Kemenangan Prkchini Isyarat Kerjasama Semakin Baik Antara Bn Dengan Pas


Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini semalam memberi isyarat bahawa parti itu boleh mencapai kejayaan dengan sokongan PAS selain kerjasama parti-parti lain di bawah Perikatan Nasional (PN).

Bagi Pensyarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Ainul Adzellie Hasnul, majoriti undi BN yang meningkat lebih sekali ganda adalah faktor dibantu kejayaan daripada sokongan pengundi PAS, selain faktor ramai pengundi luar yang pulang.

“Ia didorong oleh keberkesanan jentera BN-PAS yang bersatu dan bekerja secara sistematik dan berpasukan di bawah gabungan Muafakat Nasional (MN). Malah beberapa pemimpin MCA dan MIC yang turun pada kempen membuktikan komponen BN itu sedia menerima PAS dalam MN.

“Jadi PRK kali ini antara contoh terbaik jalinan kerjasama diterjemahkan antara dua parti politik terbesar Melayu ini di samping merupakan kemenangan keenam kerjasama MN (pada PRK),” katanya kepada Bernama.


PRK Chini menyaksikan calon BN Mohd Sharim Md Zain, 41, menang dengan majoriti 12,650 undi, setelah memperoleh 13,872 undi, mengalahkan dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, yang mendapat 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, dengan memperoleh 137 undi sahaja.

Ini sekali gus menyaksikan kedua-dua mereka hilang wang pertaruhan dan menepati telahan Pengarah Operasi PRK Chini Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Sharim, generasi kedua Felda Chini 3 itu juga berjaya meningkatkan majoriti kemenangan penyandang Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun yang mendapat 10,027 undi (majoriti 4,622) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Namun, Ainul Adzellie menegaskan bahawa kemenangan semalam bukanlah suatu petanda bahawa BN semakin kuat, tetapi strategi dan pendekatan yang digunakan bersama PAS untuk meraih sokongan pengundi terutama cabaran berkempen dalam kebiasaan baharu ini, dilihat semakin berkesan.

Katanya, keberkesanan jentera kempen itu turut memberi isyarat kepada rakyat tentang keupayaan kerajaan PN, sebagai gabungan parti politik yang mampu bekerjasama menjayakan agenda kebajikan rakyat dan kemajuan negara.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman berkata kerjasama BN dalam MN dan PN terbukti membuahkan hasil dengan kemenangan besar yang dicatatkan dalam PRK ini.

Namun begitu, beliau berkata pihak yang menang tidak boleh terlalu yakin dengan formula kerjasama yang dicipta itu, kerana kerjasama MN dan PN masih belum teruji sepenuhnya.

“Kerjasama BN menerusi gabungan MN dan PN untuk PRK adalah menentang calon Bebas dan bukan seteru parti politik yang pada pendapat saya tidak memberikan cabaran sebenar.

“Gerak kerja jentera dalam MN dan PN untuk PRK ini cukup baik, tetapi kekurangan jentera calon Bebas daripada pelbagai aspek juga perlu diambil kira," katanya.

Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan calon pada PRK kali ini.

Ismail berkata formula kemenangan itu boleh diteruskan bagi menghadapi PRU15 namun perkara seperti sokongan parti komponen BN terhadap kerjasama dalam MN dan PN juga perlu diambil perhatian.

-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/07/kemenangan-prk-chini-isyarat-kerjasama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambut Baik Keputusan Tun M Bentuk Blok Bebas Buka Ruang Kerjasama

Sambut Baik Keputusan Tun M Bentuk Blok Bebas Buka Ruang Kerjasama

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menyambut baik keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berada di blok Bebas bersama lima lagi pengikutnya Menurutnya keputusan Dr Mahathir untuk tidak berada bersama sama ga...
Bersatu Sabah Sambut Baik Kenyataan Ismail Sabri Mahu Kerjasama Pn Terus Diperkukuh

Bersatu Sabah Sambut Baik Kenyataan Ismail Sabri Mahu Kerjasama Pn Terus Diperkukuh

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 267 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah menyambut baik kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerjasama antara kedua dua pihak dalam Perikatan Nasional tidak akan terjejas susulan kenyataan Menteri Pembangunan Luar ...
Semoga Jalani Hari Yang Baik Gadis Guna Bahasa Isyarat Pesan Kepada Penghantar Pesanan

Semoga Jalani Hari Yang Baik Gadis Guna Bahasa Isyarat Pesan Kepada Penghantar Pesanan

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 331 hits
Bahasa isyarat merupakan satu kaedah untuk berkomunikasi tanpa menggunakan suara hanya pergerakkan tangan bibir dan badan akan dapat menyampaikan maklumat Bahasa isyarat biasanya sering digunakan oleh orang orang pekak bisu serta jurubahasa...
Pas Yakin Tiada Pertembungan Antara Parti Komponen Pn Pada Pru15

Pas Yakin Tiada Pertembungan Antara Parti Komponen Pn Pada Pru15

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 256 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yakin tiada pertembungan 3 penjuru di mana mana kerusi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri antara parti komponen Perikatan Nasional pada pilihan raya umum ke 15 Beliau berkata ia hasil awal yan...
Exco Pas Dituntut Jelaskan Sumber Wang Bawa 109 Staf Keluarga Ke Resort

Exco Pas Dituntut Jelaskan Sumber Wang Bawa 109 Staf Keluarga Ke Resort

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 369 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Exco Pas Terengganu dituntut menjelaskan sumber wang yang digunakan semasa percutiannya bersama 109 orang kakitangan termasuk ahli keluarganya baru baru ini Ia selepas pengusaha Summer Bay Resort Pulau Lang Fah Ming C...
2 Ph Boleh Wujudkan Kerajaan Stabil Pengundi Pas Pening Lalat Kemana Politik Loyalist Mahathir

2 Ph Boleh Wujudkan Kerajaan Stabil Pengundi Pas Pening Lalat Kemana Politik Loyalist Mahathir

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 261 hits
Ketidaktentuan ekonomi tidak akan dapat dipulihkan oleh kerajaan yang tidak stabil PN tidak ada rancangan ekonomi khusus dalam menangani ekonomi negara Mengambil alih kerajaan sekarang bukan langkah yang betul PRN Sarawak dan PRU yang bakal...
Kerajaan Bagi Bantuan Pusat Asuhan Tunas Islam Milik Pas

Kerajaan Bagi Bantuan Pusat Asuhan Tunas Islam Milik Pas

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 419 hits
Asalkan kena pada sasaran dan dimanfaatkan itu penjelasan diberi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad mengenai pengagihan bantuan daripada Tabung Musa adah Covid 19 selepas ia menimbulkan kritikan pembangkang sejak semalam...
Jika Pru Mengejut Umno Pas Sokong Muhyiddin Sbg Pm Annuar Musa

Jika Pru Mengejut Umno Pas Sokong Muhyiddin Sbg Pm Annuar Musa

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 400 hits
Annuar Umno PAS sokong Muhyiddin sebagai PM jika PRU mengejut Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata Umno dan PAS dalam gabungan Muafakat Nasional akan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri jika pilihan raya diadakan secara me...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Importance Of Domain Valuation

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan