Pasang Monolock Rear Box Dan Monorack Pada Motorsikal




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kali ini aku nak kongsi pengalaman aku pasang "kotak" atau monobox di motorsikal aku. Motor yang aku guna sekarang ini dibeli pada bulan Februari yang lalu. Motor apa? Motor biasa-biasa sahaja. 2018 SYM E Bonus 110. Aku belum cerita lagi kut tentang motor ni. Jom aku cerita serba ringkas. Jemput baca sampai habis ya


Sumber Gambar : Paultan
Motor ni dibeli di Kedah dan dibawa ke Kajang dengan menaiki kereta Alza. Cuba anda bayangkan ya macam mana. Kerusi semua dalam kereta alza dicabut dan dimasukkan satu motor di dalamnya. Haha

Motor inilah aku gunakan untuk ulang alik dari Kajang ke Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan sebagainya. Alhamdulillah setakat ini motor ini sangat berguna dan masih terbaik. Pada beberapa minggu awal motor ini menjadi kepunyaan aku, ayah aku ada beli satu box untuk diletakkan di motor ini. Tapi baru sekarang, iaitu bulan 9 baru aku pasang box pada motor. Sebab apa? Sebab tak cukup duit nak beli  dan pasang monorack. Mahal ya! Bagi aku lah, tak taulah anda macam mana

Jadi sebelum aku nak cerita macam mana aku pasang monobox atau tong ini pada motor, aku nak cerita dulu perbezaan antara monorack biasa dan juga monorack J.

Baca Juga : [ Motor Rosak Lagi ]
PERBEZAAN  MONORACK BIASA VS MONORACK J
Sebenarnya aku tak tau istilah sebenar benda-benda ni. Mungkin salah dan mungkin betul. Tapi dari gambar rasanya anda dapat tahu mana satu yang aku bagitau ni. Ada yang panggil besi box motor dan sebagainya

MONORACK BIASA
Menampung beban dengan disambungkan pada bahagian spoiler motor. Boleh menampung beban yang sedikit sahaja dan  kalau terlebih berat boleh bengkok atau patah spoiler. Jadi hanya untuk light usage sahaja. Harganya lebih murah berbanding monorak J

MONORACK J
Untuk jenis Monorack J, ianya dikatakan lebih kukuh dan sesuai untuk penggunaan heavy usage. Boleh menampung berat yang lebih banyak berbanding monorack biasa. Cuma harganya lebih mahal berbanding dengan yang biasa

Baca Juga : [ 13 Cara Mudah Penjagaan Kereta ]

PROSES PASANG BRACKET PADA MOTOR
Okay. Jadi aku akan ceritakan daripada awal sehingga habis ya. Sebelum itu, aku menggunakan box jenis GR RACING 28L Monolock Rear Box by Espada iaitu sebesar 28 liter. Lupa pula pada harganya sebab ayah aku beli di Kedah. Kalau di Shopee ada satu yang jual dengan harga RM85.00
Sebelum ini aku ada tanya pada kedai motor cina yang aku selalu pergi tukar minyak hitam dan sebagainya tentang harga untuk pasang monorack biasa atau monorack J ni. Kononnya yg biasa RM 45, manakala yang Monorak J harganya sekitar RM150.  Lepas tu, beberapa hari aku pergi lagi sebab cadangnya nak ambil yang murah tu. Tapi uncle tu bagitau yang monorack biasa tak boleh pakai dekat motor aku. Sebab nanti patah bahagian spoiler tu

Aku pun dalam hati macam " Hari tu dah bagitau harga semua, tak bagitau pulak pasal patah-patah ni." Jadi lepas tu aku pun macam nak balik, kumpul duit untuk pasang monorack J yang agak mahal tu. Tapi aku ada nampak satu kedai motor, milik orang berbangsa India. Aku pun tanyalah tentang monorack dan monorack biasa ni. Uncle dekat kedai ni bagitahu yang boleh je nak pasang. Tapi kena beringat tentang berat muatan dalam box tu nanti sebab risikonya ada

Aku pun fikir, barang apa sahaja yang aku nak letak dalam box? Helmet sudah semestinya bila aku pergi kelas atau mana-mana pusat beli belah, boleh letak dalam box. Rasanya taklah berat sangat. Jadi lepas itu aku terus pasang monorack biasa pada motor aku

Bahagian belakang motor, spoilernya sudah ditanggalkan

Siap dipasang monorack biasa pada motor aku

Ini yang dimaksudkan dengan monorack biasa, terus dipasang pada bahagian belakang motor, dikhuatiri jika terlebih muatan boleh menyebabkan kawasan tersebut bengkok atau patah


PROSES PASANG BOX PADA MOTOR

Untuk pasang box sebenarnya mudah sahaja. Sebab itu aku memasangnya sendiri di rumah. Diberikan sekali dengan bracket. Bracket atau tapak untuk letak box. Berpeluh jugak nak pasang sebenarnya. Nasib baik ada peralatan yang diperlukan seperti sepanar dan sebagainya. Pastikan betul-betul kukuh dan kuat

Sebab ada kes dimana ketika tengah sedap bawa laju di lebuhraya, terlanggar bonggol, terus terpelanting box ya

Ruangan dalam box. Sebenarnya box ini boleh ditanggalkan bila kita tidak mahu gunakannya. Untuk mereka yang tak tahu, anda boleh tanggalkannya dengan memusingkan tombol pada bahagian dalam kemudian terus tanggalkannya. Ruangan yang besar ini muat untuk helmet aku serta barangan lain

Hasil selepas bertukang memasang box dan bracket pada motor

Sudut pandangan lain pula

Sebenarnya aku bukanlah seorang yang arif tentang motor dan sebagainya. Ada banyak lagi perkara yang aku tak tahu. Aku pernah cerita tentang pengalaman aku tersadai di tengah lebuhraya sebab sesuatu terjadi pada motor aku. Haha. Okay, lupa pula nak cerita pasal harga monorack biasa tu. Harganya adalah RM68 termasuk dengan upah pasang. Bagi aku harganya tidaklah mahal sebab aku ada bajet sekitar harga macam tu.

Baca Juga : [ Pengalaman Motorsikal Rosak di Lebuhraya ]
Sekali lagi nak diingatkan tentang istilah yang aku guna mungkin berbeza dengan apa yang dipanggil diluar. Tapi aku rasa anda semua faham kan apa yang aku cerita


Segala istilah digunakan dalam artikel ini adalah dari diri penulis sendiri. Mungkin diluar istilahnya berbeza. Maaf atas kesilapan dan perbezaan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/09/pasang-monolock-rear-box-dan-monorack.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tutorial Cara Nak Buat Scroll Box Untuk Blog List

Tutorial Cara Nak Buat Scroll Box Untuk Blog List

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 436 hits
Hari ni aku nak kongsi di sini cara nak buat scroll box untuk blog list Aku buat ini kerana sedang nak cari balik apabila nakdi gunakan fungsi scroll box ini di blog aku Aku tau ramai blogger yang dah tahu cara nak buat scroll box ini Senan...
Diy Printable Template Polaroid Storage Box

Diy Printable Template Polaroid Storage Box

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 766 hits
Assalamualaikum dan Hi semua Disini kami sediakan tutorial bagaimana untuk membuat storage box berbentuk Polaroid Camera Idea asal storage box ini adalah dari blog Penulis blog itu telah memberikan tutorial dan printable template secara per...
Jakel Shah Alam Membekalkan 67 000 Pasang Kain Washable Silk Kepada Datuk Sri Ikmal Parlimen Tanah Merah

Jakel Shah Alam Membekalkan 67 000 Pasang Kain Washable Silk Kepada Datuk Sri Ikmal Parlimen Tanah Merah

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 713 hits
Jakel Shah Alam Membekalkan 67 000 Pasang Kain Washable Silk Kepada Datuk Sri Ikmal Parlimen Tanah Merah Assalammualaikum semua Pada 30 Ogos 2019 di Jakel Shah Alam telah berlangsung acara majlis
Syabas Anak Malaysia Restoran Pasang Lagu Negaraku Semua Pelanggan Berdiri Nyanyi Bersama

Syabas Anak Malaysia Restoran Pasang Lagu Negaraku Semua Pelanggan Berdiri Nyanyi Bersama

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 464 hits
Bersempena dengan hari kemerdekaan dimana mana sahaja kita pergi sudah tentunya lagu patriotik berkumandang untuk menaikkan aura semangat cinta akan negara Selama 62 tahun Malaysia telah mencapai kemerdekaan jadi sudah menjadi tanggungjawab...
It Chapter Two Kuasai Carta Box Office Catat 185 Juta Dolar Seluruh Dunia

It Chapter Two Kuasai Carta Box Office Catat 185 Juta Dolar Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 269 hits
Walaupun kutipan domestik minggu pembukaan kurang dari 25 dari kutipan filem pertama IT filem sekuel IT Chapter Two masih mampu mencatatkan kutipan yang cukup memberangsangkan Dipasaran domestik Amerika Syarikat filem seram tersebut menepat...
Sleep Box Di Jakpus Disegel Karena Menyalahi Imb

Sleep Box Di Jakpus Disegel Karena Menyalahi Imb

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 141 hits
Syahruddin melanjutkan indekos itu juga dinilai tidak wajar dan tidak patut untuk sebuah rumah sewa
Wanagyl Mimpi Ngeri Anthonyloke Dilihat Akan Berterusan Sekiranya Konsep Motorsikal Teksi Diteruskan Oleh Kerajaan

Wanagyl Mimpi Ngeri Anthonyloke Dilihat Akan Berterusan Sekiranya Konsep Motorsikal Teksi Diteruskan Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 294 hits
1 Hampir 2 bulan berlalu YB Anthony Loke Menteri Pengangkutan Cuma tinggal satu bulan sahaja lagi sebelum melaksanakan penguatkuasaan penuh polisi perlesenan kenderaan e hailing Ini bermaksud tidak ada lagi kompromi dari pihak Kementerian P...
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Cara Meletakkan Keywords Dengan Betul


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Advertise Up To 200 Million Emails

Sibuk Mencari Barang Dekat Nilai 3

Toha Arifin Selamatkan Palestin Chord

Dual Language Programme Malaysia Maksud Senarai Sekolah

Stay Strapped How To Transport A Motorcycle The Right Way