Annuar Kj Dan Noh Akan Teruskan Gelombang Hijau



SHAH ALAM - Penghijrahan beramai-ramai bekas pemimpin UMNO dijangka meningkatkan sokongan pengundi muda dan golongan atas pagar kepada Perikatan Nasional (PN), menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, Julai nanti.
Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) dari Universiti Sunway, Profesor Wong Chin Huat berkata, penyertaan mantan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, itu dilihat mampu menarik sokongan sebahagian penyokong BN, terutama kumpulan anti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun Chin Huat berkata, impak sebenar penyertaan bekas pemimpin BN/UMNO berkenaan kepada PN menjelang PRN nanti, bergantung kepada tiga faktor lain iaitu pertama, sejauh manakah pengaruh mereka dalam arena politik tanah air sama ada tertumpu kepada kawasan Parlimen tertentu ataupun melimpahi sampai seluruh negeri.
"Faktor kedua ialah sejauh mana populariti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam enam bulan kebelakangan ini kerana setiap Perdana Menteri baharu mendapat sokongan tambahan lebih tinggi sebagai bonus, sehinggalah mereka membuat kesilapan besar.
"Dan ketiga perkembangan semasa sehingga hari mengundi yang mempengaruhi hasrat penyokong parti untuk keluar mengundi," katanya kepada Sinar Premium pada Isnin.
Selain itu katanya, desakan UMNO supaya Yang di-Pertuan Agong memberikan pengampunan kepada Najib dan pembebasan Ahmad Zahid juga dapat membantu meningkatkan sokongan pengundi kepada PN, pada PRN nanti.
Bagi penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, penghijrahan bekas pemimpin UMNO itu bagaimanapun dilihat tidak memberi impak kepada PN kerana dibayangi populariti Anwar yang naik mendadak selepas berjaya membentuk kerajaan campuran di Putrajaya pada November lalu.
Mazlan berpandangan, pembentukan kerajaan campuran terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Putrajaya juga berjaya meneutralkan kemaraan gelombang hijau yang berlaku, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada lima bulan lalu.
"Biarpun Annuar mempunyai pengaruh besar dalam kalangan rakyat Kelantan; Khairy pula mempunyai pengaruh tersendiri di Negeri Sembilan, manakala Noh di Selangor terutamanya di Tanjong Karang, namun penyertaan mereka ke dalam PN tidak boleh mencetuskan fenomena atau tsunami politik baharu dalam PRN nanti.
"Tambahan pula, PN juga terpalit dengan pelbagai isu negatif termasuklah kes mahkamah membabitkan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang bakal menjejaskan peningkatan gelombang hijau, pada PRN nanti," katanya.
Bagaimanapun, Mazlan berkata, keputusan muktamad sama ada PN atau gabungan PH-BN menang PRN enam negeri berkenaan adalah bergantung kepada jumlah peratusan keluar mengundi pada hari pengundi kelak.
"Kalau ramai pengundi luar tidak pulang mengundi maka ia akan memberi kesan kepada peningkatan gelombang hijau dan peluang PN untuk menang kerusi," katanya.
Mazlan juga meramalkan bahawa Annuar, Noh dan Khairy mempunyai peluang besar untuk menang jika mereka bertanding di kawasan majoriti Melayu dan Selangor atau di Pantai Timur.
"Saya juga menjangkakan tidak mustahil lebih ramai bekas pemimpin UMNO terutama mereka dipecat bakal menyertai PN dalam masa terdekat bagi meningkatkan gelombang hijau menjelang PRN nanti.
"Malah, dalam PH pun mereka cuba mencetuskan gelombang 'Anwar Ibrahim' bagi menarik sokongan pengundi terutama anak muda terhadap PMX menerusi pelbagai program bersama rakyat, sekali gus menjadi cabaran kepada PN," katanya - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/05/annuar-kj-dan-noh-akan-teruskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Ada Gelombang Hijau Melanda Prn Kali Ini

Tidak Ada Gelombang Hijau Melanda Prn Kali Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 111 hits
Tiada gelombang hijau akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri yang akan diadakan Julai ini Supremo DAP Lim Kit Siang berkata keyakinan itu berdasarkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan yang dipim...
Gelombang Hijau Akan Membadai Kedah Lagi

Gelombang Hijau Akan Membadai Kedah Lagi

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 267 hits
Oleh Tee Beng Lee DALAM Pilihan Raya Umum Ke 14 Pakatan Harapan berjaya menawan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri di Kedah melalui usaha sama PKR Parti Pribumi Bersatu Malaysia lima kerusi Parti Amanah Negara empat kerusi dan DAP Pas pula men...
Dia Percaya Janji Mereka Tapi Uzurocks Tunda Bayaran Lagi Song Jihyo Teruskan Saman

Dia Percaya Janji Mereka Tapi Uzurocks Tunda Bayaran Lagi Song Jihyo Teruskan Saman

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 166 hits
Adakah kemelut Uzurocks dan Song Ji hyo tidak akan menemui jalan penyelesaiannya ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pihak wanita itu melaporkan bahawa mereka akan tetap meneruskan dengan saman apabila agensi berkenaan dilihat memungkiri janji mereka...
Noooohhhh Mudah Kerja Isley Boleh Maju Noh

Noooohhhh Mudah Kerja Isley Boleh Maju Noh

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 136 hits
KotaBharu TS diletakkan di lokasi strategik untuk membolehkan pengguna mendapatkan bekalan jika berlaku gangguan https www hmetro com my mutakhir 2023 04 958626 388 tangki statik bantu masalah air di kelantan
Gelombang Shahidan Akan Melanda Selangor Habisla Ph

Gelombang Shahidan Akan Melanda Selangor Habisla Ph

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 161 hits
ARAU Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim memberi bayangan bertanding pada Pilihan Raya Negeri yang dijangka berlangsung pada pertengahan tahun ini Tokoh politik berusia 71 tahun itu bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi Dewan Unda...
Sambal Hijau Bilis Dengan Terung Pipit

Sambal Hijau Bilis Dengan Terung Pipit

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 320 hits
Alhamdulillah hari ini saya telah menggenapkan puasa 6 hari dalam bulan Syawal Esok dah boleh beraya yeaay Insya Allah saya akan meneruskan rutin berpuasa sunat Isnin dan Khamis Semoga saya terus istiqomah Sebenarnya hidup di dunia memang m...
Laws On Caning Make Ratifying Un Convention Hard Says Saifuddin

Unseen Power Of The Administrative State

Aeon Bank Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

Ada Apa Sebenarnya Dengan Ikhlas

Seludup Dadah Dari Luar Negara Guna Kurier

Anwar Lebih Untung Dari Sunak Dan Biden

Malaysia Perlu Anjakan Sektor Pelancongan Kata Pm

Palestin Hancur M Sia Masih Konsert S Norhaliza



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Drama Dan Mimpi Pun Berguguran

Projek Pistol Aku Tahu Chord

Nama Kucing Jantan Pilihan Terbaik Untuk Si Bulus Anda

Lagu Maal Hijrah Lirik Lagu Huraian

Gip Blackrock Khazanah Jawapan Pmx Hmmmmmm

Japanese Cold Somen Noodles