Anggota Polis Antara Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Tuaran


Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tiga lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori ATM di Tuaran pagi tadi. - Foto ihsan polis KOTA KINABALU: Tiga lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tentera di Simpang Marabahai Spurs, Jalan Berungis-Tenghilan, Tuaran pagi tadi
 Dalam kejadian jam 8 pagi itu, ketiga-tiga mangsa masing-masing merupakan penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu kereta jenis Perodua Kancil, meninggal dunia di lokasi kejadian
 Mangsa dikenali sebagai Jul Amri Shamsudin, 25, Il Yasa Shamsudin, 35 dan Koperal Shamsully Adly, 45
 Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim, siasatan awal mendapati lori jenis lori HINO itu yang dipandu seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 24 tahun yang dalam perjalanan dari Tamparuli menuju ke Tenghilan
 "Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Ego dinaiki dua mangsa dipercayai tiba-tiba keluar daripada simpang Jalan Marabahai Spurs menyebabkan lori dipandu anggota ATM tersebut gagal mengelak lalu berlakunya pertembungan," katanya
 Jelas Hamizi, ekoran daripada itu kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal terbabit kemudiannya terseret ke laluan bertentangan dan parah di bahagian anggota badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi
 'Pada masa yang sama trak tentera tersebut telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 45 tahun dari arah Tenghilan
 "Pemandu tersebut merupakan seorang anggota Polis yang baru selesai bertugas di Balai Polis Kota Belud untuk balik ke rumah di perumahan Bolong Tuaran
 "Semasa kemalangan, lori ATM yang telah hilang kawalan setelah bertembung dengan motosikal, telah terlanggar kereta mangsa yang berada di susur jalan bertentangan sehingga mengheret kenderaan berkenaan hingga ke atas pembahagi jalan," katanya lagi
 Menurut beliau, anggota polis berpangkat Koperal itu turut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan
 Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/anggota-polis-antara-tiga-maut-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertembung Trak Tentera Anggota Polis Antara 3 Maut

Bertembung Trak Tentera Anggota Polis Antara 3 Maut

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 324 hits
Sabtu 06 Februari 2021 4 15 PMKemalangan melibatkan trak ATM dan dua kenderaan lain pagi tadi TIGA maut apabila sebuah trak tentera merempuh sebuah motosikal dan kereta yang yang dipandu seorang pegawai polis dalam satu kemalangan di simpan...
Covid 19 Anggota Polis Meninggal Dunia Ketika Dalam Tempoh Kuarantin Di Rumah Selepas Positif

Covid 19 Anggota Polis Meninggal Dunia Ketika Dalam Tempoh Kuarantin Di Rumah Selepas Positif

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 334 hits
Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan berpangkat sarjan dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah Anggota yang berumur 53 tahun itu difahamkan positif COVID 19 dan telah menjala...
Budak Maut Dalam Tong Air Ibu Kandung Pernah Terima Rawatan Psikiatri Polis

Budak Maut Dalam Tong Air Ibu Kandung Pernah Terima Rawatan Psikiatri Polis

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 347 hits
639 total views 639 views today Polis mengesahkan ibu kandung kepada kanak kanak lelaki yang maut dipercayai didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya di sini kelmarin pernah mendapatkan rawatan psikiatri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ne...
Rasuah Dua Anggota Polis Di Hukum Penjara 36 Bulan Dan Denda Rm25 000 Di Kuala Lipis

Rasuah Dua Anggota Polis Di Hukum Penjara 36 Bulan Dan Denda Rm25 000 Di Kuala Lipis

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 217 hits
KUANTAN Dua anggota polis masing masing dihukum penjara 36 bulan dan denda RM25 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4 000 lima tahun lepas Hakim Datuk Ahmad Zam...
Polis Anggota Tentera Di Tipu Beli Kenderaan Toyota C Hr Harga Semurah Hanya Rm18 000

Polis Anggota Tentera Di Tipu Beli Kenderaan Toyota C Hr Harga Semurah Hanya Rm18 000

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 312 hits
KUANTAN Hasrat seorang tentera darat untuk membeli sebuah kenderaan jenis Toyota C HR pada harga semurah RM18 000 akhirnya punah akibat ditipu penjual Kejadian bermula pada 20 Januari lalu apabila lelaki berusia 22 tahun tersebut melayari l...
Suspek Curi Cuba Langgar Anggota Polis Lepaskan Tembakan

Suspek Curi Cuba Langgar Anggota Polis Lepaskan Tembakan

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 244 hits
Suspek curi cuba langgar anggota polis lepaskan tembakan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 Feb 2021 11 34PM
Polis Lepaskan Tembakan Selepas Suspek Curi Cuba Langgar Anggota

Polis Lepaskan Tembakan Selepas Suspek Curi Cuba Langgar Anggota

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 205 hits
BernamaKetua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian pada jam 3 petang itu berlaku sewaktu sepasukan polis hendak memeriksa sebuah rumah sewa di situ Gambar hiasan JOHOR BAHRU Polis terpaksa melepaskan tembakan selepas ...
Pdrm Nafi Anggota Polis Bertugas Sambil Lewa Di Sjr

Pdrm Nafi Anggota Polis Bertugas Sambil Lewa Di Sjr

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 194 hits
Gambar Hiasan KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia menafikan dakwaan kononnya terdapat anggota polis bertugas sambil lewa di sekatan jalan raya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ke...
Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Strategies Needed To Counter Impending Geopolitical Challenges

Salam Ramadhan Al Mubarak Dari Akifimtiyaz Com

Senarai Tempat Berbuka Puasa Dan Dinner Buffet 2025 Johor Bahru

Ssf Pembukaan Stor Utama Di Glenmarie Dan Haqqi Mall

Ismail Sabri Disiasat Sprm

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Commentator Of February 2025 Tahniah Blogger Cuya

Datuk Dan Cucu Dilanggar Warga Asing Yang Memandu Laju Meninggal Di Tempat Kejadian

Nak Kurus Sebelum Raya Tapi Malas Nak Keluar Rumah Gunakan Stepper Ini Sebagai Solusi

Baki Boleh Tampung 50 Pelajar Kptm Asyraf Wajdi Dedah Che Ta Belum Lunas Hutang Mara

Polis Suruh Bawa Turun Dia Taknak Video Cik Epal Bergelut Nak Jumpa Anak Anak Namun Dihalang Jofliam Jadi Tumpuan

Penemuan Kapal Yg Hilang Selama Beabad Abad Di Jumpai Di Tengah Padang Pasir