkan Rudal Balistik Kapal Selam

Momen Korea Selatan Tembakkan Rudal Balistik Kapal Selam

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 177 hits
Momen Korea Selatan Tembakkan Rudal Balistik Kapal Selam Uji coba peluncuran rudal balistik kapal selam ini dilakukan Korea Selatan tak lama setelah Korea Utara menembakkan rudal balistik jarak jauh ke laut
Malaysia Mulls Australia S Labour Visa Scheme To Help Local Plantations

Malaysia Mulls Australia S Labour Visa Scheme To Help Local Plantations

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 247 hits
M Saravanan discussed ways to improve the country s image in addressing forced labour in a meeting with the Australian high commissioner today PUTRAJAYA The agricultural visa scheme implemented in Australia known as the farm labour visa sch...
Dion Cools Ingin Berbakti Di Malaysia Dengan Akademi Bola Sepak Sendiri

Dion Cools Ingin Berbakti Di Malaysia Dengan Akademi Bola Sepak Sendiri

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 377 hits
Cools nampak masa depan bakat muda di Malaysia amat cerah Pemain pasukan kebangsaan Dion Johan Cools baru baru ini ada menyatakan impiannya untuk menubuhkan akademi bola sepaknya di Malaysia bagi mengembangkan potensi anak muda di negara in...
Seramai 5 6 Juta Rakyat Malaysia Termasuk Yang Belum Mendaftar Berpeluang Mengundi

Seramai 5 6 Juta Rakyat Malaysia Termasuk Yang Belum Mendaftar Berpeluang Mengundi

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 254 hits
PUTRAJAYA Seramai 5 6 juta rakyat Malaysia termasuk yang belum mendaftar sebagai pengundi akan berpeluang menjadi pemilih pada Pilihan Raya Umum ke 15 kelak Berita gembira tersebut disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri...
Politicians Tango Malaysia Grieves

Politicians Tango Malaysia Grieves

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 166 hits
In the later years of my school life I used to attend parties thrown by my schoolmates for their birthday or just to have some fun at their homes especially when their parents were away I learned or rather tried a few types of dances at the...
Cara Aku Prank Cikgu Yang Terlalu Garang Scary Teacher 3d Malaysia

Cara Aku Prank Cikgu Yang Terlalu Garang Scary Teacher 3d Malaysia

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 320 hits
Assalamualaikum Hairangers Bertemu lagi korang dalam gameplay terbaru aku iaitu Scary Teacher 3D Dalam game kali ini aku harus prank cikgu nama Miss T sebab terlalu garang So ada banyak misi jadi dalam gameplay kali ini ada 4 misi yang aku ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba