Annuar Musa Tidak Jadi Calon Berita Paling Sedih Pagi Ini


 
Semua parti yang akan menyertai PRN kali ini dilihat sudah mengumumkan secara rasmi calon masing-masing untuk dipertaruhkan bagi mencipta kemenangan yang diidam-idamkan.
Bagaimanapun, melihat semua senarai tersebut, baik dalam PH/BN atau PN, saya tidak dapat mengelak dan menyembunyikan bahawa ada perasaan sedih tiba-tiba menyelinap di sudut dada.
Malah, saya dapat merasakan mungkin ada orang lain juga turut berperasaan yang sama.
Kesedihan itu tidak lain ialah kerana Annuar Musa, tokoh terbilang UMNO Kelantan yang sudah dipecat dan kini memilih Pas sebagai wadah baru perjuangannya, langsung tidak diselitkan sebagai calon dalam PRN kali ini.
Meski dalam konteks kedua-dua gabungan iaitu PH/BN dan PN, banyak nama-nama lain yang turut digugur, tidak dicalonkan atau diketepikan, tetapi ketiadaan nama Annuar sebagai calon terasa lain benar rasa di hati.
Aduhhh….rasa mahu menitik air mata pun ada mengenangkan nasib Annuar pada PRN kali ini.
Walaupun Annuar sebelum ini pernah menyebut tidak mengapa kalau beliau tidak dicalonkan oleh Pas, tetapi itu sebenarnya tidak lebih merupakan manis mulut orang politik dalam berkata semata-mata.

Sebagai seorang pemimpin yang selalu lantang dan kerap meletakkan dirinya di barisan hadapan ketika medan peperangan, tidak sukar memahami bahawa menjadi calon dan bergelar YB adalah impian seseorang seperti Annuar.
Dengan menjadi calon, lebih-lebih lagi di negeri yang hampir pasti boleh menang, bersama gelaran YB juga kemudiannya tentu membolehkan seseorang itu boleh melangkah lebih jauh, baik dalam dalam apa-apa gerakan politik atau manfaat beroleh jawatan dalam kerajaan di mana-mana peringkat sekali pun.
Apa lagi, mengenali sosok seperti Annuar, beliau bukan memuliki ghairah yang biasa-biasa dalam apa jua langkah politik yang diceburinya.
Lagi pula, jika benar Annuar tidak berhasrat menjadi calon, beliau tentunya berbuat seperti Noh Omar atau Khairy Jamaluddin yang tidak menyertai mana-mana parti setelah dipecat daripada UMNO.
Auranya, hebat berpidato, lantang, berani, rajin dan tidak pernah kenal penat – adalah keistimewaan yang tidak banyak dimiliki oleh orang-orang poltiik di negara ini.
Sayang sekali, Pas dalam hal ini seolah-olah tidak nampak kelebihan serta keistimewaan yang ada pada Annuar.
Bersama pengalaman seperti bekas menteri yang sentiasa berjaya menghirupkan setiap kementerian yang diterajuinya, di samping sepak terajang politiknya yang luas dalam UMNO, meletakkan Annuar sebagai calon PRN adalah suatu keuntungan berganda buat parti itu untuk membawa masa depan yang lebih baik bagi Kelantan.
Segala ilmu, pengalaman, kemahiran serta kelebihan yang ada pada Annuar sepatutnya boleh dimanfaatkan oleh Pas untuk mereka melangkah lebih jauh sebagai parti yang dilihat mampu menawarkan kepakaran teknokrat untuk memajukan negeri itu.
Keyakinan bahawa Annuar akan dipilih sebagai calon, selain disebabkan penyertaannya ke Pas dibuat sebelum berlangsungnya PRN dan kemudian disusuli dengan super aktifnya berceramah ke sana sini, ia juga didorong keghairahan bekas menteri itu memuat-naik gambar-gambarnya pusing keliling kampung dengan menaiki motorsikal klasik beroda tiga yang tidak murah harganya itu sejak kebelakangan ini.
Dalam hati saya membayangkan, pastilah dalam kempen nanti, Annuar akan menggunakan lebih banyak motorsikal itu berbanding menaiki kereta untuk gerakan kempennya.
Seterusnya saya membayangkan lagi bagaimana Annuar dengan jubah dan kopiah putihnya menaiki motorsikal untuk berjumpa dan menyapa pengundi dan itu tentunya mencetuskan fenomena yang diperkatakan di seluruh negara.
Terbayang juga di minda saya bagaimana lebih menarik lagi jika Annuar turut menukar warna motorsikal klasiknya itu daripada merah kepada hijau iaitu warna rasmi parti barunya.
Ahhh…tapi semuanya hanya tinggal bayangan tanpa ketahuan saja kini.
Yang tiba-tiba datang menerpa – masih adakah lagi masa depan Annuar dalam Pas selepas ini? – ShahbudinHusin 28/07/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/annuar-musa-tidak-jadi-calon-berita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nik Abduh Dan Annuar Musa Tidak Ada Dalam Senarai Calon Pn Kelantan

Nik Abduh Dan Annuar Musa Tidak Ada Dalam Senarai Calon Pn Kelantan

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 280 hits
N Faizal GhazaliNama anak kepada bekas menteri besar Kelantan Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz terus ghaib daripada senarai calon pilihan PAS bagi menghadapi pilihan raya negeri Kelantan Malaysiakini sebelum ini memetik beberapa sumber mel...
Ada Walaun Setuju Debat Tapi Kalau Dia Pakar Dalam Ekonomi Takkan Lah Kelantan Negeri Paling Miskin

Ada Walaun Setuju Debat Tapi Kalau Dia Pakar Dalam Ekonomi Takkan Lah Kelantan Negeri Paling Miskin

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 219 hits
Syahir tunggu surat Rafizi untuk debatRafizi Ramli melontarkan cabaran terbaharu itu selepas Azmin Ali dan Sanusi Nor menolak untuk berdebat 30 Jul 2023 4 17pmRafizi Ramli mencabar Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman dari PAS untuk berdeba...
2 140 Borang Pencalonan Terjual Selangor Paling Banyak Beli

2 140 Borang Pencalonan Terjual Selangor Paling Banyak Beli

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 161 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 2 140 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri melibatkan 245 kerusi Dewan Undangan Ne geri di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu sudah dijual setakat ini Mengikut statistik yang dikon
Azmin Antara Pemimpin Paling Dibenci Penyokong Ph

Azmin Antara Pemimpin Paling Dibenci Penyokong Ph

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 311 hits
Mohd Nasaruddin Parzibhnews bh com myKUALA LUMPUR Pilihan Raya Negeri Selangor disifatkan peluang terakhir kepada bekas Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membuktikan keupayaannya sama ada masih relevan atau sebaliknya ...
7 Cara Self Healing Point Nombor 6 Paling Disukai

7 Cara Self Healing Point Nombor 6 Paling Disukai

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 217 hits
7 Cara Self Healing Point Nombor 6 Paling Disukai Healing bererti Penyembuhan Penyembuhan daripada sebuah kesakitan kesedihan kekecewaan mahupun tekanan Selalu dengar perkataan Healing Kan Ada orang snap gambo tepi laut captionnya Healing L...
Faraid Isteri Paling Sedikit

Faraid Isteri Paling Sedikit

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 223 hits
Pernahkah anda terfikir kenapa bahagian faraid isteri adalah paling sedikit Ya hanya satu per lapan sahaja jika anda sudah mempunyai seorang anak Dan jika tiada anak pula bahagian anda adalah satu per empat dari jumlah harta pusaka suami KR...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba