Anggur Dan Kurma Ibarat Barat Dan Islam


KENAPA ALLAH “PAIRING” KURMA DAN ANGGUR DALAM BANYAK AYAT AL-QURAN ?
Alhamdulillah, dah masuk raya ketiga, hari ini masuk hari kedua puasa 6 bersama Ainul Mustafa. Sejak raya tak boleh ziarah, kami pun pkp perut setelah raya pertama makan macam macam. Saya suka berborak dengan isteri tentang pencegahan covid19, dari bab kuruskan badan termasuk makanan yang ada kuasa antiviral.
Selalu baca dalam Al-Quran, banyak ayat Allah sebut buah anggur ini. Kalau ikut senarai yang saya cari dalam web quran.com,
” Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus.” [17:91]
” taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur” [78:32]
” Dan buah anggur serta sayur-sayuran,” [80:28]
” Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.” [13:4]
” Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir. “[ 16:11]
” Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.” [16:67]
” Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” [6:99]
” Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. “[18:32]
” Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).”[2:266]
Sejarah buah anggur nih kita boleh baca, memang sejak zaman nabi nuh lagi, hinggalah nabi muhammad, para ulamak juga ada bincangkan tentang buah anggur ini. Hinggalah sekarang, buah anggur dalam radar saintis, memang banyak manfaat dan khasiatnya.
Tapi pada tahun 1992, ada istilah menarik, yang dipanggil “French Paradox ” . French paradox ini adalah satu penelitian saintis terhadap diet orang perancis, di mana orang perancis kurang kena penyakit dan tak gemuk walaupun makan makanan tinggi lemak. Jawapan saintis adalah pada RESVERATROL dalam wine.
Jadi apa benda resveratrol nih ? Mengikut ilmu biologi, resveratrol adalah salah satu keluarga polifenol yang ada pada tumbuhan. Apa benda pulak polifenol nih ? Polifenol ini pula ialah sebatian yang wujud dalam tumbuhan sebagai pelindung bila tumbuhan itu diserang anasir luar dan tekanan cahaya matahari (bunyi macam antibodi tumbuhan pun ada kan ? ) Kalau dalam anggur, resveratrol boleh didapati pada kulit anggur tersebut.
Tapi kajian terus dibuat oleh saintis dan mendapati sumber resveratrol ada pada banyak tumbuhan, bukan sekadar anggur sahaja. Kajian demi kajian dibuat, resveratrol ini sangat luar biasa sampai dikatakan mempunyai manfaat untuk jantung, kurangkan tekanan darah, kurangkan berat badan, bagus untuk paru-paru, anti radang, anti penuaan , anti kanser dan anti viral. Dalam artikel terbaru mat saleh nih, seorang nenek tua berumur 107 tahun, masih cantik dan sihat, kerana banyak berjalan dan rajin minum wine yang kaya dengan resveratrol.
Nak lebih best, kajian tentang resveratrol melawan kobid pun banyak jugak. Dikalangan pengkaji resveratrol, kekuatan resveratrol sebagai antiviral dah jadi asas kepada melawan virus. Mengikut kajian, resveratrol boleh mencegah dari virus menyerang masuk ke dalam sel yang boleh menyebabkan duplikasi virus. Kalau kita doa supaya Allah angkat cobid dari muka bumi,para saintis pula menyahut cabaran untuk mempelajari dan mencari alternatif kepada perubatan moden dan vaksin . Bukankah Allah berkata ujian itu untuk mengangkat orang yang beriman ? Bukankah Allah berkata ujian itu untuk melayakkan orang masuk syurga ? Korang boleh tengok sendiri dalam carian google scholar, saintis berlumba lumba mencari solusi untuk menjadikan resveratrol sebagai ubat antiviral melawan kobid.
Cerita di atas ini dah lama saya baca, tapi soalan yang asyik bermain difikiran saya ialah kenapa Allah kahwinkan kurma ni dengan anggur ? Hangpa baca tak surah Alkahfi semalam ? Kenapa ladang orang kaya itu mesti ada anggur dan kurma ? Mungkin kalau google, ramai orang tulis dah. Tapi yang ini cuma pendapat saya.
Alhamdulillah, pagi tadi tak sangka Allah detikan jawapan ini dalam hati saya. Jawapan saya ni tak rujuk mana mana imam muktabar dan mufasir yang pakar dalam al-quran. Ini hanya lintasan listrik yang Allah detikan pagi tadi .
Jangan lupa , buka balik surah al-imran 3:7, Allah kata dalam quran ada ayat muhkamat dan mutasyabihat. Dalam al-quran Allah banyak gunakan perlambangan supaya manusia berfikir. Ada sheikh trinidad tobago berkata, kita kena sentiasa bertanya, kenapa Allah tulis itu ini begitu begini dalam quran. Kenapa ada pattern yang sama dalam quran ?
Kalau tengok balik, kurma dan anggur ini ibarat ISLAMIC CIVILAZATION dan WESTERN CIVILAZATION. Ibarat kurma ini adalah peradaban ISLAM , manakalah anggur ialaah peradaban BARAT.
Saya perhatikan banyak produk-produk BMF, produk produk islamik, geng makanan sunnah tak boleh lari dari khasiat kurma, minyak zaitun, habatus sauda dan lain lain. Sehinggakan ada susu farm fresh kurma, nak bancuh susu blend dengan kurma dan macam macam lagi.
Anggur pula selalu dikaitkan dengan arak, wine, khamar. Dalam surah 16:67, Allah kaitkan anggur dengan minuman keras. Nampak anggur ini secara mata kasar , ianya seperti darkside, memabukan. Tapi Allah kata juga ianya petanda bagi orang yang berfikir.
Dalam peradaban barat, walaupun nampak teruk, merosakkan, dan banyak gila kemusnahan, tapi tak dinafikan, teknologi yang kita pakai sekarang, perubatan dari barat, ada kebaikannya. Salah satu keilmuan terpenting abad ini ialah dari seorang YAHUDI celup yang bernama Albert Einstein yang menemukan Teori Relativiti Umum. Teori ini langsung terus menolak fahaman graviti biasa Isaac Newton. Bak kata Profesor Michio Kaku, teknologi 5g, satelit, internet takkan ada tanpa asas yang kukuh dalam Teori Relativiti Umum . Ibarat seperti anggur yang diguna untuk buat arak, kalau kita faham, anggur sebenarnya banyak khasiat dan manfaat kalau digunakan dengan betul .
Sejarah telah membuktikan keilmuan Barat sekarang adalah hasil dari percambahan ilmu semasa zaman kegemilangan Islam pada 700 masihi lagi. Orang barat pun mengakui, sistem pernomboran asas 10 , nombor yang kita gunakan sekarang ialah NOMBOR ARAB yang diilhamkan oleh saintis ISLAM. Jika tiada nombor, tiadalah data, tiadalah matematik . Jika tiada matematik, sains sukar untuk dibuktikan, dan jika sains sukar dibuktikan, tiadalah teori kejuruteraan dan teknologi yang dicipta.
Soalan terakhir saya, nak jadi geng KURMA ke geng ANGGUR ? Cuba baca balik surah albaqarah ayat 2:266,
” Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan…..
Cuba baca balik surah alkahfi ayat 18:32
” Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. “
Dalam dunia pun, orang yang ada ladang anggur dan ladang kurma ni memang kaya raya. Tapi kalau kita melihat secara simbolik, memang berlaku clash of civilazation antara western dan islam. Takkan habis isu perang falsafah barat dan islam. Tapi bak kata Dwight D. Eisenhower, presiden USA ke-34 berkata
” Civilization owes to the Islamic world some of its most important tools and achievements…the Muslim genius has added much to the culture of all peoples. “
Kalau sambung lagi surah albaqarah tuh, ladang tuh hancur ditiup angin dibakar api. Begitulah sekarang , perang islam dan barat tanpa kesudahan. Tapi jangan lupa, islam ialah SALAM , keamanan, peace. Kita akan hidup bahagia di dunia bila kita berjaya mengSALAMkan peradaban Islam dan Barat ini.
Faiz – 3 Syawal 1442 Hijrah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://faizsaaid.com/anggur-dan-kurma-ibarat-barat-dan-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Kedah Kalimah Allah Hak Eksklusif Umat Islam

Sultan Kedah Kalimah Allah Hak Eksklusif Umat Islam

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 333 hits
239 total views 239 views today ALOR SETAR Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini menitahkan kalimah Allah adalah hak eksklusif untuk umat Islam Titah baginda orang bukan Islam sama sekali tidak dibenarkan...
Masagos Zulkifli Puji Daya Bingkas Perpaduan Masyarakat Melayu Islam Bendung Pandemik Covid 19

Masagos Zulkifli Puji Daya Bingkas Perpaduan Masyarakat Melayu Islam Bendung Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 297 hits
SINGAPURA Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli memuji daya bingkas dan perpaduan masyarakat Melayu Islam untuk sama sama membendung pandemik COVID 19 dengan penduduk Singapura lainnya di tengah tengah Ramada...
Nurul Izzah Seru Umat Islam Berdoa Untuk Palestin Akhiri Kezaliman Israel

Nurul Izzah Seru Umat Islam Berdoa Untuk Palestin Akhiri Kezaliman Israel

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 268 hits
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menyeru umat Islam supaya bangkit memperjuangkan rakyat Palestin yang diserang oleh tentera Israel ketika ini Beliau berkata umat Islam wajar berdoa agar warga Palestin selamat daripada kezalim...
Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Hari Khamis 13 Mei 2021 Ini

Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Hari Khamis 13 Mei 2021 Ini

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 554 hits
PETALING JAYA Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada 13 Mei bersamaan hari Khamis ini Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad menerusi siaran...
Majlis Agama Islam Patut Tegur Penunggang Agama Ini

Majlis Agama Islam Patut Tegur Penunggang Agama Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 252 hits
MOHD ASRI BAKARSalam Quote ayat quran out of context Malah ianya mempunyai kesamaan seperti fahaman falsafah dan konsep perjuangan geng geng ISIS Ustat bodoh yang suka terangsang ini memang cenderung ke arah kejahatan sepertimana yang belia...
Negara Negara Di Afrika Dengan Hampir Semua Penduduknya Beragama Islam

Negara Negara Di Afrika Dengan Hampir Semua Penduduknya Beragama Islam

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 459 hits
Islam mula tersebar ke benua Afrika dari Asia pada abad ke 7 Hampir satu pertiga daripada jumlah penduduk Muslim di dunia boleh didapati di Afrika Sebilangan besar umat Islam yang tinggal di benua ini menganut agama Islam Sunni Islam di Afr...
Tarikh Bayaran Rm700 Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Tahun 2021

Tarikh Bayaran Rm700 Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Tahun 2021

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 385 hits
Tahukah anda Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ada memberikan bayaran bantuan Aidilfitri tahun 2021 Berita baik bagi mereka penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP anda akan menerima bayaran bantuan Aidilfitri secara berperingkat perin...
Khabib Bakar Semangat Dunia Islam

Khabib Bakar Semangat Dunia Islam

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 246 hits
AgensiLondon Anda tidak perlu menjadi seorang Muslim untuk menyokong Gaza anda hanya perlukan sikap perikemanusiaan Demikian tegas jaguh MMA dari Rusia Khabib Nurmagomedov susulan perkembangan terkini kekejaman Israel ke atas rakyat Palesti...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk