Gambar di atas adalah ”Alpha Sport Cover”… Fungsinya adalah untuk menutup keseluruhan kargo untuk simpanan barang-barang supaya ianya tidak terkena matahari dan hujan. Ianya juga didatangkan dengan LOCK untuk keselamatan barang di dalam kargo tersebut. Nampak cantik kan…
Gambar di atas pula adalah ” Coil spring”… Yang ini bukan coil spring biasa yang macam sedan pakai, yang ini di khaskan untuk pacuan 4 roda sahaja… 
Gambar di atas pula adalah ” Bull Bar”… Fungsi alat ini adalah untuk melindungi bahagian bumper fiber glass anda daripada pecah dan kemek.. Yang ini di buat dari 100% besi, jadi tak perlu risau bila terlanggar apa-apa benda. Ada juga jenis yang kena cabut bumper fiber glass dan pasang yang besi tu.. Yang ini tak perlu cabut. Hanya pasang saja di depan nya.. Selalunya Bull bar ini dia sekali dengan lampu spotlight… 
”Rear bull bar bumper”, diperbuat daripada 100% besi, fungsinya sama macam bumper depan bull bar. Anda juga boleh pijak untuk memudahkan anda naik ke ruang kargo dan memudahkan anda untuk ambil dan simpan barang.
Safari snorkel
Alat ini sangat penting jika anda berminat untuk membawa pacuan 4 roda anda masuk atau melintasi kawasan sungai. Tanpa alat ini, enjin tidak akan dapat bernafas ketika dalam air dan menyebabkan enjin anda mati. Alat ini akan dipasang pada bahagian air filter.
Suspension ini dikhaskan untuk pacuan 4 roda anda supaya bila anda akan merasa selesa membawa jentera anda jalan dalam hutan berlumpur, mendaki bukit dan sebagainya.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |