Aneka Resipi Berasaskan Ubi Kentang U S Sedap Memang Wajib Cuba


Ubi Kentang merupakan bahan masakan pelbagai guna serta salah satu sumber karbohidrat dalam hidangan harian bagi membantu membekalkan tenaga serta khasiat buat tubuh badan.
Ibu-ibu yang gemar memasak menggunakan ubi kentang, pastinya akan memilih kentang berkualiti terbaik dan lebih menyihatkan untuk digunakan dalam masakan. Antara yang dipercayai adalah seleksi ubi kentang dari Amerika Syarikat.

Kenapa U.S. Potatoes merupakan pilihan terbaik? Ini kerana seleksi ubi kentang dari USA ini ditanam di ladang-ladang milik petani yang telah mengusahakan tanaman ini berabad lamanya dan diwarisi dari generasi ke generasi.
Seiring dengan kepakaran mereka, ia ditanam menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan kentang berkualiti tinggi untuk kegunaan pengguna di seluruh dunia.

Kentang-kentang U.S. Potatoes menjadi pilihan ramai kerana ia mengandungi banyak manfaat terhadap kesihatan. Antara manfaat yang terdapat pada Label Fakta Pemakanan ialah:
 
1. SUMBER VITAMIN C YANG BAIK
Dikenali sebagai sayuran berkhasiat yang kaya dengan vitamin C. Ia sangat baik dalam membantu meningkatkan sistem imun dan meningkatkan tahap tenaga tubuh.
2. MENGANDUNGI POTASSIUM LEBIH DARI SEBIJI PISANG
Yang ini ramai yang tak tahu. Kentang sebenarnya mengandungi kandungan potassium yang lebih tinggi berbanding pisang dimana sebiji kentang lengkap berkulit saiz sederhana mempunyai 620mg potassium iaitu 15% daripada nilai harian. Potassium adalah elektrolit yang penting untuk fungsi otot namun ia akan hilang menerusi peluh. Jadi potassium perlu diisi semula untuk mengekalkan prestasi optimum.
3. SUMBER VITAMIN B6
Kentang adalah sumber vitamin B6 yang baik dimana 1 biji kentang saiz sederhana menyediakan 10% daripada nilai harian yang disyorkan. Vitamin B6 ialah vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisma karbohidrat dan protein. Ia membantu badan menghasilkan asid amino tidak penting yang diperlukan untuk membina pelbagai protein badan.
4. TIDAK MENGANDUNGI LEMAK, GARAM & KOLESTEROL
Ya, kentang secara semula jadi bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah natrium. Di samping itu, kentang yang dimakan dengan kulit adalah sumber potassium yang baik. Makanan yang kaya sumber potassium dan rendah natrium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok.
5. RENDAH KALORI
Bagi anda yang ingin menjaga pemakanan serta mengekalkan bentuk badan, ubi kentang adalah sumber terbaik kerana ia hanya mempunyai 110 kalori dalam setiap hidangan.
Masak menggunakan U.S. Potatoes ternyata lebih menyihatkan malah boleh dipelbagaikan mengikut selera. Sajian tradisi, moden mahupun barat, semua boleh dimasak dengan lazat malah digemari ramai tidak mengira usia.

Aneka lauk pauk, sajian bergoreng, sup, kuih muih, snek dan pastri, semuanya enak dimasak menggunakan U.S. Potatoes. Paling penting, sajian yang anda masak dihasilkan dari bahan terbaik yang memenuhi nutrisi yang diperlukan.
Istimewa buat anda, U.S. Potatoes ingin berkongsi 10 resipi homemade yang mudah, ringkas dan sedap yang sesuai dijadikan sajian buat keluarga tercinta. Cubalah! Pasti anda sukakannya. Jom cuba!
 
1. DAGING GORENG UBI KENTANG

BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang2 biji ubi kentang Russet U.S. – dipotong dan digoreng separuh masak1/2 sudu makan serbuk kunyit1/2 sudu makan serbuk kari2 ulas bawang putih – dihirisSedikit minyak untuk mengorengGaram secukup rasa125ml airCARA MEMASAK:
Masukkan daging ke dalam periuk dan rebus menngunakan api kecil selama 20 minit. Sejukkan daging seketika.Hiris daging nipis-nipis dan lumurkan dengan campuran serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Perap seketika.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.Kemudian masukkan daging. Goreng hingga separuh masak lalu masukkan air dan juga ubi kentang.Ubah suai rasa mengikut cita rasa anda dan sedia untuk dihidangkan. 
2. BERLADO KENTANG BILIS

BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis – digoreng garing3 biji ubi kentang Russet U.S. – dipotong baji dan digoreng100gm cili merah – dikisar50gm cili padi merah – dikisar1 biji bawang besar – dikisar1 helai limau purut – dikisar1/2 sudu teh garam3 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan garam. Kacau rata.Kemudian masukkan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.Sedia untuk dihidangkan. 
3. GULAI KAWAH

BAHAN-BAHAN:
500gm daging – dihiris300gm bawang besar – dikisar halus100gm bawang merah – dikisar halus50gm halia – dikisar halus50gm lengkuas – dikisar halus50gm kunyit hidup – dikisar halus200gm serbuk kari daging – dibancuh bersama air3 batang kulit kayu manis1 sudu teh buah pelaga5 kuntum bunga lawang5 batang serai – diketuk800ml santan3 biji ubi kentang Russet U.S. – potong kecilGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.Masukkan bancuhan serbuk kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak.Masukkan daging dan ubi kentang. Kacau sebentar. Kemudian masukkan santan dan kacau lagi.Masak hingga ia sedikit pekat dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Hidangkan dan sedia dinikmati. 
4. TALAM BERLAUK

BAHAN-BAHAN:
2 cawang tepung gandum2 sudu makan tepung jagung200ml santan segera1 biji telur ayamGaram dan gula secukup rasaBAHAN UNTUK LAUK:
200gm daging kisar1 biji ubi kentang Russet U.S. – potong dadu halus1 biji bawang besar – dadu halus3 ulas bawang putih – cincang halus1 sudu makan rempah kariGaram dan gula secukup rasa2 biji cili padi – hiris halus1 pokok daun bawang – hiris halus3 sudu makan bawang goreng1 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.Masukkan daging kisar dan kentang. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.Tutup api dan ketepikan.Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong. 
5. SUP KENTANG BAKAR

BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang Russet U.S. – dipotong dadu kecil1 sudu makan minyak zaitun1 sudu teh daun rosemary1/2 cawan tepung gandum1 sudu makan mentega12 kepingan bacon daging – hiris kecil6 cawan susu130gm keju cheddar – diparutGaram dan serbuk lada hitam secukupnya10gm yogurtCARA MEMASAK:
Gaul ubi kentang bersama minyak zaitun dan daun Rosemary. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 40 minit. Setelah masak, lenyekkan.Dalam periuk berasingan, panaskan mentega dan goreng bacon daging sehingga rangup.Keluarkan bacon dan masukkan tepung gandum ke dalam periuk tadi. Kacau dan masak seketika.Masukkan susu dan kacau hingga rata. Biarkan sup mereneh dan memekat.Masukkan ubi kentang lenyek ke dalam campuran susu diikuti separuh dari bacon dan keju.Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam dengan secukupnya.Tuangkan dalam mangkuk sup, hiaskan dengan yogurt, lebihan bacon dan keju. 
6. KENTANG BAKAR DAGING BERKEJU

BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang Russet U.S.1/2 cawan susu segar1 sudu besar mentega1 biji telur kuning½ sudu besar serbuk keju parmesanSedikit serbuk lada sulahSedikit garamBAHAN INTI DAGING:
1 mangkuk daging cincang3 biji bawang merah – dicincang2 sudu besar tomato puri2 sudu makan minyak untuk menggoreng1 sudu teh oregano1 sudu teh serbuk pati ayam3 ulas bawang putih1 biji bawang besar – daduSedikit garamKeju Mozarella secukupnyaCARA MEMASAK:
Basuh bersih kentang dan rebus, jangan terlalu masak nanti ianya lembik. Setelah sejuk, belah dua.Dengan menggunakan sudu, korek isi bahagian tengah kentang bagi membentuk lubang.Kentang yang diambil dari bahagian tengah itu di lecek dan campurkan dengan susu segar, telur kuning, serbuk keju parmesan, lada sulah dan garam. Gaul sebati. Ketepikan.Untuk inti daging, panaskan minyak, tumis bawang yang dicincang hingga wangi.Masukkan tomato puri, daging cincang dan serbuk oregano.Masukkan semua bahan lain (kecuali keju mozzarella) dan perasakan.Campurkan isi kentang yang dikorek dengan inti daging tadi.Padatkan ke dalam kentang.Akhir sekali taburkan keju Mozarella ke atas kentang dan bakar pada suhu 150◦C dalam 25 minit atau hingga keju cair dan keperangan.Sedia untuk dinikmati. 
7. CUCUR SAYUR KENTANG

BAHAN-BAHAN:
1 biji ubi kentang Russet U.S. – sagat halus100gm kobis – cincang halus1/2 batang lobak merah – cincang halus5 ulas bawang putih – kisar150 gm tepung beras – ayak1 1/2 sudu teh garam1 biji telur – pukul menggunakan garpu2 batang daun bawang – cincang3/4 cawan airCARA MEMASAK:
Masukkan kentang, hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.Hidangkan bersama sos cili. 
8. TUNA POTATO FLAN

BAHAN PASTRI:
250gm tepung gandum1 sudu teh garam115gm mentega sejuk – dipotong daduAir sejuk secukupBAHAN INTI:
1 sudu makan mentega untuk menumis1 biji ubi kentang Russet U.S. – hiris bulat1 biji bawang Holland1 ulas bawang putih1 sudu makan serbuk lada hitam1 tin tuna100gm lada benggala – dipotong dadu2 biji telur½ cawan krim masakan½ sudu teh jus lemonGaram secukupnyaCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan pastri, satukan semua bahan kecuali mentega dan air. Gaul rata.Masukkan mentega, adun hingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai. Kemaskan keliling acuan pai, kemudian lebihan doh dipotong dengan pisau.Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung.Blind bake pastri hingga berwarna keemasan. Ketepikan.Untuk menyediakan inti, panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.Masukkan garam, serbuk lada hitam dan kacau rata.Masukkan tuna dan perahkan jus lemon. Bila sudah masak, angkat dan ketepikan.Masukkan inti dengan secukupnya ke dalam pastri yang siap dibakar tadi.Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti dalam pastri tadi.Susun hirisan kentang di atasnya dan bakar pastri sekali lagi selama 30 minit pada suhu 170C. Untuk pastikan inti benar-benar masak, cucuk lidi pada adunan telur, jika tidak melekat, itu tandanya sudah masak.Sedia dihidangkan. 
9. MINI SHEPHERD PIE

BAHAN A (UNTUK INTI):
400gm daging kisar½ labu bawang besar – potong dadu1 ulas bawang putih – cincang¾ cawan kacang panggang6 biji cendawan butang -belah empat5 biji tomato masak – potong dadu1 batang lobak merah – potong dadu1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 1 cawan air1 sudu makan serbuk lada hitam1 kiub stok daging2 sudu makan minyak masakGaram secukup rasaBAHAN B (UNTUK TOPPING):
1 kg ubi kentang Russet U.S. – potong kecil1/2 cawan susu segar2 sudu makan mentega1 sudu teh serbuk lada sulahGaram secukup rasaAir untuk merebus kentang secukupnyaCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.Masukkan daging kisar dan cendawan butang. Kacau rata hingga daging masak.Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.Apabila daging sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api. Ketepikan.Untuk membuat topping, kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk.Ketika kentang masih panas, lecek hingga hancur sebati.Gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.Masukkan adunan kentang ke dalam bekas aluminium kecilSeterusnya masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan dengan kentang semula.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga bahagian atasnya keperangan.Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan ketika masih suam. 
10. POTATO DUMPLINGS

BAHAN-BAHAN:
200gm isi ayam – potong dadu kecil1 biji bawang merah – cincang halus2-3 biji ubi kentang Russet U.S. (untuk dapatkan 1 1/2 cawan ubi kentang lecek)1 biji telur ayam1 sudu teh garam1/2 sudu teh serbuk lada hitam1/2 sudu teh serbuk lada sulah1/2 sudu teh serbuk buah pala200gm tepung gandumAir secukupnyaSedikit minyakCARA MEMASAK:
Goreng ayam dengan bawang sehingga perang keemasan.Campurkan kentang lecek, telur, garam lada hitam, lada sulah, serbuk buah pala dalam mangkuk. Gaul rata.Tambahkan tepung dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.Bentukkan doh menjadi beberapa bahagian dumpling.Ambil dumpling yang telah dibentuk, tekan tengah dan masukkan isi ayam sebagai inti.Sambil itu panaskan air, apabila mendidih masukkan dumpling sehingga masak.Angkat, tos dan hidangkan. 
Dah tengok resipi-resipinya? Sedap kan… Mana nak dapat Kentang Russet USA ni? Mudah je. Kentang Russet USA ini boleh didapati dengan mudah di semua pasar raya dan pasar raya besar seperti di Giant, Lotus’s, Aeon, Aeon Big, Jaya Grocer, Village Grocer dan Cold Storage berdekatan anda. Bolehlah ke sana dan dapatkan Kentang Russet U.S. hari ini!
 
Jom sertai RASA MASAK CHALLENGE Potatoes Special – MASAK, SHARE & MENANG HADIAH

CARANYA MUDAH SAHAJA. ANDA HANYA PERLU:
Masak satu hidangan menggunakan U.S. Potatoes.Rakam video atau ‘snap’ foto masakan bersama U.S. Potatoes mengikut kreativiti anda.Follow Facebook & Instagram Majalah Rasa & MY Potatoes USA.Muat naik video atau foto masakan di media sosial (FB atau IG) anda beserta resipi pada bahagian caption.Sertakan hashtag #USAPotatoesRasaMasakChallenge #majalahrasa #USPotatoes #uspotatogoodness #potatogoodnessTag @majalahrasa @MYPotatoesUSA dan 3 rakan anda. Pastikan akaun media sosial anda ditetapkan pada tetapan umum (public).
SYARAT PENYERTAAN:
Tertakluk kepada semua terma & syaratPemenang dipilih berdasarkan video atau gambar & resipi yang paling kreatif.Tarikh penyertaan: 20/6/2022 – 24/7/2022. 
HADIAH INI BAKAL ANDA MENANGI!
1x hadiah utama – RM1,000 Retail Cash Voucher2x hadiah saguhati – 1x Air fryer setiap pemenang
Anda juga boleh layari laman web https://uspotatogoodness.com.my dan facebook MY Potatoes USA untuk maklumat lanjut.
 
 
The post Aneka Resipi Berasaskan Ubi Kentang U.S. Sedap & Memang Wajib Cuba appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/06/aneka-resipi-berasaskan-ubi-kentang-us.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kek Batik Versi Lembut Kenyal Memang Sedap Rasanya

Resipi Kek Batik Versi Lembut Kenyal Memang Sedap Rasanya

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 235 hits
Penggemar Kek Batik harus cuba resipi Kek Batik lembut dan kenyal perkongsian saudari Mawar Wilsa ini Kata beliau resipi yang dicuba dari saudari Faridzoh mempunyai tekstur yang sangat enak dan lain dari yang lain Sedap Anak anak pun suka s...
Kriuk Kriuk Memang Sedap Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap

Kriuk Kriuk Memang Sedap Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 176 hits
Memang sedap Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa untuk kudapan sarapan atau minum petang boleh cuba resipi Tauhu Goreng Crispy perkongsian saudari Mastura Razali ni Sedap mudah dan tidak menggunakan banyak bahan Ia sangat enak dinik...
Resipi Butter Chicken Sedap Masak Macam Ni Memang Tak Muak

Resipi Butter Chicken Sedap Masak Macam Ni Memang Tak Muak

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 227 hits
Butter Chicken atau Ayam Mentega sememangnya jadi kegemaran ramai terutamanya anak anak Rasanya yang lemak masin memang enak dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja Bagi anda yang anak anak kurang gemar makan isi ayam boleh cuba mas...
Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap Cukup Rasa Masak Pun Mudah Je

Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap Cukup Rasa Masak Pun Mudah Je

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 245 hits
Wow Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai Lengkap dengan sayur protein dan karbohidrat kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan Nak cuba masa...
3 Resipi Masak Ikan Patin Cara Mudah Sedap

3 Resipi Masak Ikan Patin Cara Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 299 hits
Bila sebut je ikan patin mesti terbayang ikan patin masak tempoyak Sebenarnya banyak lagi menu lain yang boleh anda cuba Masakan masakan ini juga ternyata sedap dan wajb anda cuba Jadi kami kongsikan 3 menu yang boleh anda masak di rumah Se...
Lengkap Rasa Masam Manis Pedas Memang Perfect Resipi Ayam Masak Thai

Lengkap Rasa Masam Manis Pedas Memang Perfect Resipi Ayam Masak Thai

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 196 hits
Masakan Thai antara resipi yang paling banyak diminati kerana rasanya yang lengkap dengan masam manis pedas Resipi ayam masak thai yang dikongsikan Liza Idris ini sangat senang untuk dimasak dan cepat siap untuk dihidangkan kepada keluarga ...
Resipi Kuih Nagasari Yang Sedap Dan Pasti Menjadi Walaupun Pertama Kali Buat

Resipi Kuih Nagasari Yang Sedap Dan Pasti Menjadi Walaupun Pertama Kali Buat

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 226 hits
Kuih Nagasari ni kuih tradisional dulu nenek admin suka buat kuih ni sebab sangat mudah cara penyediaannya bahan pun murah je yang paling penting kena cari daun pisang Ada juga resipi yang terus tuang dalam loyang tapi admin lagi suka yang ...
Buat Kerabu Kerang Cara Orang Thailand Pedas Masam Memang Sedap

Buat Kerabu Kerang Cara Orang Thailand Pedas Masam Memang Sedap

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 214 hits
Sedapnya Kerang ni Cukup rasa pedas masam masin dan manisnya Ditambah dengan ramuan bahan bahan segar menjadikan hidangan ini enak sekali Jika anda gemarkan kerabu kena cuba resipi Kerabu Kerang perkongsian saudari Fia Sofia Merecik rasa di...
Senarai 10 Kedai Selera Melayu Di Shah Alam Wajib Cuba 2022

Senarai 10 Kedai Selera Melayu Di Shah Alam Wajib Cuba 2022

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 174 hits
Malaysia memang dikenali sebagai syurga makanan dari pelbagai negara Ada makanan Western Arab Cina mamak campuran pelbagai budaya dan bermacam lagi Apa apa pun bila dah tekak Melayu semestinya akan kembali ke citarasa asal Jom kami kongsika...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya