Annuar Pertahan Pasang Gegantung Hpu Di Kl
Ramieza Wahid
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mempertahankan tindakan memasang gegantung Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) di kawasan sekitar Kuala Lumpur, berkata jumlahnya berdasarkan kelulusan yang diberikan pihak berkuasa
Beliau berkata Umno dan PAS telah membuat perundingan bersama pihak berkuasa seperti polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum memasang gegantung yang tersebut.
“Kita telah berunding dengan PDRM dan sudah menulis surat rasmi untuk pasang seribu bunting dan dapat kelulusan dewan bandaraya (DBKL) sebanyak 150.
“Kita pasang ikut jumlah yang diluluskan dan pada premis yang kita juga sudah pohon,” jelasnya pada sidang media menjelang HPU di ibu pejabat Umno di PWTC, hari ini.
Annuar menafikan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad sebelum ini yang mendakwa gegantung dipasang lebih daripada jumlah yang diluluskan DBKL.
Khalid dalam ciapannya mempersoalkan kejujuran pihak penganjur Umno dan PAS berkenaan isu gegantung HPU itu
“Permohonan untuk 150 bunting sahaja. Tapi pasang 1,000 lebih. Kejujuran pejuang Islam lah katakan.
“Bab bunting (gegantung) pun nak menipu. Beraraklah bersama-sama dengan penipu itu yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik mereka,” kata Khalid menerusi akaun Twitter miliknya.
Khalid turut mempertikaikan jumlah gegantung yang dipohon untuk dipasang oleh Umno dan PAS kepada DBKL.
“Ya ke memohon 1000? Surat DBKL sebut mohon 150 jer. Hmmm, mana satu nak percaya?
"Rasanya Umno terkenal penipu kan. Tak tahulah kenapa tapi ambo (saya) begitu cenderung untuk lebih percaya DBKL," ciapnya di Twitter.
Sementara itu, Annuar menyelar kicauan Khalid Samad di media sosial yang disifatkannya tidak mencerminkan akhlak seorang menteri
“Apa yang dia tweet dengan apa dia (Khalid Samad) ungkapkan beri gambaran tidak baik atas karakter seseorang menteri.
“Tidak seharusnya seseorang bergelar menteri bertindak sedemikian dengan memfitnah kita (Umno dan PAS),” katanya.
Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September ini bakal menyaksikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan memeterai piagam kerjasama antara dua parti itu
Menurut Annuar lagi, kerjasama PAS dan Umno akan menjadi alternatif baru kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penganjur HPU mensasarkan kehadiran 10,000 ahli serta penyokong kedua-dua parti itu.
LIHAT TWITTER DI SINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/annuar-pertahan-pasang-gegantung-hpu-di.html