Annapurna Circuit Dan Pesona Tilicho Lake





Terima  kasih Allah. Tiada lain yang dapat saya perkatakan setelah pulang dengan selamat dari xpdc ini. Telah lama saya impikan melihat dan berdiri di tebing Tasik Tilicho yang mempesonakan pandangan setiap pencinta alam yang berkunjung ke tasik di Banjaran Himalaya ini. Saya merancang untuk ke sini dan trekking di Litar Annapurna pada akhir October 2018 iaitu di musim panas agar Tasik Tilicho ini dipenuhi air. Setelah saya dan beberapa orang teman membeli ticket penerbangan, saya menghubungi teman lama di Nepal. Kami berbincang dan merancang perjalanan ke sini. Beberapa orang teman turut berminat untuk menyertai sehingga jumlah kami menjadi 13 orang peserta.


Hati saya sedikit bimbang semasa merancang trip ini kerana daripada 13 orang peserta, cuma 3 orang sahaja pernah mendaki gunung melebihi ketinggian 5000 meter. Saya bimbang jika musuh pendaki menyerang kami memandangkan trek Litar Annapurna ini melintasi Thorong La yang berketinggian 5416 meter. Di ketinggian melebihi 5000 meter tidak mustahil AMS akan menyerang kami dan saya meminta setiap peserta membeli ansurant sebagai langkah berjaga-jaga. Setelah semua sedia kami pun memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kathmandu. Kami sampai di Kathmandu tengahari dan setelah "check in" hotel, kami keluar untuk makan tengahari dan menghabiskan petang itu dengan membeli sedikit keperluan untuk trip kali ini.


Hari kedua.
Kathmandu ke Bhulbule, 840 meter
Kami memulakan perjalanan dengan menaiki bas sewa pada jam 06:00 pagi. Kami singgah sarapan dan makan tengahari di pertengahan perjalanan. Sepanjang perjalanan ke Bhubule kami menyusuri sungai Trisuli dan tanaman padi sedang menguning. Kami sampai di bandar Bashisahar sekitar jam 13:00 tengahari. Bandar Bashisahar kecil tetapi agak sibuk. Bashisahar merupakan bandar kecil tempat persinggahan trekker dan pendaki gunung serata dunia yang melakukan aktivity mendaki dan trekking. Antara trek yang bermula dan berakhir di Bandar Bashisahar adalah trek "legend" Annapurna Circuit dan trek Manaslu Circuit yang mulai popular selain menjadi pintu masuk untuk pendaki memulakan pendakian ke puncak-puncak gunung di Banjaran Himalaya. Atas alasan sebagai bandar persinggahan, terdapat banyak hotel dan "guest house" di bandar kecil ini.



Sampai di bandar Bashisahar, kami meneruskan perjalanan ke Bhulbule dengan menaiki bas tempatan sekitar satu jam. Jalan tanpa berturap itu agak tidak selesa tambahan menaiki bas lokal yang agak sesak. Kami sampai di Bhulbule pada jam 14:30 petang dan bermalam di guest house berhadapan sungai. Petang itu kami bersiar di perkampungan Bhulbule.





Hari ke  tiga
Trekking dari Bhulbule ke Chamje (Chyamche) 1433 meter.
Ini merupakan hari pertama kami trekking. Kami memulakan trekking pada jam 7:00 pagi, menyusuri trek seiring sungai dan trek agak landai tetapi jauh. Annapurna Circuit "full trek" sebenarnya dilakukan sekitar 20 hari treeking, namun semenjak kebanyakkan trek telah boleh dilalui jeep, jadual perjalanan boleh disingkatkan. Kami sampai di Bahundanda sekitar jam 14:00 petang untuk makan tengahari, lewat 3 jam dari masa yang dijangka. Kebanyakkan dari kami bergerak perlahan dan banyak berehat memandangkan ini hari pertama kami memulakan trekking. Jam 15:00 petang kami meneruskan trekking ke Chamje namun sehingga jam 17:00 petang kami masih belum sampai ke Jagat iaitu sebuah kampung sebelum tiba di kampung Chamje. Saya trekking di dalam kumpulan terakhir dan hati sedikit bimbang kerana hari akan gelap tidak lama lagi. Jalan agak sibuk dan berdebu dengan jeep yang mengangkut pendaki hingga ke destinasi pilihan mereka. Akhirnya saya terpikir untuk menyewa sebuah jeep agar kumpulan terakhir ini boleh sampai awal ke Chamje. Saya meminta porter untuk bertanya harga dan jika harga munasabah saya akan menyewa sebuah jeep untuk ke Chamje. Akhirnya kami mendapat sebuah jeep dengan bayaran yang agak murah dari jangkaan saya. Setelah menaiki jeep sekitar 15 minit, kami sampai di Jagat dan group pertama juga baru sampai di sana. Mereka juga mengambil keputusan meneruskan perjalanan ke Chamje dengan menyewa sebuah jeep kerana hari telah pun gelap..











Hari ke empat
Chamje ke Manang 3540 meter
Malam semasa di Chamje, saya menyusun semula jadual perjalanan. Rancangan awal saya membuat trip Annapurna Circuit ini selama 13 hari trekking sahaja, namun melihat kepada keupayaan kumpulan kami, saya berbincang dengan teman-teman dan kami sepakat meneruskan perjalanan ke Manang dengan menyewa dua buah jeep. Annapurna Circuit yang aslinya mengambil masa trekking sekitar 18 hingga 21 hari kini boleh disingkatkan sehingga 13 hari apabila trek boleh dilalui jeep bagi menjimatkan masa trekking. Jeep boleh sampai di daerah Manang dan perjalanan kami dari Chamje ke Manang dengan menaiki jeep dapat menjimatkan masa trekking selama 2 hari. Kami memulakan perjalanan pada jam 07:00 pagi dan singgah di Kampung Taal yang indah seketika. Jika satu hari saya mengulangi trek ini, pasti saya akan bermalam di Kampung Taal.






Perjalanan dari Chamje ke Manang dianggarkan mengambil masa sekitar 7 jam. Kami singgah makan tengahari di Chame Bazzar pada jam 11:00 pagi. Kami meneruskan perjalanan ke Manang sekitar jam 12:00 tangahari selepas makan dan singgah sebentar di ladang epal. Sepanjang perjalanan kami melalui lereng bukit, air terjun dan pemandangan indah. Saya sedikit terkilan tidak dapat merakam gambar setiap kali melepasi "spot" air terjun. Terlintas difikiran untuk mengulangi trek ini di masa akan datang dangan berjalan kaki. Memandangkan trip ini saya bersama kumpulan yang agak besar, kejayaan dan keselamatan kumpulan lebih diutamakan dari keinginan sendiri. Kami sampai di Manang pada jam 15:00 petang.







Hari ke lima.
Manang 3540 meter. Acclamatize
Hari ini adalah hari acclamatize kami seperti dalam jadual, memandangkan Manang berada di ketinggian melebihi 3000 meter, menyesuaikan badan dengan ketinggian amatlah penting agar tidak mudah di serang AMS. Hari ini selepas sarapan kami bersiar ke Gangapurna Lake sekitar 30 minit trekking dari Hotel Himalayan Singi. Saya mencadangkan hotel ini kepada pembaca, biliknya selesa dan mempunyai tandas. Pemiliknya boleh bertutur Bahasa Malaysia kerana pernah bekerja di Malaysia satu masa dahulu.







Di tepi Tasik Gangapurna terdapat sebuah cafe dan tandas di cafe ini bersih. Selain ke Tasik Gangapurna, pembaca juga boleh meneruskan trekking ke glaciar sekitar sejam trekking dari Gangapurna Lake namun kami juga tidak ke sana. Di Manang juga terdapat sebuah Calture Museum dan Stupa jika pembaca ingin melawat untuk mengisi masa.






Hari ke enam
Manang ke Shree Kharka 3900 meter
Kami memulakan trekking pada jam 07:30 pagi selepas sarapan dan sampai di Shree Kharka jam 15:30 petang. Kami bermalam di Shree Kharka. Trekking di musim panas ini laluannya agak berdebu dan kita mesti memakai pelindung hidung dan mulut. Walaupun trekking di musim panas, cuaca sangat sejuk dan angin yang bertiup sangat dingin.








Hari ke tujuh
Shree Kharka ke Tilicho Base Camp 4150 meter
Kami memulakan trekking pada jam 06:20 pagi. Perjalanan ke Tilicho Base Camp sekitar 4 jam melalui trek yang agak bahaya. Kami melintasi jambatan gantung yang agak panjang dan trek menurun selepas itu adalah kawasan "landslide" yang agak curam, berpasir longgar dan trek berbelok-belok. Kami sampai di Tilicho Base Camp pada jam 10:30 pagi. Kami menghadapi masalah tiada bilik di Tilicho Base Camp ini. Bilangan bilik yang terhad tambahan pula tiada line talipon untuk menempah bilik menyebabkan bilik-bilik di sini bersystem "siapa yang cepat dia yang dapat". Dua orang dari teman kami mengambil keputusan ke Tilicho Lake petang itu juga. Mereka memulakan perjalanan sekitar jam 11:00 pagi dan sampai semula ke Tilicho Base Camp pada jam 16:15 petang. Disebabkan kami ke sini di musim "peak season", fenomina tidur di ruang makan menjadi perkara biasa. Malam itu setelah pihak "guest house" meminta kesemua tetamu yang tidak mempunyai bilik ke luar dari ruang makan, mereka membersihkan dan menyediakan ruang untuk tidur. Malam itu kami kongsi ruang tidur bersama 150 orang dari berbagai bangsa dan agama di seluruh dunia. Ruang makan cuma boleh memuatkan sekitar 150 orang tetamu dan sekiranya anda orang yang melebihi angka 150, anda tidak dibenarkan tidur di dalam (tidur luar).















Hari ke lapan
Tilicho Base Camp, Tilicho Lake 4919 meter ke Ttilicho Base Camp.
Kami memulakan trekking pada jam 06:00 pagi selepas sarapan. Trekking ke Tilicho Lake dianggarkan mengambil masa sekitar dua jam 30 minit hingga empat jam. Perjalanan ke Tilicho Lake agak jauh pada pandangan saya. Trek zig-zaq yang dibina amat menjemukan. Saya yang trekking di kumpulan tengah sampai di Tasik Tilicho pada jam 12:00 tengahari. Teman terawal sampai di tasik ini sekitar jam 09:00 pagi. Tasik Tilicho yang membiru memukau pandangan saya. Berada di tebing Tilicho Lake seperti "dream comes true" bagi saya. Air takungan tasik ini akan membeku di musim salji. Walaupun kami ke sini di musim panas, bibir tasik ini masih diliputi salji. Di tepi tasik ini terdapat sebuah kedai minuman dan angin di tasik ini bertiup sangat dingin. Saya menunggu kumpulan terakhir yang sampai di tasik ini pada jam 13:15 petang. Sebelum turun ke Tilicho Base Camp saya berpesan kepada kumpulan terakhir agar tidak berlama-lama di atas kerana sudah kelewatan. Saya dan teman sampai di Tilicho Base Camp pada jam 16:00 petang. Setibanya saya di sana, teman yang telah tiba awal mengatakan ada masalah kerana kami tidak dibenarkan bermalam di sini kerana kuata 150 orang telah mencukupi. Setelah berehat sebentar, saya menyuruh kumpulan pertama bergerak dahulu bersama seorang porter ke Shree Kharka untuk bermalam. Dua orang teman yang kuat dari kumpulan pertama saya minta untuk memberi "rescue" sekiranya kumpulan terakhir lewat sampai ke Shree Kharka. Setelah 15 minit, saya menyuruh kumpulan kedua memulakan perjalanan ke Shree Kharka manakala saya, dua orang porter dan guide akan menunggu kumpulan terakhir yang masih belum sampai ke Tilicho Base Camp dari Tilicho Lake. Kumpulan terakhir sampai di Tilicho Base Camp jam 17:15 petang. Setelah mereka berehat sekitar 15 minit, minum dan makan saya menggesa mereka meneruskan perjalanan ke Shree Kharka. Saya tidak mahu berlengah-lengah kerana trek ke Shree Kharka melintasi kawasan cerun "landslide" yang berbahaya. Tambahan pula kami pasti akan trekking bertemankan lampu suluh. Setelah trekking lebih dua jam, saya berdoa akan ada "rescue" dari kumpulan pertama memandangkan seorang teman tidak mampu berjalan kerana keletihan. Nasib saya baik kerana trekking dengan kawan-kawan yang saling mengenali dan memahami. Dua orang teman datang memberi bantuan untuk memapah kawan kami yang hampir putus asa. Kami di kumpulan terakhir sampai di Shree Kharha pada jam 22:30 malam. Malam itu kami sekali lagi tidur berjemaah di ruang makan bersama penjalan kaki serata dunia kerana kekurangan bilik. Ada perkhimatan kuda untuk ke Tilicho Lake dengan bayaran sekitar USD 100 sehala dari Tilicho Base Camp.














Hari ke sembilan.
Shree Kharka ke Yak Kharka 4018 meter.
Kami mula trekking pada jam 08:15 pagi. Trekking hari ini agak melelahkan kerana keletihan trekking ke Tilicho Lake masih terasa. Kami makan tengahari di Nirvana Restaurant di Karche. Pemilik restaurant ini fasih berbahasa Malaysia kerana pernah bekerja di Malaysia. Tidak sukar mencari orang Nepal yang boleh bertutur Bahasa Malaysia, memandangkan ramai dari rakyat Nepal telah datang berkerja di Malaysia termasuk dua orang porter kami. Hari ini saya trekking di kumpulan tengah memandangkan ada teman sukarela menemani kumpulan terakhir.











Hari ke sepuluh.
Acclamatize dan rehat di Yak Kharka 4018 meter.
Hari ini saya mengambil keputusan untuk berehat di Yak Kharka memandangkan ramai teman yang kelihatan tidak berapa sihat. Mungkin kerana keletihan disebabkan trekking jauh untuk ke Tilicho lake, atau kerana tidur di tempat yang kurang selesa dua malam berturut. Tetapi mungkin juga kerana factor ketinggian yang melebihi 4000 meter. Memandangkan kami mempunyai dua hari "extra day" setelah menaiki jeep dari chamje ke manang, saya mengambil keputusan menggunakan hari "extra" itu untuk berehat. Mungkin dengan keputusan ini akan memulihkan dan menyegarkan teman-teman yang mulai kelesuan.


Hari ke sebelas.
Yak Kharka ke High Camp 4600 meter
Selepas sarapan sekitar jam 07:20 kami mula melangkah menuju High Camp. Perjalanan hari ini agak jauh dan tinggi. Kami singgah sebentar untuk makan tengahari di Thorong Phedi. Saya trekking dalam kumpulan kedua dan sampai di Thorong Phedi jam 12:00 tengahari. Semasa saya sampai di Thorong Phedi, kumpulan pertama telah meneruskan perjalanan ke High Camp. Saya menunggu kumpulan terakhir yang sampai di Thorong Phedi sekitar jam 13:20 petang. Saya menyuruh kumpulan kedua bergerak perlahan-lahan ke High Camp sekitar jam 13:30 petang manakala saya bergabung dengan kumpulan terakhir yang meneruskan pendakian pada jam 14:20 petang. Kami sampai di High Camp pada jam 16:30 petang. Di sebabkan kami trekking di Annapurna Circuit ini masa "peak season", di sini juga kami tidak mendapat bilik. Kami ditempatkan di sebuah ruang yang boleh memuatkan sekitar 16 orang tetamu. Di ruang ini kami diberi tilam tanpa katil. Ini lebih baik dari tidur di luar.







Thorong High Camp mempunyai bilik sebanyak 40 buah sahaja dan bilik-bilik di sini juga bersystem "siapa cepat dia dapat". Dengan ketinggian 4600 meter saya melihat beberapa orang teman agak lemah. Misi kami esok adalah kemuncak xpdc iaitu melepasi Thorong La di ketinggian 5416 meter. Saya sedikit gentar bila memikirkan perjalanan hari esok yang tinggi dan jauh bila melihat stamina beberapa orang teman yang tidak begitu bersedia. Dua orang teman memutuskan untuk menyewa kuda. Pada saya ini merupakan keputusan yang tepat memandangkan mereka mungkin akan melambatkan pergerakkan kumpulan jika berjalan kaki esok namun keputusan menunggang kuda adalah pilihan mereka sendiri. Semasa berfikir bagaimana kumpulan saya harus menyeberangi Thorong La dengan selamat esok hari, seorang teman menghampiri dan menawarkan diri untuk menaja 13 ekor kuda untuk kumpulan kami. Saya mulanya tergelak sambil bersorak kerana menyangka dia bergurau, namun setelah dia berkata serius, saya tanpa membuang masa terus membuat tempahan 13 ekor kuda untuk kumpulan kami. Inilah kelebihan trekking bersama teman yang kenal lama, murah hati dan tidak pentingkan diri. Semoga rezeki beliau lebih melimpah ruak dan berpanjangan. Bayaran seekor kuda adalah USD 100 sehala dari Thorong High Camp 4600 meter sehingga ke Thorong La Pas 5416 meter.


Hari ke  12.
Thorong High Camp ke Thorong La 5416 meter ke Muktinath 3760 meter
Kerana bilangan kuda yang terhad, kami berpecah kepada dua trip pagi itu. Kumpulan pertama seramai enam orang bergerak pada jam 05:00 pagi selepas sarapan manakala kumpulan kedua seramai tujuh orang termasuk saya pula pada jam 08:30 pagi. Perjalanan kami ke Thorong La dengan menunggang kuda beramai-ramai amat melucukan dan melahirkan berbagai aksi serta kejadian lawak. Saya dan teman-teman agak gayat menunggang kuda di lereng gunung yang curam. Ada antara kami menunggang kuda kali yang pertama. Kami di kumpulan kedua sampai di Thorong La pada jam 10:00 pagi. Cuaca di Thorong La amat cerah dan baik tetapi angin yang bertiup membawa dingin hingga ke tulang hitam. Kami merakam gambar kenangan bersama di mercu tanda Thorong La dan kerana kedingainan yang amat, kami tidak berlama-lama di sana tambahan pula perjalanan menuju ke Muktinath masih jauh.





Kami meneruskan perjalanan ke Muktinath yang agak jauh sekitar jam 10:30 pagi. Trek menurun dan jauh. Trek zig-zag yang berlengkar-lengkar dengan jarak yang jauh amat membosankan, di tambah dengan debu. Kami singgah makan tengahari di Chambar Bhu pada jam 13:30. Sampai di Chambar Bhu saya merasa sedikit lega kerana baki perjalanan ke Muktinath sekitar satu jam melalui trek mendatar. Jam 14:30 petang kami meneruskan trekking ke Muktinath. Cuaca petang itu amat cerah dan indah. Kami sampai di Muktinath pada jam 16:00 petang.







Muktinath merupa bandar suci bagi pengikut ajaran Budha dan penganut agama Hindu. Beberapa kuil popular terdapat di sini dan penduduk serata Nepal sering ke sini untuk berdoa dan menunaikan hajad. Bandar ini seperti satu bandar yang menarik, budayanya sedikit seperti Tibet. Bayangkan anda trekking di kawasan gersang yang luas berhari-hari, tiba-tiba anda terjumpa sebuah bandar kecil yang bertamadun, begitulah saya mengambarkan Muktinath. Saya terfikir dan berminat untuk berehat di Muktinath sehari lagi tetapi teman-teman lain lebih terarah menghabiskan sehari "extra day" di bandar Kathmandhu. Mungkin jika saya mengulangi trek Annapurna Circuit satu hari nanti, saya akan menjadualkan berehat di sini sehari





Hari ke 13.
Muktinath ke Tatopani 1190 meter.
Kebanyakkan teman-teman saya mahu segera pulang ke Kathmandu kerana mereka keletihan tambahan pula ada perkhimatan kenderaan sehingga ke bandar Pokkara dari Muktinath. Rancangan awal saya, kami sepatutnya meneruskan trekking 3 hari lagi iaitu ke Marpha 2667 meter, ke Ghasa 2013 meter dan ke Tatopani 1190 meter. Disebabkan kami pergi berkumpulan, akhirnya kami sepakat menyewa sebuah bas ke Tatopani. Kami bertolak ke Tatopani sekitar jam 10:00 pagi. Inilah perjalanan yang paling menakutan saya. Bas menyusuri jalan tanpa turap yang sempit di lereng-lereng gunung yang curam, berbelok-belok, membelah kawasan lapang yang ada lopak-lopak air yang agak besar, melintasi sungai tanpa jambatan dan yang paling mencemaskan meyusuri jalur-jalur sempit di lereng-lereng gaung. Bas terpaksa mengundur setiap kali berselisih dengan bas dari arah bertentangan. Batu-batu besar jatuh dari cerun atas gunung kelihatan banyak di sepanjang perjalanan. Nasib baik kami ke sini di musim panas dan bercuaca baik. Andai ke sini menaiki jeep, rasa gayat dan takut mungkin berkurangan. Jika mengulangi trek Annapurna Circuit, saya lebih rela berjalan kaki selama tiga hari dari menaiki bas. Atau paling kurang menyewa jeep walaupun terpaksa bayar lebih dari bas. Kami singgah di pertengahan jalan untuk makan tengahari dan sampai di kampung Tatopani sekitar jam 15:30 petang. Petang itu kami bersiar di kampung Tatopani, terdapat tempat mandi air panas di kampung Tatopani.









Hari ke 14.
Tatopani ke Pokkara 1400 meter
Kami menaiki bas lokal ke Pokkara pada jam 08:20 pagi dan sampai di Pokkara pada jam 16:00 petang. Pokkara merupakan bandar pelancongan popular di Nepal dan ini merupakan kali ketiga saya ke sana. Bandar Pokkara semakin maju dan banyak hotel-hotel tinggi dan mewah dibina, berbanding kali pertama saya ke sini pada tahun 2007.



Hari ke 15.
Pokkara ke Kathmandu 1400 meter
Kami menyewa sebuah van dan pada jam 07:20 pagi kami bergerak pulang ke Kathmandu. Dalam perjalanan kami singgah sarapan dan makan tengahari. Kami sampai di Kathmandu pada jam 16:00 petang. Sesi berehat, makan dan membeli-belah pun bermula.



Hari ke 16
Kathmandu, kami menghabiskan sehari suntuk di bandar ini. Aktivity normal di bandar ini adalah membeli-belah barangan out door.


Hari ke 17.
Di sebelah pagi dan petang kami masih berehat dan berbelanja di bandar Kathmandu. Kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur lewat malam. Saya berharap ada peluang dan rezeki untuk mengulangi trip Annapurna Circuit ini di masa akan datang. Pada masa itu mungkin saya akan bercuti panjang dan melakukan "Annapurna Circuit Full Trip" sekitar 21 hari, bersama kumpulan yang kecil dan sama minat. Terima kasih teman-teman yang memberi kerjasama yang baik dan pulang dengan selamat. Terima kasih Allah.

Hari 1
10:00-Kuala Lumpur - Kathmandu.
12:30-Sampai Kathmandu.
13:30-Check in hotel, shopping sampai malam.
Hari 2
Kathmandu ke Bhulbule.
06:00-Mulai perjalanan, menaiki bas.
13:00-Sampai bandar Bashishahar, tukar bas.
14:30-Sampai Bhulbule, check in, bersiar di kampung Bhulbule dan bermalam.
Hari 3
Trekking dari Bhulbule ke Chamje/Chyamche.
06:30-Sarapan.
07:00-Start trekking.
14:00-Sampai Bahundanda, makan tengahari.
15:00-Meneruskan trekking ke Chamje.
17:30-Naik jeep.
18:30-Sampai Chamje, rehat, makan malam dan tidur.
Hari 4
Chamje ke Manang jeep.
07:00-Sarapan
07:30-Mulai perjalanan dengan jeep.
11:00-Makan tengahari di Chame Bazzar.
13:00-Lawat kebun epal.
15:00-Sampai Manang, check in,rehat.
Hari 5
Acclamatize day
08:00-Sarapan.
09:00-Trekking ke Ganngapurna Lake.
12:00-Makan tengahari, berehat.
Hari 6
Trekking dari Manang ke Shree Kharka.
07:00-Sarapan.
07:30-Start trekking.
10:30-Singgah minum di khangsar village.
13:30-Sampai Shree Kharka, bermalam.
Hari 7
Trekking dari Shree kharka ke Tilicho Base Camp.
06:00-Sarapan.
06:20-Start trekking ke Tilicho Base Camp.
10:30-Sampai Tilicho Base Camp, rehat.
Hari 8
Trekking ke Tilicho Lake.
05:30-Sarapan.
06:00-Start trekking ke Tilicho Lake.
12:00-Sampai Tilicho Lake.
13:45-Start turun ke Tilicho Base Camp.
16:00-Sampai Tilicho Base Camp.
17:30-Bergerak ke Shree Kharka.
22:30-Sampai Shree Kharka.
Hari 9
Shree Kharka ke Yak Kharka.
07:30-Sarapan.
08:15-Start trekking.
12:00-Makan tengahari di Nirvana Restaurant di Karche.
13:45-Trekking ke Yak Kharka.
15:10-Sampai Yak Kharka.
Hari 10
Berehat sambil acclamatize.
Hari 11
Yak Kharka ke High Camp.
06:30-Sarapan.
07:20-Start trekking.
12:00-Sampai Thorong Phedi, makan tengahari.
14:20-Group terakhir bergerak ke High Camp.
16:30-Sampai High Camp.
Hari 12
High Camp - Thorung La - Muktinath.
05:00-Group pertama - naik kuda (6 orang).
08:30-Group kedua naik kuda (7 orang).
10:00-Sampai Thorong La, bergambar.
10:30-Bergerak turun ke Muktinath.
13:30-Sampai Chamber Bhu, makan tengahari.
14:15-Teruskan trekking ke Muktinath.
16:00-Sampai Muktinath, check in hotel.
Hari 13
Muktinath ke Tatopani.
10:00-Menaiki bas ke Tatopani.
15:30-Sampai Tatopani, melawat Tatopani.
Hari 14
Tatopani ke Pokkara.
08:20-Menaiki bas ke Pokkara.
16:00-Sampai Pokkara, check in hotel.
Hari 15
Pokkara ke Kathmandu.
07:15-Menaiki van sewa, perjalanan sekitar 7 jam.
10:00-Singgah sarapan.
12:30-Singgah makan tengahari di Blue Heaven Restaurant.
16:00-Sampai Kathmandu, check in.
Hari 16
Rehat dan shopping.
Hari 17
Pagi last shopping, malam terbang pulang ke Kuala Lumpur.

Nota:
1- Rakyat Malaysia wajib ambil visa untuk ke Nepal.
2- Disarankan mengambil insurant untuk membuat Annapuna Circuit.
3- Persediaan mental dan fizikal.

Contact Guide;
Rishi : tel +977984-1729125 (rishi_adhikari [email protected])





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2018/12/annapurna-circuit-dan-pesona-tilicho.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Pesona Ayu Nazirah Anak Tunggal Nurul Dan Ajai Yang Jarang Nampak Oleh Umum

5 Pesona Ayu Nazirah Anak Tunggal Nurul Dan Ajai Yang Jarang Nampak Oleh Umum

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 1484 hits
Siapa yang masih ingat dengan Nurul Wahab Namanya mungkin masih terdengar asing bagi setengah orang khususnya di kalangan anak muda ketika ini Nurul pernah mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal yang juga bekas pemain keyboard kum...
Pesona Gua Kristal Grotta Azzurra Nya Kupang

Pesona Gua Kristal Grotta Azzurra Nya Kupang

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 103 hits
Pesona Gua Kristal surga biru yang tersembunyi di Kupang Tak kalah indah dari Grotta Azzurra atau Blue Grotto yang ada di Italia
Atap Hotel Pesona Semarang Jebol Peserta Rapat Kocar Kacir

Atap Hotel Pesona Semarang Jebol Peserta Rapat Kocar Kacir

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 154 hits
Selain itu sejumlah mobil berusaha keras melawan arus kencang di depan Kampus Unnes Semarang
Komputer Padat Intel Ghost Canyon Diperkenalkan Bakal Hadir Dengan Cpu Coffee Lake Hr Dan Sokongan Untuk Kad Grafik

Komputer Padat Intel Ghost Canyon Diperkenalkan Bakal Hadir Dengan Cpu Coffee Lake Hr Dan Sokongan Untuk Kad Grafik

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 317 hits
Baru baru ini terdapat ura ura bahawa Intel akan memperkenalkan sebuah komputer padat NUC yang akan menggunakan CPU 8 teras dan 16 bebenang kuasa disamping sokongan untuk sebuah slot PCIe 3 0 x16 yang mampu menyokong sebuah kad grafik Lapor...
Roadtrip To New Zealand Christchurch Lake Tekapo

Roadtrip To New Zealand Christchurch Lake Tekapo

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 300 hits
AssalammualaikumSelesai ambil kereta Keknil mulakan pemanduan dan setkan ke arah Geraldine untuk membeli barang dapur Bukan apa boleh je nak beli kat Christchurch ni tapi sebab kami nak kejar sunset di Lake Tekapo Jadi kami decide untuk sho...
Pesona 111 Kuda Renggong Disambut Meriah Ribuan Penonton

Pesona 111 Kuda Renggong Disambut Meriah Ribuan Penonton

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 209 hits
Atraksi 111 Kuda Renggong berlangsung meriah Pesona Kuda Renggong membuat ribuan penonton memadati lokasi pertujukan di lapang sepakbola Desa Kertamekar Kecamatan Tanjung Kerta Kabupaten Sumedang Jawa Barat Rabu
Restoran Pesona Rasa

Restoran Pesona Rasa

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 526 hits
Restoran Pesona RasaAsalamualaikum Salam Sejahtera 15 December 2018 kami bersiaran di One Borneo Jalan UMS Sepanggar Kota Kinabalu Sabah Gedung ini memang gah dan sangat terkenal di Kota Kinabalu Etuza rasa terpegun seketika dengan prasaran...
Sempat Diguyur Hujan Pesona Wisata Majalengka Tetap Meriah

Sempat Diguyur Hujan Pesona Wisata Majalengka Tetap Meriah

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 217 hits
Menteri Pariwisata Arief Yahya mengatakan untuk pengembangan pariwisata harus mengedepankan prinsip pariwisata berkelanjutan atau yang biasa disebut 3P Yaitu Planet People dan Prosperity
Pesona Catriona Gray Sang Miss Universe 2018 Dalam Berbagai Tampilan Nyaris Tanpa Cela

Pesona Catriona Gray Sang Miss Universe 2018 Dalam Berbagai Tampilan Nyaris Tanpa Cela

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 245 hits
Blasteran Filipina Skotlandia ini selain lulusan sekolah musik juga jago beladiri lo Tubuh tinggi semampai atletis nggak nguatin deh seksinya
Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Curang Itu Pilihan Tapiiii

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Persediaan Tamadhan Dan Raya

Choosing The Perfect Plants To Brighten Up Dark Spaces

Graft Videos Aimed At Weakening My Govt Says Hajiji

Skuad E Sukan Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia Di Riyadh

Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel