Anggota Kabinet Tekad Beri Khidmat Terbaik


hmetro.com.my
BERNAMA


Khaled Nordin sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.
Kuala Lumpur: Anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan semalam bertekad untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri Pendidikan Tinggi adalah satu penghormatan daripada Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden Umno itu berkata, pelantikan itu cabaran besar kepadanya dalam memastikan kementerian itu kembali berfungsi sepenuhnya dalam mendepani cabaran era baharu yang pelbagai.

"Sudah tentu ini cabaran besar kepada saya bagi memastikan kementerian ini kembali berfungsi sepenuhnya dalam mendepani cabaran era baharu yang pelbagai," katanya.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang diumumkan sebagai Menteri Kerja Raya pula memberi jaminan akan meneruskan polisi kementerian itu sebelum ini, selain menambah baik dasar yang boleh membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Selain itu, beliau turut bertekad memberikan sepenuh komitmen dan usaha dalam memastikan kelancaran perancangan pentadbiran negara atas kapasitinya di kementerian itu.

"Saya juga ingin menegaskan saya adalah menteri untuk semua bukan hanya untuk orang Sarawak, maka dengan itu, saya akan memastikan setiap usaha dan inisiatif yang diambil di bawah kementerian akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak," katanya dalam kenyataan, malam tadi

Ahli Parlimen Kapit yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu melihat pelantikannya sebagai tanggungjawab yang penting dalam membantu Kerajaan Perpaduan meneruskan usaha memulihkan ekonomi negara, lebih-lebih lagi menjelang 2023 yang dijangka mencabar.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia dapat mengetepikan perbezaan dan bersama-sama memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan semula negara.

Sementara itu, Nga Kor Ming yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata, rakyat dan kerajaan perlu bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan yang kuat serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.

"Saya amat berterima kasih kerana diberi penghormatan dilantik sebagai menteri kabinet untuk berkhidmat kepada negara tercinta. Banyak perkara perlu dicapai dan saya mengalu-alukan semua cadangan dan panduan bijaksana supaya kita boleh bekerjasama untuk mengembalikan kegemilangan negara ini," kata Ahli Parlimen Teluk Intan itu kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.
Disiarkan pada: Disember 3, 2022 @ 8:45am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/anggota-kabinet-tekad-beri-khidmat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Atas Kepercayaan Ahmad Maslan Janji Berikan Khidmat Terbaik

Terima Kasih Atas Kepercayaan Ahmad Maslan Janji Berikan Khidmat Terbaik

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 148 hits
Hari ini Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Menteri Kewangan Ini sekaligus membantu Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui kementerian berkenaan Berita itu diumumkan se...
Senarai Anggota Kabinet

Senarai Anggota Kabinet

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 116 hits
Senarai penuh barisan kabinet itu diserahkan kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk diperkenan Tuanku Berikut adalah senarai penuh yang diumumkan Perdana Menteri Menteri Kewangan ...
Move On Itu Perkara Terbaik Buat Muhyiddin Daripada Memainkan Sentimen Istana

Move On Itu Perkara Terbaik Buat Muhyiddin Daripada Memainkan Sentimen Istana

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 115 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja sebagai bahan politik murahan dan sendaan umum Ketua Pemuda Barisan Nasional Johor Mohd Hairi Mad Shah berkata bekas Perda...
Duplantis Mclaughlin Levrone Dinobat Atlet Terbaik Dunia

Duplantis Mclaughlin Levrone Dinobat Atlet Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 91 hits
ATLET lompat bergalah Sweden Mondo Duplantis dan juara dunia 400m lari berpagar Sydney McLaughlin Levrone dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Dunia umum Olahraga Dunia pada Selasa McLaughlin Levrone 23 mencatat masa 50 68 saat untuk memperbaha...
Koleksi Pantun Melayu Terbaik Untuk Pengacaraan Majlis

Koleksi Pantun Melayu Terbaik Untuk Pengacaraan Majlis

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 184 hits
Original Content Koleksi Pantun Pengacaraan Majlis Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi Mengikut sejarah pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan buah fikira...
Selamat Chelsea Islan Resmi Menikah Dengan Rob Clinton Pemberkatan Berlangsung Khidmat

Selamat Chelsea Islan Resmi Menikah Dengan Rob Clinton Pemberkatan Berlangsung Khidmat

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 141 hits
Pemberkatan digelar di Gereja Katedral Jakarta secara tertutup hanya dihadiri keluarga besar dan teman dekat
Senarai Android Box Terbaik Murah Di Malaysia 2023

Senarai Android Box Terbaik Murah Di Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 222 hits
SENARAI ANDROID BOX TERBAIK MURAH DI MALAYSIA 2023 Terkini permintaan terhadap Android Box semakin meningkat dalam pasaran kerana kandungan perkhidmatan penstriman video yang berkualiti dan berbaloi untuk ditonton Bukan itu sahaja ianya jug...
Sarawak Contoh Perpaduan Terbaik Negara Kata Menteri

Sarawak Contoh Perpaduan Terbaik Negara Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 163 hits
SEMANGAT perpaduan serta toleransi antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak merupakan contoh terbaik yang boleh diikuti negeri lain dalam negara Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata semangat hidup secara harmonis itu juga pe...
Awani Ringkas Masa Terbaik Adakan Prn Kedah Kelantan Terengganu Shahidan

Awani Ringkas Masa Terbaik Adakan Prn Kedah Kelantan Terengganu Shahidan

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 167 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya