Archiq 2019 Ke Arah Memajukan Amalan Senibina Malaysia
Hi Korang,
Cuba sebut sket camne bunyinya archiQ tuh?
Hehehe cam nie lah archiQ cara sebutannya [arki-queue]
Archi ni adalah singkatan kepada Architect yang bermaksud Arkitek alah yang kerjanya merangka, membina tak kira apa juga jenis bangunan baik kediaman mahupun komersil.
Disebabkan kak lily ni berlatarbelakangkan ‘building’ industry so ini adalah perkara biasa yang setiap hari di dengar, yelah kat site office pun ada 2-3 orang Arkitek dan perasan jugaklah diaorang ada cerita mengenai archiQ ni.
ArchiQ anjuran Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACAM) ini merupakan Persidangan antarabangsa yang terkemuka memberi tumpuan kepada melengkapkan latihan Arkitek di Malaysia dengan kemahiran perniagaan yang bijak untuk terus mengikuti perkembangan teknologi dan perniagaan di pasaran.
Kalau korang nak tau Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACAM) adalah sebuah organisasi berdaftar peringkat nasional yang mewakili kepentingan kolektif firma seni bina yang mengamalkan di seluruh Malaysia.
Fokus utama ACAM ialah
• untuk menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli kami, terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan seni bina; dan
• untuk mewakili dan menyokong firma-firma senibina dalam usaha mereka untuk memberikan tahap kecemerlangan yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.
"The architectural profession is no longer a simple practice of the art and science of building. Today, there are many complimentary, and at times opposing facets, interlinked with the practice of architecture, and archiQ 2019 is a golden opportunity for all practitioners - whether fresh or veterans - to learn from the vast experiences of the speakers that have been lined up in this event," komen AR Jasmeet Sidhu, Director of archiQ 2019 & Founding President of ACAM.
Persidangan dua hari yang diadakan di Consist College, Ampang Ulu Klang, menampilkan sepuluh (10) ‘speaker’ daripada latar belakang yang pelbagai dan direka untuk memberi pengetahuan mengenai menjalankan amalan seni bina dalam persekitaran kompetitif hari ini. Dengan lima orang ‘speaker’ yang dipaparkan setiap hari, para ahli mempunyai wawasan menarik ke dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan amalan harian Arkitek.
Speaker Jemputan Dato’ Zubair Afandi bin Omar, Artist, dengan topik "Art: The Next Financial Equity”.
Topik-topik termasuklah :
Hari Pertama
• Ahmed Subactogin, CEO/MD, Par Synergy (M) Sdn Bhd Topik : Specialist Food Facilities Design
• Dato' Zubair Afandi bin Omar, Artist Topik : Art - The Next Financial Equity
• Feisal Noor, VP, AECOM South-East Asia Topik : Challenges of the River of Life
• M. Puravalen, Partner, Valen, Oh & Partners, Solicitors Topik : Strict Liability - How it Affects Architects
• Aminah bte Abd Rahman, General Manager, Construction Research Institute Malaysia Topik : Timely Construction Permits
Panel Discussion Session(dari kiri) panel moderator Ar Erric Chew, Honorary Secretary of ACA:M, guest speaker Dato’ Zubair Afandi bin Omar, Artist, guest speaker Feisal Noor, Vice President of AECOM South East Asia, guest speaker Ahmed Subactogin, CEO and Managing Director of Par Synergy (M) Sdn Bhd.
Hari Kedua
• Dato' Nitin Nadkami, Partner, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Solicitors Topik : Staying Safe in a Litigious Society
• Christopher Chang, Director of IFS Advisory Services Sdn Bhd Topik : Taxation Principles for Architects
• Ir Nirinder Singh Johl, Managing Director, TNBX Sdn Bhd Topik : Solar - Is it a Viable Option in Malaysia
• Girish Ramachandran, Executive Director of 27 Advisory Sdn Bhd Topik : lnvestible Masterplans
• Adj Prof Anthony Wong, Board Member, Malaysia Green Building Council Topik : Replacing Waste Water Treatment Plants with Structured Wetlands
ArchiQ 2019 telah berjaya memberikan pemahaman yang mendalam tentang banyak topik yang berkaitan dan mendorong pembelajaran rakan sebaya yang bermakna, sehingga membuka jalan bagi Arkitek untuk menerapkan pengetahuan yang diperoleh di sini untuk persekitaran amalan dunia nyata mereka.
"While design remains an Architect's core competency, business skills and acumen are equally needed to succeed in today's competitive world. With archiQ covering diverse topics each year, we are passionate at what we do and are positive that participants will gain more from the conferences in the coming years," kata AR Jasmeet Sidhu.
Perasmian archiQ 2019 (dari kiri) Ar Normah Latiff, Council Member of ACA:M, Ar Erric Chew, Honorary Secretary of ACA:M, Ar Jasmeet Singh Sidhu, President of ACA:M and Director of ArchiQ 2019, Ar Zairul Azidin bin Badri, President of LAM & Guest of Honour, Ar Jafri Merican, Council Member of ACA:M, Ar Bobby Low, Council Member of ACA:M.
ACAM percaya bahawa untuk profesion ini Arkitek mestilah berpengetahuan baik dan bijak dalam ilmu perniagaan untuk melaksanakan peranan yang berbeza semasa melaksanakan tanggungjawab mereka secara profesional dan tekun terhadap pelanggan dan orang awam secara keseluruhan.
Untuk para profesional yang ingin menyertai ACAM ini
Yuran pembaharuan tahunan ialah RM400. Keahlian hanya dibuka kepada pemilik firma arkitek. Setiap firma terhad kepada 2 pengarah. Bagi acara-acara kecil yang dianjurkan oleh ACAM adalah PERCUMA kepada ahli. Kedua-dua pengarah dengan keahlian ACAM dari firma yang sama boleh menghadirinya. Bagi bukan ahli (arkitek) mereka perlu membayar yuran nominal untuk menghadiri acara yang dianjurkan oleh ACAM. Acara besar seperti ArchiQ tidak percuma tetapi setiap peserta perlu membayar, ahli dengan kadar diskaun
Yuran penyertaan awal adalah rm600 untuk firma
Bagi kak lily seseorang yang mempunyai jawatan profesional sebegini haruslah menyertai program sebegini untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan untuk kemudahan mereka di masa hadapan.
Tak kiralah apa juga bidang pun, samaada korang doktor, engineer, QS, safety pun kan..
Carilah ilmu selagi kita boleh bernafas kemana juga pun...
Kaki Bebel,
LILY
www.ciklilyputih.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2019/06/archiq-2019-ke-arah-memajukan-amalan.html