Antara Hipokrit Kejujuran


Oleh Dr. Muhaya Muhamad



 DALAM hubungan sesama manusia, adakah kita suka orang yang jujur atau hipokrit? Orang yang jujur akan bercakap dan bertindak atas kebenaran, walaupun pahit untuk didengar dan berisiko untuk dinyatakan secara berterus terang. Kejujuran boleh membuatkan seseorang itu berani berkata benar dan memberikan pandangan yang benar. Yang pasti, kejujuran memerlukan keikhlasan hati dan keberanian
Orang yang hipokrit pula hidup dalam kepura-puraan dan ada perbezaan karakter. Di luar sikapnya berbeza jika dibandingkan di rumah. Di pejabat sikapnya lain-baik, peramah, suka membantu, lemah-lembut tutur bicara, sopan dan suka membahagiakan orang. Bagaimanapun di rumah iaitu ketika bersama keluarga sikapnya 100 peratus bertukar. Ibarat hujan dengan panas dan malam dengan siang
 Di rumah dia menjadi garang, pemarah, kasar, suka membuat ahli keluarganya stres, tidak bertanggungjawab, tidak mesra dan tidak penyayang. Ingatlah sikap hipokrit tidak bagus dan tidak disukai orang. Bak kata peribahasa Melayu umpama ‘talam dua muka’. Jadilah seorang yang jujur terutama pada diri sendiri. Lebih baik kita tidak disukai atas faktor menjadi diri yang sebenar daripada disukai disebabkan diri yang hipokrit
Siapakah diri yang sebenar? Diri yang sebenar ialah diri semasa kita kanak-kanak, ketika jiwa bersih. Fitrahnya semua bayi dilahirkan dalam keadaan suci, ibarat kain putih. Namun suasana yang dilaluinya sehingga dewasa telah mewarnai hidupnya, dengan pelbagai warna kehidupan. Oleh itu jika kita tersilap membuat pilihan dalam membuat keputusan dan tidak pandai mengawal minda, kita tidak akan menjadi diri yang sebenar lagi
Justeru, untuk menjadi diri yang sebenar, asasnya ialah kejujuran. Kejujuran ukurannya pada hati. Hati yang bersih akan menghasilkan tindakan yang bersih. Menurut Imam al-Ghazali; “Hati manusia ibarat kolam. Segala anggota dan pancaindera yang zahir seperti mata, telinga, lidah dan lain-lain umpama sungai. Apabila anggota dan pancaindera terlibat dengan dosa, maka setiap dosa yang dilakukan itu akan mengalir ke dalam hati. Maka akan rosak binasalah seluruh kehidupan.”Ini kerana kejujuran tidak mudah terpedaya dan diperdaya, walaupun diumpankan dengan wang ringgit, emas permata, pangkat mahupun harta di hadapan mata
Kejujuran ialah perisai bagi orang yang berpegang kepada prinsip hidup. Ertinya kita tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran dan tahu memilih yang baik atau buruk sepanjang kehidupan. Kita yang mencorakkan bentuk kehidupan. Kebal daripada pengaruh luaran biarpun kita berada dalam suasana itu
TerpengaruhUmpama ikan di lautan, tidak masin biarpun sepanjang hayat berendam dalam air laut. Sebaliknya, bagi orang yang ‘menjual’ kejujurannya, dia mudah terpengaruh dan ‘gelap mata’ dengan peluang yang terdedah di hadapan mata
Orang begini dipanggil, orang yang kehidupan berlaku ‘ke atas’ iaitu apa-apa yang dilihat, didengar dan dialaminya dipercayai terus masuk ke dalam mindanya, tanpa tapisan untuk menolaknya sekali gus mudah dipengaruhi. Jadilah dia seperti ikan di darat, setelah digaramkannya maka masinlah ikan tersebut
Tegasnya, sama ada kita seorang yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran atau yang mempengaruhi persekitaran, bergantung kepada kejujuran diri, yang datang dari hati. Untuk tahu siapa diri ini yang sebenar, nilailah akhlak kita sama ada baik atau buruk
Cermin diri untuk melihat kelemahan diri sendiri, bukannya mengambil kanta pembesar dan halakan kepada orang lain untuk melihat dan menilai mereka. Dengan kanta pembesar seseorang tidak akan nampak diri yang sebenar dan kanta pembesar hanya menyerlahkan apa yang hendak dilihat tentang orang lain sahaja. Tetapi, dengan melihat diri di cermin, kita nampak diri sendiri dan boleh serlahkan segala kekurangan
Kejujuran perlu dibina melalui hati atau dunia dalaman yang positif. Kaedahnya dengan cara mengawal lidah, meningkatkan ketakwaan, memberi nasihat dan mendidik hati bersabar. Seperti kata-kata Khalifah Umar al-Khatab; “Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapat yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tetapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.”Maka jelaslah dalam kehidupan manusia ini, apa-apa yang lahir daripada percakapan atau tulisan boleh menggambarkan hati dan fikiran kita. Daripada hati dan fikiran yang baik akan lahir kata-kata yang baik
`Berani kerana benar’ itulah kata orang tua-tua dahulu untuk berdiri di jambatan kejujuran. Berserahlah kepada Allah. Seterusnya amalkanlah lima perkara ini. Pertama, hati mesti lurus. Bagaimana Allah hendak menolong kita kalau hati tidak lurus kepada-Nya
Kedua, ibadah mesti bagus, kerana Allah cipta kita sebagai hamba-Nya untuk beribadah. Ketiga, hidup harus lurus. Hanya di jalan Allah kita akan mendapat takdir terbaik. Keempat, ikhtiar harus serius. Jangan setengah jalan ketika berusaha sebaliknya ikhtiarlah bersungguh. Kelima, taubat terus menerus kerana niat yang salah, amal yang buruk boleh diperbaiki oleh taubat. Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak
  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/antara-hipokrit-kejujuran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilema Antara Beli Rumah Atau Buat Rumah

Dilema Antara Beli Rumah Atau Buat Rumah

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 1073 hits
Dilema Antara Beli Rumah Atau Buat Rumah Assalamualaikum wbt Semua orang berimpian untuk memiliki rumah sendiri namun keadaan kewangan dan ekonomi sesebuah keluarga membataskan keperluan ini Ada diantara anak muda yang mengambil inisiatif m...
Bila Berat Badan Isteri Berlebihan Jangan Cakap Isteri Pemalas Suami Kena Tahu Itu Antara 5 Tanda Tak Cukup Tidur

Bila Berat Badan Isteri Berlebihan Jangan Cakap Isteri Pemalas Suami Kena Tahu Itu Antara 5 Tanda Tak Cukup Tidur

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 521 hits
Berat badan isteri yang berlebihan selalu dianggap isteri kuat makan dan banyak berehat daripada melakukan sebarang kerja Sebenarnya bukan itu faktornya isteri yang kurang rehat dan tak cukup tidur juga boleh menyebabkan berlakunya perubaha...
Isu Jual Tanah Antara Isu Tak Mampu Dijawab Guan Eng

Isu Jual Tanah Antara Isu Tak Mampu Dijawab Guan Eng

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 395 hits
Ini juga antara pendedahan saya tentang cara pengurusan ekonomi Guan Eng yang dia malas untuk layan Main propaganda menipu dia tak malas Sebaliknya dia rajin Menteri Kewangan Lim Guan Eng masih tidak berpuas hati Dia mengadu bahawa saya tel...
Isu Semasa Antara Sebab Ramai Keluar Mengundi

Isu Semasa Antara Sebab Ramai Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 351 hits
SPR pertimbang buat laporan polis calon PH langgar peraturan TANAH RATA Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands yang berakhir hari ini menunjukkan peningkatan kesedaran rakyat dan parti politik terhadap proses pilihan raya yang lebih telus kat...
Tumpat Yan Antara 28 Daerah Termiskin Negara Menteri

Tumpat Yan Antara 28 Daerah Termiskin Negara Menteri

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 437 hits
Daerah ini perlu diberi tumpuan program pembangunan sosioekonomi kata Rina Harun
Perbedaan Antara Hak Asasi Manusia Dengan Hak Warga Negara

Perbedaan Antara Hak Asasi Manusia Dengan Hak Warga Negara

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 277 hits
Tuhan menciptakan manusia sudah dilengkapi dengan hak hak yang akan menjamin derajatnya selaku manusia Hah hak tersebut dimiliki manusia begitu mereka terlahir ke dunia yang sering dinamakan sebagai hak asasi manusia Mungkin anda akan sedik...
Antara Joget Apandi Dan Twist Tommy

Antara Joget Apandi Dan Twist Tommy

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 396 hits
Kisah video Peguam Negara Tommy Thomas dan Ketua Hakim Richard Malanjum menari twist di atas pentas mengikut lagu popular Let s Twist Again di majlis makan malam peguam2 2019 di Sabah telah menimbulkan kontraversi yang hangat di kalangan me...
Sustainable Data Centre Framework Set For October Launch

Hutang Baru Tambah 5 Billion Pmx Umum Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat

Selingkuh Dengan Adik Ipar Demi Cinta Wanita Renjat Suami Sampai Mati

Saham As Melonjak S P 500 Catat Rekod Keenam Pengeluar Cip Melonjak

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya

Living Comfortably During Recovery The Hidden Value Of Modern Apartments Abroad

Galaxy Z Fold 7 Flip 7 Take Over Kl Here S What You Missed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maryam Durian Kimchi Kongsi Tips Pilih Chopstick Untuk Anak Ramai Tengok Rina Guna

Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang Terbakar Petugas Berlari Selamatkan Pesakit Ibarat Ahli Keluarga

The Beauty Perfume Kedai Perfume Original Untuk Peminat Wangian Eksklusif Di Malaysia

Tapak Pelupusan Sampah Berteknologi 3r Pertama Di Sabah Kini Sedang Dibangunkan Di Sandakan

Keep Your Food Fresh And Organised With A High Quality Food Container Box

Lirik Lagu F Floor 88