Gelombang Hijau Akan Membadai Kedah Lagi



Oleh Tee Beng Lee
DALAM Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah melalui usaha sama PKR (7 kerusi), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) lima kerusi, Parti Amanah Negara (Amanah) empat kerusi dan DAP (2 kerusi). Pas pula menang 15 kerusi dan UMNO hanya mendapat tiga kerusi.
Oleh sebab Pas tidak bersepakat dengan UMNO setelah tamatnya pilihan raya negeri (PRN), maka gagasan PH berkesempatan membentuk kerajaan negeri Kedah walaupun hanya menguasai 18 daripada keseluruhan 36 kerusi DUN.
Pada Julai 2018, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO menyokong pelantikan calon PH sebagai Speaker DUN. Tindakan ini membantu mengukuhkan kuasa pemerintahan PH di negeri tersebut. Sokongan daripada UMNO kepada kerajaan negeri pimpinan PH itu boleh disifatkan sebagai kerjasama pertama antara PH dan UMNO di DUN Kedah.
Pada November tahun sama, ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail mengumumkan keluar dari UMNO. Beliau pilih untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong kerajaan PH. Kemudian, beliau diterima sebagai ahli Bersatu. Dengan ini, bilangan ADUN PH bertambah daripada 18 menjadi 19.
Namun, selepas berlaku ‘Langkah Sheraton’, empat ADUN Bersatu menarik diri daripada kerajaan negeri Kedah pada Mei 2022. Pada masa sama, dua ADUN dari PKR keluar parti dan bertukar haluan menyokong gagasan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dengan itu, PH tinggal 13 ADUN di Kedah. Kerajaan negeri pimpinan PH terus berkubur. Tampuk pemerintahan negeri itu kemudiannya diambil alih oleh gabungan Pas (15 kerusi) dan Bersatu (6 kerusi). PN mula memerintah Kedah dengan menguasai sejumlah 21 kerusi.
Melalui tinjauan, kedua-dua gagasan pemerintah dan pembangkang di Kedah memperlihatkan kekuatan yang hampir sama dan masing-masing berpeluang tinggi untuk merebut kemenangan dalam PRN akan datang.
Kejayaan besar Pas dan Bersatu merebut 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah dalam PRU15 sangat memberangsangkan para penyokong PN. Namun, sekiranya PH dan Barisan Nasional (BN) sanggup mengintegrasikan langkah dan strategi tepat, tidak mustahil gagasan gabungan itu menundukkan PN di Kedah.
Dalam PRN lepas, PH menang 12 kerusi DUN Kedah yang ada kira-kira 20 peratus pengundi Cina. Dengan kata lain, pengundi Cina berdaya mempengaruhi keputusan satu pertiga daripada sejumlah 36 kerusi DUN Kedah.
Meskipun UMNO hanya merampas tiga kerusi DUN di Kedah, parti itu tewas kepada Pas dengan margin kecil dalam 11 kerusi. Dalam PRN akan datang, dengan bantuan PH, UMNO barangkali boleh menawan semula beberapa kerusi dimilikinya dahulu.
TIRAI BAHARU
Bagaimanapun, dalam tiga kerusi DUN dimenangi UMNO dahulunya, seorang ADUN telah pun melompat ke Bersatu. Dua kerusi lain pula dimenangi dengan lebihan undi yang tidak banyak. Berhadapan dengan PN yang semakin kuat mengancam, UMNO dilihat sukar untuk bangkit semula dalam PRN akan datang.
Bagi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, PRN Kedah dianggap sebagai satu pertempuran yang dapat membantu beliau membuktikan ketokohannya dalam memimpin parti itu. Memandangkan dua kerusi Parlimen yang menjadi cengkaman UMNO dalam PRU14 telah jatuh ke tangan PN dalam PRU15, maka cabaran terbesar Presiden UMNO sekarang ialah membangkitkan semula UMNO dari lubuk kancah.
UMNO berkemungkinan menambah kerusi kemenangannya dalam DUN Kedah. Akan tetapi, jikalau ia masih gagal mengembalikan kekuasaan memerintah di DUN Kedah, maka kegagalan itu akan mengikis kredibiliti dan prestij peribadi Ahmad Zahid dalam UMNO.
Sekiranya kemenangan di DUN Kedah terlaksana melalui gemblengan tenaga, maka ia akan membuka tirai baharu untuk kerjasama yang lebih erat antara PH dan UMNO pada masa hadapan. Sebaliknya, jika percubaan mereka itu gagal dan tidak berhasil dalam PRN Kedah, hubungan kedua-dua gagasan politik itu akan dilanda pelbagai impak tidak menentu.
Pelaksanaan beberapa dasar yang mendukacitakan warga negeri bukan Melayu oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas seperti penutupan kedai judi dan kedai loteri di negeri tersebut mungkin membawa kesan negatif kepada PN. Tindakan tidak bertoleransi itu akan mempengaruhi sikap pengundi bukan Islam terhadap kerajaan negeri PN.
Walaupun mendapat sokongan padu pengundi bukan Melayu ditambah dengan undi penyokong UMNO, gabungan undi yang diraih PH dan BN belum tentu dapat menumbangkan PN.
Dalam kesemua 15 kerusi Parlimen Kedah, jika undi perolehan PH dan BN dicampurkan, mereka hanya mengatasi PN dalam dua kerusi. Ini menunjukkan PN memiliki kekuatan yang sangat teguh hampir di seluruh Kedah.
Berbanding dengan PRN di lima negeri lain, pertempuran di Kedah diramalkan paling sengit dan merupakan negeri yang mungkin terjadinya insiden perubahan kerajaan. Namun begitu, PN didapati masih memiliki beberapa kelebihan kerana gagasan itu sedang memerintah di Kedah.
Tidak dapat disangkal lagi, kedua-dua gagasan politik pemerintah dan pembangkang masing-masing tidak sabar-sabar untuk merebut kemenangan besar di DUN Kedah.
Bagi PH dan BN, kemenangan di Kedah merupakan peluang terbaik bagi mereka mengekang perluasan kejutan gelombang hijau secara berkesan dan menstabilkan kerajaan perpaduan. Bagi PN pula, kemenangan dalam PRN Kedah akan membuka jalan lebih luas untuk mereka menawan Putrajaya dalam PRU16.
Para pengundi bukan Melayu di Kedah dijangka memihak kepada PH dan BN dalam PRN akan datang kerana kurang berpuas hati dengan pentadbiran PN.
Namun, seganas mana ombak akan melanda landskap politik Kedah, ia bergantung juga kepada keupayaan UMNO menarik seberapa banyak undi Melayu yang boleh. – UTUSAN

DR. Tee Beng Lee Felow Pusat Penyelidikan Cina Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/gelombang-hijau-akan-membadai-kedah-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Ada Gelombang Hijau Melanda Prn Kali Ini

Tidak Ada Gelombang Hijau Melanda Prn Kali Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 141 hits
Tiada gelombang hijau akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri yang akan diadakan Julai ini Supremo DAP Lim Kit Siang berkata keyakinan itu berdasarkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan yang dipim...
Annuar Kj Dan Noh Akan Teruskan Gelombang Hijau

Annuar Kj Dan Noh Akan Teruskan Gelombang Hijau

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 155 hits
SHAH ALAM Penghijrahan beramai ramai bekas pemimpin UMNO dijangka meningkatkan sokongan pengundi muda dan golongan atas pagar kepada Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Negeri di Kelantan Terengganu Kedah Pulau Pinang Selangor dan Neg...
Kedah Mb Blames Pakatan S 2018 State Govt For Water Woes

Kedah Mb Blames Pakatan S 2018 State Govt For Water Woes

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 173 hits
Last month the state government said it is making contingency plans to face possible water disruptions during the Hari Raya Aidilfitri celebrations Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR April 20 Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi...
Rahsia Sulit Kerajaan Negeri Kedah Bocoq

Rahsia Sulit Kerajaan Negeri Kedah Bocoq

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 228 hits
Raja Shah Rim Akhirnya bukti Sanusi dijemput ke mesyuarat Pegawai Kewangan Negeri bocor Wartawan sedang berusaha menghubungi MB Kedah bagi pengesahan
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life