Anjakan Besar Ke Arah Penubuhan Majlis Media Malaysia



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Konsultasi pelbagai pihak bagi menubuhkan Majlis Media PENUBUHAN Majlis Media Malaysia sebagai instrumen pengaturan sendiri (self-regulation) mendapat anjakan besar pada 21 Jun lepas setelah dibangkitkan buat kali pertamanya 45 tahun lalu.
Kali ini, usaha menubuhkan majlis tersebut menjadi lebih realistik dan mendesak kerana ia adalah sebahagian daripada aspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mencapai matlamat kebebasan dan kebertanggungjawaban media.
Konsultasi yang melibatkan wakil organisasi berkaitan media massa, persatuan wartawan, akademik kewartawanan dan wakil kerajaan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Pejabat Peguam Negara itu diadakan di KKMM, Putrajaya.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Menteri KKMM, Gobind Singh Deo, dalam kenyataannya selepas konsultasi itu, antara lain berkata:
“Kami mengadakan perbincangan hampir dua jam. Kami mencapai persefahaman bahawa majlis tersebut perlu ditubuhkan melalui Akta Parlimen dan rang undang-undang yang dicadangkan akan digubal dengan tumpuan pada masa ini kepada lima bidang utama."
Lima bidang tersebut adalah (1) Objektif dan fungsi majlis, (2) Perlembagaan dan keahlian, (3) Kod tatalaku, (4) Kaedah penyelesaian pertikaian, dan (5) Peruntukan umum termasuk mengkaji undang-undang semasa yang perlu dimansuhkan atau dipinda apabila majlis itu dibentuk.
Saya hanya bertindak sebagai penyelaras dan pemudah cara di antara industri dan pengamal media dengan pihak kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antara tugas saya sebagai Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri adalah membantu penubuhan Majlis Media Malaysia.
Menurut Datuk Dr Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), yang hadir konsultasi itu, idea Majlis Media ini dicetuskan seawal tahun 1974 oleh Perdana Menteri ketika itu, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein.
Tetapi kita semua tahu bahawa walaupun banyak percubaan dibuat tetapi tidak berjaya kerana kerajaan dahulu tidak bersedia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengongkong kebebasan media.
Terpenting adalah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Sebagai bukti kesungguhannya, kerajaan PH telah membentangkan rang undang-undang pemansuhan Akta Berita Palsu dan memberi komitmen memansuhkan Akta Mesin cetak dan Penerbitan serta memansuhkan atau meminda undang-undang lain yang menghalang kebebasan bersuara.
Yang hadir dalam konsultasi itu adalah pengarang dan pemilik media, Institut Akhbar Malaysia (MPI), Pusat untuk Kewartawanan Bebas (Centre for Independent Journalism (CIJ)), Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Sabah Journalists Association, Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak, Journalism Academics & Eminent Journalists Group, National Press Club (NPC) dan Foreign Correspondence Club.
Kita menerima serahan, cadangan dan komen daripada banyak pihak - antaranya pengarang dan pemilik media (cetak dan atas talian), kumpulan akademik kewartawanan, wartawan veteran, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Gabungan Wartawan (Journalism Alliance) yang terdiri daripada NUJ, Institute of Jounalists  (IoJ), Gerakan Media Merdeka (GERAMM), Sabah Journalist Association (SJA), Federation of Sarawak Journalists Association (FSJA), Kuching Division Journalist Association (KDJA) dan Foreign Correspondents Club of Malaysia (FCCM).
Jadi kita bolehlah anggap jumlah dan skop cadangan yang diterima sebagai memuaskan dan memadai sebagai asas rujukan oleh Jabatan Peguam Negara yang bertanggungjawab merangkan rang undang-undang yang diperlukan bagi mewujudkan Majlis Media yang disokong oleh undang-undang negara.
Apa yang kita alami ini mungkin hikmah di sebalik hakikat bahawa kita adalah antara negara terakhir atau terkebelakang di dunia membentuk Majlis Media. Kita mempunyai banyak contoh dan pengalaman luar untuk memandu kita.
Jadi marilah sama-sama kita berpakat dan bermuafakat membentuk Majlis Media Malaysia yang unggul, konstruktif dan praktikal.
Kesimpulannya, kita telah bersetuju menerima cadangan menubuhkan Majlis Media Malaysia.
Majlis itu akan diberi “legal standing” melalui Akta Parlimen yang akan dirangka oleh Jabatan Peguam Negara dengan mengambil kira cadangan yang kita kemukakan.
Matlamat kita ialah supaya Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia dapat dibentangkan pada sidang Parlimen Oktober ini dan Majlis Media ditubuhkan tidak lama selepas itu.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/06/anjakan-besar-ke-arah-penubuhan-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bukan Melayu Tapi Lahir Dan Besar Di Malaysia Amelia Henderson Bidas Pengkritik Rasis

Saya Bukan Melayu Tapi Lahir Dan Besar Di Malaysia Amelia Henderson Bidas Pengkritik Rasis

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 1058 hits
Kegembiraan pelakon Amelia Henderson setelah memenangi anugerah Star Model 2019 di majlis Anugerah Festival Model Asia ke 14 2019 sedikit tercalar oleh komen rasis netizen yang mempersoalkan kelayakannya memenangi kategori itu Individu yang...
Majlis Santapan Malam Persatuan Sejarah Malaysia Sultan Kedah Berkenan Berangkat

Majlis Santapan Malam Persatuan Sejarah Malaysia Sultan Kedah Berkenan Berangkat

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 623 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Majlis Media Dijangka Ditubuhkan Akhir Tahun Ini 5 Aspek Diberi Tumpuan

Majlis Media Dijangka Ditubuhkan Akhir Tahun Ini 5 Aspek Diberi Tumpuan

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 312 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Kertas Penubuhan Media Akan Disediakan Dalam Tempoh 2 Minggu Lagi

Kertas Penubuhan Media Akan Disediakan Dalam Tempoh 2 Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 201 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
4983 Mesyuarat Sesi Libat Urus Bersama Pihak Awam Berhubung Penubuhan Ombudman Malaysia Bpa 14 06 2019

4983 Mesyuarat Sesi Libat Urus Bersama Pihak Awam Berhubung Penubuhan Ombudman Malaysia Bpa 14 06 2019

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 493 hits
En Zainal Baharuddin Penasihat Ekonomi PPIM dan En Mat Ramlee Buang Pembantu Khas Pejabat Ketua Aktivis PPIM telah mewakili PPIM untuk menghadiri satu sesi libat urus Biro Aduan Awam bagi membincangkan penubuhan Ombudsman Malaysia di Jabata...
Afdlin Shauki Buat Comeback Arah Filem Si Fi Aksi Pertama Malaysia Angkasawang

Afdlin Shauki Buat Comeback Arah Filem Si Fi Aksi Pertama Malaysia Angkasawang

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 508 hits
Pengarah filem Afdlin Shauki mendedahkan bahawa dia akan kembali untuk berada di kerusi pengarah setelah sekian lama menyepikan diri Di laman instagramnya Afdlin Shauki menyatakan filem bergenre si fi itu akan memulakan penggambaran bermula...
Archiq 2019 Ke Arah Memajukan Amalan Senibina Malaysia

Archiq 2019 Ke Arah Memajukan Amalan Senibina Malaysia

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 524 hits
Hi Korang Cuba sebut sket camne bunyinya archiQ tuh Hehehe cam nie lah archiQ cara sebutannya arki queue Archi ni adalah singkatan kepada Architect yang bermaksud Arkitek alah yang kerjanya merangka membina tak kira apa juga jenis bangunan ...
Majlis Konsultasi Belanjawan Persediaan Ke Arah Pembentangan Belanjawan 2020

Majlis Konsultasi Belanjawan Persediaan Ke Arah Pembentangan Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 275 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi Malaysia Perlu Tingkat Produktiviti

Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi Malaysia Perlu Tingkat Produktiviti

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 449 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dinda Sons Port Dickson Best Cafe For Authentic Malaysian Food Local S Pick

Rm2m Per Psc Subang Mp Moots Increased Allocation Under Budget 2026

Modi To Attend Asean Summit Virtually

Kalau Macam Tu Betul La Sanusi Mb Kedah Fitnah Anwar

James Chin Kepong Mp Challenge Pas To Start Its Own All Halal Sans Alcohol Pas Airline

Bukan Setakat Alkohol Kru Penerbangan Juga Patut Diberi Pilihan Tutup Aurat Zainul Rijal

Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations

Makanan Glow Untuk Kulit Cantik Dari Dalam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

Ujian Lesen Memandu Dan Perkhemahan Perdana

Alchemy Of The Arc A Beginners Guide For Welding Custom Motorcycles

Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford

Pernikahan Uqasha Boleh Jadi Tak Sah Kalau Betul Apa Yang Dinyatakan Uqasha Senrose

Laut Yang Kita Lukai Dengan Tangan Sendiri