Antara Kematian Datuk Seri Azlin Dan Sepucuk Surat Jho Low


Bekas pegawai khas Najib Razak memberitahu perbicaraan 1MDB bekas perdana menteri itu hari ini yang Low Taek Jho memberi beberapa surat yang didakwa dari kerajaan Arab Saudi untuk menutup perkara itu jika siasatan dimulakan ke atas dana kekayaan berdaulat itu 4 tahun lalu.

Amhari Efendi Nazaruddin yang memberi keterangan terhadap bekas majikannya berkata, ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low itu mahu surat terbabit digunakan sebagai jaminan untuk menutup siasatan ke atas Petro Saudi International.

“Jho Low beri surat itu kepada saya dan Ketua Setiausaha Sulit Datuk Seri, Azlin Alias, pada awal 2015 sebagai sebahagian penyelesaian selepas isu 1MDB dilaporkan secara meluas oleh New York Times, Sarawak Report dan Wall Street Journal,” katanya dalam keterangan saksinya.
Amhari turut memberitahu Mahkamah Tinggi yang sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan pada 2015 untuk menyiasat 1MDB.

Pasukan petugas khas itu terdiri daripada Peguam Negara ketika itu, Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara ketika itu, Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika itu, Abu Kassim Mohamed dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Zeti Akhtar Aziz.

Amhari berkata, Jho Low memberi surat itu kepadanya dan Azlin supaya mereka boleh bersiap sedia untuk menjelaskan isu 1MDB kepada orang ramai.

“Beliau turut meminta kami menghapuskan surat itu supaya ia tidak boleh disebarkan, tetapi saya tidak berbuat demikian. Saya tidak pasti jika Azlin mengikut arahan Jho Low untuk menghapuskan surat itu.”
Azlin meninggal dunia bersama 5 individu lain dalam satu nahas helikopter di Semenyih pada April 2015.

Hari ini, Amhari turut mengenal pasti 5 surat itu yang dikemukakan di mahkamah.

Dokumen itu ialah sepucuk surat dari Kedutaan Arab Saudi di sini, satu lagi dari dutanya, satu dari sebuah bank Saudi, sepucuk surat sokongan dari Helvetica Wealth Management Partners dan sepucuk surat dari Bank Amerika Syarikat JP Morgan yang menyuarakan sokongan kepada Petro Saudi.

“Saya percaya surat itu tulen, tetapi berdasarkan apa yang saya lalui dan lihat sehingga hari ini, saya boleh kata ia mungkin dirancang Jho Low.

“Beliau mempunyai modus operandi untuk meletakkan orangnya dalam pelbagai jawatan untuk melaksanakan agenda tertentu.”

Amhari turut memberitahu mahkamah, Azlin mungkin tahu mengenai dana AS$680 juta atau RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib.

“Antara Januari dan Februari 2015, Azlin kelihatan tertekan dan meninggikan suaranya dengan berkata ‘duit 1MDB lah bro!’.

“Beliau turut membuang satu fail ke atas meja. Saya ingat dengan jelas kerana saya tidak pernah lihat beliau meninggikan suaranya terhadap sesiapa pun,” kata Amhari sambil menambah Azlin menemui Najib sekali sebelum beliau naik berang.

Najib berdepan 25 pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang atas dakwaan memasukkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion ke akaun AmBank beliau antara Februari 2011 hingga Disember 2014.

Amhari akan terus memberi keterangannya di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah esok.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/09/antara-kematian-datuk-seri-azlin-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arahan Najib Bikin Datuk Amhari Tertekan Tambah Lagi Selepas Kematian Ds Azlin Alias

Arahan Najib Bikin Datuk Amhari Tertekan Tambah Lagi Selepas Kematian Ds Azlin Alias

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 467 hits
Saksi pendakwaan kelapan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin tiba tiba dilihat menjadi sebak ketika membaca pernyataan saksinya Pada ketika itu bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menyatakan beliau merasa tertekan sehingga ingin...
Najib S Ex Aide Says Took Us 200 000 From Jho Low To Buy Property Yet To Pay It Back

Najib S Ex Aide Says Took Us 200 000 From Jho Low To Buy Property Yet To Pay It Back

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 399 hits
A former special officer to Datuk Seri Najib Razak said fugitive financier Low Taek Jho gave him US 200 000 as a bridging loan for a home purchase in Kota Damansara in 2010 the High Court heard today Datuk Amhari Efendi Nazaruddin revealed ...
1mdb Jho Low Jolok Jubor

1mdb Jho Low Jolok Jubor

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 770 hits
Huhu Hari ke 5 Jho Low keluar masuk rumah NajibPerbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB masuk hari keempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lump...
Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 274 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai pengetahuan dan telah memberikan mandat kepada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low untuk merancang dan menguruskan usaha bagi menyelamatkan kerug...
Pegawai Khas Najib Akui Pertemuan Sulit Dengan Jho Low

Pegawai Khas Najib Akui Pertemuan Sulit Dengan Jho Low

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 412 hits
Pegawai Khas Najib akui pertemuan sulit dengan Jho LowOleh September 04 2019Biarpun sebelum ini bekas PM Najib Razak berkali kali menafikan kenal Jho Low atau usahawan Cina itu menguruskan kewangannya bekas Pegawai Khas Najib Datuk Amhari E...
1mdb Trial Jho Low Flooded Najib S Ex Aides With Emails In Bid To Contain Fallout Deny Role In Scandal

1mdb Trial Jho Low Flooded Najib S Ex Aides With Emails In Bid To Contain Fallout Deny Role In Scandal

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 388 hits
In this document in paragraph seven it stresses how Jho Low played no role in 1MDB even though he happens to be the main planner concerning confidential 1MDB dealings Fugitive financier Low Taek Jho sent hundreds of emails to Datuk Seri Naj...
Ancaman Dari Jho Low Kenapa Tak Pernah Rujuk Tanya Najib Soal Shafee Kepada Amhari

Ancaman Dari Jho Low Kenapa Tak Pernah Rujuk Tanya Najib Soal Shafee Kepada Amhari

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 409 hits
1MDB Bukan Najib tetapi Jho Low beri ancaman kepada saya Amhari Dua hari memberi keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin beberapa kali menegaskan tentang senario di mana beliau berhadapan dengan ancaman dan tekanan sehinggga memaksanya be...
Serius Jho Low Baik

Serius Jho Low Baik

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 299 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho memberikan pinjaman sebanyak AS 200 000 kepada pegawai khas perdana menteri Najib Razak Amhari Efendi Nazaruddin pada 2010 Memberi ket...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025