Animasi Malaysia Omar Dan Hana Jadi Pilihan Paul Pogba


Paul Pogba memuat naik fotonya berdiri di depan televisyen menonton siri animasi Omar dan Hana. - Foto IG Paul Pogba. Baru Beli Tv Baru, Pogba “Up” Foto Layan Animasi Omar & Hana Bersama Anak-anak POPULARITI siri animasi kanak-kanak, Omar dan Hana mencipta fenomena dan sejarahnya tersendiri.

Corak penceritaan siri animasi Islamik itu paling mudah untuk menarik perhatian golongan kanak-kanak.

Namun, dalam masa sama, Omar dan Hana yang ditayangkan di Astro juga turut mendapat perhatian golongan dewasa di segenap pelusuk dunia.


Ini terbukti melalui perkongsian pengalaman pemain bola sepak ternama dunia, Paul Pogba.

Di sebalik kelincahannya di padang, pemain berusia 28 tahun yang bermain untuk Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United itu juga memilih menonton Omar dan Hana bersama keluarganya.

Di akaun sosial medianya, Pogba memuat naik foto beliau sedang berdiri di depan televisyen sambil memegang alat kawalan jauh dan menonton siri animasi itu.

“Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah,” tulis Pogba dalam bahasa Perancis.

Sehingga pukul 11.30 pagi tadi, hantaran Pogba itu mendapat lebih 400,000 tanda suka dalam kalangan 48.1 juta pengikutnya di akaun Instagram peribadinya.


Bahkan, lebih 2,500 komen yang rata-ratanya menyatakan kegembiraan mereka kerana pemain bola sepak tersohor itu memilih menonton siri animasi dari Malaysia itu.

Omar dan Hana yang dihasilkan oleh syarikat produksi dari Malaysia, Digital Durian juga dikenali sebagai siri animasi Islamik kanak-kanak nombor satu.

Animasi popular ini mendidik golongan kanak-kanak mengenai gaya hidup seharian berlandskan syariah menerusi pendekatan kontemporari.

Mesej-mesej positif juga dikongsi melalui nyanyian lagu-lagu serta lakonan Omar dan Hana itu sudah ditayangkan di lebih 50 buah negara serta mencatat tontonan sehingga 3.2 bilion orang. - Awani


Omar & Hana merupakan salah satu rancangan kartun yang popular dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Ia bukan saja menghiburkan tetapi turut mempunyai kandungan mengenai Islam dan nilai-nilai yang baik.

Bagi yang tidak tahu, Omar & Hana juga sudah ditayangkan di beberapa negara dan dialihkan ke Bahasa Inggeris.

Nampaknya, ia juga telah mendapat perhatian pemain bola sepak Perancis dan Manchester United, Paul Pogba yang dilihat sedang menonton rancangan itu di rumahnya.

Menerusi kiriman terbarunya di Instagram dan Facebook, Pogba dilihat sedang berdiri sambil memegang alat kawalan jauh dan paparan pada kaca TV miliknya memperlihatkan kartun Omar & Hana.

Melalui kapsyen yang ditulisnya, dia mungkin sedang mempromosikan TV tersebut.

View this post on Instagram A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba)

“Bersama C72+ TV terbaru saya dari TCL dan ianya skrin bersaiz XXL.

“Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah!,” katanya.

Ruangan komen di kiriman itu telah dihujani oleh para netizen Malaysia yang teruja melihat Pogba menonton Omar & Hana.

Omar & Hana telah dihasilkan oleh syarikat animasi Malaysia, Digital Durian.

Setakat ini, saluran Youtube Omar & Hana versi Bahasa Melayu telah dilanggan oleh lima juta orang. Manakala, Youtube versi Bahasa Inggeris pula dilanggan oleh 939 ribu orang, yang terdiri daripada penonton antarabangsa.

View this post on Instagram A post shared by Zulay Pogba (@zulaypogba)


SOURCE: Paul Pogba

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/09/animasi-malaysia-omar-dan-hana-jadi_19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paul Pogba Baru Beli Tv Baru Jadikan Kartun Malaysia Omar Hana Sebagai Kartun Pilihan

Paul Pogba Baru Beli Tv Baru Jadikan Kartun Malaysia Omar Hana Sebagai Kartun Pilihan

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 656 hits
Omar Hana merupakan salah satu rancangan kartun yang popular dalam kalangan kanak kanak di Malaysia Ia bukan saja menghiburkan tetapi turut mempunyai kandungan mengenai Islam dan nilai nilai yang baik Bagi yang tidak tahu Omar Hana juga sud...
Kenapa Malaysia Jadi Pilihan Pelacur

Kenapa Malaysia Jadi Pilihan Pelacur

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 512 hits
KUALA LUMPUR Bayaran lumayan menjadi pendorong ribuan wanita warga asing menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan menjalankan aktiviti persundalan Difahamkan permintaan tinggi turut menjadi faktor bayaran perkhidmatan seks yang ditaw...
Time To Reset Malaysia To A Post Pandemic Normal

Time To Reset Malaysia To A Post Pandemic Normal

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 295 hits
From Azman UjangWith Malaysia expected to achieve herd immunity by end October and move from the Covid 19 pandemic to the endemic phase the next step is resetting Malaysia in the new normal Newly minted Prime Minister Ismail Sabri Yaakob an...
Malaysia S First Federal Level Csa 8 Questions To Answer

Malaysia S First Federal Level Csa 8 Questions To Answer

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 320 hits
Finally Prime Minister Ismail Sabri Yaakob s administration and the official opposition will be signing a memorandum of understanding for transformation and political stability This followed after months of negotiations and effectively beco...
9 Jenis Dewan Panggung Wayang Dengan Seat Menonton Berbeza Boleh Cuba Di Malaysia

9 Jenis Dewan Panggung Wayang Dengan Seat Menonton Berbeza Boleh Cuba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 439 hits
Selepas beberapa bulan ditutup akibat pandemik Covid19 kini pawagam di seluruh Malaysia sudah boleh dibuka bagi individu yang sudah lengkap dua dos vaksin dan melepasi tempoh 14 hari Pastinya ramai yang teruja dengan berita ini dan merindui...
Masa Untuk Tetapkan Semula Haluan Malaysia Pascapandemik

Masa Untuk Tetapkan Semula Haluan Malaysia Pascapandemik

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 233 hits
BH ONLINE Foto fail AFP KUALA LUMPUR Selaras dengan jangkaan Malaysia mencapai imuniti kelompok menjelang akhir Oktober ini dan beralih daripada fasa pandemik COVID 19 kepada endemik langkah seterusnya ialah menetapkan semula haluan Malaysi...
Pusat Perubatan Parkcity Mengingatkan Rakyat Malaysia Menjaga Hati Mereka

Pusat Perubatan Parkcity Mengingatkan Rakyat Malaysia Menjaga Hati Mereka

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 468 hits
Oleh kerana penyakit kardiovaskular terus menjadi penyebab utama kematian di negara ini Pusat Perubatan ParkCity akan berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai pentingnya kesihatan jantung Bersempena dengan Hari J...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

When The Jackals Rule

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu