Angrezi Medium Filem Terakhir Irrfan Khan


Angrezi Medium - Filem Terakhir Irrfan Khan
Angrezi Medium (English Medium) adalah filem terakhir lakonan Irrfan Khan yang release pada 13 Mac yang lalu sebelum Irrfan Khan meninggal dunia pada 29 April 2020 pada usia 53 tahun. Irrfan meninggal dunia akibat Colon Infection. Lebih sedih bila mak Irrfan meninggal dunia terlebih dahulu iaitu pada 25 April dan kemudian Irrfan pula. Bagi peminat filem Hindi / Bollywood pasti kenal dengan Irrfan Khan ni betul tak, plus dia juga berlakon sampai ke Hollywood tu. Filem Hollywood yang blockbuster pula tu. Filem - filem lakonan Irrfan ni memang best - best belaka, antara yang aku ingat seperti Talvar, Blackmail, Hindi Medium, Billu Barber (berlakon bersama Shah Rukh Khan), D-Day, Qarib - ,Qarib Single, Jazbaa dan banyak lagi.
Ikutkan pada tahun 2018 yang lalu, Irrfan Khan telah disahkan mengidap Neuroendocrine Tumor. Dia kemudian berubat di UK selama setahun dan akhirnya sembuh sebelum kembali ke India pada Februari 2019. Tak silap aku pada bulan Mac 2019, dia start shooting filem Angrezi Medium ni. Dekat youtube ada video audio rakaman suara Irrfan yang mempromosikan filem Angrezi Medium ni. Kiranya macam last rakaman suara dia gitu, sedih dengar. Korang boleh try cari kat Youtube tu. Kemudian pada 30 April 2020 pula, semua dikejutkan dengan berita Rishi Kapoor pula mati akibat Leukemia pada usia 67 tahun. Irrfan Khan dan Rishi Kapoor pernah berlakon sekali dalam filem D - Day pada tahun 2013.
Berbalik pada movie Angrezi Medium ni, memang banyak pengajaran dalam movie tersebut. Terutamanya tentang pergorbanan dan kasih sayang seorang ayah pada anaknya. Antara pelakon filem Bollywood Angrezi Medium ini adalah Irrfan, Kareena Kapoor Khan, Radhika Madan, Deepak Dobriyal, Dimple Kapadia, Ranvir Shorey dan ramai lagi. Personally aku lebih suka filem Hindi Medium berbanding filem Angrezi Medium ni. Aku tak pasti sama ada Kareena Kapoor ni pelakon utama atau pelakon pembantu sebab dia muncul lambat kot lepas sejam lebih, plus scene dia pun tak berapa banyak. Scene Irrfan dan Radhika Madan yang jadi bapa dan anak dalam filem ni yang banyak muncul dalam filem ni. Jom tengok serba sedikit sinopsis filem Angrezi Medium di bawah ini okey.Sinopsis Angrezi Medium (Hindi Movie)
Mengisahkan Champak Bansal (Irrfan Khan) yang terpaksa menjaga satu - satunya anak perempuannya Tarika setelah kematian isterinya. Champak menjaga Tarika (Radika Madan) ibarat menatang minyak yang penuh. Champak Bansal adalah pemilik kedai manisan di Udaipur Rajasthan. Dia sering bergaduh dengan sepupunya Gopi Bansal (Deepak Dobriyal) yang turut memiliki kedai manisan di kawasan berdekatan. Pertikaian mereka sampai ke mahkamah dan Gopi menang kes mahkamah tersebut selepas merasuah hakim. Champak kemudiannya dilarang dari menggunakan nama Ghasiteram sebagai nama kedainya. Berbalik pada Tarika, dia sejak kecil dah obses ingin pergi ke London. Dia sering menanya soalan yang sama pada ayahnya bila mereka akan ke London dan ayahnya juga sering memberi jawapan yang sama pada Tarika yang mana mereka akan pergi nanti. Tapi sampai ke sudah tak pergi.
Tarika kini sudah remaja dan tidak begitu pandai dalam pelajaran. Namun satu hari secara tak sengaja Champak telah mencabar Tarika untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan final untuk meraih biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di University Truford di London. Champak berjanji akan membenarkan Tarika ke London sekiranya dia berjaya dalam peperiksaan tersebut. Awalnya Champak yakin yang Tarika tak mampu untuk dapat keputusan cemerlang sekaligus meraih biasiswa. Namun lain jadinya bila Tarika belajar bersungguh - sungguj sehingga berjaya. Walaubagaimanapun biasiswa Tarika telah ditarik balik disebabkan Champak telah mengkritik suami pengetua sekolah tersebut di sebuah majlis khas. Tarika kecewa dan menyalahkan ayahnya manakala Champak pula cuba memujuk dan merayu pengetua sekolah tersebut namun gagal. Akhirnya Champak nekad akan menghantar Tarika untuk belajar di London dengan apa pun caranya. 
Mereka akhirnya ke London, Gopi Bansal turut ikut sekali untuk teman Champak disana. Walaupun mereka bermusuh dalam perniagaan tapi kedua - duanya sayang pada Tarika. Walaubagaimanapun sesuatu berlaku di Airport dan Tarika terpisah dengan ayahnya setelah ayahnya dan pakciknya ditahan dan kemudian mereka dihantar pulang ke India. Nama dan pasport mereka disenaraihitamkan. Champak dan Gopi kemudian ke Pakistan untuk berjumpa seseorang bagi mendapatkan identiti palsu serta passport palsu untuk masuk ke London secara haram. Sampai di London Champak dan Gopi berdepan masalah baru bila mereka secara tak sengaja telah menggagalkan plan Naina Kohli (Kareena Kapoor Khan) yang merupakan seorang pegawai polis yang sedang undercover untuk menangkap penjenayah. Naina curiga dengan kelakuan Champak dan Gopi itu. Manakala Tarika pula seronok berada di London kerana bebas melakukan apa saja tanpa kongkongan ayahnya lagi. Champak agak terasa hati dengan kelakuan Tarika yang seolah - olah tidak menghormatinya lagi. Champak dan Gopi kemudian tinggal di bilik sewa kepunyaan Mrs Sampada Kohli (Dimple Kapadia) yang merupakan ibu pada Naina Kohli. Namun hubungan 2 beranak itu agak dingin. Naina dan ibunya sering bergaduh tiap kali berjumpa. Champak dan Gopi akhirnya menemui satu jalan untuk memasukkan Tarika di universiti berkenaan tapi memerlukan duit yang banyak. Akhirnya Champak dan Gopi bersetuju untuk menjual kedai mereka untuk mendapatkan duit tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?. Ending movie Angrezi Medium ini memang happy ending okey.
Jom Baca Ini Juga ➡️ Drama Di Hujung Ranting Lakonan Nad Zainal, Shukri Yahaya, Amar Asyraf dan Dayang Areeda (TV2)⏩ Sinopsis Penuh Drama Korban Kasih (TV1)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2020/05/angrezi-medium-filem-terakhir-irrfan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dunia Bollywood Berduka Irrfan Khan Dan Rishi Kapoor Meninggal Dunia Banjir Belasungkawa

Dunia Bollywood Berduka Irrfan Khan Dan Rishi Kapoor Meninggal Dunia Banjir Belasungkawa

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 1075 hits
Irrfan dan Rishi meninggal hanya berselang satu hari Keduanya adalah figur kebanggaan India
Pelakon Irrfan Khan Meninggal Dunia

Pelakon Irrfan Khan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 541 hits
PELAKON terkenal India Irrfan Khan meninggal dunia selepas bertarung dengan komplikasi kesihatan disebabkan jangkitan kolon hari ini Irrfan 53 yang juga pemenang aktor terbaik Anugerah Kebangsaan India adalah pengidap kanser Aktor itu menin...
Battlefield 5 Akan Menerima Kemaskini Besar Dan Terakhir Dari Dice

Battlefield 5 Akan Menerima Kemaskini Besar Dan Terakhir Dari Dice

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 235 hits
9 Kongsikan Mengikut dari maklumat diumum oleh DICE Battlefield 5 akan mendapat kemaskini baharu yang akan dibawakan kedalam permainan tersebut pada bulan Jun nanti Ini adalah episod yang ketujuh selepas pelancaran kandungan Into The Jungle...
Kasih Seorang Suami Kepada Isteri Hingga Nafas Terakhir

Kasih Seorang Suami Kepada Isteri Hingga Nafas Terakhir

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 624 hits
Kasih dan cinta seorang suami terhadap isteri hingga ke nafas terakhir merupakan satu anugerah yang sangat bermakna bagi setiap pasangan hidup Begitulah yang dikongsi oleh pengguna Facebook Nur Hafizah menceritakan kisah cinta antara ayah d...
Covid19 Aktor Bollywood Aamir Khan Beri Sumbangan Hanya 1kg Tepung Gandum Setiap Orang Tetapi Di Dalamnya

Covid19 Aktor Bollywood Aamir Khan Beri Sumbangan Hanya 1kg Tepung Gandum Setiap Orang Tetapi Di Dalamnya

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 667 hits
Di India pelbagai selebriti telah tampil membantu golongan ini namun cara yang dilakukan oleh pelakon terkenal Aamir Khan sangat luar biasa Bagi memastikan bantuan diberikan kepada golongan yang benar benar memerlukan Aamir Khan dikatakan t...
Sampai Hujung Nyawa Anak Kongsi Sikap Penyayang Ayah Jaga Mak Sakit Hingga Nafas Terakhir

Sampai Hujung Nyawa Anak Kongsi Sikap Penyayang Ayah Jaga Mak Sakit Hingga Nafas Terakhir

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 282 hits
Menerima khabar pemergian seseorang yang amat kita sayang itu satu perkara yang agak berat untuk diterima apatah lagi jika insan itu adalah ibu bapa kita sendiri Namun taqdir Tuhan sudah menentukan bahawa yang pergi tetap akan pergi dan tid...
Eddie Hamid Man Khan Aris Kapilla Jange Kelik Laa Weii Chord

Eddie Hamid Man Khan Aris Kapilla Jange Kelik Laa Weii Chord

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 302 hits
A AmJange kelik lah weii AmJange lah weii FJange kelik lah weii FJangan lah weii Am G F E Am AmJange kelik lah weii GJange lah weii FJange kelik lah weiiAm AmJange lah weii AmJange kelik lah weii GJange lah weii FJange kelik lah weii Em Am ...
Wuhan Isytihar Bebas Covid 19 Selepas Pesakit Kritikal Terakhir Dibenar Keluar Hospital

Wuhan Isytihar Bebas Covid 19 Selepas Pesakit Kritikal Terakhir Dibenar Keluar Hospital

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 291 hits
April 28 2020 Hospital sementara yang dibina khas di Wuhan bagi merawat pesakit Covid 19 Bandar Wuhan yang menjadi pusat awal koronavirus tidak lagi mempunyai pesakit Covid 19 di hospital selepas 12 individu terakhir dibenarkan keluar wad p...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Hasad Pengertian Dalil Contoh Dan Cara Mengatasinya

Fiersa Besari April Chord

Moh Assures To Disclose Aefi Data Of Covid Vaccines

A Glimpse Into Malaysia S High Profile Graft Cases And Macc S Success Rate In Netting The Sharks

Sanusi Sesuai Semua Suasana

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia