Aneka Sup Tambat Hati Keluarga Pasti Menghirup Mereka Nikmatinya
Buat yang kering idea atau baharu ‘bermesra’ dengan dapur, anda boleh memilih untuk menghidangkan variasi jenis sup yang tidak mengambil masa yang lama dan mudah untuk dibuat. Makan ada lauk berkuah barulah laju makan. Anak-anak pasti menggemarinya. Selamat mencuba.
SUP MAMAK ‘TERANGKAT’
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
3-4 biji cili padi
3 sudu tepung dhal | dibancuh bersama sedikit air
1 kiub pati daging
1 sudu kecil garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan rempah sup
100gm bawang kecil | dikisar halus
30gm bawang putih | dikisar halus
50gm halia | dikisar halus
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.INFO CHEF: Jika anda tidak mahu menggunakan tepung dhal, ia boleh digantikan dengan 1 biji kentang yang direbus dan dikisar halus sebagai bahan pemekat.
Saiz hidangan untuk: 5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan: Masakan India
Keistimewaan: Rasa rempah yang kuat dan pedas yang tidak keterlaluan
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP SAYUR ASIN
BAHAN-BAHAN:
100gm kubis
3 sudu besar sayur asin
2sm halia | dihiris halus
2 ketul tauhu | dipotong empat
50gm isi ayam
2 batang cili merah
1 biji tomato | dipotong baji
Sedikit daun bawang
1 sudu besar pati ayam
½ sudu besar garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan kobis, halia, dan sayur asin.Apabila kubis sudah sedikit empuk, masukkan pula isi ayam.Kemudian masukkan pula tomato dan tauhu.Perasakan secukupnya dengan pati ayam dan garam. Apabila sudah mendidih, padamkan api.INFO CHEF: Untuk rasa sup yang lebih mengancam, anda boleh tambahkan salted plum ke dalam sup ini dan kurangkan amaun bahan perasa.
Saiz hidangan untuk: 2 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan: Masakan Cina
Keistimewaan: Berbau herba dan mempunyai rasa masam, sesuai untuk penghidap demam
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP ISI KETAM
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis
2 biji telur
200gm isi ketam | dicarik halus
1000ml air
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan hingga mendidih.Masukkan garam dan gula.Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup. Kacau sentiasa untuk memastikan telur hancur dan tidak berketul.Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.INFO CHEF: Untuk sup yang lebih bertekstur, anda boleh gunakan jagung tongkol menggantikan jagung dalam tin. Pilih jagung manis untuk rasa sup yang sedap.
Saiz hidangan untuk: 3-4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan: Masakan Cina
Keistimewaan: Rasa manis berlemak jagung dan sesuai dimakan oleh kanak-kanak
Jenis penyediaan: Pembuka selera
Cara memasak: Didih
SUP IKAN SAWADEE-KA
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping isi ikan merah
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | diketuk
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
3-4 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub pati ikan
5 biji cili api | dipotong serong
1 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Minyak bagi menumis
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
4. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Sesetengah resipi di Thailand menggantikan penggunaan limau nipis dengan belimbing buluh.
Saiz hidangan untuk: 5 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Thailand
Keistimewaan: Bau harum dari daun pandan dan rasa manis isi ikan
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm bebola daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih | dimayang
2sm halia | dihiris halus
1/2 batang saderi | dipotong halus
3-4 biji cili padi | dihiris halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
2. Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
3. Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
4. Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
INFO CHEF: Jika bebola daging yang digunakan mempunyai bau yang ‘kuat’, anda boleh perahkan limau nipis atau masukkan cuka ke dalam sup.
Saiz hidangan untuk: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Indonesia
Keistimewaan: Rasa masin bebola daging dan sup sesuai dibuat bakso
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP SAYUR DIET
BAHAN-BAHAN
4-5 ulas bawang putih | dicincang
2 biji bawang kecil | dihiris halus
2sm halia | diketuk
2 ketul tauhu | dipotong empat
100 gm putik jagung
200gm cendawan shimeji
2 biji tomato | dipotong enam
200gm brokoli
1/2 batang saderi
1 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak zaitun
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih beserta bawang merah dan halia.
2. Apabila naik bau, masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan brokoli, putik jagung dan cendawan. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan masukkan sayuran yang lain.
4. Perasakan secukupnya dengan garam dan pati ayam dan akhir sekali masukkan tauhu.
5. Biarkan mereneh seketika sebelum menutup api.
INFO CHEF: Anda boleh mempelbagaikan pilihan sayur-sayuran yang mahu digunakan dalam resipi ini.
Saiz hidangan untuk: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Melayu
Keistimewaan: Jumlah kalori rendah dan sesuai buat anda yang sedang berdiet
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
Krediti: Koleksi Majalah RASA
KLIK DI SINI UNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERLATAN DAPUR DAN RUMAH.
LIHAT JUGA RESIPI LAIN :
Dim Sum Inti Daging & Udang, Kukus Makan Panas-panas Sedap Nih.
Lima Sajian Korea Popular, Pedas Berempah Sedap Sangat Nih.
5 Masakan Sotong & Udang Ala Tradisi, Hasil Air Tangan Chef Asma .
[embedded content]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/07/aneka-sup-tambat-hati-keluarga-pasti.html