Angka Kes Kekal Tinggi Ketika Kerajaan Mulakan Usaha Masuk Fasa Endemik


BERNAMA Kebimbangan tersebut disuarakan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin beberapa hari selepas Lembah Klang beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara.

Suasana jalan raya di Kampung Baru sesak menjadi tumpuan warga kota ketika cuti umum Hari Malaysia. Kampung Baru terkenal dengan tempat makan yang menarik dan menyajikan pelbagai menu masakan sekali gus menjadi tempat kunjungan ramai. Meskipun kerajaan meletakkan sasaran untuk negara beralih ke fasa endemik Covid-19 menjelang Oktober depan, ia mungkin sukar menjadi kenyataan sekiranya kes jangkitan kembali melonjak.
Kebimbangan ini disuarakan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Rabu lepas, beberapa hari selepas Lembah Klang (Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya) beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurut beliau, perkumpulan orang ramai serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang rendah dikhuatiri akan mencetuskan semula penularan teruk Covid-19 dan membantutkan usaha kerajaan untuk memulihkan negara.
Untuk rekod, Malaysia masih mencatat kes harian baru empat angka dan sehingga pukul 12 tengah hari Khamis 16 September 2021, kementerian kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 18,815 lagi kes baharu Covid-19.
Ini menjadikan kumulatif kes yang melepasi angka dua juta pada 14 September lepas meningkat kepada 2,049,750 kes semalam.  Kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan setakat 16 September pula sebanyak 227,120 kes.
Dengan kumulatif kes 2,049,750, Malaysia kini di tangga 21 daripada 223 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia adalah Peru (2,163,312 kes) dan Filipina (2,304,192 kes).
Rekod kes harian baharu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (11 September hingga 16 September 2021) adalah seperti berikut:-
11 September (19,550 kes); 12 September ( 19,198 kes), 13 September ( 16,073 kes), 14 September (15,669 kes), 15 September (19,495 kes) dan 16 September (18,815 kes).
Sementara itu, jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh semalam adalah seramai 16,939, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 1,800,278 kes (87.8 %) daripada keseluruhan kes Covid-19.
Sebanyak 913 kes pesakit Covid-19 dirujuk kepada unit rawatan rapi (ICU) dan 422 kes daripadanya memerlukan prosedur intubasi/bantuan pernafasan.
Kes kematian akibat Covid-19 dalam negara direkod KKM pada 16 September adalah 346 kes, menjadikan jumlah kematian sebanyak 22,355 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, dari 18,815 kes harian baru yang dilaporkan semalam, sebanyak 222 kes  (1.2%) adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima. Sebanyak 18,593 kes (98.8 %) tergolong dalam Kategori Satu dan Dua.
KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di Kategori Lima.  
Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).
Mengenai Situasi dan Maklumat Terkini Mutasi Spike Protein Covid-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham pada 13 September lepas melaporkan bahawa kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) mengenalpasti sebanyak 23 kes varian baru virus SARS-CoV-2 dan Institute for Medical Research (IMR) mengenalpasti sebanyak 38 kes yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu:
• 36 kes varian Delta (B.1.617.2); dan
• Dua (2) kes varian Beta (B.1.351).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,385 kes.
Daripada jumlah yang dikesan itu, sebanyak 1,365 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,141 kes varian Delta, 211 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha. Manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.
Mengenai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini, ia masih di bawah kadar 1.0 seperti berikut:-
11 September (0.99), 12 September (0.98), 13 September (0.98), 14 September (0.96), 15 September (0.97) dan 16 September (0.98).
Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 16 September adalah Sarawak 1.11.
R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/angka-kes-kekal-tinggi-ketika-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Jika Negara Masuk Fasa Endemik

Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Jika Negara Masuk Fasa Endemik

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 214 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Ikuti kami di dan untuk berita terkini setiap hari klik KUALA LUMPUR Kerajaan hanya akan mempertimbangkan keputusan untuk membenarkan aktiviti merentas negeri secara menyeluruh pa...
Lembah Klang Masuk Fasa 2 Individu Lengkap Vaksin Diberi Kelonggaran

Lembah Klang Masuk Fasa 2 Individu Lengkap Vaksin Diberi Kelonggaran

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 182 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Lembah Klang memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara pada Jumaat Penduduk Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid 19 masing mas...
Kes Kerakyatan Anak Ikut Ibu Kerajaan Tak Perlulah Rayu Gesa Nazri

Kes Kerakyatan Anak Ikut Ibu Kerajaan Tak Perlulah Rayu Gesa Nazri

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 212 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menggesa kerajaan menggugurkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa anak yang dilahirkan warganegara Malaysia di luar negara turut diberikan kerakyatan secara automatik oleh ibu mereka Lapo...
Kerajaan Teliti Kenakan Larangan Transgender Masuk Masjid Di Wilayah Persekutuan

Kerajaan Teliti Kenakan Larangan Transgender Masuk Masjid Di Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 103 hits
Tindakan larangan di Perlis dipercayai sebagai langkah pencegahan KEMAMAN Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan daripada memasuki masjid terhadap golongan mukhannath atau transgender di Wilayah Persekutuan sebagaimana yang tela...
15 759 Kes Baru Jangkitan Di Sarawak Masih Tinggi

15 759 Kes Baru Jangkitan Di Sarawak Masih Tinggi

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 134 hits
Kementerian Kesihatan melaporkan 15 759 kes baru Covid 19 menjadikan jumlah keseluruhan 2 127 934 kes Ikuti kami di dan untuk berita terkini setiap hari klik Jumlah kes baharu Covid 19 mencatatkan peningkatan dengan 15 759 kes berbanding 14...
Kes Sembuh Kekal Melebihi Jangkitan Harian

Kes Sembuh Kekal Melebihi Jangkitan Harian

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 123 hits
AGENDA DAILY Data 21 September 2021 Jumlah pesakit sembuh harian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi kekal melebihi jangkitan positif hari ini apabila mencatat 16 650 kes berbanding 15 759 jangkitan positif Ketu...
Kes Bunuh Pemandu Grab Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

Kes Bunuh Pemandu Grab Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 554 hits
Kedua dua Arsit dan Amru didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawakan hukuman mati jika sabit kesalahan Duo minta dibicarakan dalam kes membunuh pemandu Grab KOTA KINABALU Dua pekerja mencuci kereta menuntut perbicaraan di M...
Kj Gagal Kes Bid Masih Terlalu Tinggi

Kj Gagal Kes Bid Masih Terlalu Tinggi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 120 hits
Oleh Nurul Aisyah BARU baru ini viral Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin meluangkan masa selama kira kira sejam mengadakan lawatan secara mengejut di Hospital Kajang Selang beberapa hari pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pula membidas Kha...
5944 Benar Individu Enggan Divaksin Masuk Ke Premis Ppim Beritahu Kerajaan Free Malaysia Today 21 09 2021

5944 Benar Individu Enggan Divaksin Masuk Ke Premis Ppim Beritahu Kerajaan Free Malaysia Today 21 09 2021

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 261 hits
PETALING JAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia memohon kerajaan menyemak semula syarat kebenaran memasuki premis tanpa mengambil kira status vaksinasi Ia termasuk kebenaran memasuki tempat kerja sekolah rumah ibadat dan pusat membeli belah...
Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Bila Pak Arab Main Heli

Do You Know About Bakul Sia

Le Costil House Renovation By Anatomies D Architecture In Normandy France

Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer