Angka Korban Makin Parah


BERNAMA
Suasana sekitar pengebumian jenazah positif Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. FOTO MUHD ASYRAF SAWAL
Kuala Lumpur: Rekod kes harian baharu Covid-19 sekitar enam ribu dua hari berturut-turut pada Rabu dan Khamis memungkinkan kebimbangan Malaysia berhadapan dengan lonjakan sehingga 10,000 kes menjadi kenyataan.

Ini ditambah dengan penularan varian baharu Covid-19 yang lebih ganas dari United Kingdom, Afrika Selatan dan India yang sudah dikesan menular dalam komuniti negara ini.

Kebimbangan ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini apabila beliau berkata: "Malaysia kini berada pada titik genting. Dijangkakan jumlah kes harian akan mencecah lima angka dalam tempoh beberapa minggu akan datang."

Penularan Covid-19 yang dilihat semakin parah mutakhir ini menyebabkan kes kumulatif menghampiri 500,000 kes sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan melepasi paras 50,000 iaitu kepada 50,171 kes.

Malaysia pernah mencatat kes aktif dengan kebolehjangkitan melepasi angka 50,000 pada 6 Februari 2021 iaitu 50,894 kes.

Sehingga pukul 12 tengah hari Khamis 20 Mei 2021, Malaysia menokok sebanyak 6,806 lagi kes harian baharu dengan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar, sebanyak 2,277 kes.

Ini adalah angka tertinggi sejak Malaysia mengesan kes pertama Covid-19 pada 25 Januari 2020. Lonjakan kes kelmarin mengatasi rekod hari Rabu 19 Mei 2021 iaitu 6,075 kes.

Rekod tertinggi kes harian baharu sebelum ini dilaporkan pada 30 Januari 2021 iaitu sebanyak 5,728 kes dengan Selangor menyumbang kes harian baharu tertinggi iaitu 3,285 kes.

Sepanjang tempoh rangkuman mingguan dari 15 Mei hingga 20 Mei 2021, Malaysia merekod lonjakan kes harian baharu Covid-19 yang konsisten antara 3,000 hingga lebih 6,000 dan dibimbangi boleh mencecah lima angka.

Lonjakan kes harian baharu yang mendadak sejak kebelakangan ini turut mencemaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kes yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) terus meningkat, begitu juga bilangan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga kelmarin, sebanyak 587 kes direkod di ICU dan 330 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan Facebook peribadi beliau pada 18 Mei 2021 menyebut setakat 18 Mei 2021, kadar penggunaan katil rawatan kritikal/ICU Covid-19 di Lembah Klang, secara keseluruhannya mencapai 89 peratus dan 74 peratus di seluruh negara.
Kakitangan perubatan menstabilkan pesakit Covid-19 didalam transit Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dikenali ‘MAEPS Acute Resuscitation And Isolation Area (MARIA)’ di Pusat Kuarantin dan Rawatan Bersepadu (PKRC), Serdang. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALIMenurut beliau, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan mencatatkan penggunaan katil Covid-19 ICU melebihi 80 peratus.

Hospital pula meningkatkan jumlah katil ICU yang diperuntukkan untuk pesakit Covid-19 dengan mengubah fungsi (repurpose) wad biasa. Bagaimanapun, ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan Covid-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan.

"Peningkatan kes secara mendadak kebelakangan ini memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara dan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19," katanya.

Dengan 492,302 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 42 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Malaysia mengatasi Nepal (488,645 kes) dan di hadapan Malaysia adalah Maghribi (515,758 kes).

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan akhbar mengenai situasi semasa jangkitan penyakit Coronavirus 2019 di Malaysia pada Khamis 20 Mei melaporkan sebanyak 59 lagi kes kematian, tertinggi setakat ini, menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 2,099 kes, melibatkan 58 warganegara dan seorang bukan warganegara.

Daripada jumlah 59 kes itu, Johor melaporkan kes kematian tertinggi iaitu 14 kes, sementara 10 kes di Selangor, lapan (8) kes di Kuala Lumpur, enam (6) kes di Kelantan, masing-masing empat (4) kes di Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Kedah, Pera dan Terengganu, dua (2) kes di Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Pulau Pinang.

Kes kematian tertinggi sebelum rekod semalam adalah pada 18 Mei 2021 iaitu sebanyak 47 kes dan daripada jumlah itu, Selangor merekod kes kematian tertinggi iaitu 18 kes.

Selangor juga mencatat angka kematian tertinggi pada 15 Mei (26 kes), 16 Mei (8 kes), 17 Mei (20 kes) dan 19 Mei (19 kes).

Kluster baharu semakin banyak dikesan sepanjang tempoh rangkuman mingguan dan untuk Khamis 20 Mei, KKM mengumumkan sebanyak 24 lagi kluster baharu.

Berdasarkan laporan harian Dr Noor Hisham mengenai situasi semasa jangkitan penyakit Coronavirus 2019 di Malaysia, kluster baharu itu terdiri daripada sembilan (9) kluster tempat kerja, enam (6) kluster keagamaan, tujuh (7) kluster komuniti, satu (1) kluster institusi pendidikan KPM dan satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi.

Rekod kluster baharu sepanjang tempoh rangkuman ini, 15 Mei (15 kluster), 16 Mei (11 kluster), 17 Mei ( 14 kluster), 18 Mei (19 kluster), 19 Mei ( 22 kluster) dan 20 Mei (24 kluster).

Secara keseluruhannya, sehingga 20 Mei 2021 negara merekod sebanyak 1,942 kluster dan 1,426 daripadanya ditamatkan, sementara 516 kluster masih aktif.

Lagi berita berkaitan Covid-19
Disiarkan pada: Mei 22, 2021 @ 7:00am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/05/angka-korban-makin-parah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Korban Covid 19 Catat Angka Tertinggi Sebanyak 47

Korban Covid 19 Catat Angka Tertinggi Sebanyak 47

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 214 hits
MALAYSIA NOWPesakit tertua meninggal dunia berusia 94 tahun di Perak dan paling muda berusia 33 tahun Korban Covid 19 diuruskan mengikut SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa kesihatan Gambar Bernama Korban Covid 19 di Malaysia mencecah ...
34 Korban Akibat Covid 19 Kes Baru Catat Angka 4 113

34 Korban Akibat Covid 19 Kes Baru Catat Angka 4 113

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 369 hits
MALAYSIA NOW Selangor catat kes harian tertinggi hari ini sebanyak 1 269 Perintah kawalan pergerakan 3 0 diumumkan kerajaan bagi melandaikan keluk wabak Covid 19 yang menunjukkan peningkatan kes dalam negara Malaysia mencatat 4 113 kes baru...
Angka Korban Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza Jangkaui 250 Mangsa

Angka Korban Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza Jangkaui 250 Mangsa

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 222 hits
KONGSI ARTIKEL GAZA Angka korban akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza yang berakhir Jumaat lalu mencecah 253 orang lapor agensi berita Xinhua memetik laporan yang dikeluarkan oleh petugas perubatan pada Isnin
Situasi Pkrc Maeps Makin Mencabar Katil Ditambah Kepada 1 000

Situasi Pkrc Maeps Makin Mencabar Katil Ditambah Kepada 1 000

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 323 hits
malaysiakini comDiterbitkan 16 May 2021 3 01 pmSituasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang semakin mencabar dengan kemasukan lebih ramai pesakit Covid 19 bagi kategori 3 Jabatan Kesihatan Negeri...
Ikut Kajian Makin Anak Besar Makin Degil Sebab Badannya Selalu Dipukul Dengan Tangan

Ikut Kajian Makin Anak Besar Makin Degil Sebab Badannya Selalu Dipukul Dengan Tangan

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 264 hits
Biasanya kalau kita jumpa budak nakal atau degil pasti akan dengar orang cakap anak siapa lah ni degil betul mak bapak dia tak ajar ke ni sampai teruk sangat perangai Sedih sebenarnya kalau dengar orang cakap macam tu Kalau yang kena herdik...
Kanak Kanak Perempuan Parah Dilanggar Suv Sewaktu Melintas Jalan Raya Video

Kanak Kanak Perempuan Parah Dilanggar Suv Sewaktu Melintas Jalan Raya Video

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 192 hits
Malang tidak berbau Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan situasi seorang kanak kanak yang dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan sewaktu melintas jalan raya Menerusi laporan BH Online kemalangan itu melibatkan seorang wanita b...
Budak 5 Tahun Parah Dilanggar Kereta Ketika Lintas Jalan Ikut Abangnya Buang Sampah

Budak 5 Tahun Parah Dilanggar Kereta Ketika Lintas Jalan Ikut Abangnya Buang Sampah

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 212 hits
Malang tidak berbau Siapa sangka keriangan seorang kanak kanak yang bermain bersama adik beradik hampir meragut nyawanya apabila dia cedera parah akibat dilanggar oleh kereta Kejadian berkenaan sempat dirakam menerusi kamera dashcam oleh sa...
Indonesia Makin Cakap Digital Peluncuran Program Literasi Digital Nasional

Indonesia Makin Cakap Digital Peluncuran Program Literasi Digital Nasional

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 242 hits
Indonesia menjadi salah satu program yang akan diluncurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Informatika melalui Gerakan Nasional Literasi Digital SiberKreasi Rencananya kegiatan ini akan dilaksanakan secara serentak di 34 Provinsi dan 514 Ka...
Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah