Annuar Beli Insurance Untuk Selamat Diri


 
Annuar beli insurance untuk selamat diriULASAN

Sidang akhbar Annuar seperti
melempar bom ke diri sendiri. HARI ini kolam politik negara berkocak dengan sidang akhbar yang diadakan oleh Ketua Umno Bahagian Ketereh Annuar Musa. Sidang media itu memberi bahan panas kepada media massa apabila beliau mendedahkan apa yang berlaku dalam kelambu rumahnya, Umno.

Sidang media itu dibuat sebagai tindakan balas Umno yang memecatnya sebagai Setiausaha Agung BN, semalam dan diganti dengan Ahmad Maslan.  
Sidang media itu itu juga seperti mahu menghantar masej kepada MKT Umno yang akan mengadakan mesyuarat bagi membincang usul daripada bahagian Umno yang menolak untuk terus berkerja sama dengan PPBM yang dianggap ular Lidi nak jadi Naga.
Apa yang didedahkan Annuar hari ini adalah beberapa perkara yang sebenarnya sudah pun diketahui umum tetapi bersifat "misteri" dan dianggap "fitnah" atau surat layang sahaja. 
Misalnya mengenai sikap diambil Zahid Hamidi dan beberapa orang ahli Parlimen Umno memberi sokongan (SD) kepada Anwar Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan Curitokrasi sekaligus jadi perdana menteri. 
SD atau surat sokongan Zahid kepada Anwar dihantar kepada Yang diPertuan Agong sudah beredar sebelum ini. Dan pendedahan Annuar itu mengiyakan apa yang sudah diketahui umum itu. Ahli Parlimen Ketereh itu mempunyai motif tersendiri kenapa dia membuat pendedahan yang nampaknya seperti mahu damage presidennya. 
Dalam pada itu pendedahan surat Zahid kepada Agong itu, dan tidak bersetuju dengan pendirian Zahid menjelaskan bahawa kebencian politiknya kepada Anwar Ibrahim tidak pernah padam. Tidak dapat disangkal lagi antara orang bekerja keras bagi menjamin Anwar tidak akan jadi PM adalah Menteri Wilayah Persekutuan itu.  
Dari sejarahnya Annuar adalah salah seorang yang bersetuju bersama OT95 tahun 1998 yang memecat Anwar Ibrahim daripada Umno dan jawatan kerajaan. Bahkan beliau juga menjadi sub agen kepada konspirasi menjatuhkan Anwar. Saya ada cerita eksklusif mengenai hal ini bagaimana Annuar memainkan peranannya.  
Selain itu dalam sidang media tadi Annuar mendedahkan kemelut atau krisis kepimpinan berlaku dalam Umno kini. Secara umumnya beliau mengariskan beberapa perkara menyebabkan beliau tidak sedia bersekongkol dengan tindakan Zahid dan mengambil sikap yang liar dan tidak beretika itu. 
Antara dakwanya, kerana Zahid menyokong Anwar, mahu bersama DAP membuat jajaran politik baru, percubaan menggugat kestabilan kerajaan Curitokrasi, serta sikap "flip flop" pengerusi BN (Zahid) dan pertelagahan secara terbuka. Itulah sebab-sebab dikatakan Annuar menyebabkan beliau tidak sedia untuk bersekongkol. Ehwah...berintegriti nampak.
Dalam sidang akbar itu beliau selah-olah menyampaikan khutbah wida' perpisahan dengan Umno. Panjang lebar dan mendayu-dayu khutbahnya yang sudah difikir berhari-hari. Annuar cuba mempamerkan kehebatannya sebagai burung Merak yang berbulu emas, tetapi jubur bercepuah dengan tahi. Kononnya dia seorang berprinsip, berani kerana benar. 
Orang tidak mengenali kelicitan Annuar akan mengkaguminya, tetapi tidak kepada yang sudah kenal bau hampak ketiaknya dan sejauh mana pancukan hancing kencingnya. Segala apa beliau sebut itu seolah-olah disengajakan agar Umno mengambil tindakan kepadanya. Apa yang diharapkan Annuar Umno memecatnya. Annuar meyimpan strategi tertentu di sebalik tindakannya hari ini. 
Annuar memang mahu dia dipecat daripada Umno. Kenyataan beliau tadi adalah merupakan insurance untuk masa depan politiknya. Keputusan atau tindakan Umno kelak menjadi seperti orang mengantuk disorong bantal buatnya. Mungkin ia sudah diframekan demikian rupakan. Terkilas ikan di air kita sudah ketahui jantan betinanya. Sebelum ini Annuar telah membuat onar dalam Umno bertindak diluar peraturan etika penjawat jawatan parti apabila bercakap melewati presiden. Ada unsur-unsur meremehkan presidennya. 
Dia juga sebelum ini beberapa kali telah menyalah-gunakan atau obius kedudukannya sebagai Setiausaha Agung Umno, kemudian Setiausaha Agung BN. Ada kenyataan-kenyataan yang beliau mendahului presiden atau pun bercakap seolah-olah beliau telah diberi kuasa penuh. Keadaan itulah menyebabkan beliau dilihat telah menyalahkan kedudukannya. 
Kerana tindakan itulah menyebabkan beliau dipecat sebagai Setiausaha Agung Umno tetapi masih dipelihara oleh Zahid dengan melantiknya menjadi Setiausaha Agung BN. Tidak ramai memahami kenapa beliau dipecat sebagai Setiausaha Agung Umno, kerana ia telah disihirkan sebagai dinaikan pangkat oleh kuncu-kuncunya?
Dalam sidang media tadi beliau mengisahkan dirinya kononnya segala apa yang disebut, telah diputuskan dalam mesyuarat parti dan beliau hanya sekadar memaklumkan sahaja. Isengnya beliau tidak tahu kenapa tindakan diambil ke atasnya.  

Kalau benar parti (MKT) ada memutuskan, seperti didakwanya itu setengah berupakan rahsia dan taktikal parti, tidak sepatut beliau mendedahnya. Tampak sangat yang beliau seorang yang bongok dalam politik. Tidak tahu membaca apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. 
Namun saya tidak melihat begitu naif politiknya sebaliknya beliau sengaja melakukan itu kerana motif dan tujuannya. Sebagai sebuah badan siasah ada ketetapan dan keputusan parti tidak perlu didedahkan atas maslahat, tetapi itu tidak dihiraukan olehnya. Misalnya apa disebut dalam sidang akhbar hari ini suatu tindakan melanggar peraturan apabila menghina presidennya sendiri.
Benar Zahid bersalah dan lemah tetapi cara menempelakkan begitu bukan cara tertib oleh pemain politik profesional.
Tidak hairan kalau beliau seperti berlawan dengan Zahid. Annuar yang kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno, sudah tahu ke mana haluan dan hujung jatuh politiknya. Kekalahan itu menjadikan dirinya kecil dan menirus, maka beliau perlu membina kekuatan dan membesarkan dirinya. Sementelahan usianya juga sudah merangkak ke senja. Dia perlu jadi "getah urat" yang dimasukkan dalam minyak gas supaya mengembang dan menjadi tebal. 
Caranya dia membuat kenyataan yang tidak sehaluan dengan presiden, malahan menentang presiden bukan secara berlindung lagi tetapi secara terbuka. Ada sisi-sisi menghina dan mengaibkan presiden. Apakah itu erti kesetiaan yang dilaungkan. Menyebut Zahid sedang berhadap dengan pertuduhan di mahkamah ia dan membandingkan dengan kesalahan Muhyiddin semasa dipecat daripada Umno kerana skandal 1MDB dengan kesalahan dilakukan Zahid jelas satu penghinaan.

Hubungan atau haluan politik beliau dengan Zahid tidak berjalan betul dan mesra bukan baru tetap sejak di era merebut jawatan Ketua Pemuda tahun 90an lagi. Annuar pernah kalah ditangan Zahid Hamidi dan tidak dapat menerima Zahid kerana berasakan dia lebih handsome daripada Zahid. Memang ada benarnya kalau dari segi wibawa dan perwatakan (leadership) dia dilihat lebih berwibawa dan pantas berbanding Zahid. Tetapi kelebihan itu bukan syarat untuk dia mengatasi Zahid. 
Bertolak dari itu maka beliau senantiasa cuba menyaingi Zahid, dan menjadikan Zahid sebagai seteru  politiknya secara diam. Hakikat ini diketahui oleh semua orang Umno. 
Apabila dia telah mendedahkan rasia dikatakan rahsia yang sudah tidak jadi rahsia itu, yakni surat sokongan Zahid kepada Anwar, menunjukkan Annuar telah mengistyharkan perang dengan Zahid. Dan dia juga mungkin menghitung nasib dan hari-hari akhir dalam Umno. 
Sekali lagi saya sebutkan kesimpulan atau apa dimahui Annuar dengan apa dilakukan itu dia mahu diambil tindakan oleh Umno. Dia membuat kenyataan itu berharap sokongan dan simpati ahli Umno. Jadi dengan apa yang berlaku itu jangan rasa pelik kalau Annuar akan mengumum menyertai Bersatu kerana itu yang dikehendakinya.
Justru sebaik-baiknya Umno kena tahan pedih jangan sesekali pecat Annuar tetapi tindakan terbaik jangan berikan watikah untuk bertanding dalam Piraum nanti.
Politik kepentingan dirinya tidak pernah berakhir. Apa yang dibimbang ialah kedudukannya di Parlimen Ketereh. Kenapa dia jadi gila untuk berta'awun dengan Pas mempertahankan MN tujuannya untuk menyelamatkan kerusi Parlimen Ketereh. Beliau berharap Pas akan menerima budinya dengan melepaskan kerusi itu kepadanya. 
Annuar tahu pengaruh dan kedudukannya di Ketereh bukan kuat sangat. Kalau Pas buat gila berdepan dengannya dalam Piraum ke-15 beliau boleh menangis tidak berlaku, kalah. Kekalahan di kerusi Ketereh merupakan kiamat buat Annuar seperti kalahnya Inche Ibrahim di Pasir Mas.
Cukup berhenti Solat dahulu. [wm.kl. 8:34 pm 06/01/2021]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/annuar-beli-insurance-untuk-selamat-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Decide Beli Microsoft Surface Laptop 3 Untuk Reward Diri Sendiri

Aku Decide Beli Microsoft Surface Laptop 3 Untuk Reward Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 324 hits
Akhirnya aku buat keputusan untuk beli laptop baru iaitu Microsoft Surface Laptop 3 bagi reward diri sendiri atau self reward sepanjang tahun 2020 ni Pada awalnya memang aku decide nak beli laptop baru untuk ganti laptop lama atas sebab fak...
Depresi Tekanan Ekonomi Warga Tangsel Beli Bensin Lalu Nekat Bakar Diri

Depresi Tekanan Ekonomi Warga Tangsel Beli Bensin Lalu Nekat Bakar Diri

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 225 hits
Ayah beranak dua ini nekat mengakhiri hidup diduga karena depresi berat yang dialaminya belakangan ini
Selamat Tinggal 2020 Tiada Yang Tidak Indah Semua Indah Indah Belaka

Selamat Tinggal 2020 Tiada Yang Tidak Indah Semua Indah Indah Belaka

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 356 hits
assalamualaikum salam sejahtera in few hours kita dah pun di tahun 2021 in shaa Allah azam baru saya seperti biasa tiada just mengharapkan semuanya menjadi lebih baik dari yang sediada moga diri saya ni jadi lebih sempurna berbanding sekara...
Selamat Menyambut Tahun Baru 2021

Selamat Menyambut Tahun Baru 2021

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 599 hits
Selamat Menyambut Tahun Baru 2021 Esok dah masuk tahun baru 2021 Hari ini adalah hari terakhir tahun 2020 Amatlah berbeza tahun 2020 ini berbanding tahun tahun sebelumnya Tahun 2020 yang penuh cabaran warna warni kehidupan dan kesakitan yan...
2020 Penuh Dugaan Agong Amp Permaisuri Ucap Selamat Tahun Baru 2021

2020 Penuh Dugaan Agong Amp Permaisuri Ucap Selamat Tahun Baru 2021

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 331 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billal Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baru 2021 kepada seluruh rakyat Malaysia Meneru...
Bayi Suka Makan Durian Adakah Ia Selamat Untuk Bayi

Bayi Suka Makan Durian Adakah Ia Selamat Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 221 hits
Apabila tiba musim durian pasti para peminat buah durian teruja Tambahan lagi apabila mendapat pasangan yang turut meminati raja buah tersebut namun bagaimana pula jika beri durian untuk bayi Sambil makan durian rasa ingin suapkan durian ke...
Jnazah Naim Hariri Selamat Dikebvmikan Dalam Suasana Ayu Dan Piiu

Jnazah Naim Hariri Selamat Dikebvmikan Dalam Suasana Ayu Dan Piiu

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 279 hits
loading KUALA LUMPUR ayu Begitulah suasana yang menggambarkan majlis pengebvmian bakal pengantin Naim Hariri Kamaruddin 31 yang dilaporkan Iemas di Marang Terengganu sabtu lalu
Pengalaman Bawa Anak Berkhatan Kaedah Laser Di Poliklinik Azhar Seremban 2 Mudah Dan Selamat

Pengalaman Bawa Anak Berkhatan Kaedah Laser Di Poliklinik Azhar Seremban 2 Mudah Dan Selamat

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 661 hits
As Salam Pengalaman Bawa Anak Berkhatan Kaedah Laser Di Poliklinik Azhar Seremban 2 Mudah dan Selamat Yay Alhamdulillah Genap seminggu anak anak lelaki saya selamat berkhatan Syukur Allah permudahkan semuanya dari mula bawa ke Klinik sampai...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias