Anggota Tdm Cedera Ketika Latihan Penerjunan Dalam Keadaan Stabil


Anggota TDM Cedera Ketika Latihan Penerjunan Dalam Keadaan Stabil
MELAKA, 30 Dis (Bernama) — Seorang anggota tentera darat daripada Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Sungai Udang, di sini mengalami kecederaan semasa melakukan latihan penerjunan di Padang Encore, Klebang pada Ahad lepas
Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bagaimanapun anggota terlibat, Kpl Syed Mohd Azayuzil Afifi Syed Mohd Aziz, 32, berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan rapi serta pemantauan lanjut di Hospital Besar Melaka.
Dalam kejadian kira-kira 6.40 petang itu, anggota terbabit sedang melaksanakan penerjunan bebas bagi sortie kelima bersempena dengan persiapan Pertunjukan Hari Ulang Tahun TDM ke-60.
“Siasatan awal mendapati insiden berpunca daripada perubahan arah angin yang berlaku secara tiba-tiba semasa fasa akhir pendaratan menyebabkan anggota tidak dapat mendarat dengan sempurna (hard landing).
“Pegawai perubatan di lokasi telah memberikan bantuan kecemasan serta-merta sebelum anggota dikejarkan ke hospital,” menurut TDM.
TDM memaklumkan kebajikan anggota dan keluarganya ialah keutamaan mereka dan pihaknya akan memastikan segala bantuan serta sokongan sewajarnya diberikan sepanjang tempoh pemulihan anggota berkenaan. Dalam pada itu, TDM turut memaklumkan bahawa lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca terperinci insiden itu telah ditubuhkan dalam usaha menambah baik prosedur keselamatan latihan pada masa hadapan.
“Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan TDM memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan segera buat anggota tersebut serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam,” menurut TDM.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari menerusi laman sosial Facebooknya berkata beliau berkesempatan menziarahi Syed Mohd Azayuzil Afifi di Hospital Melaka pada petang ini.
Beliau berkata anggota tentera itu mengalami patah tulang rusuk kanan serta cedera di leher ketika menjalani latihan berkenaan.
”Semoga beliau dikurniakan kesembuhan yang segera dan dipermudah segala urusan rawatan. Terima kasih atas pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan demi negara,” katanya.
Terdahulu, rakaman berdurasi tujuh saat tular dalam media sosial yang merekodkan insiden seorang anggota tentera yang mengendalikan payung terjun dipercayai cedera ketika melakukan pendaratan di kawasan tanah lapang di Encore, Klebang.
Sumber: BERNAMA
The post Anggota TDM Cedera Ketika Latihan Penerjunan Dalam Keadaan Stabil appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/30/anggota-tdm-cedera-ketika-latihan-penerjunan-dalam-keadaan-stabil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 80 hits
MELAKA Seorang anggota komando dari Pusat Latihan Peperangan Khusus mengalami kecederaan serius ketika melakukan aktiviti payung terjun di Pantai Klebang Melaka Insiden ini berlaku ketika anggota yang juga bertugas sebagai pembantu jurulati...
Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 136 hits
RAMALLAH Seorang lelaki Palestin dilaporkan cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang tentera simpanan Israel ketika mangsa sedang menunaikan solat di tepi jalan berhampiran Ramallah Tebing Barat yang ...
Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 149 hits
KUALA LUMPUR 23 Disember 2025 Di sebalik kejayaan besar atlet memanah berkuda negara di pentas dunia realiti sebenar yang dihadapi adalah cabaran kewangan yang sangat mencabar khususnya melibatkan kos pelatihan dan penjagaan kuda Menurut Mu...
Ini Sebab Lebuh Raya Malaysia Boleh Bertahan Dalam Keadaan Cuaca Ekstrem

Ini Sebab Lebuh Raya Malaysia Boleh Bertahan Dalam Keadaan Cuaca Ekstrem

papar berkaitan - pada 28/12/2025 - jumlah : 90 hits
Ini Sebab Lebuh Raya Malaysia Boleh Bertahan Dalam Keadaan Cuaca Ekstrem Negara kita mendapat curahan hujan yang banyak setiap tahun terutama apabila tibanya musim monsun Impaknya ada sesetengah negeri yang dilanda banjir susulan hujan leba...
Prestasi Ekonomi Perlis Terus Perlahan Krisis Politik Pn Tambah Parah Keadaan

Prestasi Ekonomi Perlis Terus Perlahan Krisis Politik Pn Tambah Parah Keadaan

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 100 hits
December 26 2025Prestasi ekonomi negeri sebelum ini tidak banyak berubah Buktinya apabila data rasmi menunjukkan negeri itu gagal mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan sepanjang tempoh pentadbiran Perikatan Nasional Lebih membimbangkan...
Imbau Kenangan Ketika Belajar Lelaki Kongsi Resipi Bajet Hanya Guna Setin Sardin Beras

Imbau Kenangan Ketika Belajar Lelaki Kongsi Resipi Bajet Hanya Guna Setin Sardin Beras

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 118 hits
Imbau Kenangan Ketika Belajar Lelaki Kongsi Resipi Bajet Hanya Guna Setin Sardin Beras Tidak dinafikan mengurus kewangan sebagai pelajar sememangnya mencabar Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ramai pelajar terpaksa merancang perb...
Pesawat Terhempas Ketika Cuba Mendarat Cemas Di Padang Bola 10 Terkorban

Pesawat Terhempas Ketika Cuba Mendarat Cemas Di Padang Bola 10 Terkorban

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 106 hits
Pesawat Terhempas Ketika Cuba Mendarat Cemas Di Padang Bola 10 Terkorban Mexico Sekurang kurangnya 10 orang termasuk tiga kanak kanak maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di tengah Mexico pada Isnin Memetik laporan People jet peribad...
Dipuk L Ditarik Rambut Ketika Hamil Uqaira Uqasha Buat Pendedahan Tunjuk Bukti Saya Diam Sebab Jaga Aib

Dipuk L Ditarik Rambut Ketika Hamil Uqaira Uqasha Buat Pendedahan Tunjuk Bukti Saya Diam Sebab Jaga Aib

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 101 hits
Pelakon Uqasha Senrose mendakwa berdepan keganasan rumah tangga yang mendorongnya memfailkan perceraian terhadap suaminya aktor Kamal Adli Uqasha 33 mendakwa penderaan itu telah berlarutan sepanjang empat tahun perkahwinan mereka termasuk k...
Linda Hashim Dedah Mesej Didakwa Daripada Beego Doakan Kecelakaan Ketika Umrah

Linda Hashim Dedah Mesej Didakwa Daripada Beego Doakan Kecelakaan Ketika Umrah

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 111 hits
Pelakon Linda Hashim mendedahkan menerima mesej yang dipercayai dihantar oleh suaminya aktor Beego yang mengandungi doa berunsur negatif termasuk berkaitan keselamatan dirinya ketika menunaikan ibadah umrah Linda atau nama sebenarnya Norhaz...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh