Annuar Dedah Pekung Zahid Dalam Warkah Terbuka Buat Sahabat


agendaily.com04/11/2022
Tan Sri Annuar Musa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang tidak dicalonkan oleh UMNO bagi mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini, hari ini membuka ‘pekung’ Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi satu warkah terluka dan kecewa yang dimuat naik dalam Facebook beliau hari ini (3 November 2022), Annuar mendedahkan Zahid menandatangani surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan ahli Parlimen bersetuju melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Zahid dan Anwar sudah diketahui adalah kenalan rapat sejak zaman Pemuda UMNO dahulu, malah kedua-duanya sering bertukar dan berkongsi strategi politik masing-masing.

Annuar juga mendedahkan rancangan untuk menggagalkan Bajet 2021 ketika pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi turut berjaya digagalkan.

“Namun tindakan kita tentunya tidak disenangi Presiden… Jelas pembubaran Parlimen yang mahu disegerakan, telah diambil kesempatan,” kata Annuar lagi.

Berikut adalah warkah terbuka itu:

Warkah Terbuka Buat Sahabat Yang Terluka Atau Kecewa

Assalamualaikum WM WB Sahabat yang dikasihi,

Semoga kalian dalam keadaan yang baik serta sihat walafiat di kawasan masing-masing.

Kita sedang melalui ujian yang besar, teguhkan pendirian dan mantapkan kekuda perjuangan.

Penyingkiran kita bukan perkara yang tidak diduga, kita harus redha, kerana itulah harga untuk kita tegakkan pendirian ketika ada perbezaan pendapat dengan Presiden. Kita ahli-ahli Parlimen istiqomah bersama PM, kerana kita YAKIN ITU YANG TERBAIK BUAT PARTI KITA. Kita sering berbeza pendapat dengan Presiden parti kita, akan tetapi kita tidak pernah membelakangkan parti, malah kita istiqomah mempertahankannya, didalam mahupun diluar Parlimen.

Kita tentu faham ketika kita menongkah arus, menolak kehendak Presiden kita berkali kali. Kita menggagalkan rancangan beliau, kerana kita merasakan cara kita lebih baik, lebih benar buat parti.

Siang dan malam kita berkumpul berbincang bila mana ada perbezaan pendapat dan kita sentiasa bersama.

a) Ketika presiden kita menandatangani surat kepada SPB YDP Agong dengan menyatakan ahli Parlimen bersolidariti, bersetia dan bersetuju Anwar Ibrahim di angkat sebagai PM ke-9. Kita dengan tegas menolak, kerana kita berpegang pada dasar parti dan PAU, ‘NO ANWAR NO DAP’. Kita tidak salah, kita berbeza pendirian dengan individu bukan parti.

b) Rancangan mengangkat Anwar yang kita gagalkan itu, berganti pula dengan percubaan menggagalkan belanjawan 2020, sebagai strategi ‘VOTE OF NO CONFIDENCE’ kepada kerajaan dan PM ketika itu, namun kita sekali lagi bersolidariti dan meluluskan setiap undian yang mencemaskan di Dewan Rakyat.

c) Apabila 15 sahabat MP kita tiba-tiba menarik sokongan dan ingin menjatuhkan PM ke-8 dan kita diarah oleh Presiden melalui SUA untuk berbuat perkara yang sama, kita memilih cara yang lain untuk menyelamatkan parti kita dan sebaliknya kita mengikhtiarkan permuafakatan yang mengangkat DSIS sebagai PM ke-9, kita tidak salah.

Kita tentu ingat bagaimana kita berusaha siang dan malam untuk menyelamatkan parti kita.

Banyak lagi perkara dan peristiwa bagaimana kita Ahli Parlimen dan PM berperanan dan berusaha untuk membawa UMNO, BN ke mana kita berada hari ini dan kita tidak salah.

Namun tindakan kita tentunya tidak disenangi Presiden namun kita yang telah berjaya menyelamatkan parti kita. Saya faham pendirian kita telah membawa kepada fitnah bertubi-tubi kononnya kita tidak setia, kita besar kepala, kita lupa kerana telah dapat jawatan, kita Pro PPBM, kita Pro PAS dan lain-lain cercaan. Sedih dan pilu bila humbanan tuduhan menjadi semacam satu ejekan, namun kita harus redha, kita tidak salah.

Pernahkah kita bayangkan dimana parti kita hari ini, kalau kita telah memusuhi parti-parti yang pernah menghulur tangan membantu kita? Di mana kita jika Warkah kepada SPB YDP Agong supaya mengangangkat Anwar menjadi PM, kita ia kan? Apa telah jadi kepada parti kita jika kerajaan terbubar, saat pandemik Covid-19 masih melanda dan rakyat marah kepada ‘politicking’ berterusan?, fikir fikirkanlah.

Kita ahli-ahli Parlimen beristiqomah bersama YAB PM dan MP yang menyokong kerajaan, menjaga permuafakatan, ketika api kebencian terus menerus dinyalakan. Kita lakukan demi menjaga maslahah parti kita. Alhamdulillah kita berjaya dan kejayaan menjadikan parti kita turut berkuasa dalam pemerintahan. Ini tidak di senangi oleh sebilangan orang, mungkin yang mula memikirkan pemilihan tahun depan, yang memikirkan kedudukan.

Jelas pembubaran Parlimen yang mahu disegerakan, telah diambil kesempatan. Kita digugurkan, dengan cara yang seolah-olah tiada perlembagaan, tiada peraturan, jauh sama sekali tali persahabatan.

Saya faham kalian marah dan kecewa dengan cara kalian dilayan, tetapi bersabarlah.

Kita bertindak bukan sendirian, tetapi hasil pemikiran mendalam dan telah membuahkan hasil dan kekuatan kepada BN. Kita harus berbangga kerana mempertahankan kebenaran.

Jangan tinggalkan perjuangan walau kita diaibkan dan jangan membakar jambatan kerana perjalanan masih panjang di hadapan.

Marah jangan dibalas marah, hutang darah tak perlu dibayar darah. Perjuangan kita lebih besar dari itu. Baluti luka hati dengan iman dan kesabaran seorang pejuang.

Kembalilah memimpin anak dan adik-adik kita yg bertatih. Pulihkan jentera yang berduka. Jika tidak berupaya memenangkan, setidaknya jangan mengalahkan. Parti perlu didahulukan.

TERUSKAN SEMANGAT MUAFAKAT DAN PERPADUAN. TOLAK KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN. JANGAN JADIKAN PARTI PERISAI BADAN MELINDUNGI KECURANGAN. AMANAH RAKYAT JANGAN SIA-SIAKAN DAN CURANG.

Terima seadanya soal pencalonan dengan kesabaran. Rapatkan semula saf dan terus berjuang.

Tan Sri Annuar Musa.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh
Presiden MN Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/annuar-dedah-pekung-zahid-dalam-warkah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Marzuani Serba Salah Setia Dengan Annuar Hormat Tawaran Zahid

Pru15 Marzuani Serba Salah Setia Dengan Annuar Hormat Tawaran Zahid

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 209 hits
Ketua Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila Ariffin beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri majlis pengumuman calon Barisan Nasional yang dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur malam ini KOTA BHARU Ketua Puteri Umno Kelantan Marzuani A...
Calon Bn Nafi Surat Akujanji Tular Sokong Zahid Jadi Pm Tapi Tak Lapor Polis

Calon Bn Nafi Surat Akujanji Tular Sokong Zahid Jadi Pm Tapi Tak Lapor Polis

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 197 hits
agendaily com2 11 2022Calon UMNO Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menafikan surat Akujanji ditandatanganinya menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri jika BN menang PRU 15 Awal hari ini ...
Sebelum Kena Pancung Zahid Pancung Dulu

Sebelum Kena Pancung Zahid Pancung Dulu

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 405 hits
leh Adam Malik Pengumuman nama calon UMNO dan Barisan Nasional sudah 90 peratus selesai dengan nama2 dipilih oleh Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk ahmad Zahid Hamidi Selain apa yang diramakan ada juga beberapa kejutan...
Rentasan 1243 Panas Akhirnya Zahid Hamidi Berjaya Buang Semua Saki Baki Penyokong Pm 9

Rentasan 1243 Panas Akhirnya Zahid Hamidi Berjaya Buang Semua Saki Baki Penyokong Pm 9

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 176 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1243 1 SIRI MEMANCUNG UMNO SUDAH BERMULA 2 MERAK KEMBANGKAN EKOR DI HUTAN TIADA YANG PEDULI 3 BERJUANG UNTUK RAKYAT ATAU POKET SENDIRI Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Politi...
Perbicaraan Kes Rasuah Ahmad Zahid Membabitkan Dana Yayasan Akalbudi Ditangguh Tahun Depan

Perbicaraan Kes Rasuah Ahmad Zahid Membabitkan Dana Yayasan Akalbudi Ditangguh Tahun Depan

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 171 hits
puteradaily comPerbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi ditangguhkan ke Januari tahun depan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan kenyataan saksi Hakim ...
Kapal Umno Pecah Jerung Kenyang Selepas Najib Kini Giliran Zahid Dan Ismail Melingkupkan Umno

Kapal Umno Pecah Jerung Kenyang Selepas Najib Kini Giliran Zahid Dan Ismail Melingkupkan Umno

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 346 hits
Silap nya pada Ismail Sabri yang dengar cakap orang luar luar keputusan kabinetnya pembubaran Parlimen Yang tidak dicalonkan protest dapat calon luar pun protest samada ITU jati diri atau tidak kena juga Presiden cermin dirinya Sebelum ini ...
Tolak Pakatan Zahid Anwar Sokong Gandingan Muhyiddin Hadi

Tolak Pakatan Zahid Anwar Sokong Gandingan Muhyiddin Hadi

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 280 hits
agendaily com2 11 2022Ketua Penerangan Bersatu yang juga calon Perikatan Nasional kerusi Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan Perikatan Nasional tidak mempunyai agenda sulit atau rancangan untuk menyelamatkan pemimpin tertentu da...
Kerajaan Baru Anwar Zahid Hampir Dikenalpasti

Kerajaan Baru Anwar Zahid Hampir Dikenalpasti

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 207 hits
Jika gelombang ini dibawa harapan PN menang dan Muhyiddin PM juga hampir menjadi kenyataan kerana pengundi Melayu akan lebih memberi harapan kepada PN ganti BN Tidak dapat tidak Anwar Zahid akan membawa bersama DAP untuk menjadi kerajaan du...
Susunan Calon Zahid Hamidi Walau Ada Ciri Keberanian Ramai Yakin Cuma Mampu Menang Kurang 40 Kerusi Parlimen

Susunan Calon Zahid Hamidi Walau Ada Ciri Keberanian Ramai Yakin Cuma Mampu Menang Kurang 40 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 204 hits
Daripada satu segi berdasarkan senarai calon calon BN yang diumumkan semalam ia dengan ketara menunjukkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memiliki suatu keberanian yang boleh diberikan pujian Bukan senang untuk mengenepikan mereka yang ber...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Make Your Business Standout

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Kling Ai Video

Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi