Anjung Indah Balik Pulau



Nak menikmati suasana hutan, Taman Negara Pulau Pinang masih belum dibuka. Jadinya tadi pagi suami ajak pusing-pusing naik kereta ke bahagian pulau PP. Bila dah berbulan terperap dalam radius dibenarkan, tentulah seronok dapat melihat-lihat pemandangan yang berbeza. Suami tanya, nak ikut jambatan yang mana? Tentulah saya pilih Jambatan Kedua, sebab laluan lebih panjang bolehlah saya berlama-lama menikmati keindahan yang terbentang disepanjang perjalanan. Juga kurang kenderaan, lebih aman

Cuaca panas terik hari ini di PP. Cantik gumpalan awan memutih berlatarkan langit biru

Anjung Indah, Balik PulauSebenarnya kami tak ada destinasi nak dituju. Sekadar nak jalan-jalan melihat PP. Tapi perlu jugalah memilih destinasi, jadinya saya ajak suami ke Anjung Indah di Balik Pulau. Kali pertama kami ke Balik Pulau sekitar September tahun lalu, catatannya DI SINI

Anjung Indah terletak di laluan P14 Jalan Tun Sardon (dikenali sebagai Route P14), belum pun sampai bandar Balik Pulau. Saya ternampak tempat ni semasa kali pertama ke Balik Pulau tahun lalu. Disebabkan jalan di sini berbukit dan berliku-liku, tak dapatlah suka-suka nak berhenti berpatah balik

Laluan berbukit dan berliku-liku. Kami gunakan aplikasi Google Maps supaya tak terlepas lokasi Anjung Indah di sebelah kanan jalan raya

Alhamdulillah tiba di Anjung Indah. Banyak juga prop disediakan untuk yang gemar bergambar. Tapi sedih pulak nampak bendera koyak begitu dan jadi cacat pemandangan

Anjung Indah - tempat di mana kita boleh melihat pemandangan dari kedudukan yang tinggi. Saya tak pasti berapa ketinggian di sini. Juga ada deretan kedai makan yang telah ditinggal sepi. Tentunya sebab pandemik, tak ramai lalu dan singgah di sini. Sebab tu juga bendera koyak pun tak ada siapa nak ganti

Ni pandangan menghadap ke jalan raya. Nampak payung biru putih? Sedang elok kami nak membelok tadi, di situlah ada SJR (Sekatan Jalan Raya). Saya nampak sebahagian kedai yang terbiar di sini jadi tempat rehat para petugas. Jadinya taklah sunyi sangat, selain kami ada polis dan askar

Menikmati pemandangan dari tempat tinggi memang mengasyikkan! Dalam gambar ni tak berapa jelas, tapi pemandangan di sini memang indah dilihat dengan mata sendiri. Lautan luas, pantai dan bangunan-bangunan di bawah sana menyajikan keindahan

Leka saya memerhati, juga sibuk memotret keindahan yang ada. Walaupun mungkin tidaklah seindah mana, tapi cukuplah buat mengubat rindu saya pada hijau hutan. Mungkin sebab berada di tempat tinggi dan dikelilingi kehijauan, tempat ni tak terasa bahang dek terik mentari tengah hari

Sudah puas hati memerhati sekitar, kami ambil keputusan berpatah balik saja. Tak teruskan ke bandar Balik Pulau. Sebelum menyeberangi jambatan untuk kembali ke Seberang Perai, kami singgah membeli makanan tengah hari di Medan Selera Seri Pantai. Beli bungkus dan makan dalam kereta sambil menghadap laut. Memang dah siap membekal air sejuk, air panas dan peralatan makan. Nak makan di medan selera tadi pun boleh juga, sebab berada di tempat terbuka dan boleh pilih meja dengan jarak sesuai. Tapi kami lebih selesa makan dalam kereta saja

Beginilah jalan-jalan di musim pandemik. Alhamdulillah, dah cukup seronok. Oh ya, sepanjang perjalanan kali ni tak pulak disoal sewaktu melalui beberapa SJR. Memang berbeza bila melalui SJR di sempadan daerah SPS - SPT yang hampir setiap kali akan disoal. Nasib-nasiblah kan, yang penting kita memang tak buat salah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2021/09/anjung-indah-balik-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cucur Udang Terbaik Sedap Di Restoran Shahul Hamid Kepala Batas Pulau Pinang

Cucur Udang Terbaik Sedap Di Restoran Shahul Hamid Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 655 hits
Musim musim covid 19 ni nak jalan jalan cari makan pun terbatas Apatah lagi kalau nak dine in dalam restoran Kebanyakanya akan take away je Sama juga la aku ni teringin nak makan cucur udang sedap dan sempoi aku dari cucur udang tu di resto...
Eksplor Pulau Sumatra Aldhy Rais Uji Daya Tahan Pelek Hsr Wheel

Eksplor Pulau Sumatra Aldhy Rais Uji Daya Tahan Pelek Hsr Wheel

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 287 hits
Setelah melakukan road trip 13 kota di Pulau Jawa pada Maret lalu kini Aldhy Rais menjelajah bagian barat Indonesia Pulau Sumatra Perjalanan ini untuk mengetes pelek HSR Wheel dari sisi ketahanan dan durabilitas di medan jalan aspal mulus h...
Buaya Muncul Di Pulau Jerejak

Buaya Muncul Di Pulau Jerejak

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 517 hits
Oleh SAFINA RAMLI SEEKOR buaya didakwa muncul di atas batu di kawasan Pulau Jerejak Pulau Pinang yang dirakam oleh pemancing GEORGETOWN Kelibat seekor buaya didakwa muncul di atas batu di kawasan Pulau Jerejak di sini Bagaimanapun menerusi ...
Pm Govt Sued Over Pulau Batu Puteh Sovereignty Issue

Pm Govt Sued Over Pulau Batu Puteh Sovereignty Issue

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 265 hits
The prime minister and the Malaysian government are being hauled to court for the country s 2018 withdrawal of an application to review the International Court of Justice s award of sovereignty over Pulau Batu Puteh to Singapore Malaysian c...
Pulau Perhentian Fire Show

Pulau Perhentian Fire Show

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 288 hits
Selepas makan malam aku Syiha dan Staf Naim berjalan jalan di tepi pantai Waktu macam ni tak seronok nak stay dekat khemah kami sebab orang terlalu ramai dekat restoran sebelah khemah kami tu Jadi tak berapa seronok nak relaks relaks lepak ...
Km Hentri Terbakar Di Perairan Pulau Tanimbar Nasib Puluhan Abk Belum Diketahui

Km Hentri Terbakar Di Perairan Pulau Tanimbar Nasib Puluhan Abk Belum Diketahui

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 188 hits
KM Hentri dilaporkan berlayar dari Pelabuhan Muara Angke Jakarta pada tanggal 15 Agustus 2021 hendak menuju Merauke Provinsi Papua Diperjalanan kapal dihantam gelombang tinggi pada 3 September lalu KM Hentri mengalami kebakaran hebat sement...
Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh Pesakit Covid 19 Meningkat

Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh Pesakit Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 460 hits
SHAH ALAM Kerajaan Persekutuan digesa supaya menyalurkan bantuan kepada Hospital Pulau Pinang yang sedang menghadapi isu peningkatan kemasukan pesakit Covid 19 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perkhidmatan sokongan kesihatan di hos...
Pulau Langkawi Akan Di Buka 16 September 2021 Untuk Pelancongan

Pulau Langkawi Akan Di Buka 16 September 2021 Untuk Pelancongan

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 455 hits
Akhirnya berita yang ditunggu tunggu Pulau Langkawi Akan Di Buka 16 September 2021 Tetapi perlu diingatkan bahawa pelancong yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia kata Menteri Pelanconga...
Setelah Garap Pulau Merah Ecoranger Mulai Dampingi Nelayan Pancer Kelola Sampah Laut

Setelah Garap Pulau Merah Ecoranger Mulai Dampingi Nelayan Pancer Kelola Sampah Laut

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 217 hits
Setelah melakukan pendampingan pengolahan sampah laut di Pantai Pulau Merah kini Non Governmental Organization lingkungan hidup Greenation bersama nelayan mengelola sampah laut di Pantai Pancer Banyuwangi
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party