Mak Ayah Tiba Tiba Skodeng Aku Di Tempat Kerja Luluh Hati Mereka Saat Lihat Aku Pegang Penyapu



Nama manjaku Baby. Aku dilahir dan dibesarkan oleh family yang berada. Sejak kecil aku tak pernah angkat tangan buat kerja rumah sebab semuanya pembantu rumah yang buat

Pertama kali aku pegang penyapu ialah waktu darjah 3. Tu pun sebab kelas aku ada jadual kerja harian. Aku sampai ditertawakan oleh kawan kawan sebab tak tahu nak guna penyapu

Masuk darjah 6, kebanyakan kawan perempuan tahu masak nasi, cuma aku yang masih terbelakang

Peristiwa pahit bila jadi anak berada ni ialah bila kita buat salah, satu sekolah akan tahu. Satu hari tu kereta mak rosak dan mak terpaksa panggil teksi untuk jemput aku di sekolah

Zaman tu takda lagi grab ke apa. Dan mak aku sangat malu bila terpaksa naik teksi. Tapi sebab aku lama di tandas, aku pun keluar lambat ke pagar. Sekali sampai dekat mak, “PANG!!”

Sebijik penampar padu hinggap kat muka aku. Satu sekolah jadi saksi. Aku pun tercengang “besar sangat ka salah aku pi tandas sampai kena penampar macam ni?”

Tapi lama lama baru aku terfikir yang mungkin mak marah sebab dia malu kalau orang nampak dia naik teksi. Tu dia lepas kat aku. In the end, tersebar la kisah aku kena pelempang ke seluruh sekolah

Lagi kisah jadi anak berada ni, biar mak ayah buat anak jangan orang lain buat anak. Aku pernah kena tampar dengan guru disiplin sebab aku dituduh tinggal air basi dalam kelas


Aku pun bukan jenis anak yang suka mengadu. Aku diamkan isu ni sebab aku taknak besarkan masalah dan waktu tu aku masih kecil lagi

Entah macam mana mak ayah tahu isu aku kena tampar dan diaorang terus serang pengetua. Lagi sekali aku jadi famous di sekolah. Tersebar cerita mak bapak kaya pantang anak disentuh

Yang aku pelik bila aku nakal kat rumah, elok ja mak ayah tibai aku dengan rotan, tali pinggang bagai. Ni cikgu nak sentuh pun tak bagi

Semakin aku besar, semakin hidup aku dikawal. Kat mana aku nak sekolah, kat mana aku nak sambung degree, kat mana aku nak bekerja. Sampai mak ayah tak bagi aku rentas negeri sebab tak nak berjauhan dari aku

Sejak aku masuk IPT, baru aku belajar nak urus baju, nak kemas, nak masak. Ilmu yang susah nak dapat di rumah

Lepas tamat degree, aku menganggur seminggu sebelum jadi cashier di sebuah premis sebab transkrip degree tak keluar lagi

Aku jenis yang menitik beratkan soal kebersihan. Kalau takda pelanggan, aku suka mengemas, menyapu. Sampai timbul benjol kat tapak tangan sebab kerap pegang penyapu

Kebetulan mak ayah aku datang skodeng aku di tempat kerja. Betapa luluhnya hati mak ayah bila anak yang dibesarkan dalam serba kemewahan pegang penyapu. Hatta kat rumah sendiri pun tak pernah menyapu, kat tempat kerja kena buat benda macam ni. Tapi aku okey ja

Waktu kat u, macam macam kerja aku buat sebab tak nak bergantung pada duit mak ayah. Termasuk la jadi cikgu, cashier, waiter, pembantu pejabat, tutor dan kerani akaun

Banyak kali dah mak ayah suruh aku berhenti. Satu sebab bagi mereka kerja ni tak setataf level pendidikan aku. Kedua sebab aku kena kerja sampai lewat malam. Ketiga sebab mereka nak aku ambil alih perniagaan mereka

“Papa, mama dah tua. Sapa lagi nak jadi pewaris syarikat kalau bukan Baby? Takkan nak biar syarikat lingkup?” Aku ingatkan kat drama tv3 ja mak bapak paksa anak ambil alih perniagaan mereka. Rupa rupanya dalam dunia sebenar pun ada

Tapi aku taknak sebab aku nak dapat duit dengan usaha aku sendiri bukan dengan menumpang harta mak bapak. Kedua sebab impian aku nak jadi ahli akademik bukan ahli perniagaan. Ketiga sebab aku nak keluar dari comfort zone

Kalau aku ambil alih perniagaan mak ayah, automatik aku kena tinggal dekat dengan mereka sampai la aku kahwin dan beranak pinak. Buktinya mak ayah sendiri suruh aku pilih suami dari daerah yang sama

Dan perkara yang paling sedih sebab jadi anak berada ni ialah takda lelaki yang berani nak dekat dengan aku. Setiap kali lelaki nak berkenalan dengan aku, mereka akan tanya aku tentang latar belakang keluarga, pendidikan, pekerjaan

Aku pun jujur yang keluarga aku agak senang dan aku plan nak sambung belajar sampai PhD sebab aku nak jadi professor

Dengar benda ni, terus diaorang lari dengan alasan darjat dan level aku lagi tinggi daripada diaorang. Kebanyakan daripada mereka hanya orang kampung dan berpendidikan diploma. Aku redha aku ditinggalkan

Aku tertanya, sejauh mana wanita yang terbiasa hidup mewah mampu hidup susah dengan lelaki kampung? Aku takut kisah hidup aku jadi macam Lisa dalam Cari Aku Di Syurga

Mak ayah selalu pesan biar lelaki lebih dari kita jangan kita lebih dari lelaki. Sebab lelaki ni ada ego dan maruah yang perlu dijaga. Kalau perempuan tu lebih daripada diaorang, diaorang akan rasa tercabar

Sebab tu mak ayah letak syarat mereka nak menantu yang sekufu dari segi pendapatan dan pendidikan. Aduh.. lagi la susah aku nak cari jodoh. Kalau tak cari nanti mak ayah bising nak cucu

Aku pernah dengar lecturer kata perempuan sebelum sambung master kena ada tunang dan sebelum sambung PhD kena ada suami otherwise mereka akan jadi anak dara tua

Nampak macam mengarutkan tapi katanya sebab makin tinggi level pendidikan wanita, makin sedikit lelaki yang boleh dicari sebab kebanyakkan yang sambung master/ PhD dah ada tunang/ istri dan kedua sebab lelaki takut pada wanita yang lebih berpendidikan

So apa yang aku nak simpulkan dari confession aku ni,
1) Patutkah aku korbankan impian aku untuk jadi ahli akademik dengan menjadi mak turut dan ambil alih perniagaan keluarga

2) Patutkah aku cari lelaki yang selevel dengan aku untuk memuaskan hati mak ayah? Dan macam mana

Reaksi warganet
Anna Khayra – Ada yang kata ni cerita rekaan hahaha, aku ada cousin lebih kurg macam dia ni. Tapi parents dia bukan ahli perniagaan tapi ahli akademik jugak

Memang jenis kluarge educated, cousin aku doctor pakar. Umornya awal 30an dah ada PhD, memang bujang tak kawin lagi tapi siyes lawa. Tapi memang betol la kot lelaki jarang nak dekat dengan pompuan macamtu

Ms Annie – Bila jumpe sape sape, rahsiakan peribadi mu. Menyamar jadi orang yang lagi miskin. Nanti kau tau sape yang ikhlas sape yang tidak

Kalao nak kejar impian, kejar smpai dapat. Dalam mase yang same, nak ambik alih bisnes, bermula la dari bawah. Orang tak kenal ko anak sape. Nanti kau dapat ilmu yang orang lain tak dapat

Masni Azhari – Cari yang sekufu. Masa bercinta semua sanggup, bila dah kawin, baru tahu langit tinggi rendah

Ada anak kawan kawan yang hidup mewah, kawin dengan suami orang biasa. Tinggal dirumah kecil, minta maaf bukan nak rendahkan sesiapa

Bila dah berkahwin, baru rasa tidak selesa pergi kerumah mertua sebab ramai orang, panas. Nak beritahu mak dan suami, tak terucap, saya agak rapat dengan mereka, mereka mengadu pada makcik ni.

Saya faham sangat, tapi saya pesan, pergi ziarah mertua walaupun tak bermalam
Bukan mereka mengada ngada tapi mereka ni datang dari latarbelakang yang berbeza

Shana Tugi – Ikut je cakap parents. Mungkin sis anak tunggal sapa lagi boleh take over syarikat kalau bukan sis

Hidup ni tak semua yang kita impi kita dapat. Alhamdulillah sis banyak belajar time duduk luar zaman belajar. Bila fikir balik dapat duduk sedaerah dengan parents impian ramai anak anak sebab boleh berbakti dengan mereka

Allah mudahkan urusan sis in sha Allah semoga pilihan mak ayah sentiasa terbaik untuk sis dan semoga asbab perniagaan sis menjadi sumber kenaikan ekonomi islam amin dan Goodluck

Siti Faezah – Bab cari sekufu dari segi pendidikan dan kewangan tu saya setuju dengan parents. Sebab itu yang membentuk mindset

Sama macam komen saya sebelum ni, ajal maut jodoh dah ditentukan Allah. Kalau ajal kita tak mencari cari kenapa nak mencari2 atau menentukan bila bila jodoh akan tiba. Benda yg tak boleh kita kawal, doa dan serah pada Allah

Karier, pendidikan yang boleh kita kawal dan usahakan, usaha je ke arah tu

Andai 1 hari hendak dijodohkn dengan pilihan parents, atau terjumpa pilihan hati tapi ditentang keluarga, jawapannya istikharahlah

Terus perbsiki diri, perbaiki ibadah, perbaiki akhkak. Semoga bahagia dunia akhirat
Sumber: Baby (Bukan nama sebenar) via IIUMC

sumber Sehinggit Media News

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2020/07/mak-ayah-tiba-tiba-skodeng-aku-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Beli Bagi Barang Pada Mak Ayah Haram Ambil Balik Kalau Mereka Dah Meninggal Jadi Harta Pusaka

Pernah Beli Bagi Barang Pada Mak Ayah Haram Ambil Balik Kalau Mereka Dah Meninggal Jadi Harta Pusaka

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 365 hits
Menjadi kebiasaan kita anak anak akan membelikan barangan untuk kegunaan ibu bapa di kampung Tak kiralah dari sekecil kecil barang hinggalah sebesar besar barang Memang niat kita untuk memberi kesenangan pada kedua ibu bapa kita Namun apabi...
Anak Sulung Banyak Berkorban Selalu Mengalah Mak Ayah Jagalah Emosi Mereka

Anak Sulung Banyak Berkorban Selalu Mengalah Mak Ayah Jagalah Emosi Mereka

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 388 hits
Menjadi kebiasaan bila lahirnya adik yang baru kakak atau abang paling sulung menjadi harapan ibu dan ayah Kadang sampai kita lupa mereka juga ada yang masih kecil dan perlukan perhatian Tapi demi tanggungjawab yang diberikan secara tidak s...
Usia Dah Lima Tahun Baru 10 Kg Berat Kerap Demam Batuk Bila Periksa Rupanya Ini Penyebabnya Mak Ayah Kena Hati Hati

Usia Dah Lima Tahun Baru 10 Kg Berat Kerap Demam Batuk Bila Periksa Rupanya Ini Penyebabnya Mak Ayah Kena Hati Hati

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 725 hits
Anak anak memang suka minum manis kalau diminta untuk minum air kosong memang jenuh nak suruh Tapi tak dinafikan ramai ibu bapa hari ini sudah peka dengan keadaan tersebut menjadikan anak anak suka minum air kosong Mungkin masih ada yang ti...
Andai Tiba Jodoh Pasti Hati Bersatu Syamel

Andai Tiba Jodoh Pasti Hati Bersatu Syamel

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Keakraban penyanyi Syamel dan Ernie Zakri dapat dilihat dengan jelas menerusi gambar dan video yang dimuat naik menerusi entri Instagram Melihat kemesraan penyanyi duet menerusi lagu Aku Cinta itu ramai peminat merestui dan men...
Musim Kemarau Tiba Penduduk Bandung Diminta Berhati Hati Dengan Kebakaran

Musim Kemarau Tiba Penduduk Bandung Diminta Berhati Hati Dengan Kebakaran

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 210 hits
Bandung Badan Pengurusan Bencana dan Kebakaran Kota Bandung mengingatkan penduduk agar berhati hati dengan bahaya kebakaran menjelang musim kemarau yang akan datang Penduduk dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan memeriksa elektrik di ruma...
Berhenti Kerja Pilih Jadi Pekebun Sepenuh Masa Gadis Puas Hati Dah Berjaya Tuai Hasil Kebunurai

Berhenti Kerja Pilih Jadi Pekebun Sepenuh Masa Gadis Puas Hati Dah Berjaya Tuai Hasil Kebunurai

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 860 hits
Mungkin ramai yang sudah mengenali gadis ini pernah tular ceritanya yang berhenti kerja sebagai pereka grafik dan penyunting foto di kota raya dan pulang ke kampung untuk menjadi petani moden Tak salah berbudi pada tanah kerana hasik yang d...
Anak Boleh Jadi Pendendam Kalau Tak Kena Gaya Nak Elak Jadi Mak Ayah Kena Tahu Benda Ni

Anak Boleh Jadi Pendendam Kalau Tak Kena Gaya Nak Elak Jadi Mak Ayah Kena Tahu Benda Ni

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 318 hits
Mendidik anak anak sehingga mereka membesar dan menjadi dewasa satu proses yang bukan mudah sedikit sebanyak ibu bapa juga memerlukan ilmu supaya dapat menjadi panduan Ilmu ilmu keibu bapaan ini boleh didapati secara semulajadi iaitu melalu...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator